Monday, 17 February 2014

Hebatkah Dapat Menyusu Anak?

SEDIH..Sangat sedih membaca kenyataan seorang ibu muda di fb tentang apa kecoh sangat kalau dapat fully BF anak? Saya tak tau nak justify perasaan saya bila baca kenyataan begitu. Kurang ilmu agamakah? Bukankah dah terang-terang Allah perintahkan supaya menyusu anak sampai umur mereka 2 tahun? Kenapa nak mendabik dada nafikan hak anak?

REASON CREATED TO JUSTIFY THEIR ACTION. Bila mereka tidak dapat menyusukan anak, mereka condemn ibu-ibu yang happy dapat menyusukan bayi-bayi mereka. Tiada orang akan mengeji sekiranya kita tidak dapat menyusukan anak kerana faktor-faktor tertentu, tetapi kenapa pula kita menyampah bila ramai ibu happy dapat menyusukan anak mereka? Dan bila ibu-ibu ini berusaha mencari yang terbaik sama ada nak perbanyakkan susu atau memekatkan susu, dicebik-cebik pula. Sedih, sangat sedih.

Pengalaman saya tidak dapat menyusukan anak sulung Ahmad Akram cukup memberi kesan pada diri ini. Apabila si kecil lahir seawal usia 26 minggu dan mamanya hanya mampu pam susu sedikit demi sedikit yang akhirnya terus kering kerana kurangnya ilmu dan persediaan, perasaan kecewa itu tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Apatah lagi bila diingatkan betapa si kecil akan kuat dengan susu ibu yang Allah dah anugerahkan. Sangat sayu hati apabila kenangan yang satu ini mengusik jiwa.

Mungkin ibu-ibu terlalu mudah jalan hidup mereka. Mungkin. Siapalah saya untuk menghakimi hidup mereka tapi siapalah juga mereka untuk menghakimi kegembiraan hati seorang ibu apabila dapat menyusukan anak yang dikandungnya sendiri? SEBU, rasa mual bila dikenang kembali ibu-ibu begini.

Cubalah ambil masa, fikir sedalamnya sama ada kita telah berlaku adil dalam memberi hak anak-anak ini atau tidak.

Cetusan rasa,
Ibu anak extreme premature
Ahmad Akram Aidi
26 minggu 805g
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari