Wednesday, 16 April 2014

Doa Tambah Susu Ibu

Semua ibu mahu yang terbaik untuk anak-anak. Jarang kita dengar ada ibu yang mahu yang buruk-buruk untuk anak mereka, kecuali mereka yang memang kurang ilmu dan perikemanusiaan.

Yang terbaik untuk anak-anak kita bermula daripada pemakanan daripada hari pertama mereka dilahirkan. Apa lagi yang lebih baik selain daripada susu ibu? Dalam susu ibu terdapat seribu satu khasiat yang memang tidak akan didapati daripada sumber lain.

Dalam susu ibu terdapat;
  • Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  • Mengurangkan risiko kepada alahan.
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  • Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
  • Menggalakkan tumbesar.
  • Penghadaman yang mudah.
Terdapat pelbagai cara yang ibu usahakan untuk membanyakkan susu. Disamping segala usaha kita, mintalah pada Dia Yang Satu moga dipermudahkan segala niat dan usaha kita untuk menyusukan anak permata hati kita.


doa banyakkan susu badan


Maksudnya ; Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".



******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas






Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari