Monday, 3 February 2014

Tips Kurus; Kira Kalori

Badan kita hanya memerlukan sekitar 2000 kalori sahaja sehari. Ini adalah jumlah kalori untuk orang biasa yang kurang/tidak bersenam dalam sehari. Daripada jumlah tersebut, kita hanya perlu makanan yang mengandungi sekitar 1300-1500 kalori sahaja sehari dan selebihnya akan didapati daripada lemak tepu yang memang sudah tersedia di badan kita.

Agak-agak senang tak nak capai hanya 1300-1500 kalori sehari. Angkanya nampak besar kan? Tapi percayalah, amat sukar nak capai angka tersebut melainkan kita ada azam dan tekad yang kuat untuk turunkan berat badan.

Meh kita tengok senarai makanan biasa di Malaysia dan jumlah kalorinya. Mau terbuntang la mata tengok tu dan akan mula fikir, 'oh patutla aku tak kurus-kurus'..hehehehe


Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
 
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

 
Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop = 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Teh tarik – 1 gelas = 83 calori 
9. Air kacang soya segelas = 60 kalori
10. Air tebu segelas = 184 kalori
11. Ais krim sehidangan = 335 kalori
 
Jom buat kira-kira sket;
 
Sarapan pagi
Nasi lemak bersambal = 400 kalori
Kopi =  115 kalori
 
Minum pagi
Teh tarik = 83 kalori
Roti canai 2 keping = 400 kalori
 
Makan tengah hari
Nasi putih (1 setengah cawan) = 260 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Segelas ribena = 125 kalori
 
Jumlah pengambilan kalori untuk setengah hari ni pun dah cecah 1693 kalori. Ni tak masuk minum petang dan makan malam lagi. Haaa..cane ni? 

Nasib baik saya makan Shaklee. Alhamdulillah berat makin turun dan maintain sihat, takde muscle pain sebab otot kekal terjaga dengan suplemen Shaklee ni. Nanti next entry kita kupas lagi ye

Nak try suplemen dan vitamin Shaklee? Boleh tinggalkan contact number dan saya akan hubungi anda secepat mungkin. Untuk respon yang lebih cepat boleh sms/whatsapp saya 011-16111619
 
 
 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari