Wednesday, 12 February 2014

Tips Kurus Secara Sihat dengan Senaman Kardio

Cerita nak kurus lagi, memang takkan habis la kan. Diet dah buat, pemakanan dah dijaga tapi penurunan berat masih lagi perlahan. Kena bersenam la kot kan? Menurut Personal Trainer Kevin Zahari, senaman sebenarnya tak wajib pun untuk turunkan berat badan kita ia amat membantu mempercepatkan penurunan yang kita inginkan.


Kita lebih disarankan untuk melakukan senaman kardio berbanding sit up dalam usaha untuk mendapatkan perut yang kempis dan cantik. Ini kerana sekiranya lemak kita masih banyak, jadi usaha untuk mendapatkan badan yang cantik masih sukar direalisasikan kerana lemak-lemak ini masih melitupi otot kita. Jadi, kena usaha untuk bakar lemak terlebih dahulu la ye, baru cerita tentang nak perut kempis tu semua.


Apa benda plak senaman kardio ni kan?

Okay, senaman kardio adalah sejenis pergerakan yang berulang-ulang yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan berpeluh dengan lebih banyak daripada biasa. Kelebihan senaman jenis ini ialah ia membakar banyak kalori dan jika dilakukan lebih daripada 30 minit, ia mampu membakar lebih banyak lemak.


Contoh senaman-senaman kardio ialah;

  • Jogging
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Menari
  • Skipping
  • Lompat bintang

Masa bila plak la nak berjogging ni kan? Tetambah bagi sesetengah suri rumah cam saya ni..haa..cari la masa sket, tak perlu tiap-tiap hari pun. Mop satu rumah tu pun boleh berpeluh-peluh tapi denyutan jantung tak meningkat sangat. Susah sangat bukak youtube dan cari lagu-lagu korea tu dan ikut diorang menari, menarik jugak kan? Ajak anak-anak kecil kita, buat dalam 2 hingga 4 kali seminggu dah memadai. *__*


Haa, lagi satu pastikan apabila kita bersenam kita bakar lemak dan bukan glukos. Camana tu? Kalau kita berjogging atau menari ni, elakkan minuman seperti Milo, 100 plus atau Gatorade. Haa, cerita pasal 100 Plus atau Gatorade ni Shaklee ada Performance Drink. Ia adalah minuman tenaga yang memelihara circulation bendalir dalam tubuh dan mencegah penyahhidratan , yang lagi penting ia bukan minuman bergas. 

Pernah dengar seks sebagai senaman? Hurmm.. Memang betul sebenarnya statement ni. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

Tetapi perlu ingat juga ye, senaman-senaman juga, pemakanan dan diet yang betul juga sangat penting. Yang utamanya, disiplin dalam segalanya, insyaAllah dipermudahkan olehNya.

***********************************************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplemen dan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor di bawah. InsyaAllah consultation saya akan berterusan dan kita akan sihat bersama-sama. InsyaAllah

Jazilah Ilyas
011-16111619
Your trusted SID
1070931




Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari