Sunday, 29 December 2013

Menghilangkan keputihan dan resdung dengan ALFAFA

Saya tak pernah miss lagi ambil Alfafa since hari pertama saya cuba SHAKLEE. Memang best kerana sangat membantu untuk turunkan berat badan, hilangkan resdung, hilangkan keputihan, redakan sakit pinggang yang dah bertahun-tahun dan banyak lagi manfaatnya..

Hari ni Alfafa abis stok , maklumlah kat rumah ni 3 4 orang yang consume SHAKLEE ni jadi tersalah kira la plak stoknya..Hidung dah tersumbat gara-gara resdung..Jenguk balik plak dia mentang-mentang protection saya abis. Nak tak nak kena pegi branch esok ni.

Usaha saya untuk detox virus ni dgn telan DTX Complex, moga membantu kurangkan hidung yang tersumbat ni. Rasa pelik plak kena resdung ni lepas berbulan ia hilang. Menguji betul rasa ni

Jom kita tengok apa Alfafa ni sehinggakan ada yang repack Alfafa ni dan jual sket-sket sebagai ubat resdung. Eh ada tau!! Jangan tak tau. Kalau jalan-jalan tepi jalan dan nampak ada orang jual 'ubat resdung' kaler hijau, Alfafa la tu..




Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 10 biji Alfafa sehari menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaat-manfaat yang lain ialah:

  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang yang berasid, menghilangkan toksin daripada badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan badan dan ulat air (athlete's foot)
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • Hanya Alfafa yang mengandungi saponin, bertindak seperti span yang menyerap kolestrol
  • Melegakan keletihan dan mencegah serta melegakan sakit atritis


*********************************************************************************



Share:

Nutrisi untuk anak-anak bijak

"Kita adalah apa yang kita makan". Pernah dengar ungkapan ini? Pernah tak kita terfikir sama ada kita dah beri anak-anak kita hak mereka yang sebenarnya? Kadang-kadang bila anak asyik demam kita dok pelik fikir sebabnya tanpa kita sedar kita sebenarnya yang bersalah.

Kita hantar anak ke taska, rumah pengasuh, tadika sebab kita nak bekerja. Di sana anak-anak kita pun bercampur dengan kawan-kawannya, kena plak satu hari tu ada kawannya yang demam, anak kita balik petang tu badan pun dah start panas. Kita salahkan anak kawan tu. Tapi pernah tak kita fikir sama ada kita dah sediakan perlindungan yang sewajarnya untuk anak kita atau tidak? Cuba kita ambil masa kejap dan fikir, "aku ni dah bagi semua perlindungan yang aku mampu pada anak aku ke tak?"

Kita mampu beli beg beratus harganya, kita simpan duit sebab nak beli baju yang cantik di mata kita, kita nak bergaya sehabisnya tapi kenapa kita cukup berkira nak keluarkan duit untuk nutrisi anak-anak kita? Kenapa kita lebih sanggup pergi jumpa doktor dan bagi anak kita segala ubat dan dadah sedangkan kita boleh cegah semua tu daripada awal?

Jadinya, sempena nak masuk tahun baru ni, sempena kita nak hantar anak masuk taska, tadika dan sekolah, apa kata kita juga bekalkan anak-anak kesayangan kita dengan set nutrisi yang diperlukan badan mereka?


Anak-anak kita hanya memerlukan sesudu kecil Meal Shakes sehari, hanya campurkan ke dalam minuman pagi mereka dan it's done. Anak pun akan dapat bekalan sarapan yang sihat untuk perut mereka bertahan sampai ke masa minum pagi.

Omega Guard pula cukup dengan sekadar sebiji sehari, insyaAllah anak lebih tajam mindanya, lebih fokus dan sihat.

Gabungan Omega Guard & Meal Shakes akan:
✔ Menguatkan fungsi imunisasi badan
✔ Meningkatkan tahap kepekaan
✔ Menggalakkan tumbesaran & perkembangan yang sihat
✔ Meningkatkan daya ingatan & keupayaan pembelajaran.
✔ Anak-anak kurang sembelit
✔ Meningkat selera makan anak
✔ Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema
✔ Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf & fungsi mata.

~ Nak anak bijak? ~ Nak anak sihat? ~ Nak anak cerdas?

~ Kita tentukan apa yang masuk ke dalam badan anak kita. Nutrien yang mencukupi akan membantu sistem badan memberi tindakbalas yang lebih baik.


********************************************************************************** 


Berminat dengan produk SHAKLEE? Berminat untuk jadi ahli SHAKLEE dan nikmati segala manfaatnya?

PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ 
https://www.facebook.com/makananpelengkap




Share:

Friday, 27 December 2013

Suplemen Shaklee betulkan kitaran haid?

Selepas melahirkan Aamily pd 18/3/2012, saya langsung tak datang bulan. Pada bulan Julai lepas kami suami isteri bercadang nak ambil perancang keluarga, jadi doktor bg injection untuk period terlebih dahulu..Abis ubat tu maka period la. Tengah bulan Julai tu doktor suntik perancang. Ogos haid masih menjengah, memang rasa gembira sebab ingat dah kembali normal kitarannya. Tup-tup September dah takde pape, Oktober juga kering sekeringnya. Masa tu dah down dan fikir biarlah dulu, nanti-nanti okay la balik kot.

Hujung bulan Oktober saya mula ambil suplemen dan vitamin SHAKLEE secara konsisten dan alhamdulillah, November lepas haid saya kembali ada. Memang amat gembira, rasa 'sempurna' perasaan tu. Lagi istimewa apabila haid masa tu boleh kata lancar je, takde langsung darah yang berketul cam dulu-dulu dan amazingly, perut langsung tak sakit. Badan pun x penat.

Apabila tiba Disember, perasaan saya berbaur menunggu haid..hahahaha..Then rasa dah lambat sampai minta husband belikan UPT. Punyala x sabarnya..hahhaa..Tengah dok sembahyang maghrib semalam rasa melekit dan rupanya dah datang yang ditunggu-tunggu, exactly on the same date like previous month. Happy sangat-sangat.

Apa suplemen yang saya konsisten selama 2 bulan ni? Alfafa tak pernah saya tinggalkan sejak dari hari pertama saya cuba SHAKLEE. Dengan resdung yang tak pernah lekang, sakit pinggang yang berterusan sebelum ini terus hilang seawal minggu pertama saya makan alfafa menyebabkan saya terus konsisten dengan raja segala tumbuhan ni.    


Keputihan dan masalah dalaman wanita yang lain yang telah saya alami bertahun-tahun juga semakin lama semakin hilang kerana konsistensi ini (dengan izin Allah). Ia juga melegakan keletihan saya sebagai seorang ibu yang tengah membesarkan 2 anak kecil yang tak pernah dok diam..hihi

Disamping ALFAFA, saya juga terus konsisten dengan VIVIX yang melindungi dan meperbaiki selular DNA yang sentiasa rosak setiap hari. VIVIX juga memelihara kesihatan jantung, otak, sendi dan meningkatkan kesihatan sistem imun, memberi perlindungan antioksidan dan meningkatkan tenaga dan kesihatan secara keseluruhan.





Jadinya apabila badan kita berkeadan baik, proses semulajadi badan akan berlaku dengan teratur. Haid adalah penanda aras kesuburan bagi wanita. Jadi apabila haid ini semakin lama semakin kurang atau kitarannya terganggu, pelbagai emosi dan rasa akan terganggu. Alhamdulillah saya rasa semakin baik kebelakangan ini. Semoga rasa hebat ini terus berkekalan dengan usaha yang konsisten juga




********************************************************************************

PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ 
https://www.facebook.com/makananpelengkap
Share:

Tuesday, 24 December 2013

Berat makin naik selepas minum ESP

Ada segelintir pembeli merungut mengatakan berat naik selepas minum ESP. Apabila keadaan ini berlaku, cara terbaik adalah hubungi pengedar anda dan periksa semula cara ambilan suplemen ini. Tetapi ada yang memberi respon pengedar mereka tidak melayan mereka lagi selepas belian.

Pembeli mahukan sesuatu dengan harga yang paling murah, ini memang normal. Maka mereka akan survey harga yang termurah tanpa pedulikan sama ada pengedar/penjual ini ada menyediakan khidmat selepas jualan atau tidak.

Yang lagi parah, mereka membeli daripada pengedar A, tetapi bertanya pada si pengedar B cara makan dan pantang larang produk. Cuba letakkan diri kita sendiri pada kedudukan pengedar B, adil atau tidak?

Nasihat saya, berlaku adil pada pengedar/penjual anda. Mereka mungkin menjual dengan harga yang tiada diskaun atau diskaunnya sedikit, tapi khidmat selepas jualan mereka berterusan. Kalau saya sebagai pembeli, saya akan pilih penjual yang menyediakan khidmat jualan yang berterusan ini walau harga sedikit mahal. Apa perasaan apabila selepas membeli sesuatu barang, kita ditinggalkan terkontang-kanting tanpa consultation?

After all, sharing is caring kan? Di sini saya kongsikan cara ambilan suplemen untuk turunkan berat badan

Konsep untuk weight loss
  • calorie control
  •  high protein
  •  low carb
  •  air 3liter
  •  workout/execise
Untuk protein boleh pilih ESP @ CINCH

Apa beza antara ESP dan Cinch?
--> esp murah, protein tinggi (RM150 850g)
--> cinch mahal sikit, leucine tinggi, fiber tinggi (RM173 15sv)

Jadi bagi orang normal dan tak atau kurang exercise, kita hanya memerlukan lebih kurang 2000 kalori je sehari. Jika ambilan kalori kita lebih, maka kita kena lebih exercise atau workout untuk bakar balik kalori yang berlebihan.

Sifirnya, bagi yang nak kurus dinasihatkan ambil sekitar 1300-1500 kalori sahaja sehari manakala 500 kalori lagi akan dibakar daripada sumber lemak-lemak tepu kat badan kita. InsyaAllah dengan cara ni dalam seminggu berat badan kita boleh turun 0.5-2kg.

Soalannya BAGAIMANA NAK KAWAL KALORI?

Contoh : ambilan nasi sekali makan ialah 800 kcal. Kalau ambil nasi 2 kali sehari dah 1600kcal, jadi dah lebih dari sifir asal maka tak boleh kurus.
 
Perlu juga diingatkan di sini, ESP dan CINCH bukan UBAT KURUS. Dalam kedua-dua suplemen ini masih ada kalori dalam 300 kcal juga. Jadi kalau makan nasi tak kontrol, ambil lagi ESP dan CINCH maka kesannya BERTAMBAH GEMUK.

Saranannya, pagi jangan makan nasi, gantikan dengan carb yang slow release contohnya oat, barli, gandum (wheatgerm). Selepas sarapan, bersenam sikit. Sapu lantai ke, jalan turun tangga ke..Takkan kita dok terperap je kat katil kan? Kurang-kurang kita sapu jugak lantai, orang bekerja jalan jugak nak ke kereta dan naik tangga ke ofis kan? Yang penting, ada sedikit workout. Ini penting untuk meningkatkan metabolisma badan kita.

Selepas sedikit workout ni, boleh ambil protein untuk mengelakkan otot badan sakit. Di sini saya sarankan ambil ESP yang memang terkenal dengan proteinnya.

Untuk makan tengah hari, makan biar kenyang dengan lebihkan sayur dan lauk pauk dan nasi biar sedikit. 

Untuk minum petang pula, disarankan kita minum teh tanpa gula supaya menghalang selera makan dari sentiasa meningkat. Teh yang disarankan ni ikut pilihan masing-masing, teh biasa pun boleh, teh cinch atau alfafa pun okay.


Malam adalah waktu paling kritikal kerana metabolisma badan adalah rendah pada waktu ini kerana pada waktu malam kita dah kurang menggunakan tenaga. Disarankan pada waktu malam minum ESP atau CINCH berserta sup dan sayur.



Sebaiknya selepas makan malam jangan terus tido, kena buat-buat sibuk sket..Tak perlu yang berat-berat pun, cuba jalan-jalan kat taman ke, jalan kat beranda rumah pun dah cukup bagus.hihi

Kenapa disarankan buat sedikit senaman pada waktu malam? Ini kerana ESP dan CINCH mengandungi protein. Sifirnya mudah, selepas minum protein, kena ada sedikit workout. Sekiranya masih lapar pada malam hari, kami sarankan hanya minum fiber seperti oat supaya perut kita rasa penuh 

Pada yang nak turunkan berat badan bolehlah ikut cara yang disarankan ni. Kita berusaha untuk dapat yang terbaik untuk badan kita. Ingat ya, badan kita ni amanah dariNya, maka jagalah elok-elok amanah yang besar ni.

***********************************************************************************

Berminat untuk mengetahui tentang SHAKLEE? Mahu menjadi ahli SHAKLEE dengan pelbagai faedah menarik?


PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ 
https://www.facebook.com/makananpelengkap



.
Share:

Monday, 23 December 2013

walau ia sedikit tapi rasanya hebat pabila dikongsi bersama

Pagi tadi masa turun ke tingkat bawah, tengok-tengok ada sepupu si tukang masak muda kat rumah ni. Tetiba terasa nak makan laksa plak..dok congak-congak dalam kepala duit bonus SHAKLEE ni ada lagi walau tak banyak.. So bincang-bincang kira jadi la..

Maka si sepupu pegi la beli ikan, dan saya setelkan apa yang perlu. Balik je dari beli ikan, terus kami siang dan bersihkan ikan dan terus rebus semua 7KG ikan kembung tu. Bila buat kerja bersama-sama kat dapur tu, rasa ukhuwah kami semakin rapat.

Dalam dok sediakan kelengkapan nak masak laksa tu, sempat lagi layan phone ngan anak downline saya pasal kakak iparnya nak jadi ahli. Niatnya nak guna SHAKLEE untuk diri sendiri tapi terus buat keputusan bijak untuk jadi ahli. Bagus kan? Saya suka pengguna begini kerana mereka tidak akan tawar menawar lagi harga yang kami kenakan kerana dah dapat harga ahli. InsyaAllah badan makin sihat, dan kalau kena gayanya dapat pula duit bonus sekiranya point (UV) yang dikumpul daripada belian produk mencecah paling kurang 150UV.

Maka panggillah adik beradik mak bapa sedara semua..Rata-rata datang lepas asar sebab semuanya keje kan? Perasaan ni memang rasa gembira kerana dapat berkongsi duit bonus SHAKLEE dengan sanak saudara yang rapat ni. Alhamdulillah..

Dah reda sket tetamu yang datang, saya sempat lagi register kakak yang nak jadi ahli tu.Semuanya boleh dilakukan thru internet je, so semua kerja memang senang sekarang ni. Tak perlu beratur, tak perlu pandu kereta, semuanya boleh diselesaikan walau saya berada di rumah. Dan SHAKLEE akan hantar memberkit dan suplemen yang dipesan terus ke pintu rumahnya. Senangkan?

Kakak ipar datang sebagai tetamu terakhir sebelum maghrib..Dok sembang-sembang, saya offer Omega Guard untuk anak-anaknya. Alhamdulillah kakak terus ambil tanpa banyak soal. Rezeki tak putus-putus hari ni.

Laksa penang dan laksa lemak yang kami masak hari ni adalah antara makanan kegemaran saya..Memang 2 3 kali makan laksa hari ni..Maka malam ni sebelum tidur wajiblah ambik Herblax sebagai pelawas menggantikan Alfafa - Herblax lebih power kalau tang ni, cumanya Herblax ni x disarankan ambil hari-hari :)



Alhamdulillah laksa yang disediakan dapat dinikmati semua yang datang..InsyaAllah rezeki yang berkat walau sedikit boleh dikongsi kan? InsyaAllah



**********************************************************************************

Berminat untuk mengetahui tentang SHAKLEE? Mahu menjadi ahli SHAKLEE?

PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ https://www.facebook.com/makananpelengkap
Share:

Kulit gatal mengganggu lena - Herbal Blend Multi-Purpose Cream yang amat membantu

Pagi ni saya bangun dengan agak keletihan. Pukul 3 pagi semalam Akram masih x tidur dok layan kartun dia kat lappy, disuruh tutup dan tido sampai mengamuk-ngamuk tapi mama dah x layan dah. Buat susu dan suruh dia tido jugak, dalam dok mengamuk tu saya baca Ya Latif berkali-kali dan hembus ke kepala dia dan alhamdulillah, lama kelamaan tangisannya makin slow dan mula hisap susu..akhirnya tertido jugak..phewww..Selesai satu kerja

Baru lelap mata selang 30 minit lepas tu si kecil Aamily plak merengek-rengek. Aduhai, kalau yang ni memang susah sket nak pujuk..Bagi susu xmau, tepuk-tepuk pun x jalan..Mama usap la kaki dia since nampak dia dok menggesel antara kakinya..Nyamuk kot? Dok layan tu tak berhenti gak tangisnya, lastnya teringat ngan Herbal Blend Multi-Purpose Cream SHAKLEE. Picit sket dan lumur ke kedua-dua belah kakinya, dan alhamdulillah dia diam je dalam pelukan - tertido balik.

Aamily ni betisnya penuh ngan parut-parut dan kulitnya agak kasar dan berkerak which I believe itu adalah ekzema. Sejak dok guna Herbal Blend cream kat kaki dia, memang nampak kurang dah keraknya tu..Dia pun nampak suka sangat ngan cream ni, sebab bila dia dok menggaru kaki tu, ambil je Herbal Cream ni dia akan terus tarik kaki seluarnya, suruh letak kat kaki dia. Saya percaya dia rasa selesa sket.

Saya pun ada ekzema dah dekat 5 6 tahun kot. Nasib baik kulit kering bersisik dan gatal tu hanya kat kaki, jenuh kalau kat tangan semua..heheheh..Disamping minum ESP, makan Vita C dan Vita E yang memang terbaik untuk kulit, saya juga gunakan Herbal Cream ni untuk diri sendiri. Alhamdulillah, sejak dok guna cream ni, boleh kata gatal-gatal dan pedih kat lutut ni dah kurang. Syukur kerana Allah bukakan hati untuk beli cream ni.

Harga untuk cream ni cuma RM27.50 untuk 4oz. Saya amat sarankan pada ibu bapa supaya sentiasa ada Herbal Cream ni bersama anda kerana krim ini dapat melegakan dan melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini juga amat berguna untuk anak yang digigit nyamuk, apply je tempat kena gigit tu dan insyaAllah anak dah x meragam lagi.





BERMINAT?
→ pm https://www.facebook.com/makananpelengkap
→ sms/whatsapp : 011-1611 1619
→ blog : http://jazilahilyas.blogspot.com/

Share:

Sunday, 22 December 2013

Tak perlu berlapar, badan makin slim, susu makin meriah

Assalamualaikum..

Anak kecil saya Adelia Aamily dah berumur 1 tahun 9 bulan dan masih aktif menyusu badan. Memang sukar digambarkan dengan kata-kata kepuasan dapat menyusukan anak secara eksklusif begini. Anak yang menyusu badan lebih sihat dan jarang sakit. Saya dapat melihat perbezaan kesihatan yang ketara antara Aamily dan abangnya Akram - yang hanya mampu diberi susu melalui tiub (Akram adalah anak pramatang) dan seterusnya mendapat nutrisinya daripada susu tepung kerana susu badan yang kering seawal bulan kedua selepas melahirkannya.

Saya memang berniat daripada awal untuk menyusukan Aamily secara ekslusif selama 2 tahun dan alhamdulillah dipermudahkan olehNya niat yang baik ini. Cabaran semasa menyusukan anak kecil bukan sedikit, dengan nafsu makan yang bertambah-tambah dan badan yang semcam dipam-pam..eheheh..Selain itu, keletihan yang ketara juga sentiasa membebankan saya, menyebabkan saya cepat tertekan. Tidak dilupakan juga pinggang yang sentiasa sakit yang mana saya yakin kerana kekurangan kalsium - si kecil ni dah tarik semua kalsium mama..

Akibat daripada sakit pinggang yang melampau, saya pernah mendapat suntikan hanya untuk meredakan sakit yang tak tertanggung ni. Doktor memaklumkan saya kekurangan nutrien. Risau memikirkan keadaan diri, saya nekad untuk mencuba suplemen.

Sebelum ambil suplemen pun dok fikir gak takut badan makin naik, baju yang selesa untuk dipakai dah makin kurang..susah hati lagi.Fikir punya fikir, saya cari maklumat dan saya ambil keputusan untuk cuba Alfafa dan Omega Guard SHAKLEE. Sebenarnya, Omega Guard tu saya tapau daripada bekalan Akram..hhehehhe

Saya pernah cuba minum teh untuk kurus yang mengakibatkan cirit birit dan sakit perut yang melampau - mungkin kerana proses untuk memaksa apa yang kita makan sebelum tu dikeluarkan..Jadi agak risau la kan tapi tawakal je la..

Amazingly, minggu pertama cuba Alfafa dan Omega Guard tu badan memang rasa kuat dan sihat. Sakit pinggang yang membelenggu saya bertahun-tahun seolah-olah hilang camtu je..Tak perlu lagi mintak husband tarik dan angkat dari katil tiap-tiap pagi. Memang rasa bertenaga sangat-sangat. Part yang paling best ialah bila sepupu datang rumah dan terkejut tgk kakak sepupunya ni "eh, nampak susut dah ni". Baru seminggu je makan okayyy!!!hihih..

Lupa plak nak mention yang saya juga ada resdung yang teruk. Tiap-tiap pagi memang rasa nak demam sebab setiap kali lepas sapu lantai dan karpet, bersinnya tak berhenti-henti. Apabila makan Alfafa dan Omega Guard ni secara konsisten, tanpa saya sedari resdung saya almost hilang..Mula-mula tak perasan pun tapi bila terbaca Alfafa ni boleh melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan ulat air saya macam baru tersedar yang saya dah takde bersin-bersin dah walau selepas sapu habuk segala bagai, alhamdulillah.

Perasaan yang lagi best timbul apabila breast sentiasa rasa penuh dengan susu - bila re-check baru perasan yang Alfafa adalah komponen dalam set milk booster, so terus react ohh patutlah..Bonus lagi apabila bersama suami, suami plak tanya napa macam lain?Cam awal-awal dulu..ahahahah..Jangan tak tau ye kawan-kawan, Alfafa juga bertindak sebagai kacip fatimah, so patutlah WOW je kan? ahhahaha

Selepas seminggu saya decided nak tambah Lecithin untuk kesan yang lebih cepat dan memang betul, selepas 2 minggu penggunaan tiga suplemen ni, perut memang dah rasa makin kempis, seluar dah start kena pakai tali pinggang dan baju-baju kurung yang selama ni rasa sendat dah selesa untuk dipakai semula..Alhamdulillah.

Few days lepas tu saya tambah ESP dalam senarai suplemen saya, dan tiba-tiba rasa eh kenapa berat cam slow sket turun ni? Re-check lagi sekali fungsi ESP ni dan noticed ESP ni membina otot dan membaiki kepejalannya..Oh patutlah, jadinya badan tidak akan menggeleber selepas berat turun ke sasaran yang ditetapkan. Bila tengok badan dah ada shape balik, hati memang berbunga-bunga la..hhihi..Dan bonus yang paling best, kesakitan di kawasan peranakan dan ari-ari yang saya tanggung sejak mengandungkan Aamily akibat cervical cerclage hilang perlahan-lahan. Syukur sangat-sangat dengan perkembangan positif ni. Badan dah tak lesu, boleh kata langsung x tidur siang (mungkin seminggu sekali je kot ) dan stretch mark kat perut pun dah pudar. ESP ni boleh mencantikkan kulit tau :

Kalau lambat sket susukan Aamily, breast rasa bengkak dan basah sebab Alfafa dan ESP adalah komponen utama dalam milk booster. Susu pun dah makin pekat kebelakangan ni..Makin seronok la si kecik Aamily ni. Susu untuk dia mmg x pernah putus dan insyaAllah akan terus ada sampai umurnya 2 tahun.

Suplemen terakhir yang saya tambah dalam set kurus tetapi susu masih meriah ni ialah Herblax sebab nak rasa sendiri kehebatannya. Dan ia memang terbukti hebat, dan menjimatkan..hahaha..Minggu pertama je saya ambil Herblax ni tiap-tiap malam, lepas tu hanya 2 3 kali je seminggu dan kesannya?Walaaaaweeeh!! Memang superb sebagai ejen pembuangan kita.

Saya kongsikan gambar saya sendiri sepanjang penggunaan suplemen-suplemen Shaklee ni..Memang saya puas hati kerana disamping dapat menurunkan berat badan, susu Aamily tetap maintain malah boleh kata makin meriah, kulit pulak makin lembut, parut makin pudar dan badan makin bertenaga.






So pada ibu-ibu yang masih dalam dilema untuk kurus tapi risau anak tak dapat nutrisi yang lengkap kerana kena kontrol pemakanan, set ini amat disarankan. Anda tak perlu berlapar, boleh je makan nasi semua, berat turun dan badan makin slim dan yang paling penting bekalan susu untuk anak langsung tidak terabai.


Berminat? Boleh tinggalkan contact number dan saya akan hubungi secepat mungkin. Untuk respon yang lebih cepat ;


call/sms/whatsapp : 011-1611 1619
fb : https://www.facebook.com/makananpelengkap



 p/s : InsyaAllah harga masih boleh dirunding :)



  
Share:

Tuesday, 17 December 2013

Atasi Kulit Berminyak dengan Set Pencuci Muka Enfuselle Shaklee

Berapa ramai antara kita di Malaysia ini yang ada masalah kulit muka berminyak? Saya angkat tangan tinggi-tinggi! Dulu saya salah seorang daripada kalangan wanita yang kulit muka sangat berminyak. Tapi alhamdulillah sekarang tak lagi. Akhirnya setelah bertahun-tahun saya telah berjaya atasi kulit berminyak dengan Set Pencuci Muka Enfuselle Shaklee!



oily face
Berminyaknya muka sampai menimbulkan rasa yang sangat tidak selesa


Saya betul-betul dah jatuh hati dengan Set Skin Care Enfuselle Shaklee. Selama bertahun-tahun saya hadapi masalah kulit berminyak dan telah menggunakan banyak pencuci muka untuk kulit berminyak tetapi berakhir dengan kulit wajah yang pedih, kering dan terlalu 'tegang'. Kalau masa rajin saya sapu muka dengan kertas minyak, tapi selalunya memang terbiar camtu je :P



kertas minyak untuk kulit berminyak
Kertas minyak ni cam dah jadi aksesori wajib untuk oily face, kan?


Sebelum saya cuba Set Pencuci Muka Enfuselle Shaklee ni, saya telah mencuba Shaklee Collagen Powder, untuk merawat kulit secara dalaman. Kesannya juga sangat awesome!! Bila rasa dah best, terdetik untuk kembali mencuci muka secara luaran pula. Nampak sangat dah lama biarkan kulit muka camtu je.hehehehhe



Set Kecantikan Enfuselle untuk Wajah Berminyak 


So belek-belek dan fikir-fikir jadi saya buat keputusan nak guna Enfuselle Skin Care. Tengok harga tu mula-mula cam takut jugak tapi nak jugak cuba dulu..Sekali bila dah beli terkejut plak, eh banyaknya dalam satu botol! Mesti tahan lama ni, berbunga-bunga la hati..hehehee


set pencuci muka untuk kulit berminyak
Set Pencuci Muka Enfuselle Normal-Kulit Berminyak


Jadi alkisahnya saya cuba la produk ni..Mula-mula guna pencuci muka ni, lepas 2 3 jam muka jadi berminyak balik. Masa tu dah start fikir pencuci ni tak sesuai ngan saya agaknya sebab dah dekat sebulan muka x berminyak gara-gara minum kolagen tu. 

Tapi saya tekadkan hati nak teruskan dulu, sebab kebanyakan produk Shaklee ni ada "kesan penyembuhan". Jadi sebab pencuci dan toner ni untuk kulit berminyak, mungkin minyak akan keluar dulu. Berkat kesabaran, alhamdulillah, selepas lebih kurang seminggu guna, minyak makin hilang. Ia dah makin serasi dengan kulit :)



Kulit muka bersih dengan set pencuci muka shaklee
Kulit bersih dan sihat dengan Set Pencuci Muka Enfuselle



Purifying Cleansing Gel
Pencuci Muka Enfuselle RM88.75 ~ 177ml


Ini adalah  gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. Ia mengandungi bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut. Ia juga mencerahkan tona kulit dengan pH yang seimbang dan hipoalergenik.

Vitamin E sangat baik dalam memudarkan parut, kedut, garis halus dan bintik penuaan.





Purifying Toner 

Toner Enfuselle RM78.75 ~ 177ml
Purifying Toner pula merangsang dan menyegarkan kulit. Dengan pH yang seimbang, ia meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip dan menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel. 

Selain itu, ia juga meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit dan telah terbukti secara klinikal dalam membantu mengawal kulit berminyak.




Balancing Moisturizer


Ini adalah produk dengan formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah, bertindak dengan membekalkan kelembapan segera.


Balancing Moisturizer RM83.75 ~ 59ml


Mahal ke Set Pencuci Muka Enfuselle Shaklee ni? Tengok harga boleh tahan kan? Tapi jangan terkejut, satu botol pencuci, toner, moisturizer ni boleh tahan lebih daripada 6 bulan. So sangat jimat dan berbaloi untuk beli.


Kenapa Set Skin Care Enfuselle MESTI Menjadi Pilihan Anda? 


Skin Care Enfuselle berasaskan nutrien yang telah terbukti secara klinikal dengan diuji oleh pakar dermatologi. Ia sentiasa tidak menimbulkan alahan dengan pH yang seimbang dan yang penting, set ini tidak diuji pada binatang.

Ia juga dirumuskan tanpa :
  • Parabens
  • Natrium lauril sulfat 
  • Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
  • Minyak mineral atau petrolatum
  • FD&C atau pewarna


Jadi pada anda yang muka berminyak, dan masih mencari set penjagaan kulit terbaik saya sarankan cuba set Enfuselle ni..Memang best dan berkesan. Takde lagi dah rasa pedih lepas cuci muka, pakai toner lambat sket pun dah tak kisah, apatah lagi moisturizer.

Bagaimana nak dapatkan Set Pencuci Muka Enfuselle ini? Sekiranya anda mahu menggunakan kad kredit/debit anda, klik link di bawah untuk urusan tempahan dan pembelian atau anda boleh terus hubungi saya di talian 011-1611 1619 untuk sebarang pertanyan.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

Tuesday, 10 December 2013

Ibu hamil yang sentiasa sibuk, mahu tetap sihat dan cantik

APA YANG KITA MAKAN SEBELUM DAN SEMASA HAMIL MEMPENGARUHI KANDUNGAN KITA - setuju atau tidak?

Saya percaya tiada ibu atau sesiapa pun yang akan menafikan betapa pentingnya nutrisi yang lengkap untuk ibu hamil. Tanyalah sesiapa pun, mereka pasti bersetuju dengan kenyataan ini. Tambahan lagi ibu hamil yang bekerja (konteks bekerja ini luas ye, surirumah tagga juga bekerja), dengan beban tugas yang bertimbun, dateline dan deadline yang perlu dipatuhi, tekanan daripada rakan sekerja, tekanan daripada keluarga dan segala macam situasi lagi.

Bagi ibu hamil yang bekerja di pejabat pula, pagi-pagi dah bangun. Sediakan segala kelengkapan yang patut, berkejar pula ke stesen komuter/lrt, tukar pula di stesen perantara, jalan kaki lagi nak sampai ke ofis..akhirnya sampai ke ofis dah terjelepuk kepenatan..Saya pernah rasa situasi ni dulu, dgn komuter yang padat, tiada tempat nak duduk, tukar naik monorel pula, kepenatannya memang berganda..akhirnya akibat kurangnya nutrisi yang sepatutnya, saya jadi sakit-sakit semasa dan selepas melahirkan anak.

Nak tak nak, dengan lifestyle kita sekarang, kita memang kena dapatkan nutrisi dari suplemen dan vitamin yang pelbagai. Siapa boleh jamin vitamin C yang diambil daripada buah oren contohnya tidak tercemar atau tidak susut nilai vitaminnya?

Jadi SHAKLEE yang memang dah terjamin di pasaran lebih daripada 50 tahun telah mencadangkan pelbagai vitamin semasa hamil dan selepas kelahiran. Apa keperluan utama ibu hamil dan menyusu? Saya percaya mereka amat amat memerlukan tenaga yang cukup untuk menampung dua nyawa. Ibu hamil memang cepat hilang tenaga, kerana perubahan hormon, fizikal dan tekanan emosi.  Ibu yang menyusukan anak pula cepat penat dan hilang tenaga dengan setiap hisapan anak.

Jadi suplemen mana daripada SHAKLEE yang membekalkan tenaga? Amat pasti ia adalah ESP Soy Isolate Powder yang membekalkan protein. Kenapa ibu hamil dan menyusu amat memerlukan protein? Semasa hamil, protein ini penting untuk pertumbuhan bayi yang normal manakala selepas bersalin, ia membekalkan tenaga kepada ibu untuk menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi.

Ibu hamil dan menyusu amat senang demam, selsema dan batuk, yang mana ia mungkin berpunca daripada imunisasi badan yang lemah. Nak telan ubat pada masa hamil dan menyusukan anak amatlah tidak digalakkan malah pada sesetangah situasi is memang tidak dibenarkan. Jadi takkan nak menderita sepanjang tempoh sakit tu kan?

Pada ketika inilah badan amat memerlukan Vitamin C. SHAKLEE ada sediakan vitamin C ke? Of course la kan. SHAKLEE kan penyedia nutrisi lengkap kita. Ada dua jenis vitamin C daripada SHAKLEE, yang pertama adalah Sustained Release Vita C 500 mg dan yang kedua adalah Chewable Vita C. Vitamin C ini merangsang penyerapan zat besi dan asid folic serta menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan dan yang paling utama meningkatkan sistem imunisasi badan.

Antara masalah utama semasa hamil dan selepas kelahiran adalah HB ibu yang rendah. Kalau HB rendah memang kena bebel ngan misi kat klinik. HB rendah berpunca daripada kekurangan zat besi  yang mana ia boleh mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan sel ini amat penting bagi membawa oksigen kepada bayi. Kekurangan sel darah merah ini boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pra matang.

Makanan yang membekalkan zat besi antaranya terdiri daripada kerang-kerangan, kacang dan sayuran berdaun hijau tua. Persoalannya adakah pola pemakanan kita mengandungi segala makanan ini? Mungkin dalam seminggu hanya sekali kita makan kacang, dalam sebulan hanya sekali kita makan kerang. Jadi, SHAKLEE telah mengeluarkan Vita-Lea yang membekalkan zat besi dengan  mengandungi 28 vitamin dan mineral lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.

Berapa ramai daripada kita yang tidak pernah tertekan dan murung semasa hamil dan selepas melahirkan bayi? Rasanya rata-rata daripada kita tidak dapat lari daripada tekanan ni. Akibatnya kita selalu mendengar tentang kelahiran awal akibat daripada tekanan darah tinggi. Simpton meroyan selepas kelahiran juga amat membimbangkan.

Oleh itu, ibu hamil dan ibu menyusu amat disarankan untuk mengambil B-Complex kerana secara asasnya ia melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf yang mana ia sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia. B-Complex juga membantu menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

Semakin besar kandungan, pinggang ibu akan semakin sakit kerana berat badan makin bertambah. Kaki juga sering kejang dan kebas. Ini adalah tanda-tanda badan kekurangan kalsium. Kalsium amat penting untuk membina dan menghasilkan tulang yang kuat. Ibu yang menyusu juga amat memerlukan kalsium. Sekiranya badan kekurangan kalsium pada tempoh hamil dan penyusuan ini, selain daripada sering sakit pinggang dan kebas, ibu juga mudah sakit gigi.

Ostematrix telah terbukti secara klinikal dalam meningkatkan penyerapan kalsium. 1 tablet Ostematrix adalah bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium yang juga bersamaan dengan 80 biji badam. Ibu yang tidak suka dan tidak boleh minum susu kerana alahan dinasihatkan untuk mengambil Ostematrix.

5 vitamin ini adalah antara vitamin yang amat disarankan semasa ibu hamil dan selepas kelahiran. InsyaAllah kita cuba berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak semasa dalam kandungan dan selepas kelahiran.

Harga pasaran bagi vitamin ini ialah :

* ESP Soy Isolate Powder RM 150.00
* Sustained Release Vita C 500 mg RM 92.50
* Chewable Vita C RM 37.50
* Vita-lea RM 88.75
* B-Complex RM 53.75
* Ostematrix RM 61.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, boleh terus sms atau whatsapp saya 011-1611 1619 untuk respon yang lebih pantas. InsyaAllah harga masih boleh dirunding.



 


Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari