Friday, 22 November 2013

Kulit makin berseri dan cantik dengan Shaklee Collagen Powder

Few days back ni rasa kulit cam makin lembut je..ke terperasan sendiri?hahaha..tapi yang confirm betul dan sahih memang kulit muka dan rambut dah tak berminyak cam dulu..rahsianya?jeng jeng..SHAKLEE COLLAGEN POWDER ni la..



Apa rasa kolagen ni? Rasa dia memang payau sebab xde rasa..memang asli..kan produk dari SHAKLEE ni semuanya selamat dan semulajadi jadi xde gula, xde pewarna dan xde tambahan perasa.

Perempuan mana yang xnak nampak cantik dan lawa kan? Tapi x semua perempuan suka pakai segala macam krim dan make up hanya utk nampak cantik. Dan sorang drpd group tu saya la..memang saya rasa leceh sgt kalo nak pakai segala krim..sebulan dua rajin la pastu semuanya ntah ke mana..pencuci muka pun bnyk kali miss!!

Muka saya pulak jenis yg oily sangat2..sampai dok sesaja pun kena bgn basuh muka, lap dan sambung balik aktiviti yg dok buat tu..Dulu masa keje, siangnya jadi kering plak sbb dok dlm aircond 7 8 jam..

Bulan Oktober lepas bulan promosi SCP ni, so dapatla harga super duper jimat dari harga biasa maka belilah SCP ni. Dok pikir dalam ati, kalo aku nak advertise SCP ni, aku kena try dulu, kalo x nanti cam x best nk share kat orang benefitnya.

So petang tu lepas ambik ngan Kak Efie (nenda upline ku), rasa cam berdebar lak..hahahah..malam tu x banyak cerita la, kacau-kacau dalam air kosong then terus telan..wohohoho masa memula rasa tu cam alamakk..nenda Efie dah advise campur dlm jus atau air pape tapi konon otai, bantai telan camtu je..hihihi..tapinya, bg org yg dah amat biasa telan ubat sebab selalu sakit, takat rasa camni ok je la 

Sebenarnya dah ada perubahan sehari dua tu tapi saya x perasan sangat sampai la dah masuk sachet ke 4 @ 5, baru perasan muka dah langsung x berminyak. Langsung-langsung xde, bukan sikit-sikit. Dengan langsung x guna pencuci muka dah, memang kesannya super duper hebat bg saya. Yela, oily face ni dah bertahun-tahun, tetiba hilang camtu je x sampai seminggu pas guna SCP, sape x teruja kan?

Perasaan tu nak biar smua parut-parut yang dah bertahun ni hilang tapi kena sabarla..Kena konsisten sbb kalau ikut kajian yang dah dibuat oleh SHAKLEE, penggunan optimum selama 8 minggu memang menghasilkan kesan yang memberangsangkan. 

Pastu saya ni ada habit suka cabut-cabut rambut..hehehe..tp sejak minum SCP ni rasa susah plak nak cabut rambut. Cam kukuh je rambut-rambut tu..memang cam x perasan effect dia tapi bila dok menaip ni baru tersedar..cam..ehhh..ye ke?ahhahaha

Sekarang dok tunggu nak habiskan yang ada ni sambil kumpul2 duit nk beli yang baru..heheh..baru seminggu ni saya cuba plak ngan Vit C SHAKLEE, so rasa keberkesanannya makin ketara..Nanti next entry kita cite pasal SUPER HOT VIT C SHAKLEE plak..

Market price utk SCP ni RM298 utk 15 sachet collagen. Mahal? Tak semahal positive effect yg kita dapat daripada tu..



Berminat ngan SCP? Jom roger2 saya kita sembang psl SCP ni lagi, mana tau dapat harga yang lagi best utk khasiat yang super duper best kan?





call/sms/whatsapp : 011-1611 1619
fb : https://www.facebook.com/makananpelengkap





Share:

Wednesday, 20 November 2013

anak selalu sembelit dan picky eater?

Dulu masa zaman saya sekolah menengah, mama dah jadi ahli dan selalu beli vitamin-vitamin SHAKLEE ni. But then time flies, lama-lama dah x makan vitamin sebab xde knowledge sgt psl product sbb tu la agaknya selalu berulang alik ke hospital sbb migrain, gastrik, headache dan macam2 lagi.

Bila dah kawin dan ada anak, priority mmg pada anak..jadi bila anak sakit mamanya mesti x senang hati dan risau. Hero saya Ahmad Akram ni dulunya extreme prem baby (lahir 26 minggu) so antibodi dia mmg agak lemah. Selalu muntah, sembelit yang teruk dan kerap demam yg terus high fever. Pendek kata sebulan sekali tu x pelik kalau kena pegi hospital.

Akram ni jugak jenis susah nak makan..Part ni memang cukup merisaukan saya, badan keding je..Yang dia tau susu jer la..dia juga ada sembelit yang teruk. Banyak kali xleh membuang hingga berguling2 atas lantai, nyorok blakang kerusi, muka merah padam sbb tahan sakit. Saya hanya mampu urut betis dan perut nak legakan sakitnya tp hati mmg menangis tengok dia camtu. Sampai bila dia nak tanggung sakit camni? Dahla masa kecik dah kena cucuk ngan macam2 ubat, skrg camni plak.

Maka dalam dok baca post dan share cerita dlm group baby prem, terjumpa kakak ni, dia SID. So tanya la dia pasal vitamin utk anak, tu pun x beli2 walau dah baca tentang manfaat vitamin berkaitan.

Lepas balik KL yang kononnya nak keje balik, sembelit Akram getting worst. Akhirnya saya ambik keputusan nak join SHAKLEE dan beli vitamin utk Akram. Saya start dengan MEALSHAKE & OMEGA GUARD. Doa saya x putus masa beli tu, berharap sangat penderitaan si kecik ni berakhir atau sekurangnya berkurangan.

Alhamdulillah, lepas bagi MEALSHAKE tu kejap-kejap dia mintak nak susu lagi. Bagi saya ia perkembangan yang bagus. Walaupun dia xdela mintak nak makan nasi tp sekurang-kurangnya saya tau selera dia dah bertambah. Sembelit dia pun boleh kata xde dah. Walau najis masih juga keras, tp dia nampak senang nak membuang. Saya gembira yang tak terucap tgk dia x terseksa lagi bila nak poo poo.

Rasanya lepas 2 minggu beli 2 vitamin tu, saya topup satu lagi vitamin utk dia iaitu Chewable Vita -C Plus. Rasa vitamin ni mmg masam sbb xde perasa tambahan hingga Akram xnk makan..Adiknya si Aamily nak jugak hisap-hisap. Takde pilihan lain, saya masukkan dlm susu dia. So susu pertama dia campur dengan Mealshake & Omega Guard dan susu kedua masukkan vitamin C.

Amazingly dia bertambah sihat, x demam walau ada batuk-batuk. Adiknya sihat je sbb BF dan saya mmg makan few vitamins dr Shaklee gak. Memang puas hati tgk dia sihat je.

Dalam minggu lepas dia tetiba demam, start pukul 5 pagi camtu, check susu mmg 38C. Saya susah hati, pagi tu buat susu dan tambah vitamin dia cam biasa. Tgh hari tu nampak dah ok sket tapi lesu lg. Susu seterusnya saya hancurkan Vitamin C dia dan masukkan dalam susu dan alhamdulillah, petang tu dia dah kebah. Tak pernah-pernah Akram demam sekejap camni dan pertama kali x masukkan ubat kat bontot dia. Memang amazing.

Minggu lepas Omega Guard dah habis, sebab saya pun makan gak vitamin tu tapi saya x terus topup dan biarkan dulu. Akibatnya sembelit Akram datang balik sampai saya terpaksa masukkan air yg doktor dah bekalkan dlm bontot dia. Kesian dia sangat-sangat. Anak nangis, mama pun bantai nangis. Serik rasanya tengok dia sakit camtu so esoknya terus pegi branch dan beli Omega Guard.

Alhamdulillah everything goes well sampai sekarang. Memang saya rasa banyak perbezaan kat anak-anak sejak makan vitamin-vitamin ni. Takkan kita je yang nak cantik, nak sihat tapi anak x dapat hak mereka kan? Kita dok kalut makan jamu segala bagai hingga kita lupa anak-anak kecil kita juga perlukan supplement...

Jadi, berikanlah anak-anak kehidupan yang sihat dan menggembirakan mereka. They deserve all the happiness.



Berminat utk menggunakan vitamin-vitamin SHAKLEE ni? Jom contact saya di :

sms/whatsapp : 011-1611 1619
fb : https://www.facebook.com/makananpelengkap 

Share:

Saturday, 16 November 2013

Tips Kuatkan Pangkal Rahim (Serviks) Untuk Cervical Incompetence

Assalamualaikum wbt

Kebanyakan ibu yang pernah menjalani prosedur cervical cerclage pasti mengulangi kitaran yang sama apabila hamil untuk kesekian kalinya. Pernyataan ini sebenarnya tidak menggembirakan saya kerana ketidakselesaan sepanjang cerclage tu memang menggusarkan.. Tak boleh melasak sedangkan saya orang yang lasak, tak boleh mengemas, tak boleh angkat berat-berat sedangkan wanita nowadays memang semuanya kalau boleh nak buat sendiri.

Tiada sebarang ubat untuk cervical incompetence. Jika ada tanda kelahiran pramatang juga selepas melakukan cerclage, doktor akan memberi suntikan tahan sakit. Yang saya selalu dapat ialah "nubain".

So apa yang boleh kita lakukan jika sudah didiagnos dengan masalah ini?

Ini apa yang telah saya amalkan dan rasa perbezaannya. Mungkin juga boleh membantu kawan-kawan yang senasib dengan saya.

Selapas melahirkan Aamily (selepas proses cervical cerclage) saya sering sakit di bahagian bawah abdomen. Sebenarnya sakit ini bermula selepas proses cervical cerclage lagi tapi menurut kata doktor, ia tidak berkaitan. Jadi tiada apa yang boleh dilakukan.

Akibat daripada keletihan yang agak teruk semasa proses menyusukannya, saya mencuba ESP dan Alfalfa Complex. Tanpa disangka, sakit bawah abdomen yang menghantui saya sejak hamilkannya hilang begitu sahaja. Rasa sangat amazing masa tu.

So saya teruskan ESP dan rasa sangat WOW dengan keadaan kesihatan diri sendiri. Saya lakukan sedikit bacaan mengenai kaitan protein dan rasa 'kuat' ini.

Hasilnya? 

Secara asasnya protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan kita. Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit, MENGURANGKAN & MENGHILANGKAN KEPEJALAN OTOT dan lain-lain. Jadi apabila kita ada bekalan protein yang cukup dalam badan, badan akan rasa lebih kuat sebab otot pun pejal. No wonder la kan?




ESP Shaklee satu-satunya produk yang terjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ada 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai utk semua peringkat umur-tua dan muda..Satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh kita.

Pentingnya protein dalam menguatkan tisu badan tidak boleh dinafikan sama sekali. Selain protein, kolagen juga penting untuk menguatkan tisu badan kita. Saya bawakan artikel daripada jurnal terkemuka untuk sama-sama kita baca.

Saya yakin perubahan demi perubahan positif yang ditunjukkan oleh badan selepas konsisten amalkan protein ini patut dikongsi bersama dengan rakan-rakan ibu yang senasib dengan saya. Kita cegah apa yang mampu dan kuatkan kembali serviks kita untuk zuriat akan datang. 




Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Tuesday, 12 November 2013

Kerap Gugur Mungkin Tanda-tanda Cervical Incompetence

Mungkin ramai yang tak tau apa CERVICAL INCOMPETENCE ni kan? Saya dulu kalau tak mengalaminya pun mungkin tak nak ambik tau. Alkisahnya anak sulung saya, Ahmad Akram lahirnya tak cukup bulan. 26 minggu, ataupun bahasa mudahnya 6 bln setengah dengan hanya berat 805g. Tak cecah 1 kilogram pun.


Si hensem 26 minggu ~ 2 tahun 2 bulan

Dalam dok kalut ulang alik ke NICU selama almost 4 bulan, saya langsung tak sedar dalam tempoh tu saya pregnant lagi. Yang bestnya bila tak datang haid lepas bersalinkan Akram, saya ingat mungkin sebab saya dok pam susu tapi rupanya ada nyawa lain yang tengah growing inside.

Then ada satu masa rasa cam ada yg tak kena dengan badan, so beli UPT tu dan baru tau pregnant lagi..Kiranya bukak buku memang lambat la..Tak silapnya dalam 2 minggu lepas buka buku merah tu, semasa elok-elok bilal tengah azan subuh, air ketuban pecah! Masa tu kandungan baru dalam 20 minggu. Gelabah memang gelabah. Lepas solat Subuh semua kami terus pergi hospital dan confirm la kena tahan wad.

Admitted kat hospital Kajang utk 2 hari with doctor doing nothing sebab katanya nak tunggu kemungkinan air ketuban tu accumulate semula.. Kiranya dok rehat dan bedrest je kat wad. Masa tu dok ingt Akram je. Kesiannya la si kecilku kat rumah tanpa mama.

Tengah malam 2nd day tu, masa pergi tandas sebab nak buang air kecil, saya rasa seperti ada tulang dekat vagina. Masa tu dah cuak sangat. Terus bagitau doktor, diorang check tapi tak cakap apa pun..So dengan risaunya saya baring dan terus call mama yang dok tunggu kat rumah.. Mama datang teman dan tidur-tidur ayam dalam kerisauan.

Lebih kurang pukul 3 ke 4 pagi tu, saya terasa sesuatu menggelungsur keluar. Just like that. Terus saya kejut mama!!YA ALLAH.. Anakku!! Keluar camtu je pada usia kandungan 20 minggu. Pedih hati.. Kelu seribu bahasa. Mama terus panggil nurse dan doktor dan disahkan baby dah takde.. Air mata dah menitik-nitik. Husband dan aboh terus datang. Baby diambil tanpa saya sempat tengok pun wajahnya.

Saya disuruh rehat. I can't do anything anymore. Badan memang dah lemah. Berkali-kali saya pesan kat husband minta tunggu saya utk kebumi anak kecil itu. Banyak urusan kena buat, tunggu report hospital, pergi report polis, pergi cari imam dan sebagainya. Apa yang saya tahu, baby dah cukup lengkap, kaki tangan semua dah terbukak except jantina yg tak clear, tak pasti lelaki atau perempuan..

In between dok tunggu proses selesai, saya tertidur. Mama nak tunggu tapi saya suruh balik rehat, kesian dia. Dalam tidur saya mimpi buruk, ada orang tua datang ambil baby bawa pergi. Allah!! Terus terjaga dan menangis. Rasa amat kehilangan.

Dalam dok tunggu tu husband datang dan bagitau semua dah setel. Hancur luluh hati sebab tak sempat pun nak kucup baby. Sedih sangat-sangat. Rasa nak meraung tapi husband kata tak sempat nak tunggu saya. Saya masih dalam wad sedangkan jenazah baby kena uruskan cepat-cepat. Pasrah dalam terpaksa, saya redhakan baby pergi.  Apa yg saya dapat tahu, kata mama "muka dia sebijik Akram long"..  


Camnila baby kalau masih ada ~ kan muka cam abangnya :)

Pagi esoknya doktor pakar masuk dan diagnos banyak perkara. Dan salah satunya pasal CERVICAL INCOMPETENCE. Saya didiagnos begitu sebab dah 2 kelahiran pramatang dan diberitahu kalau mengandung lagi, jalan peranakan (serviks) kena ikat. Bunyinya menakutkan kan? And yes it is scary.

Saya ambil masa almost 6 bulan lepas keguguran tu untuk pregnant lagi. Dan dengan title cervical incompetence tu saya kena pegi checkup almost 2 kali ganda check up pregnancy biasa. Dan ditakdirkan ada sekali bleeding, kena tahan wad lagi. Penat sangat rasanya..

Bila kita dah didiagnos sebagai cervical incompetence ni, doktor akan sarankan cerclage, iaitu mengikat jalan untuk baby kita keluar dan ini adalah pertahanan terakhir. Semasa kandungan dah cecah 18w (kalau tak silap) saya disorong ke bilik bedah dan diikat serviksnya. Doktor bagitau lepas tu, masa nak buat cerclage tu pun jalan dah bukak 2cm.

So proses berjalan lancar dan bermulalah episod baru dalam hidup. Dah wat cerclage ni, memang takdela impian nak keluar jejalan, nak duduk lama-lama atau nak berdiri. Rasa menyucuk dan sakit yang konsisten buatkan saya ambil keputusan untuk ambil unpaid leave. Memang takde pilihan since saya akan sakit bila duduk lama-lama.

Dah ambil unpaid leave sampai bersalin, end up nya lepas bersalin terus resign. Sebab asyik sakit yang tak tau punca, but i guess sebab cerclage tu. Memang terasa-rasa sakit dalam perut dan bawah abdomen.

Sekarang cam rasa serik sket nak mengandung lagi walau keinginan nak tambah baby tu ada.. Hihi..Aamily dah 1 tahun 8 bulan jadi dah boleh plan kot tapi kalo ingat kena wat cerclage lagi, rasa serik la plak. Kalau diikutkan kata doktor, once dah kena cerclage, next pregnancy pun kemungkinan besar kena wat cerclage juga.




Tapi kan, hati tetap teringin nak baby tambah-tambah bila rasa badan dah makin sihat. Rasa lebih kuat bahagian abdomen tak cam dulu dah. 

Apa yang saya amalkan? Pastinya suplemen semulajadi Shaklee. InsyaAllah dalam entry seterusnya saya akan mula berkongsi mengenai cervical incompetence, cervical cerclage dan bagaimana suplemen Shaklee membantu saya kembali lebih sihat.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari