Monday, 13 November 2017

Protein Menguatkan Serviks Yang Lemah. Mitos Atau Fakta?

Ada golongan ibu-ibu yang senang gugur apabila hamil. Adakah anda tergolong dalam golongan ini juga? Apakah sebabnya? Adakah kerana rahim yang lemah? Adakah kerana serviks yang tidak kuat? Jika ya, apakah yang anda lakukan untuk kuatkan rahim  dan serviks yang lemah ini? 




Dalam satu artikel bertajuk Cervical Softening During Pregnancy: Regulated Changes in Collagen Cross-Linking and Composition of Matricellular Proteins in the Mouse daripada jurnal https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3080426/ ada diterangkan tentang kaitan kolagen dengan serviks yang lemah.

Merujuk kepada artikel ini, serviks yang lemah ini ada kaitan dengan pengurangan kolagen di kawasan berkenaan.

Dan kolagen sebenarnya adalah salah satu bentuk protein yang badan perlukan.

Info ini sebenarnya tidak mengejutkan Kak Jaz. Mengikuti kelas-kelas nutrisi daripada Nutritionist terlatih memberi Kak Jaz pengetahuan tentang kepentingan protein dan kolagen pada badan kita ini.

Protein adalah sumber makanan sel. Sel yang sihat akan menghasilkan tisu yang kuat. Tisu ini terdapat di seluruh organ dan badan kita. Jika tisu ini lemah, tidak pelik organ badan kita juga akan lemah,

Jadi betul atau tidak protein kuatkan serviks yang lemah? Jawapannya YA. Ia adalah fakta, bukan mitos semata.

Kak Jaz sendiri didiagnos sebagai seorang ibu yang lemah pangkal rahim atau kata lainnya lemah serviks atau cervical incompetence. Oleh kerana telah didiagnos begini, setiap kelahiran perlu melalui proses cervical cerclage.

Belajar daripada pengalaman dan ilmu yang ada, Kak Jaz konsisten mengamalkan protein terbaik dalam diet harian. Dan apabila Kak Jaz merancang untuk hamil lagi kali kelima, Kak Jaz tambahkan kolagen dalam diet harian.

Hasilnya?

Kepanjangan serviks semasa hendak memasukkan Arabin Pessary adalah 4.6cm. Melihat kepada kepanjangan ini, sepatutnya Kak Jaz boleh berlepas diri daripada melakukan proses ini lagi tetapi doktor pakar O&G sarankan suapaya proses ini tetap dilakukan sebagai salah satu ikhtiar.

Kak Jaz dan suami setuju untuk tetap memasang Arabin Pessary ini memandangkan alatnya telah dibeli dan prosesnya tidak serumit proses cerclage biasa.  


Berdasarkan pengalaman diri sendiri dan buktinya yang ditunjukkan (kepanjangan serviks menjadi normal berbanding kehamilan dahulu), Kak Jaz sangat yakin dan percaya protein dan kolagen ini sangat-sangat membantu menguatkan serviks yang lemah.

Untuk anda ibu-ibu yang sudah didiagnos sebagai cervical incompetence, tidak salah untuk berikhtiar kuatkan serviks kita sebelum merancang untuk menambah anak lagi.

Yang seronoknya bila kita amalkan protein berkualiti tinggi seperti Energizing Soy Protein (ESP) ini sepanjang kehamilan, insyaAllah kita akan lebih kuat dalam mengharung tempoh kehamilan yang dikatakan berisiko ini.

Dua kali hamil dengan sokongan suplemen ESP ini, Kak Jaz tidak bedrest sepanjang masa walaupun masih dicerclage dan dipasang Arabin Pessary. Alhamdulillah mampu uruskan rumahtangga dan anak-anak lain yang sedang membesar.

Anda nak ikhtiar untuk kuatkan serviks sebelum hamil lagi? Cuba Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee Collagen Powder dan rasai sendiri perbezaannya.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


*DISCLAIMER 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari