Saturday, 11 January 2014

Takdir dan Kebetulan dalam Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Dulu saya sering terfikir betapa banyaknya kebetulan dalam hidup ini.. Lately ni bila usia dah makin menginjak dewasa, fikiran makin matang baru tersedar bahawa tiada kebetulan dalam Islam, semuanya dah diaturkan dan ditakdirkan olehNya.
 
Allah aturkan saya ambil keputusan berhenti kerja bersebab, Allah beratkan hati saya untuk terus bekerja bersebab..Sebab yang sebelum ini saya tak perasan, atau mungkin nampak tapi tak terfikir secara waras.
 
Kalau pasal anak-anak memang cukup clear, memang saya dah berniat nak jaga anak-anak sendiri, sebab tu kadang-kadang rasa sedih sangat bila org sekeliling tak faham dan asyik suruh cari keje. Suami saya pun x bising, lagi pening kalau saya keje..Anak nak letak kat mana? Bukan senang nak tinggalkan anak-anak kita camtu je kat pengasuh, unless kita memang dah xde pilihan.
 
Belajar di sekolah, masuk matrikulasi, masuk universiti dan grad dengan result yang membanggakan bukan bermaksud kita perlu kerja ofis. Mind seting camni memang cukup susah nak tukar. "Belajar tinggi-tinggi lastnya dok rumah je?" Pernah kena camni? Dah lali kot saya denar ayat camni. Yes memang saya belajar tinggi, result cemerlang tapi saya pilih untuk jaga anak-anak di rumah.
 
Rezeki Allah ni luas sangat, cuma kita manusia ni suka sempitkan minda kita. Rezeki yang paling luas adalah melalui berniaga, dan orang melayu kita ni cukup takut kalau family member nak berniaga tapi dok cakap orang tu kaya, orang ni kaya padahal diorang tu semua berniaga. Mana ada orang berniaga hari ni esok terus kaya kan? Kena suffer dulu, kena rasa pahitnya dulu baru la rasa manisnya..Kena banyak sabar. Sangat-sangat sabar.
 
Allah tunjukkan kuasanya bila lately ni mama asyik sakit balik. Bila dok diam-diam sorang diri, betapa saya syukur saya ada di sini dengannya. Dengan anak-anak yang lain bekerja, siapa sebenarnya yang nak tengok-tengokkan mama? Saya pun bukannya sepanjang masa blh tengok dan jaga, tapi sekurangnya masih boleh masak untuk,boleh tolong jemur baju-bajunya, boleh jaga makan minumnya. Ini antara TAKDIR yang paling buat saya syukur.
 
Bergaduh? Kecik hati? Rasanya ini memang dah jadi perkara biasa bila dok serumah ngan parents. Yang dekat ni la yang selalu bertekak..hehehe..sebabnya kita yang dok ngadap mereka pagi petang siang malam..so redha jela kan? 
 
Jadinya saya rasa memang keputusan saya untuk resign dulu tepat. Memang kurang berduit berbanding dulu, tapi sekarang saya tengah move on dengan SHAKLEE. Alhamdulillah dah boleh nampak duit masuk sket-sket, anak sentiasa di depan mata, boleh jaga mama aboh, dah cukup beri kepuasan pada saya. Saya yakin rezeki saya melalui SHAKLEE ni akan lebih banyak berbanding semasa saya kerja ofis dulu. Dengan team yang sentiasa support siang malam, insyaAllah saya akan jadi jutawan muda dalam masa setahun lagi!
 
***************************************************************************

 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari