Monday, 23 December 2013

walau ia sedikit tapi rasanya hebat pabila dikongsi bersama

Pagi tadi masa turun ke tingkat bawah, tengok-tengok ada sepupu si tukang masak muda kat rumah ni. Tetiba terasa nak makan laksa plak..dok congak-congak dalam kepala duit bonus SHAKLEE ni ada lagi walau tak banyak.. So bincang-bincang kira jadi la..

Maka si sepupu pegi la beli ikan, dan saya setelkan apa yang perlu. Balik je dari beli ikan, terus kami siang dan bersihkan ikan dan terus rebus semua 7KG ikan kembung tu. Bila buat kerja bersama-sama kat dapur tu, rasa ukhuwah kami semakin rapat.

Dalam dok sediakan kelengkapan nak masak laksa tu, sempat lagi layan phone ngan anak downline saya pasal kakak iparnya nak jadi ahli. Niatnya nak guna SHAKLEE untuk diri sendiri tapi terus buat keputusan bijak untuk jadi ahli. Bagus kan? Saya suka pengguna begini kerana mereka tidak akan tawar menawar lagi harga yang kami kenakan kerana dah dapat harga ahli. InsyaAllah badan makin sihat, dan kalau kena gayanya dapat pula duit bonus sekiranya point (UV) yang dikumpul daripada belian produk mencecah paling kurang 150UV.

Maka panggillah adik beradik mak bapa sedara semua..Rata-rata datang lepas asar sebab semuanya keje kan? Perasaan ni memang rasa gembira kerana dapat berkongsi duit bonus SHAKLEE dengan sanak saudara yang rapat ni. Alhamdulillah..

Dah reda sket tetamu yang datang, saya sempat lagi register kakak yang nak jadi ahli tu.Semuanya boleh dilakukan thru internet je, so semua kerja memang senang sekarang ni. Tak perlu beratur, tak perlu pandu kereta, semuanya boleh diselesaikan walau saya berada di rumah. Dan SHAKLEE akan hantar memberkit dan suplemen yang dipesan terus ke pintu rumahnya. Senangkan?

Kakak ipar datang sebagai tetamu terakhir sebelum maghrib..Dok sembang-sembang, saya offer Omega Guard untuk anak-anaknya. Alhamdulillah kakak terus ambil tanpa banyak soal. Rezeki tak putus-putus hari ni.

Laksa penang dan laksa lemak yang kami masak hari ni adalah antara makanan kegemaran saya..Memang 2 3 kali makan laksa hari ni..Maka malam ni sebelum tidur wajiblah ambik Herblax sebagai pelawas menggantikan Alfafa - Herblax lebih power kalau tang ni, cumanya Herblax ni x disarankan ambil hari-hari :)



Alhamdulillah laksa yang disediakan dapat dinikmati semua yang datang..InsyaAllah rezeki yang berkat walau sedikit boleh dikongsi kan? InsyaAllah



**********************************************************************************

Berminat untuk mengetahui tentang SHAKLEE? Mahu menjadi ahli SHAKLEE?

PM/Whatsapp : 011-1611 1619 (jazilah 1070931)
FB : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas @ https://www.facebook.com/makananpelengkap
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari