Wednesday, 29 January 2014

Mencari yang halal itu fardu

Assalamualaikum wbt
Apa-apa yang kita telan akan jadi darah daging kita, dan sudah semestinya kita sebagai umat Islam wajib makan dan minum daripada sumber yang halal sahaja. Tak kira apa, makanan ruji atau makanan tambahan, semuanya perlu halal dan selamat.

Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Shaklee banyak kali diserang kiri kanan depan belakang sebagai suplemen dari Barat, tak ikut sunnah dan diragui sumber kehalalannya. Shaklee bukan dikeluarkan di Malaysia, tiada yang menafikan hal ini tetapi insyaAllah semua suplemen dan vitamin Shaklee yang dibawa masuk ke Malaysia adalah HALAL. Ia dipantau dengan ketat oleh Islamic Services of America (ISA) yang mana ia merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Moga dengan segala penjelasan ini dapat memberikan sepenuh keyakinan kepada kita terutama yang Muslim untuk terus mengamalkan vitamin dan suplemen yang terbukti banyak memberi khasiat dan manfaat kepada kesihatan kita.

MENCARI YANG HALAL ITU FARDU


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari