Tuesday, 8 July 2014

Kawal Kadar Gula Dalam Darah Semasa Hamil

Bacaan sebelum minum air gula adalah 4mmoI/L (berpuasa) dan selepas 2 jam meningkat ke 10mmoI/L! Sekali lagi saya disahkan GDM untuk kandungan kali ini. Semasa kandungan pertama dulu, saya juga disahkan GDM, tetapi bebas untuk kandungan kedua (gugur) dan yang ketiga. (Cerita lanjut di sini) Jadinya bila kandungan kali ke-4 ni lagi sekali disahkan GDM, saya sangat risau. Menakutkan.


Makan tak berselera, alahan sangat kuat, bau masak-masak langsung takleh nak hidu tapi kandungan gula tinggi kemain. Mana tak gusar kan?Sahlah sebab hormon, kena betul-betul kontrol kali ini.

Bila buat BSP keputusan pun tak berapa elok. Pertama kali buat BSP pada 24/6/2014 bacaan 4.7mmoI/L (elok), 7.0mmoI/L dan 8.8mmoI/L.Malamnya tak sempat buat kerana kecemasan di kampung suami. Pada 1/7/2014 sekali lagi BSP dilakukan dan kali ini ia dalam bulan puasa. Sahur pagi tu saya tak makan apa-apa, hanya seteguk air kosong dan bacaannya 3.8mmoI/L (8.00 pagi), 3.7mmoI/L (4.45 petang) dan 7.4mmoI/L (9.30 malam). Keputusan malam hari mendukacitakan dan jururawat bertanya apa yang saya makan untuk berbuka dan ianya nasi dan sedikit kuih.

Cuak, tambah apabila diingatkan ada kemungkinan kena cucuk insulin kalau bacaan terus tinggi begini. Inisiatifnya saya beli sendiri glucostix dan jarum. 2 kali saya buat pemeriksaan sendiri dengan bacaan yang berbeza-beza.


SAHUR DENGAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) & MIGHTY 3 GEMS


4/7/2014, saya hanya bersahur dengan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) yang memang sesuai untuk pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Ditambah dengan Meal Shakes dan 3 biji kurma serta bergelas-gelas air kosong. Juga vitamin 3 serangkai untuk ibu hamil iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Bacaan hari tersebut mengujakan saya. 4.8mmoI/L (8.00 pagi), 3.9mmoI/L (4.45 petang) dan 6.9mmoI/L (9.30 malam). Bacaan malam agak tinggi tetapi masih selamat. Saya berbuka puasa dengan nasi, sedikit lauk dan air kosong sahaja. Menurut kawan doktor saya, bacaan itu adalah borderline. Makanya saya perlu sangat kontrol pemakanan daripada nasi putih.


gula dalam darah semasa mengandung


Sebelum tidur saya ambil 4 biji Ostematrix yang mengandungi magnesium yang diperlukan oleh pengidap kencing manis dan sebiji Omega Guard untuk membakar lebihan lemak dan membekalkan EPA&DHA kepada fetus.

7/7/2014 sekali lagi saya bersahur dengan menu yang sama. Bacaan pagi dan petang juga masih dalam kadar selamat tetapi malamnya saya cuba berbuka dengan nasi dan sedikit kuih dan bacaan terus naik ke 7.4mmoI/L. Berdasarkan ujian sendiri, maka saya tahu apa yang perlu saya kawal selepas ini.

Bersahur sudah mencukupi dengan Mighty 3 Gems (set lengkap di sini) dan kurma serta air kosong supaya kadar gula terkawal. Juga bekalan vitamin penting untuk menambah tenaga dan fetus dalam kandungan. Mungkin boleh makan sedikit nasi (belum bereksperimen dengan tambahan nasi). Berbuka puasa pula cukup dengan sedikit nasi dan ESP. InsyaAllah perlu konsisten untuk mengawal kadar gula kali ini jika tidak mahu diinduce pada minggu ke38 dan dipaksa bersalin!

kencing manis semasa hamil


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari