Wednesday, 9 April 2014

Berkesankah Set Vitamin Menyusu Shaklee?

Sejauh mana benarnya set vitamin cadangan untuk merangsang susu (milk booster set) Shaklee ini berkesan? Jujurnya saya sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanannya tapi penangan dua hari bengkak susu walaupun Aamily dah berusia 2 tahun memang memberi keyakinan yang jitu bahawa set vitamin cadangan ini berhasil membantu merangsang penghasilan susu.

Ceritanya pada pertengahan bulan Mac lepas saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Jom Hebat Mega anjuran team hebat kami. Oleh kerana saya pergi dengan bas, maka dengan berat hati saya tinggalkan si kecil ini dengan neneknya, buat pertama kali berjalan jauh tanpa dia. Saya tak tinggalkan susu kerana Aamily tak mau susu yang dipam, jika dipam akhirnya susu dibuang begitu je.

Tanpa sebarang bekalan bekas untuk perah susu, saya menaiki bas ke KL pada malam harinya. Suplemen dan vitamin yang sentiasa konsisten juga saya tinggalkan sehari ni. Alah, sehari je pun kan?

Pagi harinya tiba di stesen bas, saya dah mula terasa 'berat susu' tapi masih dapat bertahan. Masih tenang dan boleh bersiap ke JHM tanpa sebarang masalah. Masih cool and steady.

Setibanya waktu makan tengah hari, saya dah mula terasa susu semakin membengkak. Mula menyucuk hingga berpeluh tahan sakit. Akhirnya saya picit dengan tangan dan dibiarkan keluar begitu sahaja. Lega seketika rasanya walau denyutannya masih ada.

Selesai solat Zohor, rasa menyucuk makin kuat. Kosentrasi saya terganggu, sekali lagi saya ke tandas dan memicit susu yang ada. Allahurabbi, memancut susu tanpa henti. Hampir 20 minit di tandas akhirnya saya keluar. Kembali menyertai kawan-kawan di dewan untuk berJHM. Seingat saya, sepanjang petang tu hampir 3 kali saya ke tandas kerana bengkak susu yang makin teruk.

Malamnya, saya menaiki bas sekali lagi untuk pulang ke Kota Bharu. Kali ini dengan rasa yang tidak sabar-sabar mahu sampai dan dapatkan si kecil permata hati dan terus direct feeding dia. Nasib baik penumpang dalam bas boleh dibilang dengan jari dan saya selesa mengeluarkan susu yang ada ke dalam botol mineral yang telah dikosongkan. Hampir penuh 2 botol mineral kecil dengan susu. Saya lelapkan mata dengan linangan air mata kerana sakit bengkak susu ini menyucuk-nyucuk.

Sampai sahaja di rumah, saya terus kejutkan Aamily dan let her breastfeed directly. Kali ini baru rasa sedikit lega, alhamdulillah sakit menyucuk sedikit hilang. Sepanjang hari tersebut, Aamily menyusu tanpa henti (berhenti sekejap-sekejap untuk solat dan makan) barulah saya rasa keadaan kembali pada normal. Tidak dilupakan bantuan Lecithib yang membantu mengurangkan bengkak susu.

Tertanya vitamin mana yang saya gunakan sampai bengkak susu dengan hanya sehari si kecil tidak menyusu? Saya gunakan set optimum Set D sepanjang proses menyusukan si kecil ini. Alhamdulillah, si kecilku sudah berusia 2 tahun, dan bekalan susunya masih berterusan :)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari