Tuesday, 10 December 2013

Ibu hamil yang sentiasa sibuk, mahu tetap sihat dan cantik

APA YANG KITA MAKAN SEBELUM DAN SEMASA HAMIL MEMPENGARUHI KANDUNGAN KITA - setuju atau tidak?

Saya percaya tiada ibu atau sesiapa pun yang akan menafikan betapa pentingnya nutrisi yang lengkap untuk ibu hamil. Tanyalah sesiapa pun, mereka pasti bersetuju dengan kenyataan ini. Tambahan lagi ibu hamil yang bekerja (konteks bekerja ini luas ye, surirumah tagga juga bekerja), dengan beban tugas yang bertimbun, dateline dan deadline yang perlu dipatuhi, tekanan daripada rakan sekerja, tekanan daripada keluarga dan segala macam situasi lagi.

Bagi ibu hamil yang bekerja di pejabat pula, pagi-pagi dah bangun. Sediakan segala kelengkapan yang patut, berkejar pula ke stesen komuter/lrt, tukar pula di stesen perantara, jalan kaki lagi nak sampai ke ofis..akhirnya sampai ke ofis dah terjelepuk kepenatan..Saya pernah rasa situasi ni dulu, dgn komuter yang padat, tiada tempat nak duduk, tukar naik monorel pula, kepenatannya memang berganda..akhirnya akibat kurangnya nutrisi yang sepatutnya, saya jadi sakit-sakit semasa dan selepas melahirkan anak.

Nak tak nak, dengan lifestyle kita sekarang, kita memang kena dapatkan nutrisi dari suplemen dan vitamin yang pelbagai. Siapa boleh jamin vitamin C yang diambil daripada buah oren contohnya tidak tercemar atau tidak susut nilai vitaminnya?

Jadi SHAKLEE yang memang dah terjamin di pasaran lebih daripada 50 tahun telah mencadangkan pelbagai vitamin semasa hamil dan selepas kelahiran. Apa keperluan utama ibu hamil dan menyusu? Saya percaya mereka amat amat memerlukan tenaga yang cukup untuk menampung dua nyawa. Ibu hamil memang cepat hilang tenaga, kerana perubahan hormon, fizikal dan tekanan emosi.  Ibu yang menyusukan anak pula cepat penat dan hilang tenaga dengan setiap hisapan anak.

Jadi suplemen mana daripada SHAKLEE yang membekalkan tenaga? Amat pasti ia adalah ESP Soy Isolate Powder yang membekalkan protein. Kenapa ibu hamil dan menyusu amat memerlukan protein? Semasa hamil, protein ini penting untuk pertumbuhan bayi yang normal manakala selepas bersalin, ia membekalkan tenaga kepada ibu untuk menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi.

Ibu hamil dan menyusu amat senang demam, selsema dan batuk, yang mana ia mungkin berpunca daripada imunisasi badan yang lemah. Nak telan ubat pada masa hamil dan menyusukan anak amatlah tidak digalakkan malah pada sesetangah situasi is memang tidak dibenarkan. Jadi takkan nak menderita sepanjang tempoh sakit tu kan?

Pada ketika inilah badan amat memerlukan Vitamin C. SHAKLEE ada sediakan vitamin C ke? Of course la kan. SHAKLEE kan penyedia nutrisi lengkap kita. Ada dua jenis vitamin C daripada SHAKLEE, yang pertama adalah Sustained Release Vita C 500 mg dan yang kedua adalah Chewable Vita C. Vitamin C ini merangsang penyerapan zat besi dan asid folic serta menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan dan yang paling utama meningkatkan sistem imunisasi badan.

Antara masalah utama semasa hamil dan selepas kelahiran adalah HB ibu yang rendah. Kalau HB rendah memang kena bebel ngan misi kat klinik. HB rendah berpunca daripada kekurangan zat besi  yang mana ia boleh mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan sel ini amat penting bagi membawa oksigen kepada bayi. Kekurangan sel darah merah ini boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pra matang.

Makanan yang membekalkan zat besi antaranya terdiri daripada kerang-kerangan, kacang dan sayuran berdaun hijau tua. Persoalannya adakah pola pemakanan kita mengandungi segala makanan ini? Mungkin dalam seminggu hanya sekali kita makan kacang, dalam sebulan hanya sekali kita makan kerang. Jadi, SHAKLEE telah mengeluarkan Vita-Lea yang membekalkan zat besi dengan  mengandungi 28 vitamin dan mineral lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.

Berapa ramai daripada kita yang tidak pernah tertekan dan murung semasa hamil dan selepas melahirkan bayi? Rasanya rata-rata daripada kita tidak dapat lari daripada tekanan ni. Akibatnya kita selalu mendengar tentang kelahiran awal akibat daripada tekanan darah tinggi. Simpton meroyan selepas kelahiran juga amat membimbangkan.

Oleh itu, ibu hamil dan ibu menyusu amat disarankan untuk mengambil B-Complex kerana secara asasnya ia melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf yang mana ia sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia. B-Complex juga membantu menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

Semakin besar kandungan, pinggang ibu akan semakin sakit kerana berat badan makin bertambah. Kaki juga sering kejang dan kebas. Ini adalah tanda-tanda badan kekurangan kalsium. Kalsium amat penting untuk membina dan menghasilkan tulang yang kuat. Ibu yang menyusu juga amat memerlukan kalsium. Sekiranya badan kekurangan kalsium pada tempoh hamil dan penyusuan ini, selain daripada sering sakit pinggang dan kebas, ibu juga mudah sakit gigi.

Ostematrix telah terbukti secara klinikal dalam meningkatkan penyerapan kalsium. 1 tablet Ostematrix adalah bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium yang juga bersamaan dengan 80 biji badam. Ibu yang tidak suka dan tidak boleh minum susu kerana alahan dinasihatkan untuk mengambil Ostematrix.

5 vitamin ini adalah antara vitamin yang amat disarankan semasa ibu hamil dan selepas kelahiran. InsyaAllah kita cuba berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak semasa dalam kandungan dan selepas kelahiran.

Harga pasaran bagi vitamin ini ialah :

* ESP Soy Isolate Powder RM 150.00
* Sustained Release Vita C 500 mg RM 92.50
* Chewable Vita C RM 37.50
* Vita-lea RM 88.75
* B-Complex RM 53.75
* Ostematrix RM 61.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, boleh terus sms atau whatsapp saya 011-1611 1619 untuk respon yang lebih pantas. InsyaAllah harga masih boleh dirunding.



 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari