Tuesday, 12 November 2013

Kerap Gugur Mungkin Tanda-tanda Cervical Incompetence

Mungkin ramai yang tak tau apa CERVICAL INCOMPETENCE ni kan? Saya dulu kalau tak mengalaminya pun mungkin tak nak ambik tau. Alkisahnya anak sulung saya, Ahmad Akram lahirnya tak cukup bulan. 26 minggu, ataupun bahasa mudahnya 6 bln setengah dengan hanya berat 805g. Tak cecah 1 kilogram pun.


Si hensem 26 minggu ~ 2 tahun 2 bulan

Dalam dok kalut ulang alik ke NICU selama almost 4 bulan, saya langsung tak sedar dalam tempoh tu saya pregnant lagi. Yang bestnya bila tak datang haid lepas bersalinkan Akram, saya ingat mungkin sebab saya dok pam susu tapi rupanya ada nyawa lain yang tengah growing inside.

Then ada satu masa rasa cam ada yg tak kena dengan badan, so beli UPT tu dan baru tau pregnant lagi..Kiranya bukak buku memang lambat la..Tak silapnya dalam 2 minggu lepas buka buku merah tu, semasa elok-elok bilal tengah azan subuh, air ketuban pecah! Masa tu kandungan baru dalam 20 minggu. Gelabah memang gelabah. Lepas solat Subuh semua kami terus pergi hospital dan confirm la kena tahan wad.

Admitted kat hospital Kajang utk 2 hari with doctor doing nothing sebab katanya nak tunggu kemungkinan air ketuban tu accumulate semula.. Kiranya dok rehat dan bedrest je kat wad. Masa tu dok ingt Akram je. Kesiannya la si kecilku kat rumah tanpa mama.

Tengah malam 2nd day tu, masa pergi tandas sebab nak buang air kecil, saya rasa seperti ada tulang dekat vagina. Masa tu dah cuak sangat. Terus bagitau doktor, diorang check tapi tak cakap apa pun..So dengan risaunya saya baring dan terus call mama yang dok tunggu kat rumah.. Mama datang teman dan tidur-tidur ayam dalam kerisauan.

Lebih kurang pukul 3 ke 4 pagi tu, saya terasa sesuatu menggelungsur keluar. Just like that. Terus saya kejut mama!!YA ALLAH.. Anakku!! Keluar camtu je pada usia kandungan 20 minggu. Pedih hati.. Kelu seribu bahasa. Mama terus panggil nurse dan doktor dan disahkan baby dah takde.. Air mata dah menitik-nitik. Husband dan aboh terus datang. Baby diambil tanpa saya sempat tengok pun wajahnya.

Saya disuruh rehat. I can't do anything anymore. Badan memang dah lemah. Berkali-kali saya pesan kat husband minta tunggu saya utk kebumi anak kecil itu. Banyak urusan kena buat, tunggu report hospital, pergi report polis, pergi cari imam dan sebagainya. Apa yang saya tahu, baby dah cukup lengkap, kaki tangan semua dah terbukak except jantina yg tak clear, tak pasti lelaki atau perempuan..

In between dok tunggu proses selesai, saya tertidur. Mama nak tunggu tapi saya suruh balik rehat, kesian dia. Dalam tidur saya mimpi buruk, ada orang tua datang ambil baby bawa pergi. Allah!! Terus terjaga dan menangis. Rasa amat kehilangan.

Dalam dok tunggu tu husband datang dan bagitau semua dah setel. Hancur luluh hati sebab tak sempat pun nak kucup baby. Sedih sangat-sangat. Rasa nak meraung tapi husband kata tak sempat nak tunggu saya. Saya masih dalam wad sedangkan jenazah baby kena uruskan cepat-cepat. Pasrah dalam terpaksa, saya redhakan baby pergi.  Apa yg saya dapat tahu, kata mama "muka dia sebijik Akram long"..  


Camnila baby kalau masih ada ~ kan muka cam abangnya :)

Pagi esoknya doktor pakar masuk dan diagnos banyak perkara. Dan salah satunya pasal CERVICAL INCOMPETENCE. Saya didiagnos begitu sebab dah 2 kelahiran pramatang dan diberitahu kalau mengandung lagi, jalan peranakan (serviks) kena ikat. Bunyinya menakutkan kan? And yes it is scary.

Saya ambil masa almost 6 bulan lepas keguguran tu untuk pregnant lagi. Dan dengan title cervical incompetence tu saya kena pegi checkup almost 2 kali ganda check up pregnancy biasa. Dan ditakdirkan ada sekali bleeding, kena tahan wad lagi. Penat sangat rasanya..

Bila kita dah didiagnos sebagai cervical incompetence ni, doktor akan sarankan cerclage, iaitu mengikat jalan untuk baby kita keluar dan ini adalah pertahanan terakhir. Semasa kandungan dah cecah 18w (kalau tak silap) saya disorong ke bilik bedah dan diikat serviksnya. Doktor bagitau lepas tu, masa nak buat cerclage tu pun jalan dah bukak 2cm.

So proses berjalan lancar dan bermulalah episod baru dalam hidup. Dah wat cerclage ni, memang takdela impian nak keluar jejalan, nak duduk lama-lama atau nak berdiri. Rasa menyucuk dan sakit yang konsisten buatkan saya ambil keputusan untuk ambil unpaid leave. Memang takde pilihan since saya akan sakit bila duduk lama-lama.

Dah ambil unpaid leave sampai bersalin, end up nya lepas bersalin terus resign. Sebab asyik sakit yang tak tau punca, but i guess sebab cerclage tu. Memang terasa-rasa sakit dalam perut dan bawah abdomen.

Sekarang cam rasa serik sket nak mengandung lagi walau keinginan nak tambah baby tu ada.. Hihi..Aamily dah 1 tahun 8 bulan jadi dah boleh plan kot tapi kalo ingat kena wat cerclage lagi, rasa serik la plak. Kalau diikutkan kata doktor, once dah kena cerclage, next pregnancy pun kemungkinan besar kena wat cerclage juga.




Tapi kan, hati tetap teringin nak baby tambah-tambah bila rasa badan dah makin sihat. Rasa lebih kuat bahagian abdomen tak cam dulu dah. 

Apa yang saya amalkan? Pastinya suplemen semulajadi Shaklee. InsyaAllah dalam entry seterusnya saya akan mula berkongsi mengenai cervical incompetence, cervical cerclage dan bagaimana suplemen Shaklee membantu saya kembali lebih sihat.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


Share:

4 comments:

  1. salam sis... masa doktor buat cerclage tu, kena bius separuh badan je ke? sis sedar tak masa tu?? Please... Jawapan sis sangat2 membantu saya... Saya pernah lahirkan baby pramatang 24week dan keguguran 22week... so no 3 ni, doktor pakar dah cadangkan yang kena buat cervival cerclage... Ada cadangan apa2 tak untuk persediaan saya sbelum masuk bilik bedah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear .. maaf lambat sangat reply sebab lama x on blog sbb baru buat cervical cerclage again :)

      masa 1st cervical cerclage di hosital kajang dulu, doc bius penuh. so memang x rasa pape masa buat tu cuma lepas operate tu sakit sket nak buang air kecil dah boleh buang air kecil trus blh discharge pada hari yg sama.

      yang latest wat cerclage ni bius separuh badan..nanti saya cerita dlm entry terbaru. yang ni seminggu saya dlm wad. banyakkan membaca ttg bius semasa nak buat cerclage. i guess atas kepakaran doc juga dan tanya habis-habis pro dan kontra bius separuh atau penuh.

      Delete
  2. Untuk anak suma benda pun kita sanggup tanggung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course dear. Seorang ibu akan sanggup korbankan segalanya untuk seorang anak :)

      Delete

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari