Friday, 17 January 2014

Tunggu mama di pintu syurga..

Sewaktu dok lunch tadi aboh cakap kalau dia meninggal, kebumikan dia kat mana tempat dia meninggal tu. Perbualan semacam ni memang dah banyak kali dibicarakan jadi xde nak rasa cuak sangat.

Dalam dok borak tu saya tersebut tentang pusara anakanda yang tak bernama di Kajang. Anakanda yang tidak diketahui jantinanya kerana gugur pada usianya 20 minggu. Walau semua sifatnya dah terbentuk, tangan kaki semua cukup lengkap dan jari dah terpecah, jantinanya tidak dapat dipastikan.

Memang hati ni rasa pecah berkecai apabila ceritanya dibangkitkan. Kali terakhir saya ke kawasan perkuburan Kajang, kami seolah tidak dapat memastikan di mana kuburannya kerana hanya ditandai dengan sepohon pokok kecil. Semasa di sana, semacam ada kuburan baru di tempat anakanda dikebumikan. 

Mungkin dialihkan, atau mungkin juga hancur semasa penggalian semula dilakukan, wallualam..langsung tidak dapat dipastikan. Air mata bergenang di birai mata pabila teringatkannya, teringatkan wajahnya yang tidak sempat mama belai, teringatkannya yang tidak sempat mama kucup. Ahh, laju pulak air mata ni mengalir.

Mungkin tadi aboh mengesan riak kesedihan di wajahku, yang cuba kutahan dengan muka bersahaja. Katanya memujuk hatiku "dia tunggu di syurga, dia yang pertama di sana tunggu di syurga". Betul, itulah punca kekuatan hatiku bila hati ini teringatkannya. Tunggu mama dan papa serta adik beradikmu di sana sayang. Mama amat merinduimu walau tidak sempat membelai jasad kakumu dulu. 

Kutitipkan Al-Fatihah pada anakanda tak bernama, tak berjantina. Semoga anakanda tenang di sana, menunggu kami di pintu syurga, insyaAllah. Kusimpan rapi kenangan mengandungkanmu sayang, kusimpan rapi kenangan membawamu di dalam perut ini.

Mama sayang kamu anakandaku..


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari