Tuesday, 18 March 2014

Anak Kecil Demam Lagi, Apa Perlu Ibu Lakukan?

Assalamualaikum wbt

Si kecil permata hati saya demam setelah hampir 4 bulan sihat walafiat. Cuak kan? Ibu mana tak sayang anak. Kata papanya anak demam sebab rindukan mamanya yang ke KL kerana menghadiri Jom Hebat Mega anjuran kumpulan Shaklee saya. Ada rasa bersalah jugak sebab tak pernah langsung tinggalkan si Aamily ni sejak dia dilahirkan.

Hari pertama dia demam saya hanya selalu basahkan kepalanya dan lap badan supaya dia sentiasa sejuk. Tapi since demamnya nampak statik begitu malamnya saya bagi dia sedikit Nutriferon dan selebihnya saya yang minum.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Meh tengok apa benda Nutriferon ni. Ia dicipta oleh pakar imun - Dr Yasuhiko Kojima. NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Ia hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. 

Bagaimana cara nak makan Nutriferon ni? Hanya tuangkan sesachet Nutriferon ni dalam air, atau boleh juga ditelan terus begitu je. Untuk anak kecil saya ni, hanya 1/6 sachet diperlukan oleh badannya. Kenapa selebihnya saya yang minum? Ini kerana dia masih menyusu badan dan saya percaya khasiat yang didapati daripada pemakanan ibu akan turut diperoleh anak melalui susu yang dihisap. InsyaAllah.

Selain berikhtiar dengan Nutriferon, saya juga meneruskan pengambilan Vitamin C. Pada hari-hari biasa saya hanya mengambil sebiji sahaja Vitamin C ni, tapi bila anak demam camni, saya ambil 2 biji sekaligus. Ikhtiar dan doa tidak putus untuk anak kecil ini terus sembuh.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Vitamin C ni bukan semata-mata untuk kecantikan kulit. Ramai yang salah faham mengenai manfaat Vitamin C ni, termasuk saya yang dulu. Hehehe..bila kurang ilmu kita akan cepat assume sesuatu kan? Vitamin C ni banyak fungsinya, antara yang utama adalah meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Sekiranya anda kerap dilanda masalah gusi berdarah, itu petanda badan anda kekurangan Vitamin C.

Kadang orang bertanya dok makan suplemen ni tak percaya pada ubat hospital ke? Ramai yang salah faham, kami dan saya sendiri tidak pernah berkata bahawa kami tidak percaya pada ubat. Malahan dalam peti sejuk rumah saya ni, bersusun segala jenis ubat tetapi sekiranya masih mampu untuk usaha dengan cara lain, memang akan saya ikhtiarkan dengan cara tersebut. Ubat memang diketahui ada bahan kimia, takkan nak buh je banyak-banyak kimia dalam badan anak kecil kita kan? Ikhtiar dahulu, sekiranya masih tidak berkesan bawa ke doktor dan berikan ubat yang sepatutnya.

Dan antara yang paling penting dalam menangani anak kecil bila mereka demam ialah pastikan kepala mereka sentiasa basah. Kain basah tak pernah lekang daripada kepala anak saya sejak semalam. Dan dia hanya pakai pampers dan seluar pendek sahaja, supaya haba panas badannya keluar dengan senang. Jangan sesekali pakaikan anak dengan pakaian tebal pula bila mereka demam, memang mereka akan sejuk tapi tabahlah wahai ibu. Kita buat yang terbaik untuk anak-anak kita, insyaAllah

*********************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com/


 
Share:

Thursday, 6 March 2014

Kecuaian Mereka Ditanggung Si Kecilku

Assalamualaikum..

Berat hati mahu meluahkan, kerana air mata ini tidak mahu berhenti di saat ini. Allahumma yassir..permudahkanlah, tenangkan hati ini..

Ahmad Akram bin Aidi dilahirkan dalam keadaan sempurna sifatnya seawal usia kandungan saya mencecah 26 minggu. Dengan berat hanya 805g, dia berjuang untuk terus hidup di bumi ini tetapi, dalam masa rawatannya di NICU Hospital Putrajaya, hidungnya terkoyak kerana penggunaan CPAP.

Mereka (docs dan KKM) menafikan ia adalah kecuaian, tetapi Head of ENT Putrajaya sendiri sangat kesal dgn kejadian itu. And yes, setelah 2 3 kali turun naik jumpa Lembaga Hospital dan wakil KKM sendiri, they sent us a letter stated it's beyond their responsibility mengenai hidung Akram.


Ahad lepas, 2 March 2014 saya tergamam dan kelu semasa dia tanya mengenai hidungnya. Pertama kali dia bertanya, dengan soalan menikam hati saya sbg seorang ibu "mama, kenapa lubang hidung abang sebelah besar sebelah kecik?" Kelu sribu bahasa saya dibuatnya, basah mata, hati terus mengamuk. Allah Allah.. Dan hari ni 6 March 2014, petang tadi dengan mak sedaranya dia tanya lagi "che lah, kenapa hidung abg camni?". Anak sekecil 3 tahun 9 bulan bertanya "KENAPA HIDUNG ABANG CAMNI?' Hati saya luka seluka-lukanya.



Astaghfirullah, hati saya tengah berperang dengan rasa sakit yang amat. Memang kami belum mampu cari peguam utk bincang hal ni, kerana kami yakin kami seolah diperbodohkan oleh pihak hospital dan KKM kerana kami hanya orang biasa. Ya Allah Ya Allah..maafkan mama Akram, maafkan mama.



Saya tidak pernah duga seawal ni dia akan bertanya..ya Allah ..Kamu yang bertanggungjawab, kami akan lawan sehabisnya! Doktor dan pegawai perubatan dari KKM hanya pandai menyuruh kami kaunseling anak ini bila tiba waktunya tetapi seawal inikah detiknya? Ya Allah..


Wahai anak, ini janji mama. Kita akan dapatkan hak abang, dan mama sedang berusaha yang terbaik untuk abang. InsyaAllah, abang akan mama pertahankan. Abang akan mama jaga sebaiknya. InsyaAllah
Share:

Wednesday, 5 March 2014

Hilangkan Muka Berminyak dengan Set Enfuselle Skin Care Shaklee

Kulit muka yang bermiyak memang merimaskan dan buat kita tidak selesa kan? Jenuh dah rasanya bertukar daripada satu produk ke produk yang lain tapi camtu jugak kesannya. Kebiasaannya Skin Care Set untuk kulit muka berminyak ni akan buatkan kulit kita jadi kering, pedih dan menyakitkan. Ada pengalaman yang sama? 

Dok tengok orang pakai SKII rasa cam nak cuba tapi bila tengok harga cam tak boleh nak fikir panjang kan?HEehhehe.. kalau ada produk yang kualitinya setaraf tetapi lebih murah, agak-agak teringin tak nak cuba? Jom kita tengok Set Enfuselle ni, packaging pun dah class tau *~~~*


Asas bagi produk Enfuselle ialah Vital Repair Complex yang eksklusif, iaitu satu campuran sinergi tujuh nutrien antipengoksida yang memberikan hasil lebih hebat berbanding penggunaan nutrien secara berasingan.

Dirumuskan TANPA;
* Parabens
* Natrium lauril sulfat
* Penghasilan daripada haiwan 
* Minyak mineral atau petrolatum
* Propilena glikol
*FD&C atau pewarna
*Ftalat
*1,4-dioksina

~ Berasaskan nutrien
~ Terbukti secara klinikal
~ 7 paten
~ Diuji oleh pakar dermatologi
~ Sentiasa tidak menimbulkan alahan
~ pH seimna

Normal to Oily Skin Set 

Purifying Cleansing Gel
~ Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
~ Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
* Mencerahkan tona kulit
* pH yang seimbang
* Hipoalergenik

Purifying Toner
~ Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
~ Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
~ Terbukti secara klinikal
~ Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
~ pH yang seimbang
~ Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
~ Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
~ Membantu mengawal kulit berminyak
~ Hipoalergenik

Balancing Moisturizer
~ Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
~ Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
~ Terbukti secara klinikal:
* 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
* 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
* 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
* Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
Hipoalergenik

*********************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Enfuselle Shaklee? Hubungi saya;

Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com/
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari