Tuesday, 18 March 2014

Anak Kecil Demam Lagi, Apa Perlu Ibu Lakukan?

Assalamualaikum wbt

Si kecil permata hati saya demam setelah hampir 4 bulan sihat walafiat. Cuak kan? Ibu mana tak sayang anak. Kata papanya anak demam sebab rindukan mamanya yang ke KL kerana menghadiri Jom Hebat Mega anjuran kumpulan Shaklee saya. Ada rasa bersalah jugak sebab tak pernah langsung tinggalkan si Aamily ni sejak dia dilahirkan.

Hari pertama dia demam saya hanya selalu basahkan kepalanya dan lap badan supaya dia sentiasa sejuk. Tapi since demamnya nampak statik begitu malamnya saya bagi dia sedikit Nutriferon dan selebihnya saya yang minum.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Meh tengok apa benda Nutriferon ni. Ia dicipta oleh pakar imun - Dr Yasuhiko Kojima. NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Ia hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. 

Bagaimana cara nak makan Nutriferon ni? Hanya tuangkan sesachet Nutriferon ni dalam air, atau boleh juga ditelan terus begitu je. Untuk anak kecil saya ni, hanya 1/6 sachet diperlukan oleh badannya. Kenapa selebihnya saya yang minum? Ini kerana dia masih menyusu badan dan saya percaya khasiat yang didapati daripada pemakanan ibu akan turut diperoleh anak melalui susu yang dihisap. InsyaAllah.

Selain berikhtiar dengan Nutriferon, saya juga meneruskan pengambilan Vitamin C. Pada hari-hari biasa saya hanya mengambil sebiji sahaja Vitamin C ni, tapi bila anak demam camni, saya ambil 2 biji sekaligus. Ikhtiar dan doa tidak putus untuk anak kecil ini terus sembuh.

http://jazilahilyas.blogspot.com/Vitamin C ni bukan semata-mata untuk kecantikan kulit. Ramai yang salah faham mengenai manfaat Vitamin C ni, termasuk saya yang dulu. Hehehe..bila kurang ilmu kita akan cepat assume sesuatu kan? Vitamin C ni banyak fungsinya, antara yang utama adalah meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Sekiranya anda kerap dilanda masalah gusi berdarah, itu petanda badan anda kekurangan Vitamin C.

Kadang orang bertanya dok makan suplemen ni tak percaya pada ubat hospital ke? Ramai yang salah faham, kami dan saya sendiri tidak pernah berkata bahawa kami tidak percaya pada ubat. Malahan dalam peti sejuk rumah saya ni, bersusun segala jenis ubat tetapi sekiranya masih mampu untuk usaha dengan cara lain, memang akan saya ikhtiarkan dengan cara tersebut. Ubat memang diketahui ada bahan kimia, takkan nak buh je banyak-banyak kimia dalam badan anak kecil kita kan? Ikhtiar dahulu, sekiranya masih tidak berkesan bawa ke doktor dan berikan ubat yang sepatutnya.

Dan antara yang paling penting dalam menangani anak kecil bila mereka demam ialah pastikan kepala mereka sentiasa basah. Kain basah tak pernah lekang daripada kepala anak saya sejak semalam. Dan dia hanya pakai pampers dan seluar pendek sahaja, supaya haba panas badannya keluar dengan senang. Jangan sesekali pakaikan anak dengan pakaian tebal pula bila mereka demam, memang mereka akan sejuk tapi tabahlah wahai ibu. Kita buat yang terbaik untuk anak-anak kita, insyaAllah

*********************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com/


 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari