Wednesday, 10 September 2014

Mealshakes Shaklee Tidak Diperlukan Oleh Anak Kecil!

Mealshakes Multivitamin Tidak Sesuai untuk Kanak-Kanak

Mealshakes Shaklee adalah multivitamin yang sangat popular untuk kanak-kanak. Tetapi majoriti pakar pemakanan mengatakan kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat dan IQ yang cerdas. Adakah selama ini kita telah memberikan sesuatu yang badan anak kita langsung tak perlukan?


VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK


Terlebih vitaminkah anak kita? Cuak la plak kan? Sekiranya anak anda telah mendapat karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang cukup dalam diet harian mereka, maka mereka tidak memerlukan sebarang vitamin tambahan lagi. Persoalannya sekarang, adakah kita telah memberikan segala keperluan vitamin ini kepada anak-anak kita dalam diet harian mereka?

Susu Ibu Lengkap dengan Segala Khasiat & Nutrien 

Sekiranya anak anda telah mendapat hak utamanya daripada susu ibu, maka mereka tidak memerlukan sebarang vitamin tambahan lagi. Ini kerana susu ibu adalah nutrisi paling lengkap untuk si kecil kita. Terlalu banyak kebaikan susu ibu yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Dari segi khasiatnya, nutriennya dan hubungan antara anak dan ibu, sangat istimewa.


breastmilk


Susu ibu telah lengkap dengan keperluan badan bayi. Ia berubah khasiatnya mengikut umur anak yang disusukan. Anak lebih kuat antibodi dan jarang sakit. Maka di situasi ini anak kecil kita memang tidak perlukan sebarang vitamin tambahan.

Mengapa Kanak-kanak Perlukan Mealshakes Shaklee?

Anak yang kerap demam dan sakit biasanya berpunca daripada antibodi yang lemah. Apabila antibodi lemah, badan kurang upaya untuk melawan bakteria dan virus di sekitarnya. Tambahan pula bagi anak-anak yang dihantar ke taska dan pusat penjagaan, dengan pelbagai latar belakang kehidupan yang ada mereka lebih senang berjangkit sekiranya ada salah seorang yang tidak sihat.


anak picky eater


Kanak-kanak pramatang juga biasanya mempunyai antibodi yang lebih lemah berbanding kanak-kanak yang dilahirkan  cukup bulan. Mereka sangat senang untuk jatuh sakit. Pengalaman saya sendiri mempunyai anak pramatang memang membuktikan mereka memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih khusus serta pemakanan yang perlu dipantau.

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Dr Zubaidi dalam blognya, vitamin yang disarankan kepada kanak-kanak adalah vitamin B12, zat besi (iron), zink, kalsium dan lemak omega 3. Kandungan ini ternyata memang terdapat di dalam Mealshakes Shaklee. What an ideal multivitamin right? Anak-anak yang lemah antibodinya, selalu tidak sihat, sembelit dan sebagainya adalah disarankan untuk mengambil vitamin tambahan ini.


    Promosi Mealshakes shaklee


Manfaat dan Kelebihan Mealshakes Shaklee

  • Mengandungi nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  • Membekal nutrisi kepada sel badan ~ ia kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
  • Anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan seri wajah
  • Kaya dengan serat larut yang membantu melawaskan sistem pencernaan. Sangat digalakkan untuk kanak-kanak yang kerap sembelit.
  • Membantu menambah selera anak yang picky eater


Bulan September Bulan Promosi Mealshakes!

Anda cukup bertuah! Buat julung-julung kalinya Shaklee Malaysia telah menawarkan promosi Beli 3 Percuma 1 untuk Mealshakes kegemaran kanak-kanak dan dewasa ini! Harga yang sangat berbaloi-baloi sama ada untuk keluarga anda atau anda boleh kongsi dengan kawan-kawan.

mealshakes promotion



******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Friday, 5 September 2014

Pengalaman Memasang Cerclage dan Kesan Bius Yang Menyakitkan

“Terserah pada awak sama ada hendak melakukan cervical cerclage sekali lagi atau tidak” 

Ini kata-kata doctor dari Klinik Pakar O&G Kota Bharu semasa kunjungan pertama saya ke sana. Ini kerana mengikut sejarah kandungan yang sebelum ini pun serviks saya telah diikat untuk mengelakkan sekali lagi kelahiran pramatang.

Sebenarnya bila doktor cakap camtu, hati terus jadi ragu-ragu. Kenapa pula terserah pada saya sendiri? Diagnosenya bagaimana? Tapi takpelah.. 

Keputusan dibuat dan saya bersetuju untuk melakukan cervical cerclage sekali lagi. Lagi pun apa pilihan yang saya ada? Sewaktu bertanya pada doctor berkenaan pun tiada jawapan yang diberi. Pasrah dan redha, 16 Julai 2014 saya dimasukkan ke wad untuk proses cerclage sewaktu usia kandungan mencecah 15 minggu.


Imej menunjukkan keadaan serviks yang terbuka dan gambaran setelah ia diikat

17 Julai 2014, seawal pagi saya berdebar-debar. Walaupun telah ada pengalaman kali pertama dahulu tetapi perasaan takut tetap ada. Saya ditolak ke bilik bedah diiringi suami, aboh, mama dan hero pramatang saya, Ahmad Akram. Mulut tidak berhenti zikir Nabi Nuh A.S. Sejuk kaki tangan saya.




Berada di atas katil untuk proses bius, doktor memberi sedikit penerangan bahawa bius separuh badan (epidural) akan diberikan pada saya. Pada masa itu sudah sedikit keliru dirasakan kerana consent form yang ditandatangani sehari sebelum adalah untuk bius seluruh badan. (Bius yang sama seperti melakukan cervical cerclage Aamily). Kata doktor bius separuh badan supaya tidak atau kurang kesan kepada bayi di dalam kandungan. Saya angguk pasrah.

Dalam keadaan membongkok, 2 kali saya disuntik di tulang belakang. Sakitnya hanya Allah yang tahu . Saya ketap bibir semasa disuntik. Demi seorang anak, demi satu nyawa lagi mama sanggup bertahan sayang. Setitik air mata jatuh menahan kesakitan dibius..

Sepanjang pembedahan kecil ini saya sedar sepenuhnya. Walaupun tidak dapat melihat secara jelas apa yang dilakukan saya tetap tidak boleh menutup mata. 10 minit seperti berjam-jam. Kaki langsung tidak dapat digerakkan kerana kesan bius. Selesai ‘diikat’ saya ditolak ke tepi untuk dimonitor sebelum ditolak ke wad.

Lebih kurang 10 minit kemudian saya sesak nafas. Dada terasa sesak. Air mata mengalir tanpa henti. Dengan pinggang ke bawah yang masih tidak boleh digerakkan, saya lemas! Para doktor berlari mendapatkan dan mengelilingi saya. BP turun mendadak! Mesin bantuan pernafasan dan oksigen diberikan. Berlingkar segala wayar dipasang di badan ketika itu. Pada masa itu saya hanya ingat mati..

Allahurabbi..

Tidak tahu berapa lama keadaan sesak nafas itu terjadi. Tetapi yang saya tahu 2 botol air dimasukkan ke badan dari saat selesai pembedahan sampai tekanan darah saya stabil. Alhamdulillah. Akhirnya saya ditolak ke wad untuk proses berehat. Tidak boleh bergerak (semestinya kerana kesan epidural) selama 6 jam, tiada bantal dibenarkan dan tiada makan minum sepanjang tempoh itu. Saya lelapkan mata sepanjang masa tersebut.

Tersedar lebih kurang pukul 5 petang, saya sedikit gelisah. Saya cuba lelapkan kembali mata. Pukul 6 lebih tersedar lagi dan kali ini air mata yang mengiringi kerana saya rasa sangat sakit di bahagian pinggang. Masih langsung tidak boleh bergerak. 

Bila diberitahu kepada jururawat katanya mungkin kesan bius sudah habis dan saya baru terasa sakit. Sepatutnya saya sudah boleh ke tandas dan bangun tetapi pinggang saya langsung tidak dapat bergerak! Saya cuba angkat kepala dan sakitnya menjalar sampai ke pinggang. Allah..Apa yang tidak kena ni?

Sepanjang malam saya kesakitan. Saya hanya makan sesudu dua nasi malam itu untuk mengalas perut. Air masih dimasukkan bersama tiub untuk kencing. Adakah saya sudah lumpuh separuh badan? Tidak pasti pukul berapa drip air saya dihentikan kerana saya kesakitan sepanjang malam.

Pagi esoknya saya masih tidak boleh bergerak. Sewaktu lawatan doktor pakar saya hanya mampu menangis. No movement at all! 

Saya masih ingat marahnya doktor pakar kerana kesakitan saya dipandang enteng sedangkan untuk mengangkat kepala pun saya tak mampu, apatah lagi untuk mengiring. 

Serta merta water drip dipasang kembali, bersama suntikan nubain untuk penahan sakit. Jururawat datang untuk suntikan tetapi terpaksa memanggil seorang lagi kawannya kerana saya bagai sudah lumpuh. 

Sedih dan rasa sangat tidak bermaya ketika itu. Hanya untuk mengiringkan badan untuk disuntik memerlukan 2 jururawat untuk membantu. Betapa ketika itu saya rasa hilang segala-galanya. 

Saya disuntik setiap 6 jam sekali selama 2 hari berturut-turut. Dengan 2 jururawat setiap kali suntikan. 

Tiub kencing dibuang pada hari kedua. Akibatnya saya menghadapi kesukaran yang bukan sedikit untuk membuang air kecil. Dengan bantuan suami dan menggunakan wheel chair saya ke tandas, menahan sakit yang bukan kepalang apabila suami terpaksa memangku semasa meletakkan saya di kerusi roda. Selepas ke tandas saya terus terbaring tidak boleh bergerak. Pinggang seperti hendak patah. 

Hari ke-3 selepas pembedahan saya masih tidak boleh bergerak. Doktor pakar O&G terpaksa memanggil pakar bius untuk memeriksa apa yang tidak kena. Kata pakar bius ini kes yang sangat jarang berlaku, sekiranya sakit saya berterusan mereka terpaksa memanggil Pakar Ortophedik (tulang). Apa daya saya ketika itu.. Tidak tahu apa yang tidak kena. Ubat ditambah oleh pakar bius. 

Dalam keadaan sakit, saya teringat dengan suplemen yang memang saya bawa daripada awal tetapi apabila kesakitan melampau saya terlupa segalanya. Saya telan B Complex untuk saraf dan Ostematrix untuk tulang

Alhamdulillah keadaan beransur pulih pada petangnya. Dan saya teruskan dengan Set Suplemen Ibu Hamil seperti biasa. Sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan ini.

Hari ke-4 kesakitan beransur kurang. Saya beranikan diri ke tandas dengan berjalan kaki. Tetapi rasanya seperti ada beban di pinggang. Balik dari tandas terpaksa berbaring tanpa sebarang gerakan. Kesan sakit masih bersisa walaupun sudah berkurangan. 

Hari ini sekali lagi pakar-pakar bius datang berjemaah, melihat saya sudah boleh tersenyum melegakan mereka, agaknya. Kata mereka, ini kesan bius yang jarang berlaku, ditakdirkan terkena pada saya. Apa boleh buat kan? Takdir Dia menentukan segalanya. 

Habis cerita sakit pinggang, perut pula asyik mengeras. Akibatnya saya masih tidak boleh pulang. Allah.. Janganlah anak kecil ini keluar lagi, itu doa saya. Bersabar sayang, masa awak belum sampai untuk melihat dunia. Contraction selang sejam.. Risaunya hati Allah sahaja yang tahu. Nubain disuntik lagi untuk mengelakkan kontraksi dan supaya saya rehat.

Malamnya sewaktu ke tandas saya terasa satu ketulan seperti mahu keluar. Hilang segala rasa nak membuang, kerana risau saya beritahu jururawat. Saya disuruh bedrest.

Tengah malam saya ke tandas lagi sekali dan akhirnya ketulan sebesar 2 jari keluar. Betul-betul kenyal dan berketul. Saya bawa ke jururawat, kecoh sekejap kerana masing-masing tidak pasti apa yang keluar. Ketulan diberi pada doktor, saya disuruh rehat dan disuntik lagi.

Esoknya doktor memaklumkan ia adalah ketulan darah beku. Sedikit cuak tapi saya kuatkan semangat. Ditahan lagi untuk dimonitor. Suntikan diberi secara berkala. Peha terasa kebas kesan suntikan yang banyak. Kadang ketika jururawat datang untuk suntikan saya menolak. Tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit yang satu ini.

Pagi ke-7, sewaktu lawatan doktor pakar saya minta izin untuk balik. Rasanya saya sudah sedikit okay dan hanya perlu berehat di rumah. Alhamdulillah dbenarkan pulang dengan bekalan pesanan itu dan ini. Sekiranya keluar darah, keluar lendir yang banyak atau sakit perut yang kerap saya dinasihatkan untuk terus ke hospital. 

Proses memasang cerclage itu tidak menyakitkan, tetapi kesan sampingan bius itu menakutkan.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931










































































































































































































































Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari