Friday, 21 February 2014

Cegah Denggi dengan Shaklee

Kebelakangan ni banyak sangat kes demam denggi dilaporkan. Sampai doktor dan nurse pun dah kena standby je tak kira masa. Sian diorang kan? Dahla jadual hari biasa pun padat, bertambah-tambah pula dengan kes demam denggi ni.

Tengah hari tadi sepupu datang rumah, juga dikhuatiri demam denggi dan kena repeat ambik darah kat klinik. Lesu je badannya. Kalau diikutkan nasihat doktor, demam denggi ni takde ubat. Mereka hanya akan bekalkan panadol dan pesakit dinasihatkan supaya minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan sebanyak-banyak 16 gelas sehari.

Yang paling ditakuti apabila demam denggi ni ialah demam denggi berdarah. Teringat adik saya pernah disyaki demam denggi berdarah dan ditempatkan di ICU. Cukup merisaukan dan membimbangkan.

http://jazilahilyas.blogspot.com/

Antara yang paling popular untuk diamalkan oleh pesakit demam denggi adalah sup ketam dan air 100 plus. Seperti yang saya kongsikan di atas, pesakit demam denggi perlu minum air dalam kuantiti yang banyak supaya badan mereka tidak terhidrat.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Daripada dok minum air 100 plus yang confirm tinggi kandungan gulanya ditambah plak dengan status air bergas, saya amat sarankan pesakit denggi atau orang yang demam untuk minum Performance Drink Shaklee.

Performance Drink Shaklee amat bagus dalam mencegah penyahhidratan dan mengurangkan kehausan. Ia juga meningkatkan daya ketahanan badan dan membekalkan tenaga serta daya ketahanan fizikal. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam badan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda dan memberikan tenaga serta memelihara circulation bendalir dalam badan. Rasanya yang masam-masam buah oren sangat sesuai untuk pesakit demam denggi yang berkemungkinan besar hilang selera makan dan minum.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Semasa demam denggi, badan pesakit akan menjadi sangat lemah. Jadi amat penting bagi mereka untuk mengukuhkan sistem imun badan mereka. Interferon di dalam Nutriferon Shaklee terbukti mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun badan secara keseluruhan dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi badan berfungsi untuk membunuh virus. 

Ia juga mengimbangi badan daripada alergi kepada persekitaran dan pencemaran udara, melindungi badan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza dengan berkesan.

Selain itu ia juga meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress dan kelesuan.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Nutriferon sangat baik sekiranya diambil bersama dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Bagi demam denggi, Vitamin C sangat baik kerana ia berfungsi membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mengukuhkan sistem imun dan menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simpton flu dan selsema. 

Ia juga boleh memperbaiki simpton pendarahan, lebam kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, serta ruam yang mungkin timbul daripada demam denggi tersebut.

Sekiranya anda atau keluarga anda sudah bebas daripada segala simpton demam denggi ini, kesemua 3 suplemen yang dicadangkan ini masih boleh diambil kerana ia secara asasnya sangat penting kepada sistem imunisasi badan kita.
***********************************************************************************
Berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan keistimewaan jadi ahli dan distributornya? Meh contact saya seperti nombor di bawah. Kita bersinar bersama-sama. Kita bina empayar Shaklee kita bersama-sama. *_____*

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931


Share:

Thursday, 20 February 2014

Shaklee Hanya Kayakan Upline Je?

Sebelum saya join Shaklee, ada sorang hamba Allah ni bagitau yang kalau nak bisnes Shaklee, kena cari downline ramai-ramai. Katanya bisnes ni takkan berjaya kalau buat sorang-sorang, kalau xde downline bawah kita. Pastu MLM ni biasanya upline je yang kaya, yang bawah-bawah ni takkan mampu dapat yang sebanyak orang-orang atas tu.

http://jazilahilyas.blogspot.com/

Benarkah? Benarkah? Benarkah? Ramai je yang akan iakan kenyataan ini kan? Sebab banyak MLM yang konsepnya sibuk cari downline je, bukan fokus pada jual produk. Dapat downline je terus dapat komisen. Abis Shaklee tak bagi komisen ke bila dapat downline? Nehi, Nay, Takde. Serius? Biar betul ni. Yup, memang takde. ZERO. Komisen bukan berdasarkan bilangan dowline ye.

Level pertama dalam Shaklee adalah Distributor biasa, takde pangkat pape. Bila dah cecah je UV (point) yang Shaklee syaratkan, kita akan dapat title baru, Supervisor. Nak jadi Supervisor takde syarat pun kena ada downline, yang penting cukup UV.

http://jazilahilyas.blogspot.com/
Shaklee amalkan konsep kerjasama yang kukuh
Lepas naik Supervisor, nak plak naik Senior Supervisor. Masa ni memang kita akan perlukan downline, tapi bukan downline kosong ye. Part ni yang best. Syarat nak naik Senior Supervisor ni, kita kena ada downline yang naik jadi Supervisor jugak, maksudnya naik sama-sama. Kalau kita je yang cemerlang, tapi anak downline tak pecah lagi rank dia ke Supervisor, maka mak upline pun takleh naik Senior Supervisor tau.

Wahh..camtu Shaklee jaga distributor dia? Yess, takde kata upline je yang kaya, yang berjaya. Downline tak cemerlang, upline pun tak cemerlang jadinya. So sangat la adil, Sebab tu upline dalam Shaklee ni sangat berdedikasi, train dowline, coaching downline tapi of course la pada anak yang nak bisnes. Kalau kita dok train anak downline yang takde rasa nak bisnes, atau aci cukup je tak berbaloi gak kan? 

Pastu boleh ke kita dapat sama cam upline kita dapat? Boleh aje, malahan lebih daripada downline kita pun boleh. Dalam sejarah shaklee, ramai je downline yang lagi tinggi pendapatannya daripada upline. Bagaimana? Haa, watla sales banyak-banyak, lagi banyak daripada upline, lagi tinggi la pangkat daripada upline. Eh, dalam Shaklee ni downline boleh langkau upline ye? YES, boleh sangat-sangat, sape usaha lebih, dia dapat lebih. Adil kan?

http://jazilahilyas.blogspot.com/
So, nak berjaya dalam Shaklee ni insyaAllah tak susah. Fokus dan ikut arahan. Duplicate semua yang upline terdahulu buat, insyaAllah kita pun akan berjaya seperti mereka. Tetapi harus juga diingat, Shaklee bukan tempat orang yang nak senang berjaya, hari ni register bulan depan dah expect dapat ratus ribu. Bersabar, dan banyakkan belajar, insyaAllah kejayaan pasti jadi milik kita.

Berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan keistimewaan jadi ahli dan distributornya? Meh contact saya seperti nombor di bawah. Kita bersinar bersama-sama. Kita bina empayar Shaklee kita bersama-sama. *_____*

***********************************************************************************

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931
 
COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.
Share:

Makin Kurus Makin Berseri dengan Set Slimming Shaklee

"Badan awak makin slim la, kulit pun cam lagi glowing, dah lain sangat sekarang". Haaa!! Seronokkan bila husband puji camtu? Hihihi..saya dapat ayat ni beberapa minggu lepas, segan terus dibuatnya. Walau dalam hati berbunga-bunga cam nak melompat..hahahah

Isteri mana yang tak nak kena puji dek suami kan? Walau camana sempoi pun dia, ada gak kadang-kadang terasa nak dipuji kan? (saya ni org kata jenis sardin je..wat x tau..kikiki)Tetiba dapat pujian yang tak disangka camtu boleh buat hilang arah la gak kan?

http://jazilahilyas.blogspot.com/Jadinya saya makan apa yang sampai kena puji ngan husband camtu? First and foremost adalah ESP. ESP adalah breakfast wajib saya dah sekarang. Cukup bagus dalam memberikan saya tenaga yang berpanjangan sampai ke waktu makan teengah hari, proteinnya pula cukup cukup elok untuk mencantikkan kulit. Malam-malam buat pulak masker ngan ESP, memang mabeles.

Semalam plak sebelum tidur, tetiba tertengok kat perut. Stretch mark bersalinkan Aamily 2 tahun lepas dah pudar sangat-sangat. Wah, memang sangat-sangat-sangat happy. Perasaan tu takle digambarkan ngan kata-kata. Patutla orang beria nak cantik kan?ahahaha..Ni mesti kerja si protein ESP lagi. Tu sebabnya kulit cam berseri-seri tu.

http://jazilahilyas.blogspot.com/
 Regim wajib selepas makan pula si Alfafa yang ada dalam Set Simming Shaklee yang cukup banyak berjasa pada saya. Yang tu la yang jadi agen pembuangan, yang tu la yang jadi agen 'pengetat', yang tu la yang jadi ejen sembuhkan resdung, yang tu la yang jadi ejen hilangkan sakit pinggang ni. Alhamdulillah, I called it miracle. Thousand benefits in one bottle..Phew..speaking plak sebab excited..hahahaha..

http://jazilahilyas.blogspot.com/Alfafa dah satu hal jadi pengetat, Lecithin dan Omega Guard plak bantu membakar dengan jayanya. Memang rasa sangat perubahan bentuk badan. Kalau dulu pakai baju je terbonjol sana sini lemaknya, sekarang ni memang happy tul. Masih ada tapi almost tak nampak, tambah pulak saya pakai bengkuk, so smooth je la nampak badan tu. Kalau dulu baju tu nampak lurus je sebab dah hilang shape, sekarang dah nampak lekuknya, bukan sebab pakai baju ketat ye, tapi mmg nampak la shapenya.

Baru seminggu ni saya dok cuba Cinch plak. Tapi tali pinggang td dah turun dari lubang ke3 ke lubang ke5..Terkejut sungguh. Tapi memang teruja. InsyaAllah niat nak capai berat 50kg sebelum pregnant lagi bakal jadi kenyataan..ahahahha..

Anda di luar sana nak rasai pengalaman hebat ni cam saya? Jom jom kita amalkan gaya hidup sihat disamping mengambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi kita. Anda boleh hubungi saya seperti nombor yang tertera di bawah.

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931



Share:

Tuesday, 18 February 2014

Beza Herb Lax dan Alfalfa Complex

Ramai yang keliru untuk memilih antara Alfalfa Complex dan Herblax sebagai ejen detoks mereka. Yang mana lebih elok? Yang mana kita patut ambil? Yang mana lebih efektif?


mana lagi elok alfalfa atau herblax


Secara asasnya Herb Lax Shaklee adalah julap lembut yang boleh digunakan SEKALI SEKALA. Herb Lax menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan. Ia sangat terkenal dalam Set Slimming Shaklee seperti mana Alfalfa Complex.




Saya sendiri menggunakan Herb Lax dan Alfalfa Complex. Memang saya ambil dua-dua. Tapi penggunaannya bukan serentak ya. Sekiranya saya bercadang untuk mengambil Herb Lax pada malam ini, saya hanya akan makan Alfalfa Complex pada sebelah siang sahaja.

beza herblax dan alfalfa

Antara manfaat utama Herb Lax Shaklee adalah;



  • Bersihkan najis yang tersekat
  • Rangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut untuk najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Bantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihan yang lembut
  • Mengempiskan perut
Jadi sekiranya badan rasa berat, berasid, berasa terlalu "penuh" dan selalu sembelit, kita boleh telan Herb Lax sebelum tidur. InsyaAllah keesokan harinya kita akan rasa sangat senang untuk membuang segala lebihan dalam badan.

Kita dicadangkan supaya mengambil Herb Lax sebanyak 4 biji sebelum tidur sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Ada juga SID yang mencadangkan pengambilan Herb Lax tiap-tiap hari, jadi bagaimana? Ini bergantung kepada keperluan badan, dan keselesaan kita. Kita tidak mahu sistem pencernaan terlalu bergantung dengan Herb Lax, biarkan ia bekerja secara semulajadi.


beza alfalfa dan herblax


Nota: Anda mungkin mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Ini menandakan sistem penghadaman yang lemah jadi jarakkan dahulu selama satu atau dua hari. 

Sekarang dah tau pasal Herb Lax kan? Berminat nak dapatkan sebotol Herb Lax? Meh tengok dulu apa pula fungsi Alfalfa Complex;


Manfaat Alfalfa Complex Shaklee;



  • Makanan beralkali yang boleh kembalikan kembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dalam badan
  • Melawan alahan, hidung sensitif, kurap dan bau badan
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser, gastrik, sembelit
  • Singkirkan lemak dan kolestrol.
  • Legakan keletihan


Secara mudah, Alfalfa Complex lebih "lembut" berbanding Herb Lax. So boleh ambil kedua-dua ejen detoks ini, tapi dengan cara yang betul. Hari-hari yang kita banyak makan seperti hujung minggu, ada kenduri kendara then kita ambil Herb Lax. Hari-hari biasa kita ambil Alfalfa Complex. Mudah kan?




******************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas


COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.
Share:

Monday, 17 February 2014

Hebatkah Dapat Menyusu Anak?

SEDIH..Sangat sedih membaca kenyataan seorang ibu muda di fb tentang apa kecoh sangat kalau dapat fully BF anak? Saya tak tau nak justify perasaan saya bila baca kenyataan begitu. Kurang ilmu agamakah? Bukankah dah terang-terang Allah perintahkan supaya menyusu anak sampai umur mereka 2 tahun? Kenapa nak mendabik dada nafikan hak anak?

REASON CREATED TO JUSTIFY THEIR ACTION. Bila mereka tidak dapat menyusukan anak, mereka condemn ibu-ibu yang happy dapat menyusukan bayi-bayi mereka. Tiada orang akan mengeji sekiranya kita tidak dapat menyusukan anak kerana faktor-faktor tertentu, tetapi kenapa pula kita menyampah bila ramai ibu happy dapat menyusukan anak mereka? Dan bila ibu-ibu ini berusaha mencari yang terbaik sama ada nak perbanyakkan susu atau memekatkan susu, dicebik-cebik pula. Sedih, sangat sedih.

Pengalaman saya tidak dapat menyusukan anak sulung Ahmad Akram cukup memberi kesan pada diri ini. Apabila si kecil lahir seawal usia 26 minggu dan mamanya hanya mampu pam susu sedikit demi sedikit yang akhirnya terus kering kerana kurangnya ilmu dan persediaan, perasaan kecewa itu tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Apatah lagi bila diingatkan betapa si kecil akan kuat dengan susu ibu yang Allah dah anugerahkan. Sangat sayu hati apabila kenangan yang satu ini mengusik jiwa.

Mungkin ibu-ibu terlalu mudah jalan hidup mereka. Mungkin. Siapalah saya untuk menghakimi hidup mereka tapi siapalah juga mereka untuk menghakimi kegembiraan hati seorang ibu apabila dapat menyusukan anak yang dikandungnya sendiri? SEBU, rasa mual bila dikenang kembali ibu-ibu begini.

Cubalah ambil masa, fikir sedalamnya sama ada kita telah berlaku adil dalam memberi hak anak-anak ini atau tidak.

Cetusan rasa,
Ibu anak extreme premature
Ahmad Akram Aidi
26 minggu 805g
Share:

Kurangkan Inci dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Dalam keinginan nak kurus, mana lagi utama antara turun kg atau kurang inci di badan? Kalau dapat dua-dua serentak lagi bagus kan? Tapi kita kena kena tau ada sesetengah orang yang inci badan makin berkurangan tapi berat maintain sama semasa dalam proses dietnya.


Apa yang kita patut takuti/elakkan dalam diet dan proses turunkan berat badan ni? Elakkan kehilangan otot kerana kebanyakan proses diet menghilangkan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, keupayaan untuk membakar lemak akan semakin menurun dan ia akan merendahkan kadar metabolisma badan.

Otot = Metabolisma

Jadi sekiranya kita berhenti daripada meneruskan diet tersebut, badan tidak akan membakar kalori menyebabkan berat badan bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali proses diet ini diteruskan. Ini dinamakan kesan YO-YO.

Cinch Shake Mix Shaklee dirumuskan untuk;
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengekalkan otot
  • Membakar lemak yang tidak dikehendaki
  • Mengurangkan inci yang tidak diperlukan
  • Membantu mengawal lapar
  • Meningkatkan tenaga
  • Menyokong metabolisma 
  • Sesuai untuk penghidap kencing manis kerana kandungan indeks glisemik yang rendah - 22

 Kandungan utama Cinch Shake Mix Shaklee adalah protein dan leucine. Dalam satu hidangan kita akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6g serat larut. Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein.

"The Shaklee Weight Management Program addresses the issue I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever" - Dr Paula Baillie Hamilton (A leading expert in human metabolism)

Sekiranya anda berminat untuk mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama mengurangkan inci badan tanpa mengorbankan otot badan, anda boleh hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee yang mengujakan ini.

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931
 
COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.
Share:

Cerita Kurus dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt

Nak cerita pasal kurus lagi. Tak pernah bosan nak share pengalaman ini kerana saya tau masih ramai kawan-kawan di luar sana yang masih mengalami masalah berat badan yang berlebihan. "Awak dah lagi kurus dari hari kita kahwin", kata-kata suami yang buat saya sengih je.

Cerita saya, daripada berat badan yang cukup ideal daam 50kg camtu berat saya naik sejak kerja. Naik sikit-sikit tapi tak berhenti sampai cecah 65kg bila mengandungkan Aamily. Serba rasa tak kena hingga nak keluar jalan-jalan pun dah malas. Malas dan malu kot-kot jumpa kawan-kawan lama. Memang down sangat masa tu.

1st day daftar ahli Shaklee pertengahan Oktober 2013

Bila dah lahirkan Aamily, saya sangat berkobar-kobar nak fuly BF sebab masa Akram dulu memang takde peluang dan kesempatan tu. Jadi dengan BF ni saya sangat harap berat badan saya turun tapi impian tinggal impian. Saya sangat cepat lapar semasa tempoh penyusuan Aamily, jadinya walaupun fully BF berat tetap tak turun sebab makan pun tak pernah berhenti.

Macam-macam yang saya pernah cuba. Teh untuk kurus, krim dan gel segala bagai untuk kurus tapi tak jalan. Dok camtu la jugak tanpa ada perubahan. Mungkin jadi untuk orang lain tapi tak jalan untuk saya. Alhamdulillah selepas makan suplemen dan vitamin Shaklee berat badan saya kurang sedikit demi sedikit. Baju-baju yang lama dok tergantung dalam almari pun dah boleh pakai balik.

Lepas 2 bulan makan shaklee
Saya bermula dengan Alfafa Complex dan Omega Guard yang bagi saya sangat membantu kerana Omega Guard bnyak membantu saya mengawal selera makan yang tak pernah berhenti..huhu.. Dan alfafa juga sangat banyak membantu dalam melancarkan proses pencernaan saya hinggakan saya terlupa saya ada buasir sebelum ni..Memang sangat-sangat puas hati

Gambar latest dalam 2 minggu lepas dengan Aamily masa gi makan KFC
Sebab tu saya sangat berbesar hati nak cadangkan Set Slimming Shaklee kerana saya sangat yakin akan keberkesanannya. Ia selamat, halal dan insyaAllah tidak memudaratkan. Kunci utama adalah sabar dan banyakkan minum air kosong untuk penyerapan suplemen yang berkesan.

So pada anda yang nak kurus, nak saya tunjukkan cara makan dan apa sahaja yang berkaitan dengan Shaklee, meh contact saya. InsyaAllah saya akan ceritakan segala ilmu dan pengalaman saya untuk anda. Kita kurus dan sihat bersama-sama.


Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931
COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.
Share:

Wednesday, 12 February 2014

Tips Kurus Secara Sihat dengan Senaman Kardio

Cerita nak kurus lagi, memang takkan habis la kan. Diet dah buat, pemakanan dah dijaga tapi penurunan berat masih lagi perlahan. Kena bersenam la kot kan? Menurut Personal Trainer Kevin Zahari, senaman sebenarnya tak wajib pun untuk turunkan berat badan kita ia amat membantu mempercepatkan penurunan yang kita inginkan.


Kita lebih disarankan untuk melakukan senaman kardio berbanding sit up dalam usaha untuk mendapatkan perut yang kempis dan cantik. Ini kerana sekiranya lemak kita masih banyak, jadi usaha untuk mendapatkan badan yang cantik masih sukar direalisasikan kerana lemak-lemak ini masih melitupi otot kita. Jadi, kena usaha untuk bakar lemak terlebih dahulu la ye, baru cerita tentang nak perut kempis tu semua.


Apa benda plak senaman kardio ni kan?

Okay, senaman kardio adalah sejenis pergerakan yang berulang-ulang yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan berpeluh dengan lebih banyak daripada biasa. Kelebihan senaman jenis ini ialah ia membakar banyak kalori dan jika dilakukan lebih daripada 30 minit, ia mampu membakar lebih banyak lemak.


Contoh senaman-senaman kardio ialah;

  • Jogging
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Menari
  • Skipping
  • Lompat bintang

Masa bila plak la nak berjogging ni kan? Tetambah bagi sesetengah suri rumah cam saya ni..haa..cari la masa sket, tak perlu tiap-tiap hari pun. Mop satu rumah tu pun boleh berpeluh-peluh tapi denyutan jantung tak meningkat sangat. Susah sangat bukak youtube dan cari lagu-lagu korea tu dan ikut diorang menari, menarik jugak kan? Ajak anak-anak kecil kita, buat dalam 2 hingga 4 kali seminggu dah memadai. *__*


Haa, lagi satu pastikan apabila kita bersenam kita bakar lemak dan bukan glukos. Camana tu? Kalau kita berjogging atau menari ni, elakkan minuman seperti Milo, 100 plus atau Gatorade. Haa, cerita pasal 100 Plus atau Gatorade ni Shaklee ada Performance Drink. Ia adalah minuman tenaga yang memelihara circulation bendalir dalam tubuh dan mencegah penyahhidratan , yang lagi penting ia bukan minuman bergas. 

Pernah dengar seks sebagai senaman? Hurmm.. Memang betul sebenarnya statement ni. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

Tetapi perlu ingat juga ye, senaman-senaman juga, pemakanan dan diet yang betul juga sangat penting. Yang utamanya, disiplin dalam segalanya, insyaAllah dipermudahkan olehNya.

***********************************************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplemen dan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor di bawah. InsyaAllah consultation saya akan berterusan dan kita akan sihat bersama-sama. InsyaAllah

Jazilah Ilyas
011-16111619
Your trusted SID
1070931




Share:

Tips Kuruskan Badan Secara Sihat

Jom cerita lagi tentang cara-cara nak kurus. Biasala kan, sape yang tak nak cantik, sape yang tak nak sihat kan? Kurus tak bermakna sihat tapi kalau terlalu berisi dah confirm tak berape sihat la kan? So kita nak yang seimbang, fit dan semestinya cantik :P

Banyak tips untuk kurus dan turunkan berat badan ni sebenarnya, semuanya bergantung pada keinginan dan disiplin kita. Kalau takde disiplin yang tinggi, telan la suplemen atau pil yang beribu ringgit pun kalau kita takde disiplin tak ke mana impian kita tu. Yang paling cepat operate buang lemak la, tapi tak mau la kan?

Pengambilan nutrisi yang betul dan lengkap serta diet pemakanan yang sihat adalah kunci utama kepada proses penurunan berat badan yang berkesan. Pernah dengar saranan makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit lebih baik daripada sekali makan tapi dalam kuantiti yang banyak? Yup, makan sedikit-sedikit jauh lebih baik daripada makan sekali tapi banyak. Ini kerana badan kita akan sentiasa bertenaga dan perut pun senang nak proses kemasukan makanan ni. 

Yang paling penting, JANGAN SKIP MAKAN kerana metabolisma badan akan menurun dan nafsu makan akan bertambah-tambah. Selain itu kita juga kena tahu kalori yang kita ambil dalam sehari. Cuba tengok berapa kalori yang kita ambil setakat ni. Mau terkejut kot.


Kita juga sangat disarankan meminum air putih dalam kuantiti yang banyak. Secara asasnya setaip 25kg berat kita memerlukan 1liter air. Haa, sila kira berapa liter air putih yang kita perlukan berdasarkan berat kita ya. Paling kurang minumlah 3liter sehari. Air putih/air mineral tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. 

Kurangkan manis sama ada dalam makanan atau minuman juga akan banyak membantu penurunan berat badan. Contohnya ramai yang salah faham dengan skip nasi/karbohidrat dan makan lebih buah-buahan, lebih sihat katanya tetapi mereka lupa/tidak tahu bahawa buah-buahan walaupun mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. Jadi bersederhanalah dalam pemakanan kita. 

Kita juga perlu tahu bahawa pengambilan protein adalah lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. Jadi disarankan hanya ambil segenggam karbohidrat sama ada nasi, roti, mee atau kentang dalam jumlah yang dicadangkan dan tambah lauk. Kita memerlukan 2-2.5g protein untuk setiap kg berat badan.

Energizing Soy Protein (ESP) dan Cinch Mix Shaklee adalah 2 bentuk minuman yang kaya dengan protein. Bezanya ESP sedikit murah dan tinggi protein manakala Cinch Mix sedikit mahal tetapi tinggi leucine dan fibernya.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplemen dan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor di bawah. InsyaAllah consultation saya akan berterusan dan kita akan sihat bersama-sama. InsyaAllah

Jazilah Ilyas
011-16111619
Your trusted SID
1070931






 

Share:

Tuesday, 11 February 2014

Pengalaman Indah Sejak Join Shaklee

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Kebelakangan ni bila dok sesorang dan bertafakur, betapa saya rasa sangat bersyukur kerana Allah lorongkan jalan untuk saya bertemu dengan team hebat Shaklee. Sukar digambarkan dengan kata-kata, bukan kerana monetary value, tapi value yang nyata lebih berharga, lebih bernilai. Priceless!! Nikmat Islam dan Iman.

Sejak kecil saya diterapkan dengan nilai-nilai murni oleh mama, aboh dan keluarga. Nilai-nilai Islam yang diajar kepada kami adik beradik sejak daripada kami kecil. Masih teringat betapa garangnya aboh dulu masa ajar kami adik beradik mengaji Quran, dalam takut-takut kami cemerlang, insyaAllah.
Bersambung ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah, matrikulasi dan universiti nilai-nilai ini terus saya bawa dan terapkan. Saya adalah lulusan sekolah agama (arabic school), dan semasa di universiti bidang yang saya ambil masih kuat dengan nilai-nilai agama, Muamalat Administration. 

Mengenali insan-insan hebat dalam team Shaklee saya buat saya belajar banyak hal-hal ukhrawi yag saya kira amat diambil mudah dahulu. Sampai adik-adik boleh cakap 'along nampak sangat lain sejak join shaklee'. Lain apabila setiap hari bersolat sunat dhuha, zikir jadi mainan mulut dan masih berusaha untuk bangun setiap malam bersujud tahajjud kepadaNya. MasyaAllah, nikmat iman ini masih mampu dirasai, masih mampu dipraktikkan.

Bukan saya tidak tahu mengenai solat sunat dhuha sebagai pemudah rezeki, bukan tidak tahu segala zikir-zikir indah dan bukan tidak tahu segala solat-solat sunat yang lain tetapi ntahla. Masa lalu yang banyak terbuang, masa lalu yang banyak terlalai. Alhamdulillah, dengan team yang banyak menyokong saya, saya rasa sedikit demi sedikit ketenangan dan nikmat islam, iman dan ukhwah.

Mereka, mereka ini yang diutuskan oleh Allah untuk menyedarkan saya kembali. Allahurabbi..Sesekali terasa sayu kerana banyaknya masa saya yang terbuang dahulu dengan perkara sia-sia. Alangkah baiknya kalau dari dahulu saya jumpa kumpulan ini, walau untuk berniaga tetapi nilai yang saya dapat melebihi nilai duit, melebihi nilai kemewahan.

InsyaAllah, selagi saya masih mampu, akan saya teruskan segala amalan kerohanian ini. Banyak yang saya belajar sepanjang hampir 4 bulan saya join Shaklee. Terlalu banyak yang saya belajar sepanjang hampir 4 bulan saya mengenali insan-insan hebat dalam kumpulan kami yang saling menyokong satu sama lain.

Terima kasih semua, terima kasih atas segala jasa dan nasihat kalian yang tidak pernah putus-putus pada saya yang masih merangkak ini.

Catatan rasa;
Jazilah Ilyas
SID 1070931
011-16111619
Share:

Omega Guard Shaklee Mengawal Selera Makan

Asid Lemak Omega-3 sangat terkenal sebagai pembakar lemak bagi mereka (saya) yang ingin
menguruskan badan mahupun yang ingin berdiet. Mari kita lihat bagaimana Omega 3 bertindak sebagai pembakar lemak.

1- Lemak Omega-3 membantu badan membakar lemak dengan bertindak balas dengan lebih baik kepada hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani
yang bermaksud nipis)

2- Leptin memberitahu badan (otak) untuk menyekat selera makan dan membuat kita kurang makan supaya kita boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan.

3- Leptin meningkatkan kadar metabolisme badan dengan meningkatkan output tiroid (tiroid
menyelaraskan metabolisme anda)

4- Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk tenaga. Jadi, sekiranya badan kita tidak memberikan tindak balas yang baik untuk Leptin maka kita akan mudah menjadi lapar dan badan akan menyimpan lebih banyak lemak daripada ditukarkan kepada bentuk tenaga.

CaraLain Omega-3 Lemak Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

♥ Lemak omega-3 membantu anda mengawal rasa lapar anda dengan menstabilkan paras gula dalam
darah anda,
♥ Kajian yang dilakukan di Jepun & Republik Czech mencadangkan bahawa lemak Omega-3 menghalang pembentukan lemak jahat di dalam badan dan kajian-kajian yang sama mencadangkan lemak Omega-3 menggalakkan pembakaran lemak dengan lebih baik.

♥ Satu kajian di Australia menunjukkan bahawa apabila orang ramai yang mengambil lemak Omega-3 semasa program senaman, membakar lebih banyak lemak berbanding orang yang tidak mengambil lemak Omega-3 dan orang yang mengambil jenis lemak yang lain 

 Jadinya mana nak dapat Lemak Omega 3 ni? Haaa..ia terdapat dalam ikan salmon, flaxseedsflaxseeds, kacang, makanan tambahan Omega-3 dan terdapat 79 jenis makanan lagi yang mempunyai sumber lemak Omega-3. Mana nak cari ikan salmon? Mahal kot kalau ada ni.

Jeng jeng jeng, memperkenalkan Omega Guard Shaklee yang dibuat daripada keseluruhan ikan itu sendiri. kebanyakan minyak ikan di pasaran hanya diperbuat daripada hati minyak ikan jadi Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat daripada minyak hati ikan. Kenapa kena pilih Omega Guard Shaklee? Tengok perbandingan di bawah;


*nota: Untuk memilih minyak ikan terbaik, tengok kandungan EPA & DHA dalam satu tablet. Semakin tinggi kandungan EPA & DHA, semakin baik minyak ikan tersebut.

Saya amat mencadangkan kombinasi Alfafa+Omega Guard+Lecithin untuk diamalkan dalam bagi anda yang ingin kurus. Kombinasi lengkap dalam mengawal selera makan, mengurai dan membakar lemak serta agen pengangkut lemak dan kolestrol sangat membantu kita untuk mendapat bentuk badan yang diingini. 

Apapun, untuk kurus, pengambilan Omega Guard mestilah disertakan dengan corak pemakanan yang sihat dan terkawal, senaman yang konsisten serta pengambilan air masak dan buah-buahan berserat yang banyak untuk kesan yang lebih optimum.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee minyak ikan terbaik dunia ni, anda boleh hubungi saya seperti di talian di bawah.

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931
COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.
Share:

Monday, 10 February 2014

Lecithin Shaklee Pengurai Lemak Untuk Kurus

Pasangan penting bagi Alfafa dan/atau Herblax untuk Set Kurus Shaklee adalah Lecithin. Lecithin Shaklee ini unik kerana ia diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO (kacang soya yang tidak diubah genetiknya).

Kenapa Lecithin adalah pasangan penting dalam Set Slimming Shaklee? Meh kita jengah tengok sebabnya :
  • Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak.
  • Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak dan kolestrol. Ia amat membantu dalam pemecahan lemak dan kolestrol.
  • Pengambilan yang konsisten akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Meringankan sembelit dengan bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Secara ringkasnya ia adalah pemecah lemak dan kolestrol dan Alfafa Complex pula betindak sebagai agen 'pengangkut' untuk membawa keluar segala lemak dan kolestrol yang tidak diperlukan badan kita. Meh kita tengok imej bagaimana Lecithin Shaklee dikatakan efektif sebagai pengumpul dan pengurai lemak


Lecithin Shaklee ini bukan sahaja bermanfaat kepada anda (saya) yang ingin kurus dan turunkan berat badan tetapi juga sangat berguna kepada mereka yang ingin sentiasa cantik secara semulajadi.


→ Lecithin Shaklee membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

→ Menghalang enapan lemak di hati dan membantu memulihkan kesihatan hati.

→ Menghalang kejadian batu karang. 90% daripada batu karang terjadi daripada kolestrol  dan lecithin pula mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

→ Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress, memperbaiki daya ingatan dan mempertingkatkan kuasa pembelajaran.
→ Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.
→ Kajian membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat dibaiki dengan pengambilan lecithin yang konsisten.


Anda berminat untuk mencuba Lecithin Shaklee yang awesome? Hanya RM52.50 untuk 180 biji. Berbaloi untuk setiap sen yang dilaburkan insyaAllah. Jom hubungi saya untuk pembelian pasangan Set Kurus Shaklee ini.

Sms/Whatsapp : 011-16111619
Jazilah Ilyas
Your Trusted SID
1070931

COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.

Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari