Thursday, 30 January 2014

Kepercayaan dan Amalan Salah Tentang Pemakanan Semasa Pantang

Orang Melayu kita ni banyak pantang larang yang diturunkan daripada nenek moyang kita. Sebenarnya ada pro dan kontra segala pantang larang ni. Nak nafikan seratus pearatus pun tak boleh kerana ia adalah daripada pemerhatian dan pengalaman orang dulu-dulu.

Amalan Salah & Fakta Sebenar

{X} Tak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang 'sejuk' seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain.
Sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan memberi sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

{X} Banyak minum air boleh menyebabkan perut jadi buncit.
Sebenarnya minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit dan membantu pengeluaran susu ibu.

{X} Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan berbisa, contohnya udang dan kerang.
Sebenarnya jika tidak ada alergi/alahan, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.

{X} Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
Sebenarnya nanah disebabkan oleh jangkitan kuman. Pengambilan telur adalah sumber protein dan baik untuk pemulihan luka dalaman.

{X} Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat.
Sebenarnya makanan tersebut boleh menggantikan sumber karbohidrat, contohnya nasi. 

Stress la kita ni kan?

Leceh kan? Haa..daripada dok bertegang leher ngan mak-mak kita kat rumah tu, baik kita cuba pemakanan vitamin dalam pantang daripada Shaklee.

  • Zinc Complex ; bertindak seperti ikan haruan yang mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • ESP ; membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imunisasi badan, membekalkan sumber protein yang amat diperlukan untuk menghasilkan susu
  • Vitalea ; mengandungi zat besi yang amat penting bagi ibu yang kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.
  • B Complex ; bertindak sebagai penenang, elak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon selepas melahirkan bayi.
  • Vitamin C ; penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Alfafa ; mempercepatkan proses pengecutan rahim dan juga merupakan pencetus susu (milk booster)
  • Ostematrix ; membekalkan kalsium yang amat diperlukan ibu semasa pantang dan meyusu kerana kalsium yang ada akan diserap oleh bayi dan juga membantu mengecutkan otot dan saraf.
Berminat untuk berpantang dengan Set Pantang Shaklee? Boleh hubungi saya dengan meninggalkan contact number atau untuk lebih cepat boleh hubungi/sms/whatsapp saya di 011-1611 1619 (jazilah) 



Share:

Wednesday, 29 January 2014

Mencari yang halal itu fardu

Assalamualaikum wbt
Apa-apa yang kita telan akan jadi darah daging kita, dan sudah semestinya kita sebagai umat Islam wajib makan dan minum daripada sumber yang halal sahaja. Tak kira apa, makanan ruji atau makanan tambahan, semuanya perlu halal dan selamat.

Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Shaklee banyak kali diserang kiri kanan depan belakang sebagai suplemen dari Barat, tak ikut sunnah dan diragui sumber kehalalannya. Shaklee bukan dikeluarkan di Malaysia, tiada yang menafikan hal ini tetapi insyaAllah semua suplemen dan vitamin Shaklee yang dibawa masuk ke Malaysia adalah HALAL. Ia dipantau dengan ketat oleh Islamic Services of America (ISA) yang mana ia merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Moga dengan segala penjelasan ini dapat memberikan sepenuh keyakinan kepada kita terutama yang Muslim untuk terus mengamalkan vitamin dan suplemen yang terbukti banyak memberi khasiat dan manfaat kepada kesihatan kita.

MENCARI YANG HALAL ITU FARDU


Share:

Monday, 27 January 2014

Luka Kencing Manis

"Jari mama luka, agaknya terkena tulang ikan tadi". Mama saya adalah pesakit diabetes yang perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah, jadi bila dia luka saya memang jadi sangat risau. Jangan ambil mudah apabila pesakit diabetes luka di mana-mana bahagian badannya.

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah adalah tinggi dan normal secara kronik. Di Malaysia, dikatakan lebih daripada 1.4 juta rakyatnya menghidap penyakit berbahaya ini. Bilangannya cukup membimbangkan tambahan lagi diabetes ini boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan organ dan sistem saraf dalam tubuh manusia.

Kalau ikut WHO, pada tahun 2011 setiap 20 saat sahaja setiap satu kaki akan dipotong akibat diabetes ni. Jadi janganla pandang enteng kalau keluarga kita yang ada kencing manis ni ada luka-luka. Kena sentiasa beringat sebab kebanyakan mereka tak sedar pun kaki (anggota badan yang sering terluka) mereka terkopek atau terluka. Sedar-sedar dah bernanah, dah membusuk.


Dulu masa arwah atuk luka kakinya, saya yang dok cucikan lukanya. Kalau tak silap sampai kena korek tempat yang luka tu. Sebab tu bila jari mama luka hari tu saya sangat risau. Nasib baik masa tu saya dah ada Zinc Complex sebagai persediaan.

Zinc Complex ni memang sangat elok untuk luka. Dalam set pantang pun Zinc ni antara komponen wajib ye, sebabnya antara manfaat Zinc ni ia mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran. Jadi supaya luka kat jari mama cepat elok, pagi-pagi saya bagi sebiji Zinc untuk ditelan, dan hancurkan sedikit (kapsul lain), tabur atas jarinya yang luka. 


Selama 3 hari berturut saya bagi mama makan dan tabur Zinc Complex ni atas jarinya yang luka dan alhamdulillah, lukanya memang sembuh elok. Sangat-sangat berterima kasih pada Allah dengan perantaraan Zinc ni luka jari mama cepat sembuh. Kalau tak, saya memang tak boleh bayangkan lukanya jadi makin teruk. Serik!!

Jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan kan? Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Zinc Complex, boleh tinggalkan contact number atau sms/whatsapp saya 011-16111619 untuk respon yang lebih cepat. 

Zinc Complex - RM33.75 untuk 120 biji. Sangat berbaloi dan murah!!
Share:

Sunday, 26 January 2014

Nak dapat bonus Shaklee

Saya adalah pengguna tegar Shaklee, dan saya percaya ramai di luar sana pun merupakan pengamal Shaklee baik suami, isteri, anak-anak dan ibu bapa juga. Pendek kata seisi keluarga la kan? Sebab Shaklee ni untuk semua, jadi semua pun boleh dapat manfaat kebaikan suplemennya.

Cuba tengok apa suplemen yang kita guna dalam sehari? Cam saya, saya minum ESP sebagai sarapan dan Vitamin C & Vitamin E sebagai vitamin wajib di pagi hari. Lepas tu ada Alfafa Complex, Omega Guard, Lecithin, Herblax dan Cinch untuk set slimming. (saya masih berusaha untuk mencapai berat ideal 50kg, huhuhh). Malam pula sebelum tido ada Ostematrix untuk kesihatan tulang. Banyak list vitamin dan suplemen saya kan? Ni tak masuk list anak dan bonda lagi.

Jadi kalau list suplemen saya panjang camni, amatlah berbaloi untuk saya jadi ahli shaklee kan? Meh kita kirakan point setiap suplemen ni;
  • ESP                  : 39uv
  • Vitamin C        : 23uv
  • Vitamin E        : 38uv
  • Alfafa (s)         : 13uv
  • Lecithin           : 11uv
  • Omega Guard :  35uv
  • Herblax           : 12uv
  • Cinch              : 37uv 
Ok, so total point daripada separuh suplemen yang saya ada ni pun dah mencecah 208uv. Ini dah lebih daripada cukup untuk melayakkan saya dapat 5% bonus daripada Shaklee. Sebabnya minimum requirement untuk dapat bonus ni ialah 150UV sebulan. Semakin tinggi UV kita, semakin tinggi percentage bonus yang boleh cecah 21%. Banyakkan? Kalau saya tak jadi ahli dan beli daripada SID, point ni dapat kat diorang jela. Walaupun nilai ringgit UV ni tak banyak sekitar RM32.++ je tetapi sekurangnya lepas juga satu plastik pampers anak kan?

Ini tak termasuk lagi suplemen untuk anak saya, dengan Mealshakes, Chewable Vitamin C, Omega Guard. Bonda pula dengan Vivix dan 2 3 suplemen lagi. Jadi daripada membeli dan tak dapat pape pulangan sedangkan kita boleh dapat pulangan tu, baiklah kita pilih yang dapat pulangan kan? Betul ke betul?

Jadi nasihat saya, jadilah pengguna yang bijak. Suplemen dan vitamin ini dah jadi satu aspek pemakanan yang penting dalam kehidupan kita sekarang memandangkan persekitaran kita yang makin tercemar dan kualiti makanan kita semakin menurun. Makanya dak confirm kita akan makan suplemen dan vitamin ni setiap hari kan?

So cane nak jadi ahli Shaklee ni? Cam rugi plak dah bertahun-tahun makan tapi dok beli ngan harga runcit dan tak dapat pape kan? haaa, sms@whatsapp je saya 011-16111619 utk jadi ahli. Dengan hanya RM75, secepat 5 minit dah boleh dapat ID dan dah boleh membeli dengan harga ahli dan dapat kumpul point secara automatik. Kena pulak kawan-kawan kita pun makan Shaklee, bolehla diorang order ngan kita plak kan? Dapatla sedikit sebanyak untung runcit plak.

Lepas dah jadi ahli, saya masukkan pula nanti dalam group FB yang super duper meletup dan whatsapp untuk consultation berterusan. Tak nak niaga pun takpe, yang penting kita dapat ilmu. Jadinya apa lagi kan? Jom DAFTAR SHAKLEE
Share:

Thursday, 23 January 2014

Kemahuan dan Disiplin untuk Kurus

Makan la bermacam-macam vitamin, suplemen dan ubat kurus pun kalau takde disiplin nak jaga pemakanan memang tak jadi. Setuju ke setuju? Memang logik la kan. Makan suplemen bagai nak rak, tapi makan pun bagai tak ingat esok lusa.

Saya pun semalam camtu la. Ntah kenapa la malam semalam, pukul 10.30 ke pukul 11.00 camtu saje rasa nak makan nasi. Tak lapar, tak kenyang tapi SAJE je rasa nak makan. Sungguh la diriku tidak berdisiplin. Huhuhuuh

So lepas makan tu, dok lepak-lepak ngan anak-anak sambil tengok tv. Nak tido cam tak kena sbb baru pas melantak kan, adehla. Kejenya sbb tak nak bagi mata ngantuk, saya dok godek la sistem nak post iklan ke FB. Dah agak-agak dalam pukul 12.00 camtu, mengatuk sangat dah. Jadinya pegi la telan Alfafa, Ostematrix dan Omega Guard.


Pagi ni dalam pukul 8.00 tadi dah rasa nak membuang. Alhamdulillah. Perut rasa lega dah. Then dok fikir nak makan apa, sebelum perut ni mengarut-ngarut, cepat-cepat saya bancuh ESP+Cinch+Mealshakes. Alhamdulillah, full tank dah rasa ni. InsyaAllah sampai ke tengah hari nanti pun okay je ni. 

Jadinya, nak kurus, nak turunkan berat badan, nak badan ada shape kita kena ada KEMAHUAN & DISIPLIN yang tinggi dan kuat. Ada 2 ni, insyaAllah laju je penurunan yang kita nak tu. Suplemen ni membantu mempercepatkan segala kehendak kita tu, insyaAllah





Share:

Sunday, 19 January 2014

Sakit makin teruk selepas ambil suplemen Shaklee


Pertama kali saya telan Omega Guard dan Alfafa, saya mengalami sakit kepala lebih kurang tiga hari. Yang membezakan daripada migrain yang selalu menyerang saya, sakit kepala kali ini hilang selepas tidur lebih kurang 2 ke 3 jam. Saya pelik, terfikir adakah vitamin dan suplemen yang saya makan ini tak sesuai untuk saya. Bila bertanya pada group Shaklee saya, mereka menyatakan ini adalah krisis pemulihan atau healing crisis.

Ramai daripada kita akan melalui satu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simpton-simpton ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah tindak balas badan kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu dalam tempoh healing crisis ni, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah kita hadapi dulu akan say hi hi kembali. Biasanya ia terjadi beberapa hari tetapi badan yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Kenapa ini terjadi? Bukankah suplemen sepatutnya membantu bukan menyusahkan? Haa..ini kerana toksin yang telah tertimbun dalam badan kita utk tempoh masa yang lama sedang bereaksi dgn suplemen ini. Jadi jangan panik dan risau.

Pada waktu badan sedang detoks segala kimia ini, kita mungkin mengalami kepeningan, kelesuan, sakit kepala, cirit birit, kencing yang keruh, demam dan sebagainy bergantung kepada tahap toksid dalam badan kita.

Jadi apa perlu buat kalau keadaan ini berlaku? Minumlah air yang banyak, disarankan 1 liter untuk setiap 25kg berat kita. Teruskan mengambil suplemen ini dan jangan berhenti, anda boleh mengurangkan dos suplemen ini dan rehat secukupnya.

Contoh healing crisis ini adalah apabila kita pening, suplemen ini sedang mengawal selia anemia atau tekanan darah yang tak stabil. Sakit kepala dan rasa angin meniup dalam telinga menandakan kita mempunyai migrain.

Jadi berhubunglah dengan distributor anda, anda berhak meminta after sales service daripada mereka.

JAZILAH ILYAS 1070931
📲 011-16111619


Share:

Friday, 17 January 2014

Tunggu mama di pintu syurga..

Sewaktu dok lunch tadi aboh cakap kalau dia meninggal, kebumikan dia kat mana tempat dia meninggal tu. Perbualan semacam ni memang dah banyak kali dibicarakan jadi xde nak rasa cuak sangat.

Dalam dok borak tu saya tersebut tentang pusara anakanda yang tak bernama di Kajang. Anakanda yang tidak diketahui jantinanya kerana gugur pada usianya 20 minggu. Walau semua sifatnya dah terbentuk, tangan kaki semua cukup lengkap dan jari dah terpecah, jantinanya tidak dapat dipastikan.

Memang hati ni rasa pecah berkecai apabila ceritanya dibangkitkan. Kali terakhir saya ke kawasan perkuburan Kajang, kami seolah tidak dapat memastikan di mana kuburannya kerana hanya ditandai dengan sepohon pokok kecil. Semasa di sana, semacam ada kuburan baru di tempat anakanda dikebumikan. 

Mungkin dialihkan, atau mungkin juga hancur semasa penggalian semula dilakukan, wallualam..langsung tidak dapat dipastikan. Air mata bergenang di birai mata pabila teringatkannya, teringatkan wajahnya yang tidak sempat mama belai, teringatkannya yang tidak sempat mama kucup. Ahh, laju pulak air mata ni mengalir.

Mungkin tadi aboh mengesan riak kesedihan di wajahku, yang cuba kutahan dengan muka bersahaja. Katanya memujuk hatiku "dia tunggu di syurga, dia yang pertama di sana tunggu di syurga". Betul, itulah punca kekuatan hatiku bila hati ini teringatkannya. Tunggu mama dan papa serta adik beradikmu di sana sayang. Mama amat merinduimu walau tidak sempat membelai jasad kakumu dulu. 

Kutitipkan Al-Fatihah pada anakanda tak bernama, tak berjantina. Semoga anakanda tenang di sana, menunggu kami di pintu syurga, insyaAllah. Kusimpan rapi kenangan mengandungkanmu sayang, kusimpan rapi kenangan membawamu di dalam perut ini.

Mama sayang kamu anakandaku..


Share:

Saturday, 11 January 2014

Takdir dan Kebetulan dalam Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Dulu saya sering terfikir betapa banyaknya kebetulan dalam hidup ini.. Lately ni bila usia dah makin menginjak dewasa, fikiran makin matang baru tersedar bahawa tiada kebetulan dalam Islam, semuanya dah diaturkan dan ditakdirkan olehNya.
 
Allah aturkan saya ambil keputusan berhenti kerja bersebab, Allah beratkan hati saya untuk terus bekerja bersebab..Sebab yang sebelum ini saya tak perasan, atau mungkin nampak tapi tak terfikir secara waras.
 
Kalau pasal anak-anak memang cukup clear, memang saya dah berniat nak jaga anak-anak sendiri, sebab tu kadang-kadang rasa sedih sangat bila org sekeliling tak faham dan asyik suruh cari keje. Suami saya pun x bising, lagi pening kalau saya keje..Anak nak letak kat mana? Bukan senang nak tinggalkan anak-anak kita camtu je kat pengasuh, unless kita memang dah xde pilihan.
 
Belajar di sekolah, masuk matrikulasi, masuk universiti dan grad dengan result yang membanggakan bukan bermaksud kita perlu kerja ofis. Mind seting camni memang cukup susah nak tukar. "Belajar tinggi-tinggi lastnya dok rumah je?" Pernah kena camni? Dah lali kot saya denar ayat camni. Yes memang saya belajar tinggi, result cemerlang tapi saya pilih untuk jaga anak-anak di rumah.
 
Rezeki Allah ni luas sangat, cuma kita manusia ni suka sempitkan minda kita. Rezeki yang paling luas adalah melalui berniaga, dan orang melayu kita ni cukup takut kalau family member nak berniaga tapi dok cakap orang tu kaya, orang ni kaya padahal diorang tu semua berniaga. Mana ada orang berniaga hari ni esok terus kaya kan? Kena suffer dulu, kena rasa pahitnya dulu baru la rasa manisnya..Kena banyak sabar. Sangat-sangat sabar.
 
Allah tunjukkan kuasanya bila lately ni mama asyik sakit balik. Bila dok diam-diam sorang diri, betapa saya syukur saya ada di sini dengannya. Dengan anak-anak yang lain bekerja, siapa sebenarnya yang nak tengok-tengokkan mama? Saya pun bukannya sepanjang masa blh tengok dan jaga, tapi sekurangnya masih boleh masak untuk,boleh tolong jemur baju-bajunya, boleh jaga makan minumnya. Ini antara TAKDIR yang paling buat saya syukur.
 
Bergaduh? Kecik hati? Rasanya ini memang dah jadi perkara biasa bila dok serumah ngan parents. Yang dekat ni la yang selalu bertekak..hehehe..sebabnya kita yang dok ngadap mereka pagi petang siang malam..so redha jela kan? 
 
Jadinya saya rasa memang keputusan saya untuk resign dulu tepat. Memang kurang berduit berbanding dulu, tapi sekarang saya tengah move on dengan SHAKLEE. Alhamdulillah dah boleh nampak duit masuk sket-sket, anak sentiasa di depan mata, boleh jaga mama aboh, dah cukup beri kepuasan pada saya. Saya yakin rezeki saya melalui SHAKLEE ni akan lebih banyak berbanding semasa saya kerja ofis dulu. Dengan team yang sentiasa support siang malam, insyaAllah saya akan jadi jutawan muda dalam masa setahun lagi!
 
***************************************************************************

 

Share:

Bonus berganda-ganda - bermula dengan RM65

Duit bukan segala-galanya tapi tanpa duit banyak perkara yang tak boleh kita sempurnakan. Sebagai manusia biasa rata-rata daripada kita mengimpikan hidup yang selesa, bahagia, keperluan sentiasa cukup, kehendak senang untuk dipenuhi, sentiasa sihat dan yang penting DUIT tidak pernah kering dan putus daripada kocek kita. 

Kalau kita boleh dapat duit melalui untung runcit, bonus tunai, bonus tunai kereta dan melancong ke luar negara hanya dengan RM65 tentu seronok kan? Lagi seronok kalau tak perlu keluarkan duit langsung. Haa..ada caranya ye. Jom join SHAKLE!!

Untuk join dan start berniaga SHAKLEE, secara umumnya kita kena jadi ahlinya. Membership fee adalah RM65 seumur hidup. Untuk dapatkan free membership pula, kita perlu membuat pembelian dalam satu resit berjumlah lebih kurang RM650 untuk melayakkan kita dapat 200UV (point). Susah ke nak dapatkan 200UV dalam satu resit ni? Senang sangat ni..caranya kumpulkan order daripada kawan-kawan dan sedara mara, cukup RM650 pergi beli barang dan terus dapat free membership dan dengan 200UV ni anda dah layak dapat bonus tunai.

Untung runcit ni rasanya ramai yang faham konsepnya. Harga ahli adalah lebih murah berbanding harga pasaran jadi bila kita jadi ahli, kita dah dapat beli barang dengan harga ahli dan jual dengan harga pasaran. Margin untung runcit adalah sekitar 20%-30%. Rugi tau lepaskan peluang ni tambah-tambah kalau anda pengguna tegar SHAKLEE. Bonus tunai pula bergantung pada UV yang kita kumpul dalam bulan tersebut, semakin tinggi UV, semakin tinggi bonus tunainya. Langsung tak pelik kalau dapat bonus tunai sampai 4 5 6 angka, semuanya bergantung pada kehendak, kerajinan dan kesungguhan kita.

Haa untuk bonus tunai kereta pula, apabila cukup level UV yang disyaratkan oleh SHAKLEE, syarikat akan membayar tunai untuk kereta kita. Ni nama je bonus kereta tp suka hati kita je nak guna untuk apa. Dah duit kita, hak kita la kan? Cam akak sorang ni, baru 2 tahun join SHAKLEE dah dapat bonus untuk kereta. Bukan sikit jumlah tu, syarikat mana yang nak bagi kita duit untuk kereta? Kerja sampai pencen pun tak dapat bonus kereta ni kan? Jadi kena tunggu 2 tahun ke baru dapat bonus kereta? Jawapannya tak sama sekali. Ia bergantung pada UV kita juga, semakin cepat dan banyak kita capai target UV, semakin cepat kita dapat bonus tunai kereta ni

    
Menarik kan jumlah yang tertera tu. Dah macam sebulan gaji dah tu kan? So apa lagi, cepat grab peluang yang ada terbentang depan mata ni.

Akhirnya melancong ke luar negara, ini juga berdasarkan UV kita. Kita perlu mencapai target yang ditetapkan untuk melayakkan kita dapat pakej melancong ni. Bukan kita je boleh pergi ye pasangan, anak-anak malah orang tua kita pun kita boleh bawa. FREE OF CHARGE ya dengan layanan 5 6 7 bintang. Yang bestnya lagi, kalau kita nak ke Mekah tunaikan umrah, tukar je ngan pakej yang ada.

Jadi agak-agak senang tak nak berkecimpung dalam SHAKLEE ni? Dah ramai orang? Jangan risau lagi ramai yang belum gunakan SHAKLEE, peluang masih terbuka luas. Takut nak consult orang? Jangan risau, dalam team kami doktor pun ramai. Yang penting kemahuan kita, kesungguhan kita. Lagi lambat kita bermula, lagi lambat kita dapat capai impian kita.

Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 

*******************************************************************************


Share:

Monday, 6 January 2014

Pori-pori muka makin kecil dengan Vitamin C SHAKLEE


Dulu selalu terbaca dari sorang kawan pasal kebaikan Vitamin C SHAKLEE ni yang katanya boleh mengecilkan pori-pori muka. Ada jugak rasa cam eh..ye ke?Biasala kan.. Tapi kalau hari-hari dia dok ulang yang sama, masuk jugak dalam kepala ni kan? Masa tu memang dah makan pun Vitamin C ni tapi baru sangat.

So after a month, baru perasan yang memang betul pori-pori muka dah semakin mengecil. WoooW!!Amazing!! Tak pernah expect pori-pori ni boleh mengecil sebab saya pernah pegi klinik pakar kulit dan katanya doktor pakar tu, "u can't do nothing except laser" wohohoho..nasib baik masa tu tak cukup duit, kalau tak mau jugak terpengaruh.

Heh, so semakin la membara nak konsisten ngan Vitamin C ni kan..Memang masa tu niat nak cantikkan kulit, nak cerahkan yang mana kusam, nak lembutkan kulit dan alhamdulillah, it works well. Thumbs up to Vitamin C SHAKLEE.


Bila dah rasa amazing dengan Vitamin C ni, baru perasan few things. Muka dah makin cerah balik, resdung pun dah kurang sangat-sangat. Eh, rupanya Vitamin C ni adalah komponen dalam Set Resdung SHAKLEE jugak, so no wonder la kan. Bagus-bagus, makin la suka..eheheh

Jom kita tengok apa lagi kelebihan Vitamin C ni..meh baca sama-sama:

Kebaikan dan keistimewaan mengunakan Vitamin C Shaklee
  • Time released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai utk org yg gastrik.
  • Bio flavonoid dalam Vitamin C membantu Vitamin C jd lg aktif.. Kalau Vitamin E kena ada selenium, Vitamin C pula perlukan Bio flavonoid.
  • Kalau demam atau selsemacuma perlu patahkan Vitamin C dan telan.
  • Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex. Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, takde dalam Vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer. 

Kenapa Vitamin C SHAKLEE dinamakan Sustained Release?
  • Maksud sustained release ialah Vitamin C tu akan dilepaskan untuk badan secara berperingkat. Jadi, Vitamin C tu 500mg, jadi setiap 1 jam, hanya 100mg Vitamin C akan dilepaskan untuk kegunaan badan.
  • Penyebab kepada Vitamin C ni dicipta dengan 'time release' supaya ia dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.
  • Pelepasan dalam masa 5 jam tapi maintain dalam darah untuk 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan masuk terus keluar, ia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum keluar. Satu fakta tentang Vitamin C ialah badan kita tak boleh simpan Vitamin C tapi ia digunapakai dulu sebelum dibuang.
Jadi rasanya best tak Vitamin C SHAKLEE ni? Berminat tak? Haaa.. Jom!!


Share:

Saturday, 4 January 2014

Rasa muda, rasa cantik dengan SHAKLEE

Saya dan suami berbeza umur 10 tahun. Dalam dok jauh beza umur tu pun orang tak percaya dia dah berumur awal 40an (pada masa entry ini ditulis).hehehe..Mungkin susuk tubuh dia yang rendah buatkan dia langsung x seperti umurnya. Jadi apa yang perlu saya buat untuk nampak lebih muda daripadanya secara realiti?Yela, silap2 saya yang nampak lebih tua daripada dia..naya je..hahaha

Saya plak bukan jenis yang suka makeup buh krim sana sini segala bagai..Rasa cukup leceh dengan segala mnda melekat kat muka. So cane nak buat jadi muda sket ni?

Pada masa promo Shaklee Collagen Powder bulan Oktober dulu, saya cuba sekotak collagen dan rasa sangat selesa dengan impaknya. Muka kurang berminyak dan rasa cerah je. "Untuk rasa lebih sihat, dan kulit lebih muda berseri" memang berkesan. Pada ketika entry ini ditulis saya dah guna 3 kotak SCP ni. Kulit lebih anjal, tulang pun makin kuat. Iye..SCP ni bukan semata-mata untuk kulit ye, ia juga untuk tulang rawan, tulang dan gigi. 


November 2013 pula boom dengan promo VIVIX yang super duper awesome. Saya beli satu set promo, sebab mama kat umah ni pun minum (dia selalu tak sihat), hanya untuk buat stok kami aje ok. hihihi..Memang best minum VIVX ni, badan rasa sangat cergas dan sihat. Kenapa? Kerana VIVIX ni tonik anti penuaan. Of course la bersungguh saya amal VIVIX ni kan..x nak la saya nampak lagi tua daripada husband, oh no!!
  
Vivix ni tonik anti penuaan. Memang proven. Saya bagi husband minum VIVIX ni untuk kurangkan ketagihan rokok (he did it!) dan kesannya, dia nampak makin muda. Ah sudahhh!! Cuak gak tapi fikir positif positif dan positif..hahahah

So pada sesape yang nak rasa muda dan cantik tu meh la cuba SCP dan VIVIX ni. Harga xdela mahal mana pun. Lagi mahal nilai yang kita dapat. Tak percaya? Meh cuba dulu


Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari