Thursday, 24 April 2014

Keputihan Sebabkan Saya Bersalin Awal!

Tiba-tiba rasa melekit. Rasa cam laju je cecair keluar. Hah!! Apa yang jadi ni!! Cepat-cepat pergi tandas dan ya Allah!! Terduduk kat toilet bowl dengan cecair kuning melekit yang sangat banyak. Banyak yang sangat banyak. Cam leaking cecair kuning. Dah nak bersalin ke aku ni? Baru 25 minggu ni!!

group b streptococcus

Kejadian tu masa tengah sakan hadiri majlis penyampaian hadiah untuk staff-staf Standard Chartered Bank dan subsidiarinya yang cemerlang dan makan macam-macam. Maklumlah tengah pregnant kan, makanan nampak sedap je. Petang tu pula makan cendawan dengan agak banyak.

Keputihan keluar dengan sangat banyak sehingga berplastik-plastik tisu digunakan. Masa tu sangat takut dan cuak. Menangis sorang-sorang dalam tandas. Apa ni..apa ni.. Ya Allah takutnya. Lepas hampir 10 minit, dah nampak ok terus keluar tandas dan balik.

Sampai je kat rumah, terus cakap ngan husband ketidakselesaan dan ketakutan yang dirasai. Kami bergegas ke Hospital Putrajaya dan malam tu sampai tengah malam ditahan. Saya jadi sangat risau kerana semasa tempoh kandungan ini, saya telah dikesan menghidap kencing manis ketika hamil dan ada risiko bayi meninggal dalam perut dan bersalin awal.

Bertapa la kat hospital macam biasaa. Baring je kat katil dengan HO yang muka masam mencuka. Dahlah kita ni tengah gelabah, dilayan acuh tak acuh plak buat hati makin gelisah. Tengah malam tu baru sorang doktor masuk check dan katanya ada infection. Bagi antibiotik dan injection maka disuruh balik.

Cukup seminggu lepas kejadian tu, Isnin pagi 25 Jun 2010 saya rasa bayi dalam perut tak bergerak. Dari malam sampai ke pagi nak gi keje sama je. Cuak balik. Dah siap-siap nak pegi keje tapi tak sedap hati, pegi ke Hospital Putrajaya dan terus ditahan. Dipasang mesin check nadi semua dan dibiarkan baring berehat. Kandungan baru mencecah 26 minggu.


GBS
selepas hampir 2 bulan di NICU

Tengah malam, air ketuban pecah. Menangis dah masa tu. Baru 26 minggu.. Ya Allah. Dalam kerisauan dan ketakutan suami sentiasa ada di sebelah. Sepanjang malam yang menggusarkan, disuntik ubat matangkan paru-paru anak. Hampir 24 jam di sana, alhamdulillah 26 Jun 2010 pukul 8.37 pagi saya selamat melahirkan putera sulung dengan berat hanya 805g. Digegaskan ke NICU keranan keadaan bayi yang kritikal, 50-50. Allahurabbi, selamatkan anak kecilku.

Hanya keesokan harinya saya dibenarkan tengok si kecil saya. Dipegang kuat oleh suami, doktor terangkan condition anak ketika itu. Sangat luluh hati, dengan mesin, wayar berselirat di badannya. Allahurabbi Allah Allah. Berikan ihsanMu ya Allah. Doktor menerangkan antara punca kelahiran awal adalah akibat jangkitan kulat Group B Streptococcus. 


keputihan semasa mengandung


Para ibu, beringatlah sekiranya ada keputihan semasa mengandung. Ia mungkin selamat dan mungkin tidak. Dan ia mungkin simpton GBS dan mungkin tidak. Alhamdulillah hero saya membesar dengan kuat walau banyak yang dialaminya dalam tempoh ini. Jangan pandang mudah masalah keputihan ini. GBS juga boleh dialami oleh wanita yang tidak mengandung dengan tiada simpton. Hanya pemeriksaan di hospital akan menentukan kita ada GBS atau tidak.


keputihan busuk


Alfalfa Complex Shaklee sangat membantu dalam mengurang dan menghilangkan keputihan. Berikhtiarlah sebelum kita menyesal. Tetapi AWAS, Alfalfa Complex tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Anda boleh pilih untuk menggunakan Garlic Shaklee semasa dalam tempoh kehamilan untuk mencegah kulat, kuman dan yis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;
iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari