Wednesday, 2 April 2014

Sakit Gigi Semasa Hamil

Anda tengah mengandung? Sentiasa sakit gigi? Nak makan ubat serba tak kena, serba salah takut bagi kesan pada kandungan kan? Dilema kan? Kesian kat ibu mengandung kan? Pastu nak buat camana ni? Takkan nak redha je kan, jenuh la asyik sakit gigi je. Nak makan susah, nak buat apa pun tak boleh, akhirnya jadi la kita orang yang MOODY.

Jalan terakhir mesti ke klinik gigi jugak. Ada sesetengah doktor akan menolak untuk mencabut gigi ibu hamil, dan ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. Kita ni dah tak boleh nak tahan tapi doktor kata wanita hamil tak boleh dicabut giginya. Makin la rasa nak marah. Adehh. Tapi bila makin tak tahan sekali lagi pergi hospital dan jumpa doktor lain, terus dicabutnya gigi tu sebab dah lembik badan berhari-hari tanggung sakit tu. Akibatnya gigi geraham belah kanan ni terus takde.

Sekarang mari kita baca kenapa sewaktu hamil gigi sentiasa sakit. Perubahan hormon adalah satu keadaan yang tidak boleh dielakkan dan ia juga turut menyumbang ke arah gusi yang lemah dan kerosakan gigi. Sewaktu morning sickness yang mengakibatkan ramai ibu hamil muntah, jus gastrik yang bersifat asid masuk ke mulut dan menghakis permukaan gigi.

Ibu hamil sentiasa dinasihatkan supaya minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium yang sangat penting untuk tulang dan gigi. Tetapi ada juga yang alahan susu semasa mengandung. Akibatnya gigi sentisa sakit, kaki selalu krem dan kebas, sakit pinggang dan sendi.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Kalsium sangat penting untuk ibu hamil. Antara sumber kalsium selain susu adalah daripada keju, sayur hijau, kacang, soya dan banyak lagi. Tanya diri kita adakah kalsium badan kita mencukup sewaktu hamil. Alahan susu, alahan sayur hijau menyebabkan badan kekurangan kalsium yang bukan sahaja memberi kesan tidak elok untuk ibu malahan juga kepada bayi.

Shaklee menyediakan alternatif untuk mendapatkan kalsium --> OSTEMATRIX. Hanya RM61 untuk 120 biji, keperluan untuk sebulan kalsium. Mahal? Tulang, gigi dan badan anda jauh lebih mahal harganya.




**************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari