Tuesday, 24 December 2013

Berat makin naik selepas minum ESP

Ada segelintir pembeli merungut mengatakan berat naik selepas minum ESP. Apabila keadaan ini berlaku, cara terbaik adalah hubungi pengedar anda dan periksa semula cara ambilan suplemen ini. Tetapi ada yang memberi respon pengedar mereka tidak melayan mereka lagi selepas belian.

Pembeli mahukan sesuatu dengan harga yang paling murah, ini memang normal. Maka mereka akan survey harga yang termurah tanpa pedulikan sama ada pengedar/penjual ini ada menyediakan khidmat selepas jualan atau tidak.

Yang lagi parah, mereka membeli daripada pengedar A, tetapi bertanya pada si pengedar B cara makan dan pantang larang produk. Cuba letakkan diri kita sendiri pada kedudukan pengedar B, adil atau tidak?

Nasihat saya, berlaku adil pada pengedar/penjual anda. Mereka mungkin menjual dengan harga yang tiada diskaun atau diskaunnya sedikit, tapi khidmat selepas jualan mereka berterusan. Kalau saya sebagai pembeli, saya akan pilih penjual yang menyediakan khidmat jualan yang berterusan ini walau harga sedikit mahal. Apa perasaan apabila selepas membeli sesuatu barang, kita ditinggalkan terkontang-kanting tanpa consultation?

After all, sharing is caring kan? Di sini saya kongsikan cara ambilan suplemen untuk turunkan berat badan

Konsep untuk weight loss
  • calorie control
  •  high protein
  •  low carb
  •  air 3liter
  •  workout/execise
Untuk protein boleh pilih ESP @ CINCH

Apa beza antara ESP dan Cinch?
--> esp murah, protein tinggi (RM150 850g)
--> cinch mahal sikit, leucine tinggi, fiber tinggi (RM173 15sv)

Jadi bagi orang normal dan tak atau kurang exercise, kita hanya memerlukan lebih kurang 2000 kalori je sehari. Jika ambilan kalori kita lebih, maka kita kena lebih exercise atau workout untuk bakar balik kalori yang berlebihan.

Sifirnya, bagi yang nak kurus dinasihatkan ambil sekitar 1300-1500 kalori sahaja sehari manakala 500 kalori lagi akan dibakar daripada sumber lemak-lemak tepu kat badan kita. InsyaAllah dengan cara ni dalam seminggu berat badan kita boleh turun 0.5-2kg.

Soalannya BAGAIMANA NAK KAWAL KALORI?

Contoh : ambilan nasi sekali makan ialah 800 kcal. Kalau ambil nasi 2 kali sehari dah 1600kcal, jadi dah lebih dari sifir asal maka tak boleh kurus.
 
Perlu juga diingatkan di sini, ESP dan CINCH bukan UBAT KURUS. Dalam kedua-dua suplemen ini masih ada kalori dalam 300 kcal juga. Jadi kalau makan nasi tak kontrol, ambil lagi ESP dan CINCH maka kesannya BERTAMBAH GEMUK.

Saranannya, pagi jangan makan nasi, gantikan dengan carb yang slow release contohnya oat, barli, gandum (wheatgerm). Selepas sarapan, bersenam sikit. Sapu lantai ke, jalan turun tangga ke..Takkan kita dok terperap je kat katil kan? Kurang-kurang kita sapu jugak lantai, orang bekerja jalan jugak nak ke kereta dan naik tangga ke ofis kan? Yang penting, ada sedikit workout. Ini penting untuk meningkatkan metabolisma badan kita.

Selepas sedikit workout ni, boleh ambil protein untuk mengelakkan otot badan sakit. Di sini saya sarankan ambil ESP yang memang terkenal dengan proteinnya.

Untuk makan tengah hari, makan biar kenyang dengan lebihkan sayur dan lauk pauk dan nasi biar sedikit. 

Untuk minum petang pula, disarankan kita minum teh tanpa gula supaya menghalang selera makan dari sentiasa meningkat. Teh yang disarankan ni ikut pilihan masing-masing, teh biasa pun boleh, teh cinch atau alfafa pun okay.


Malam adalah waktu paling kritikal kerana metabolisma badan adalah rendah pada waktu ini kerana pada waktu malam kita dah kurang menggunakan tenaga. Disarankan pada waktu malam minum ESP atau CINCH berserta sup dan sayur.



Sebaiknya selepas makan malam jangan terus tido, kena buat-buat sibuk sket..Tak perlu yang berat-berat pun, cuba jalan-jalan kat taman ke, jalan kat beranda rumah pun dah cukup bagus.hihi

Kenapa disarankan buat sedikit senaman pada waktu malam? Ini kerana ESP dan CINCH mengandungi protein. Sifirnya mudah, selepas minum protein, kena ada sedikit workout. Sekiranya masih lapar pada malam hari, kami sarankan hanya minum fiber seperti oat supaya perut kita rasa penuh 

Pada yang nak turunkan berat badan bolehlah ikut cara yang disarankan ni. Kita berusaha untuk dapat yang terbaik untuk badan kita. Ingat ya, badan kita ni amanah dariNya, maka jagalah elok-elok amanah yang besar ni.

***********************************************************************************

Berminat untuk mengetahui tentang SHAKLEE? Mahu menjadi ahli SHAKLEE dengan pelbagai faedah menarik?


PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ 
https://www.facebook.com/makananpelengkap



.
Share:

1 comment:

  1. good information for me
    tnks
    visit me at zianahealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari