Thursday, 24 April 2014

Keputihan Sebabkan Saya Bersalin Awal!

Tiba-tiba rasa melekit. Rasa cam laju je cecair keluar. Hah!! Apa yang jadi ni!! Cepat-cepat pergi tandas dan ya Allah!! Terduduk kat toilet bowl dengan cecair kuning melekit yang sangat banyak. Banyak yang sangat banyak. Cam leaking cecair kuning. Dah nak bersalin ke aku ni? Baru 25 minggu ni!!

group b streptococcus

Kejadian tu masa tengah sakan hadiri majlis penyampaian hadiah untuk staff-staf Standard Chartered Bank dan subsidiarinya yang cemerlang dan makan macam-macam. Maklumlah tengah pregnant kan, makanan nampak sedap je. Petang tu pula makan cendawan dengan agak banyak.

Keputihan keluar dengan sangat banyak sehingga berplastik-plastik tisu digunakan. Masa tu sangat takut dan cuak. Menangis sorang-sorang dalam tandas. Apa ni..apa ni.. Ya Allah takutnya. Lepas hampir 10 minit, dah nampak ok terus keluar tandas dan balik.

Sampai je kat rumah, terus cakap ngan husband ketidakselesaan dan ketakutan yang dirasai. Kami bergegas ke Hospital Putrajaya dan malam tu sampai tengah malam ditahan. Saya jadi sangat risau kerana semasa tempoh kandungan ini, saya telah dikesan menghidap kencing manis ketika hamil dan ada risiko bayi meninggal dalam perut dan bersalin awal.

Bertapa la kat hospital macam biasaa. Baring je kat katil dengan HO yang muka masam mencuka. Dahlah kita ni tengah gelabah, dilayan acuh tak acuh plak buat hati makin gelisah. Tengah malam tu baru sorang doktor masuk check dan katanya ada infection. Bagi antibiotik dan injection maka disuruh balik.

Cukup seminggu lepas kejadian tu, Isnin pagi 25 Jun 2010 saya rasa bayi dalam perut tak bergerak. Dari malam sampai ke pagi nak gi keje sama je. Cuak balik. Dah siap-siap nak pegi keje tapi tak sedap hati, pegi ke Hospital Putrajaya dan terus ditahan. Dipasang mesin check nadi semua dan dibiarkan baring berehat. Kandungan baru mencecah 26 minggu.


GBS
selepas hampir 2 bulan di NICU

Tengah malam, air ketuban pecah. Menangis dah masa tu. Baru 26 minggu.. Ya Allah. Dalam kerisauan dan ketakutan suami sentiasa ada di sebelah. Sepanjang malam yang menggusarkan, disuntik ubat matangkan paru-paru anak. Hampir 24 jam di sana, alhamdulillah 26 Jun 2010 pukul 8.37 pagi saya selamat melahirkan putera sulung dengan berat hanya 805g. Digegaskan ke NICU keranan keadaan bayi yang kritikal, 50-50. Allahurabbi, selamatkan anak kecilku.

Hanya keesokan harinya saya dibenarkan tengok si kecil saya. Dipegang kuat oleh suami, doktor terangkan condition anak ketika itu. Sangat luluh hati, dengan mesin, wayar berselirat di badannya. Allahurabbi Allah Allah. Berikan ihsanMu ya Allah. Doktor menerangkan antara punca kelahiran awal adalah akibat jangkitan kulat Group B Streptococcus. 


keputihan semasa mengandung


Para ibu, beringatlah sekiranya ada keputihan semasa mengandung. Ia mungkin selamat dan mungkin tidak. Dan ia mungkin simpton GBS dan mungkin tidak. Alhamdulillah hero saya membesar dengan kuat walau banyak yang dialaminya dalam tempoh ini. Jangan pandang mudah masalah keputihan ini. GBS juga boleh dialami oleh wanita yang tidak mengandung dengan tiada simpton. Hanya pemeriksaan di hospital akan menentukan kita ada GBS atau tidak.


keputihan busuk


Alfalfa Complex Shaklee sangat membantu dalam mengurang dan menghilangkan keputihan. Berikhtiarlah sebelum kita menyesal. Tetapi AWAS, Alfalfa Complex tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Anda boleh pilih untuk menggunakan Garlic Shaklee semasa dalam tempoh kehamilan untuk mencegah kulat, kuman dan yis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Wednesday, 23 April 2014

Kulit Licin & Cantik Dalam Seminggu

vitamin kulit shaklee
licin dan cantik dalam seminggu
Kulit dah rosak jerawat teruk bernanah, berlubang bekas jerawat dan pori-pori semua besar-besar. Dah bertahun camtu. Nasib baik makan vitamin untuk kulit dari Shaklee, seminggu je dah licin terus kulit, langsung takde kesan jerawat lubang-lubang pori-pori tu semua.

Logik tak? Logik tak "kerosakan" bertahun-tahun dapat dihilangkan dan diatasi dalam masa hanya seminggu? Logik ke? Ye logik sekiranya produk yang kita gunakan ada PELUNTURnya. Kesan cepat tapi merana pada jangka masa panjang. Nak? Banyak produk kecantikan yang menjanjikan kesan seawal seminggu tapi rupanya BERACUN dan berMERKURI. Jadi tak pelik la kesannya memang cepat. Cepat elok dan cepat rosak.

vitamin kulit shaklee

vitamin kulit shaklee

Shaklee bagaimana? Lama sangat ke nak dapat kesannya? Lecehnya nak tunggu lama-lama. Tetapi, nak yang cepat tetapi tidak selamat atau nak yang perlahan-lahan tapi kekal dan selamat? Anda pilih yang mana terbaik untuk diri dan masa depan.

Saya sendiri menggunakan hampir kesemua vitamin untuk kulit dari Shaklee. Boleh nampak perbezaannya walau sedikit perlahan. Ingat, vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit dalam waktu yang singkat. Vitamin dan suplemen akan membetulkan dahulu ketidakcukupan sesetengah nutrien dalam badan kita. Saya hanya nampak pori di wajah semakin mengecil selepas hampir sebulan ambil vitamin C dengan konsisten, bukan sehari.

Pilihan yang disediakan oleh Shaklee untuk membaik pulih kulit sangat banyak. Terserah pada kita untuk memilih mengikut keperluan dan poket kita. Antara yang cepat dan terbaik adalah Vivix dan Shaklee Collagen Powder. Jadi kalau nak cepat nampak hasilnya, 2 suplemen ini amatlah disarankan.


suplemen kulit shaklee

*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Shaklee Malaysia Tarik Keahlian Saya!

Bulan Mac lepas menyaksikan hampir 200 ahli Shaklee Malaysia ditamatkan, ditarik dan digantung terus keahliannya. Kejam gila! Dah bayar yuran keahlian, senang-senang pula ditarik keahliannya. Kejam betul. Tutup periuk nasi orang!!

daftar ahli shaklee
Alkisahnya kerana nak meraih perhatian pembeli dan menambah jualan, ramai SID yang menjual vitamin dan suplemen Shaklee yang amat bermutu tinggi dengan harga di bawah pasaran malah yang lebih teruk di bawah harga ahli! Maka kecohlah katanya Shaklee Malaysia yang menutup periuk nasi para distributor ini sedangkan segala terma dan syarat ini sudah disertakan dalam kit keahlian yang didapati selepas pendaftaran.

Dahtu kalau kita tak boleh nak ikut peraturan yang syarikat dah tetapkan, dan kita sebenarnya yang tutup periuk nasi orang lain, adil la kalau Shaklee Malaysia bertegas kan? Harga vitamin dan suplemen Shaklee sudah murah jika dibandingkan dengan mutu dan kualiti yang ada pada produknya. Cuba bandingkan dengan harga vitamin Shaklee di Singapura, anda akan tarik nafas kelegaan!

daftar keahlian shaklee


Saya pernah menegur sesetengah SID supaya bersaing secara sihat bukan dengan menurunkan harga produk. Be fair to others. It's not about be creative and add value anymore but it's more to destroy other SID's market.

Shaklee Malaysia sangat menjaga kebajikan para pengedarnya. Secara terang dan jelas telah diterangkan bahawa harga ahli untuk ahli dan pengedarnya manakala harga pasaran untuk para pembeli yang tidak berdaftar sebagai ahli. Alangkah senangnya kalau semua mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini. Adil kan?

shaklee kota bharu
Bersaing secara sihat. Berikan khidmat profesional anda kepada para pembeli. Margin untung yang diberikan Shaklee perlu digunakan sebagai khidmat nasihat kepada para pembeli. Jujur dan adil pada para pesaing, insyaAllah rezeki yang kita dapat lebih berkat.

JADI PADA PARA PENGGUNA DAN ANDA YANG BERHASRAT UNTUK BERKECIMPUNG DALAM BISNES SHAKLEE, JOM DAFTAR KEAHLIAN DENGAN HANYA RM75 (Semenanjung Malaysia) & RM85 (Sabah & Sarawak)

Maka sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee, usah risau dengan persaingan harga lagi. Semuanya telah diselaraskan dan tidak akan berlaku lagi manipulasi harga. Apa yang penting penuhkan ilmu di dada untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan kita

Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 
*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

Tuesday, 22 April 2014

Atasi Masalah Sembelit Anak Dengan Mealshakes

MEALSHAKES SHAKLEE
sakitnya mama!! tolong adik!!
Seksa rasanya kalau tengok anak asyik menangis akibat susah nak membuang. Kalau boleh dan-dan tu rasa nak ganti tempat anak supaya mereka tak rasa sakitnya. Kebanyakan daripada kita sebagai ibu bapa mesti fikir camtu kan? Nak ganti tempat anak bila anak sakit. Tapi tak pula kita cari ikhtiar nak kurangkan rasa sakit anak tu. So, betul ke sayang anak tu?


mealshakes shaklee


Kalau la cerita anak sembelit ni tak jadi dalam hidup saya, mungkin saya pun susah nak faham cane rasanya. Tapi memandangkan anak sendiri pun ada sembelit yang teruk, dan saya sendiri pun dulunya ada buasir dan susah membuang, saya jadi sangat faham bagaimana seksa hati dan perasaan bila semua ni terjadi. Tak mau tak mau tak mau ulang lagi moment menyeksakan ni. Ke anda sanggup je tengok anak terus tahan sakit sembelit camtu?


JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH SEMBELIT YANG BERMULA DARIPADA KECIL. IA MUNGKIN PENYEBAB BUASIR!!


Lactulose dan hari-hari bagi. Betis, perut semua dah urut tapi masih dok tahap tu lagi. Kalau gi ngadu ngan doktor, pesannya bagi anak makan makanan berserat, iaitu buah dan sayur.Nak suruh anak kecil makan sayur? Alamatnya tak berubah la keadaannya. Makan buah? Kadang-kadang memang berjaya tapi tak adanya hari-hari budak-budak kecil nak makan buah. Jadi nak buat cane?


hensem mama yang pernah terseksa sembelit

Jom kita tengok perkongsian ibu-ibu di sini yang telah berjaya meningkatkan kesihatan anak-anak mereka dengan Meal Shakes yang berperisa Vanilla ini.




Shaklee menyediakan Meal Shakes untuk membantu masalah pencernaan dan perkumuhan anak kita!. Ia kaya dengan serat larut yang sangat membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus. So bagi anak-anak yang sangat susah untuk makan sayur dan buah sebagai bahan serat dalam diet mereka, insyaAllah Mealshakes boleh menggantikan serat tersebut.

Mealshakes diperbuat daripada bahansemulajdi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Bonus dalam Mealshakes ini ialah ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap seperti milk shake di McD.


mealshakes shaklee


Bagaimana cara pengambilan Mealshakes? Anda hanya perlu mencampurkan setengah sudu teh Mealshakes di dalam minuman anak setiap hari. Hanya SEKALI sehari ye ibu-ibu. Mealshakes TIDAK BOLEH dibancuh seperti susu. 

PERINGATAN!! Awas sekiranya anak anda mempunyai alahan terhadap susu lembu, anda tidak dibenarkan mengambil Mealshakes kerana ia adalah cowmilk-based. Walaupun kita ghairah mencari penyelesaian pada masalah sembelit anak, berhati-hati terhadap kesan sesuatu 'penyelesaian' tersebut. MEALSHAKES HANYA DICADANGKAN UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 1 TAHUN DAN KE ATAS.


*****************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Monday, 21 April 2014

Susu Ibu VS Susu Formula

Anak yang menyusu susu ibu lebih senang diurus berbanding anak yang menyusu susu formula. Sejauh mana benarnya pernyataan ini? Adakah anak yang menyusu susu formula tidak sebaik anak yang menyusu susu ibu?

vitamin ibu menyusu
Berdasarkan pemerhatian dan penelitian persekitaran ternyata pernyataan ini 90% adalah betul. Ini sebenarnya didasarkan kepada ikatan yang terjalin antara anak dan ibu semasa proses penyusuan. Ikatan ini sangat kuat dan dikatakan anak yang menyusu susu ibu boleh memahami perasaan dan mood ibunya ketika menyusu.

Ikatan ini tidak ada apabila anak disusukan dengan susu formula. Apa yang tinggal mungkin hanya tepukan apabila anak ini menyusu sedangkan anak yang disusukan dengan susu ibu boleh dipeluk dan didakap seeratnya apabila proses menyusu berjalan.

vitamin ibu menyusuAmatlah rugi ibu yang melepaskan peluang menyusukan anak sendiri. Amatlah rugi melepaskan pengalaman yang tidak akan dapat dicari ganti di mana-mana. Amatlah rugi sekiranya seawal usia anak seminggu sudah disusukan dengan susu formula.

"Saya bukan tak mahu susukan anak tapi tiada susu yang dihasilkan". Ini antara alasan yang sering
diberikan ibu-ibu muda. Bila ditanya adakah mereka pam susu, jawapannya tidak. Menyusukan secara terus pun tidak, pam pun tidak jadi mana nak datangnya bekalan susu ini? Tiada permintaan, tiadalah produknya. Betul atau betul?

Tapi ada sesetengah ibu yang sangat ingin menyusukan anak tetapi faktor keletihan, stress dan kekangan kerja sering menjadi halangan. Berikhtiarlah dengan Set Penyusuan Shaklee. Tiada ibu yang rela anaknya sakit dan kebanyakan virus ini dapat ditentang dengan menyusukan anak kita.


Saya adalah ibu yang menyusukan anak sehingga 2 tahun. Hubungi saya untuk tips penyusuan eksklusif.

vitamin ibu menyusu



*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas


Share:

Susahnya Nak Naik Rank Dalam Shaklee

tekanan
" Kak sales saya slow sangat bulan ni"

 "Takde orang pun nak beli ngan saya bualn ni"

Keluhan biasa SID Shaklee. Bukan senang kan nak bisnes Shaklee ni? Abis yang dok cerita pung pang senang nak wat Shaklee tu apahal? Sembang je la ye?

Ye betul, bukan senang nak senang dan sangat senang nak susah. Betul betul dan betul kan? Ramai orang kita yang nak berbisnes tapi tak nak berusaha, mungkin terpengaruh dengan banyaknya iklan di internet

"Anda laburkan RM100, kami gandakan wang anda 10 kali ganda dalam sebulan"

"Nak duit? Jana pendapatan? Tak perlu jual barang, tak perlu menaja, hanya keluarkan modal RMxxx dan tunggu akaun anda dipenuhi duit"

"Tak perlu berniaga, anda taja seorang dapat RMxxx, kalau 10 orang dah berapa?"

Dalam Shaklee camana? Kami diajar oleh para upline dan mentor bahawa kejayaan itu tidak datang bergolek. Bukannya hari ni register jadi distributor esok duit dah berkepuk dalam akaun. Tidak sama sekali. Selagi tak ada 7 lautan air mata, 7 lautan jerit peluh tak ke mana jawabnya. Aiiihh.. susah sangat gayanya nak berjaya dengan Shaklee ni. Memang susah, kalau kita hanya mengharapkan duit itu datang tanpa usaha, doa dan tawakal.

Apa yang menjadikan kami dalam Shaklee ni kekal teguh bersama produk dan kumpulan kami? Amalan kerohanian. Ye, inilah senjata utama kami untuk berniaga. Promote, jual dan jual tapi sekiranya tidak diizinkanNya, tak ke mana bisnes kami.

Rahsia kami tak susah. Solat sunat dhuha, solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan zikir adalah senjata utama kami. Benar produk Shaklee bukan makanan sunnah tapi kami sediakan yang terbaik untuk pelanggan kami. Rahsianya? Sudah dijelaskan.

Sekiranya kami mengadu pada mentor dan upline tentang betapa perlahannya sales kami, tiada orang membeli daripada kami, soalan pertama yang biasa ditanya oleh upline kami adalah sejauh mana kami melengkapkan diri dengan Pencipta? Sejauh mana kami dah minta daripadaNya? Kami dah lengkapkan table checklist yang dah disediakan? Kalau belum sila lengkapkan semua list tersebut sebelum mengadu. Susah kan?

Kejayaan bukan datang bergolek. Kejayaan itu akan lebih manis bila diiringi dengan segala kesusahan dan keperitan. Sekiranya anda mencari dunia tanpa langsung meminggirkan akhirat, jom bersama kumpulan kami. Anda akan terperanjat dengan nilai-nilainya.


Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 
*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Sunday, 20 April 2014

Jalan-jalan dengan Bonus Shaklee

Jumaat lepas, masa dok borak ngan permata hati pagi tu tiba-tiba terasa nak berjalan-jalan. Asyik terperap kat rumah je bosan jugak kan. Congak-congak dalam kepala duit bonus Shaklee, haaa lepas lagi ni nak reward diri dan family. Makanya saya suruh si kecil ni pegi cakap ngan papanya "pa, adik nak kutip strawberi" tapi yang sampai pada papanya "pa adik nak kutip jagung"...ehhwheheh. And the rest is the history. Mandi, bersiap dan kemas pampers, baju dan susu anak terus gerak ke Cameron Highland. Unplanned trip, yeah!!

Memang terasa seronok bulan ni. Hasil usaha bulan lepas bonus yang masuk tengah bulan April ni menyamai gaji pertama saya selepas graduate tahun 2007 dulu. CASH BONUS je tau, tak campur UNTUNG RUNCIT hasil berniaga Shaklee. Alhamdulillah, menangis bulan ni tengok jumlah bonus yang masuk akaun ni. Terasa penat lelah terbayar. Dan saya hadiahkan untuk suami, anak-anak dan keluarga yang cukup banyak menyokong saya selama hampir 6 bulan dengan Shaklee.




Kami memulakan perjalanan ke Cameron dalam pukul 10.00 pagi dan memang tak bercadang nak tidur sana pun. Destinasi pertama kami ialah Royal Berries sebab Akram dan Aamily asyik cakap nak petik strawberi. Lepaskan gian anak-anak dulu. Royal Berries ni satu-satunya ladang strawberi Melayu kat Cameron Highland ni. Masa 1st time datang ngan family dulu dok borak-borak ngan tuan punya ladang, tu yang kali ni dah bercadang nak singgah sini. RM3.50 untuk 100g bagi yang nak petik strawberi sendiri. Takde diorang escort je kita. Dok la lama mana pun kat bawah tu.heheehhe.

Lama jugak kitaorang dok kat Royal Berries tu. Setel hajat si Akram then giliran adiknya pulak yang sangat suka jagung. Kami singgah kat pasar dan beli 6 longgok jagung. Haaa, dah cam nak niaga plak bila tengok jagung dalam bonet. Hahahha..Takpe-takpe, memang dah niat nak bagi jagung kat mak-mak sedara sekali, so borong aje la. Since ini adalah unplanned trip dan takde tempat penginapan kami singgah lepak kat masjid jap. Solat, rehatkan diri jap dan plan perjalanan seterusnya.

Perjalanan terakhir kami di Cameron Highland ni ialah di pasar malam Cameron yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu. Borong segala yang boleh borong kat situ :P dan makan kat tepi jalan tu je. Hahahhaa.. Lebih kurang pukul 7.30 malam camtu kami gerak pulang ke Kota Bharu. Penat tapi puas hati. Puas hati dapat gembirakan anak-anak. Puas hati dapat belanjakan duit bonus Shaklee untuk anak-anak. Terima kasih Allah, atas rezeki yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah.

Inilah kepuasan seorang surirumah. Anak-anak di depan mata, membesar dan sentiasa dalam perhatian tetapi pada masa yang sama tetap dapat menjana income untuk keluarga. Tiada yang mustahil dengan Shaklee. Kita usaha, kita dapat. Kita malas, tengok je la orang dok mendaki puncak kejayaan. Kita tentukan apa yang kita mahu, usaha+doa. Seterusnya serahkan padaNya.

InsyaAllah anak-anak, lepas ni kita berjalan ke tempat lain pula. Sampai masanya nanti kita ke oversea pula ya :)

So camana dengan anda? Rasa-rasa nak jana income seperti saya? Nak jadi ahli dan distributor Shaklee? Seorang Working At Home Mom, bekerja di rumah dan menjaga anak tanpa rasa risau dan bimbang? Hanya RM75 diperlukan untuk semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak. Apabila ada keinginan, insyaAllah akan ada jalannya.

Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 
*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Thursday, 17 April 2014

Senangnya Berbisnes Shaklee

Sambil menyusu anak sambil berniaga? Nampak sangat la tak logik kan? Tapi ia jadi sangat logik apabila kita menceburkan diri dalam MLM Shaklee. Serius? Ya, sangat serius. Sepertimana seriusnya saya sekarang update blog sambil menyusukan anak.

Kenapa sesenang itu ya? Ntah-ntah tipu ni. No No No. Meh nak cerita kalau tak percaya. Dalam Shaklee, kami sangat tidak menggalakkan praktis simpan stok. Mungkin kumpulan lain ya, tapi tidak kumpulan iReach kami. Jadinya, kami hanya akan order barang apabila pelanggan dah membuat pembayaran. Cara tempah vitamin dan produk Shaklee yang lain pula hanya di hujung jari. Hanya klik www.shaklee2u.com.my dan segalanya selesai dalam masa kurang 5 minit. Pembungkusan dan penghantaran semuanya dilakukan pihak Shaklee. Mudahkan?

bisnes shaklee

Jadi kalau yang nak bisnes dan tambah pendapatan tapi rasa susah nak bergerak, takde kenderaan, tak ada orang nak jaga anak kalau nak pergi branch, sekarang anda dah boleh berbisnes dengan jayanya. Modal anda hanya line internet. Senang, senang dan sangat senang kan?

shaklee malaysia

Bukan senang nak berjaya, tapi Shaklee Malaysia makin menyenangkan perjalanan kita untuk berjaya. Jadi tunggu apa lagi? Jom jadi usahawan berjaya dengan Shaklee. Bukan takat untung runcit, Shaklee bagi lagi kita bonus tunai, bonus kereta dan trip ke luar negara yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Berbaloi kan?


Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 

*******************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Wednesday, 16 April 2014

Doa Tambah Susu Ibu

Semua ibu mahu yang terbaik untuk anak-anak. Jarang kita dengar ada ibu yang mahu yang buruk-buruk untuk anak mereka, kecuali mereka yang memang kurang ilmu dan perikemanusiaan.

Yang terbaik untuk anak-anak kita bermula daripada pemakanan daripada hari pertama mereka dilahirkan. Apa lagi yang lebih baik selain daripada susu ibu? Dalam susu ibu terdapat seribu satu khasiat yang memang tidak akan didapati daripada sumber lain.

Dalam susu ibu terdapat;
  • Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  • Mengurangkan risiko kepada alahan.
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  • Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
  • Menggalakkan tumbesar.
  • Penghadaman yang mudah.
Terdapat pelbagai cara yang ibu usahakan untuk membanyakkan susu. Disamping segala usaha kita, mintalah pada Dia Yang Satu moga dipermudahkan segala niat dan usaha kita untuk menyusukan anak permata hati kita.


doa banyakkan susu badan


Maksudnya ; Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".



******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas






Share:

Keburukan Performance Drink Shaklee

Ramai antara kita yang sangat ketagih dengan minuman bergas dan berkarbonat. Saya tak terkecuali, dahulu masa dok belajar, saya sangat gilakan air bergas sehinggakan ahli keluarga pernah bagitau agaknya kalau cucuk badan saya mesti gas je yang keluar. Hari-hari mesti nak minum air bergas tanpa fikir kesannya pada badan.

http://jazilahilyas.blogspot.com/
Air berkarbonat yang menarik hati :P

Setin air berkarbonat atau atau air bergas menyamai 10 sudu teh gula yang mana ini menyamai jumlah pengambilan gula yang kita patut ambil dalam masa sehari. Kalau dah ambil gula dalam setin air berkarbonat, bagaimana pula dengan pengambilan gula dalam makanan dan minuman lain? Maka timbullah diabetes, tulang yang rapuh dan pelbagai penyakit lain akibat lebihan gula dalam badan.

Di dalam air berkarbonat ini juga mengandungi kafein yang boleh menyebabkan kita ketagih. Jadi sangat tak pelik kalau dulu saya sangat ketagih dengan air bergas ni, sehinggakan sampai satu tahap badan akan terketar-ketar apabila tidak mengambil air bergas ni. Sangat bahaya!

CADANGAN PENGGANTIAN AIR BERKARBONAT - PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

http://jazilahilyas.blogspot.com/

✅Minuman sukan pertama bg para atlet di Amerika Syarikat
✅Direka khusus utk para angkasawan NASA
✅Pilihan para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka
✅Ujian klinikal membuktikan ia meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda
✅Memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh
✅Mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)
✅Meningkatkan daya ketahanan badan - menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
✅Mencegah penyahhidratan dgn mengurankan kehausan
✅Mengekalkan paras gula
✅Hidangan lazat utk diminum bila-bila masa dan di mana sahaja


http://jazilahilyas.blogspot.com/
Performance Drink Shaklee sangat sesuai untuk;
~ Para atlet
~ Mereka yang berpuasa
~ Sebelum dan selepas pembedahan
~ Keletihan
~ Demam yang tinggi - denggi
~ Cirit birit
~ Vagina yang kering



Harga: RM82.50
Kandungan: 539G


Di sebalik segala kebaikan Performance Drink Shaklee ni, ada juga keburukannya. Kalau minum PD ni lepas ni dah takde alasan nak malas-malas badan panas. Tak boleh juga nak bagi alasan ketagih nak membeli air berkarbonat, terpaksa jimat duit dan yang paling teruk, terpaksa sihat!! Alahai.. dah tak boleh buat alasan la nanti kan? 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Surprise Daripada Suami 30 --> 21?

Zaman tengah fit..heheheh

5 April lepas genap dah 30 tahun usiaku. Cuak bila dah ada angka 3 kat depan tu kan? Dulu-dulu selalu berangan walau dah ada anak, saya nak kekal vogue dan smart..hehehe..maklumlah dari zaman sekolah ke zaman universiti aktif dengan sukan, aktif dengan taekwondo so badan sentiasa fit.


Tapi impian nak kekal vogue tu sikit demi sikit terhakis apabila badan makin kembang sejak berkahwin. Saya berkahwin lebih kurang 5 tahun lepas iaitu tahun 2009. Lepas tu badan makin naik, mengandung, bersalin, mengandung, gugur, mengandung dan bersalin lagi hingga akhirnya berat badan makin hari makin bertambah. Masa tu dah fikir takde harapan dah aku ni, takde nak keluar jalan-jalan sangat dah sebab takut jumpa kawan-kawan lama. Hahhahaha. Serius saya sangat malu.

Gambar 6 tahun lepas sebelum dan selepas kahwin :P

Tetapi things changed when we really want to change ourselves kan? Cumanya masa saya jumpa produk yang betul dan sesuai dengan diri saya, takde la saya beria sangat sebab tak pasti dengan outcomenya tapi alhamdulillah alhamdulillah kesannya sangat positif.

30 becomes 21
30 becomes 21?
Pada malam 5 April tu, husband beli kek tanpa saya tengok apa yang ditulisnya. Konon surprise dan memang betul. Dia memang betul surprisekan saya dengan tulisannya. Memula geram gak tapi bila tanya kenapa mintak tulis camni? Katanya wifenya dah nampak makin cantik dan makin muda. Happy me.. Hehehehe

http://jazilahilyas.blogspot.com/
Selepas 5 bulan konsisten dengan Shaklee
Selain set kurus lengkap yang saya amalkan, saya turut ambil set kulit Shaklee dan yang pentingnya saya minum Vivix. Tidak konsisten tapi masih ambil sekali setiap 3 4 malam. Vivix ialah satu-satunya suplemen yang boleh menembusi DNA kita dan ianya adalah anti-aging yang sangat berkesan. Kombinasi dengan Shaklee Collagen Powder memang sangat tidak mengecewakan. Kalau tak nak cantik untuk orang tersayang, lakukannya untuk diri sendiri. Berbaloi kan?

Cabaran sekarang adalah untuk kembali ke berat asal sebelum kahwin, antara 50-55kg? Mampukah? InsyaAllah. Set Slimming Shaklee akan bantu saya realisasikan impian yang satu ini!



******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Tuesday, 15 April 2014

Minyak Ikan Terbaik Rahsia Anak Cerdas


Terdapat pelbagai jenama minyak ikan di pasaran tetapi sejauh mana kualiti yang dibekalkan dalam setiap kandungannya? Adakah minyak ikan yang anda makan adalah daripada HATI minyak ikan atau daripada keseluruhan ikan? Adakah minyak ikan yang anda dan anak-anak makan mengandungi EPA&DHA yang secukupnya? Untuk mencari minyak ikan yang terbaik, kita harus membandingkan kandungan EPA & DHA. Kandungan yang paling tinggi dalam setiap hidangan adalah yang terbaik dan jelas Omega Guard Shaklee menyediakan kandungan EPA & DHA tertinggi dalam setiap hidangannya.

vitamin minyak ikan


KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.  Ia BUKAN daripada hati minyak ikan dan adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semualajadi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.


Manfaat utama Omega Guard
minyak ikan
  • Membekalkan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega 3 daripada asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA & DHA secara berkesan. Omega 3 boleh membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yag menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA & EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan menggalakkan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu juga mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkam keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Omega Guard Shaklee mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser; kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser payudara, paru-paru, prostat dan kolon. Ia juga boleh membantu meningkatkan esterogastritis,merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan jadi ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Vitamin Susu Ibu Shaklee Tak Berkesan

"Dah makan Alfafa dan ESP tapi susu tak banyak pun. Sama je. Tipu la Shaklee ni". 

http://jazilahilyas.blogspot.com/
"Tak ada kesan pun makan milk booster ni, sama je". "Takde beza langsung".

Korang pernah tak jadi camni? Dah makan minum segala milk booster tapi bekalan susu dok tang tu jugak. Pernah? Ada pengalaman?

Ramai ibu bapa yang salah faham mengenai konsep vitamin dan suplemen yang berfungsi membanyak dan merangsang susu ibu. Apa yang salah? Ramai beranggapan apabila makan dan minum supplement dan vitamin, susu akan mencurah-curah keluar. Senang sangat anggapan ni. Jadi salah la ye? Pastu apa guna makan dan minum segala suplemen dan vitamin kalau supply susu untuk anak masih di tahap sama?

Dalam penyusuan terdapat satu rules iaitu Demand VS Supply atau Penawaran VS Permintaan. Haaa, dah macam rules dalam ekonomi kan? Tapi ya, inilah rules yang sangat penting dalam penyusuan susu ibu. Semakin banyak permintaan untuk susu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Caranya? Susukan anak sekerapnya, atau pam sekerap yang boleh. Sekiranya kita hanya pam sekali atau 2 kali sehari, susu yang terhasil adalah sebanyak 'permintaan' tersebut. 

http://jazilahilyas.blogspot.com/
Vitamin susu ibu Shaklee akan sangat membantu apabila kita aplilkasikan Demand VS Supply ni. Vitamin dan suplemen ini akan sangat banyak membantu. Contohnya Alfafa Complex akan membantu merangsang susu ibu, dan ESP sangat sangat membantu dalam memberi tenaga dan memekatkan susu ibu. Jangan beranggapan apabila kita bengkak susu petanda susu kita banyak. Ia mungkin betul tapi tak semestinya tepat. Dan bengkak susu ini sangat menyakitkan. 

Jadi sekiranya anda sangat mengamalkan rules yang satu ini, dan susu masih kurang kami cadangkan anda mencuba Set Lengkap Vitamin Susu Ibu Shaklee yang telah banyak membantu para ibu di luar sana. 

http://jazilahilyas.blogspot.com/


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Saturday, 12 April 2014

Gemuk Punca Kolestrol Tinggi

Lebih 6 juta rakyat Malaysia dikesan tinggi kolestrol. Ada yang beranggapan kolestrol tinggi hanya dialami oleh mereka yang berbadan besar. Anda SALAH! Lebih berat badan ada menyumbang ke arah kolestrol yang tinggi tetapi anda yang kurus juga berisiko untuk mendapat kolestrol yang tinggi.

kolestrol jahat
Kolestrol dalam badan boleh terhasil daripada 2 sumber. Sumber utama adalah daripada hati dan sumber kedua adalah daripada pemakanan dan diet harian kita. Kolestrol yang dihasilkan oleh hati sudah mencukupi untuk badan kita, tanpa perlu lebihan kolestrol daripada sumber lain. Soalannya, bolehkah kita makan makanan yang tiada kolestrol? MUSTAHIL.

 Harus diingat kolestrol terbahagi kepada 2. Kolestrol baik dan kolestrol jahat. Kolestrol baik dikenali sebagai High Density Hipoprotein (HDL) manakala kolestrol jahat dikenali sebagai Low Density Hipoprotein (LDL). HDL berfungsi menyerap dan membawa LDL ini keluar daripada badan kita, kerana LDL tidak diperlukan oleh badan kita.

kolestrol baik
Kolestrol ni ada fungsi ke? Ada kolestrol baik rupanya ya? Jadi kolestrol ni ada fungsinya untuk badan kita? Ya, ya dan ya. Badan memerlukan kolestrol untuk membina sel membran dan juga hormon. Kolestrol jahat yang berlebihan akan mengganggu hormon kita. Kolestrol juga berfungsi menghasilkan jus hempedu dan berfungsi dalam memetabolismakan mineral dan vitamin larut lemak A,D, E dan K.

Apakah paras kolestrol yang baik untuk badan kita? Sekiranya paras bacaan kolestrol di dalam badan kita adalah 5 dan ke bawah, tahniah! Anda berada dalam zon selamat. Sekiranya paras kolestrol adalah lebih daripada 5, anda perlu memikirkan pilihan untuk lebih mengawal pemakanan dan sekiranya di tahap kronik, doktor akan membekalkan ubat untuk mengawal kolestrol yang boleh mengakibatkan keradangan dan seksual seks menurun.

Lecithin dan Omega Guard Shaklee secara klinikal terbukti berkesan mengawal kadar kolestrol anda.

******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari