Tuesday, 28 October 2014

Tips Membeli Masa yang Pasti Berjaya

Kita sering mengeluh masa seolah-olah tidak cukup. Ya, masa akan sentiasa tidak cukup kerana itulah yang selalu kita rasa dan fikir. Kita selalu diingatkan oleh pakar-pakar motivasi bahawa apa yang kita fikir adalah apa yang kita dapat. Betul atau tak?


kata-kata motivasi


TIPS MEMBELI MASA


Bunyinya tak logik kan? Bagaimana mahu membeli masa? Rasanya ramai yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk membeli masa ini. Adakah kita perlukan duit untuk membeli masa? Berapa ratus yang diperlukan? Berapa ribu yang perlu dibelanjakan?


money


Tahukah anda ianya percuma Harganya adalah PERCUMA!. Percaya? Anda berhak untuk tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Tetapi ya, ia sememangnya percuma. Kita tak perlu belanjakan sesen pun untuk membeli masa. Bagaimana?

SOLAT DI AWAL WAKTU


Formulanya sangat mudah tetapi inilah yang diabaikan oleh kebanyakan daripada kita. Saya, anda dan mungkin jutaan umat Islam yang lain. Solatlah di awal waktu. Inilah cara membeli masa yang sangat-sangat efektif. Anda akan rasa perubahan yang sangat ketara apabila anda solat di awal waktu berbanding melambat-lambatkan pelaksanaanya.


BEZA MUSLIM DAN KAFIR



Tak percaya? Cubalah! Anda pasti teruja dengan hasilnya!! Cuba laksanakan solat di awal waktu sekali, pasti sangat terasa perubahannya. Dan anda akan sangat konsisten untuk melaksanakannya apabila anda dah rasa kesannya. :). InsyaAllah kita tidak akan terkejar-kejar lagi selepas ini.

JOM SOLAT AWAL WAKTU :)




*****************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Thursday, 23 October 2014

Tegangkan Kulit Wajah dengan Serbuk Kolagen Shaklee

Apa perasaan kita sekiranya kita dipanggil kakak oleh seseorang yang kita rasa jauh lebih tua daripada kita? Mula la masa tu rasa nak membelek kulit wajah, tengok kedut-kedut yang mana ada hinggakan mereka rasa kita lebih tua daripada mereka. Rendah diri kan?


serbuk kolagen shaklee


Semakin usia kita meningkat, badan kita mula mengurangkan penghasilan kolagen, yang mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit wajah yang semakin kendur. TETAPI AWAS!! Umur bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan kita.


tua vs muda


Faktor luaran yang sangat mempengaruhi kekurangan dan kerosakan kolagen adalah sinaran cahaya matahari, radikal bebas di udara, kekurangan air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Kita tentu sedar gadis-gadis di kampung biasanya nampak lebih anjal kulitnya berbanding mereka yang di bandar. Sebabnya? Kurang pencemaran dan radikal bebas.


shaklee collagen powder



SERBUK KOLAGEN SHAKLEE ADALAH YANG TERBAIK


Kolagen Shaklee adalah suplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (sisisk ikan merah) proprietari iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak daripada sisisk ikan merah. Wahhh!! Lepas ni boleh la beli ikan merah dan ambik sisiknya, blend dan jadikan kolagen. Tak gitu?

TIDAK BOLEH! Sisik ikan merah yang digunakan dalam pembuatan serbuk kolagen Shaklee diambil daripada ikan merah yang terdapat di lautan dalam, bukan semata-mata ikan merah di perairan kita. Ikan merah ini adalah ikan merah berkualiti tinggi yang tahan lasak, semestinya yang terbaik untuk para pengguna produk Shaklee.


shaklee collagen powder


Serbuk kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekul iaitu sekitar 1,000 dalton yang amat mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Kebanyakan kolagen di pasaran mempunyai berat sebesar 300,000 dalton yang menjadikannya sukar disera oleh badan. Tetapi jangan tertipu sekiranya ada yang mendakwa kolagen mereka lebih kecil saiznya, kurang daripada 1,000 dalton. Logiknya semakin kecil molekulnya, semakin senang ia diserap oleh badan. Kan? Tetapi tidak! Terlalu kecil saiz molekul kolagen akan menjadikannya tidak stabil, dan termusnah sebelum sempat ia diserap oleh badan. 1,000 dalton adalah berat paling stabil untuk kolagen. 


SERBUK KOLAGEN SHAKLEE MENGANJALKAN KULIT DALAM 8 MINGGU


Berdasarkan bukti klinikal, penggunaan serbuk kolagen Shaklee secara konsisten untuk 8 minggu akan menunjukkan perubahan ketara sebanyak 71%! Dengan 7 ramuan terbaik untuk anda, ia memberikan kesan yang menakjubkan untuk keseluruhan badan, bukan sekadar kulit wajah.


manfaat shaklee collagen powder


YANG TERBAIK ADALAH UNTUK ANDA YANG DIJADIKAN TERBAIK!


shaklee collagen powder



shaklee collagen powder



*****************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Wednesday, 22 October 2014

Anak-anak! Mama Rindu Kamu!

Baru 2 hari dua beradik ni takde kat rumah, mama dah macam ayam berak kapur. Tak dengar rengekan, tangisan, jerit pekik dan ketawa mengekek diorang memang buatkan hati rasa sangat sunyi.. rasa sangat kosong..


kerinduan mama
Ni gambar masa kat master celebration..huhu


Awalnya mama teringin juga untuk ikut serta ke Kajang bersama dua beradik ni. Tambah-tambah lagi masa nak masuk kereta pagi semalam Akram asyik pujuk-pujuk suruh ikut sama. Tetapi memandangkan hari ni 22 Oktober 2014 ada appointment untuk  check perut kat klinik desa, mama terpaksa kuatkan hati untuk lepaskan mereka je bersama tok boh dan tokma.



Kenangan di Cameron Highland


KLINIK DESA RUPA-RUPANYA TUTUP HARI NI!


Pagi tadi masa nak ke klinik husband dah cam pelik, katanya hari ni kan cuti umum. Kenapa ada appointment hari ni? Dalam ketidakpastian kami pergi jugak klinik tapi sampai je ke gate tu, klinik berkunci rapat! Adoila misi! Dah 2 kali camni tau. Dulu sekali bagi date untuk buat BSP, juga masa cuti. Kalendar diorang ni tak bertanda ke bila sekian-sekian date adalah cuti umum.


padlock


Termenung la kami laki bini kat dalam kereta. Jalan pun lengang je. Nak ke KL dan-dan tu macam tak berapa nak munasabah. Baby dalam perut ni pun dok main-main kejap mengeras kejap tak. Ada jugak mintak izin ngan husband nak ke KL dengan bas. Hehehehe.. Husband warning jangan ngada-ngada. Kang terberanak tengah jalan.. Hohohoho


APA YANG DIORANG TENGAH BUAT KAT SANA YE?


Tadi bila dah xde arah tujuan, kami singgah la breakfast kat kedai. Makan pun tak semangat. Huhuhu.. Call anak-anak kat Kajang, tak dilayan mana mamanya ni. Haihla anak. Bila dah boleh keluar jalan-jalan, mama papa ni pun dah tak ingat ye?


Penawar jantung hati papa


si hensem mama


Si cantik mama



Lepas sembahyang Zohor tadi, mama keluar bilik dengan muka cam blur. Papanya ketawa plak tengok mama bebudak ni camni. Tadi katanya nak berjalan pun xe semangat anak-anak takde kat rumah. Hadehla.. Termenung la mama kat sini. Apa yang bebudak 2 beradik ni tengah buat ye?


**********************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Seronok kalau badan sentiasa sihat, fit, cantik dan gorgeous kan? Haa..hidup kita sekarang ni memang perlukan vitamin dan suplemen untuk topup segala kekurangan khasiat yang tak cukup.


set penjagaan kulit shaklee
Set penjagaan kulit Nutriwhite yang bebas paraben dan bahan kimia


Suplemen, vitamin, produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut dan penapis air Shaklee adalah yang terbaik di pasaran! Oppps stop ya. Produk memang dah terbaik, maka untuk dapatkan hasil yang terbaik anda perlu mendapatkannya daripada pengedar yang terbaik juga tau..hihihi


pengedar shaklee kota bharu
Suplemen & vitamin untuk kesihatan lelaki


SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE KELANTAN dan berlokasi di Kota Bharu secara spesifiknya. Kawasan yang masih boleh dicapai dengan kenderaan 4 tayar saya adalah sekitar ;


  • Kota Bharu
    kota bharu yang aman
    Berhadapan dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu

  • Pengkalan Chepa
  • Kubang Kerian
pengedar shaklee kubang kerian


  • Kedai Lalat


Untuk lokasi selainnya penghantaran akan dilakukan melalui Pos Laju dan Gdex yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 1-3 hari bekerja.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi direct daripada branch, anda boleh ke lokasi branch kami di hadapan Billion Kota Bharu. Alamat lengkap seperti berikut:


Shaklee Kelantan
319, Section 25
Bandar Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
Telefon : 609-747 8688



 Tetapi anda tidak boleh membeli produk di branch tanpa ID ahli. Maka anda perlu menghubungi saya atau gunakan ID saya 1070931 untuk pembelian terus di branch ya :). Senang cerita terus hubungi saya dan kita boleh berjumpa di branch. Okay kan?


************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Suplemen Anti-Penuaan Terbaik!

Manusia umumnya sanggup membayar harga yang mahal untuk kekal muda, cantik dan sihat. Namun adalah mustahil untuk kita terus kekal muda kerana proses biologi tetap akan membuatkan kita tua. Tetapi, dengan penyelidikan canggih bertahun-tahun daripada saintis terkenal, terhasil satu produk yang MAMPU MELAMBATKAN PENUAAN. Bagaimana proses penuaan ini dilambatkan?


vivix suplemen anti penuaan
Penuaan berlaku sebelum masanya kerana gaya hidup yang tidak sihat

Secara asasnya, untuk membentuk badan yang lengkap ada beberapa komponen yang terlibat :

Sel à Tisu à Organ à Sistem à Badan yang lengkap

Cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit adalah daripada dasarnya. Tua bukan suatu penyakit tetapi satu proses semulajadi badan. Walau bagaimanapun konsepnya tetap sama. Sekiranya kita ingin melambatkan proses penuaan, ia perlu bermula daripada akarnya di mana untuk badan akar umbinya adalah SEL.


KENAPA RAMAI ORANG TUA SEBELUM WAKTUNYA?

vivix anti penuaan
Kulit wajah yang tua sebelum waktunya
Apabila kerosakan sel berlaku lebih awal, maka kita akan kelihatan tua jauh lebih awal daripada usia sebenar. Penuaan sel yang berlaku lebih awal kerana beberapa factor akan membuatkan kita tua sebelum waktunya. Berapa ramai antara kita yang baru berusia awal 30an sudah kelihatan seperti 40an? Menggusarkan, menyedihkan dan merisaukan.

Kerisauan bertambah untuk wanita yang sudah berkahwin, yang mempunyai suami yang nampak lebih muda daripada mereka sedangkan usianya adalah dalam lingkungan yang lebih kurang sama. Risau suami cari yang lain, risau sekiranya suami menjeling wanita lain dan sebagainya.


VIVIX SHAKLEE MELAMBATKAN PROSES PENUAAN PADA PERINGKAT SEL

Vivix adalah cecair berperisa anggur yang terbukti secara klinikal dapat melambatkan proses penuaan pada peringkat sel. Ia membantu melalui mekanisma berikut :
  • ·         Melindungi dan membaiki sel DNA. DNA membentuk jati diri badan kita.
  • ·         Memberi kesan positif pada pengawalan genetic
  • ·         Menggalakkan pembentukan baru  mitochondria yang berfungsi sebagai penjana tenaga
  • ·         Melambatkan pembentukan protein AGE (protein AGE terhasil apabila protein dalam sel-sel digabungkan dengan gula yang berlebihan dalam badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada tahap sel )
  • ·         Merangsang penuaan yang sihat
  • ·         Mencegah kanser, penyakit jantung dan mengurangkan komplikasi diabetes


Mengikut kajian, resveratrol merupakan agen anti-penuaan yang paling kuat daripada alam semulajadi. Vivix Shaklee mengandungi resveratrol dan 15 polifenol  yang menjadikannya 10X lebih efektif daripada resveratrol sahaja.

Berikut adalah 4 ramuan utama Vivix :
√ Polygonum Cuspidatum
-          Anti penuaan
-          Anti radang
-          Anti kanser

√ Anggur Muscadine
-          Mengandungi 20 kromosom berbading 19 kromosom daripada anggur biasa
-          Polifenol dan asid ellegik mempunyai cirri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bacteria
-          Bersaiz sebesar bola golf dan bersifat anti oksida yang lebih kukuh

√ Elderberi Eropah
-          Berkesan mengubati simpton flu, terutama influenza B
-          Mengandungi flavonoids yang berfungsi mengukuhkan system imun badan
-          Kaya dengan antosianin yang member kesan anti radang
-          Berkesan terhadap jangkitan yis, asthma, sakit dada, sesak nafas dan diabetes
-          Merendahkan tahap kolesterol dan member perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular (strok & penyakit jantung)

√ Lobak Ungu
-          Mempunyai antioksidan yang sangat tinggi
-          Bagus untuk diabetes, saluran darah, platlet dan mengurangkan risiko penyakit jantung



vivix anti kanser
4 ramuan utama Vivix



AWAS!! PELBAGAI PENYAKIT KRONIK SEPERTI KANSER, JANTUNG, DARAH TINGGI DAN DIABETES BERPUNCA DARIPADA GAYA HIDUP SERTA PEMAKANAN SEHARIAN KITA. Faktor keturunan hanya menyumbang 20% kepada penyakit-penyakit ini. Jangan salahkan keturunan kita. Kita yang patut merubahnya.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI! Hubungi saya untuk produk terbaik ini atau anda boleh klik link berikut untuk pembelian secara online.



vivix shaklee
Vivix  RM475


************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Tuesday, 21 October 2014

Pegang Anjing - Dibolehkan atau Tidak Dalam Islam?

Masyarakat Islam Malaysia tersentak apabila tanpa disangka-sangka satu NGO telah menganjurkan satu event " I want to touch a dog ". Pelbagai reaksi timbul semasa dan selepas acara tersebut. Alasan penaja untuk mengadakan event tersebut adalah untuk "membiasakan masyarakat terutama Muslim di Malaysia dengan anjing". Persoalannya ; untuk apa dan adakah Islam membenarkan penyentuhan haiwan ini? Adakah penganjur tahu dan sedar masyarakat Islam Malaysia majoritinya berpegang pada mazhab Syafi'e yang sangat tegas berhubung hukum memegang anjing?



hukum menyentuh haram
Anak kecil yang ketakutan semasa ibunya menyentuh anjing ` atau anak kecil ini teruja?

Saya kongsikan di sini pandangan daripada para ulama' dan ahli agama di Malaysia. Apabila timbul isu-isu seperti ini, jalan terbaik adalah kembali pada yang ahli - iaiatu mereka yang pakar dalam hukum hakam dan ahli agama.


Pandangan pertama saya petik daripada penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias. Diterangkan bahawa diharuskan untuk membela anjing untuk menjaga harta benda (rumah, kebun), berburu dan mengesan jenayah (anjing pengesan polis)





i want to toch a dog


Dalam Islam, selain daripada hukum-hakam yang digunakan dalam kehidupan, 'uruf juga diambil kira. Apakah 'ururf? 'Uruf adalah kebiasaan atau amalan masyarakat setempat. Selagi mana 'uruf tersebut tidak bercanggah dengan hukum Islam maka ia dibenarkan. Adakah 'uruf di Malaysia ini memegang anjing sesuka hati?


Pandangan kedua saya petik daripada Ustaz Azhar Idrus, yang telah menerangkan hukum membela anjing dengan jelas dalam satu ceramah di masjid. Penerangan ini telah dibuat sebelum adanya acara ini lagi. Membuktikan hukum ini memang sudah termaktub daripada awal, bukan timbul hanya kerana isu I want to touch a dog ini.





Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), mereka akan melakukan penyiasatan terperinci berkenaan acara ini. Seperti mana disebut oleh Ketu Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha acara sebegini tidak patut dianjurkan pada awal lagi, mengambil kira sensitiviti Muslim di negara kita


" Datuk Othman Mustapha said the programme should not have taken place and Jakim regretted the irresponsible attitude of the organisers who were not concerned with the sensitivities of Muslims in the country. " Sumber ~ http://www.themalaymailonline.com


Hukum memagang anjing tanpa darurat (suka-suka) ini juga telah diterangkan secara jelas oleh Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Agama Islam Malaysia.


"Menyentuh anjing atau babi tanpa keperluan yang mendesak adalah haram. Perbuatan ini dinamakan 'Al-Tadhammukh Bi Al-Najasah dan dinyatakan sebagai perbuatan yang dilarang jika dilakukan tanpa keperluan". Baca info lengkap daripada JAKIM mengenai Kedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya.


Penerangan yang sejelas-jelasnya telah diberikan oleh beberapa ulama' kita. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah, tapi jangan kita menjadikannya terlalu mudah dan mengambil mudah atas sesuatu isu. Daripada kita sibuk menganjurkan acara sebegini, jom kita anjurkan kempen #jompegangAl-Quran dan #jomkemasjid. Lagi banyak faedah dan fadhilatnya kan?





************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

Saturday, 18 October 2014

Kolesterol Penyebab Sakit Jantung


kolestrol penyebab sakit jantung
Arwah Hani Mohsin

Mendiang Jacky Ng Kiat Kee


Kenal tak dengan orang dalam gambar di atas? Seorang famous sebagai aktor manakala seorang lagi adalah ahli sukan bola keranjang negara kita. Mereka ada 2 persamaan. Meninggal dunia ketika usia masih muda - atas satu sebab yang sama, SAKIT JANTUNG. Masing-masing baru berusia 43 dan 25 tahun ketika meninggal dunia. Agak mengejutkan apabila seorang atlet meningggal kerana sakit jantung kan? Kalau difikir logik mendiang tentulah seorang yang fit sesuai dengan status atlet bola keranjang negara.

Antara punca utama silent killer ini ialah kerana kadar kolesterol yang tinggi. Kolesterol ini akan menyekat aliran darah yang sepatutnya bebas bergerak. Apabila kolestrol dan juga lemak berlebihan dalam badan, ia akan menghimpit salur darah sedikit demi sedikit hinggakan salur darah kita akan menjadi sempit. Maka pada ketika itulah seseorang boleh collapse walaupun secara fizikalnya nampak sihat.


TANDA-TANDA AWAL SAKIT JANTUNG


  • Keletihan atau cepat letih ~ naik tangga yang hanya 10-20 anak tangga pun dah tercungap-cungap
  • Rasa ketat di bahagian leher/tengkuk
  • Degupan jantung yang pantas atau tidak sekata semasa sedang rehat ~ contoh baring nak tidur tiba-tiba jantung berdegup laju tanpa sebab
  • Kuat berpeluh
  • Nafas pendek/ rasa tak cukup nafas
  • Kurang selesa pada bahagian dada


PHYTOCOL-ST SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT/BAKAL PESAKIT JANTUNG


Perlu diketahui bahawa usus kecil merupakan tempat penyerapan segala vitamin, makanan, kolesterol dan lemak di dalam badan kita. Oleh kerana itu kita perlu memastikan usus kecil kita adalah bersih dan bebas daripada kolesterol ini.

Phytocol-ST mengandungi fitosterol yang mempunyai rupa yang hampir sangat sama dengan kolesterol. Jadi apabila ia seolah-olah duplicate pada kolesterol, maka kolesterol susah untuk melepasinya dan terpaksa bergerak ke arah usus besar untuk dikumuhkan. Secara mudah, Phytocol-ST ini akan meghalang penyerapan kolesterol daripada awal lagi. Kalau Omega Guard berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Phytocol -ST menghalang kolesterol masuk ke dalam salur darah daripada awal lagi. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan?

fitosterol menghalang kolesterol menyerap dalam darah
Fitosterol yang terdapat di dalam Phytocol-ST

kolesterol penyebab sakit jantung
Kolesterol yang memasuki salur darah - mempunyai bentuk yang hampir sangat sama dengan Fitosterol


phytocol-ST menghalang penyerapan kolesterol
Fitesterol (berwarna hijau) dalam Phytocol-ST menghalang kolesterol daripada masuk ke salur darah


Selain daripada itu, Phytocol-ST juga membantu untuk menyeimbangkan tindak balas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria . Ia juga mengurangkan simpton alahan, keradangan serta penyakit-penyakit kritikal seperti Rheumatoid Arthritis (sakit sendi), Psoriasis & Allergies (penyakit kulit, Diabetes dan mengatasi masalah muka berminyak.


vitamin untuk mencegah rheumatoid arthritis
Penyakit Rheumatoid Arthritis


Lelaki lebih berisiko untuk menghadapi serangan jantung berbanding wanita! Wanita mempunyai hormon estrogen yang membantu mengurangkan risiko serangan ini tetapi apabila seseorang wanita telah menopous, risiko serangan jantung untuknya adalah sama seperti lelaki kerana hormon estrogennya telah menurun.

Jadi tunggu apa lagi? Anda asyik sesak nafas? Asyik kepenatan? Kemungkinan besar anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Cegah ia sebelum terlambat! Hubungi saya sebelum anda menyesal!


Kolesterol penyebab sakit jantung




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Bengkel Nutrisi Shaklee Yang Ohsemm

Jumaat lepas saya sekali lagi join Bengkel Nutrisi Shaklee yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Kota Bharu. Pada mulanya dah tak nak join sebab kononnya tahun lepas dah pernah join bengkel nutrisi ni, tapi menurut super duper upline saya, setipa bengkel adalah berbeza. Jadi dengan bayaran RM40, bertapa la saya di sana selama almost 7 jam.


holiday villa hotel


PENTING KE ASYIK PERGI KELAS NUTRISI SHAKLEE?


Seperti yang saya mention kat atas, bengkel nutrisi berkos RM40.00 ini meliputi bengkel selama 7 jam dan makan tengah hari. Mahal ke murah? Murah amat la kan? Eh, kelas nutrisi Shaklee ni berbayar eh? No no no. Kebanyakan kelas nutrisi Shaklee adalah PERCUMA. Cuma untuk bengkel nutrisi ni since ia ekslusif, maka sedikit kos perlu dikeluarkan untuk cover kos makan minum, itu sahaja :). Nak bandingkan ilmu yang dapat memang tak logik la dengan harganya tu. 

Okay, back to the topic. Penting ke asyik pergi kelas nutrisi? SANGAT PENTING!! Bagaimana mahu menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah kesihatan tanpa kenal produk? Bagaimana nak jadi seorang pengedar berilmu kalau kelas pun tak nak pergi? Abis, yang tak pernah bengkel nutrisi camana ya? hehehehe.. Jangan risau, masih banyak medium pembelajaran di Shaklee ni, nak ngan tak nak je.

Tengok kat sini seronoknya kawan-kawan pengedar Shaklee update tentang ilmu yang kami dapat di bengkel-bengkel nutrisi Shaklee. Macam-macam cerita uolsss. Kakak sorang ni cerita tentang 23 produk yang dicover pada hari tersebut. Ha..jangan tak tau. Bengkel yang saya join ni ada lebih sket coveragenya sebab ada suplemen baru yang Shaklee dah lancarkan ~ Phytocol-ST yang super duper ohsem untuk block kolestrol. Bak kata upline saya, sentiasa ada pelajaran baru yang kita boleh dapat daripada setiap bengkel, oh yeah!!


SIAPA SPEAKER BENGKEL NUTRISI SHAKLEE?



Pakar nutrisi Shaklee yang cantik berbaju purple tu :)


Speaker kami ialah kakak cantik, Pakar Nutrisi Puan Siti Sarah Che Haludin. Masuk kelas dengan pakar nutrisi sorang ni, memang cam masuk masuk kelas sains. Ngeee.. Dulu punya la tak minat subjek sains, sekali terjebak dengan Shaklee terbelajar juga segala menda ni. Rupanya banyak manfaat eh!



peserta bengkel nutrisi shaklee
Mak buyung masih gagah cari ilmu untuk pelanggan-pelanggan tersayang :P


Tengok gambar kat bawah tu, bentuk sperma normal ngan tak pun dicover dalam bengkel nutrisi ini. Apa pulak kaitan bentuk sperma ni dengan suplemen dan vitamin yang Shaklee offer? Ha..kerana kami menyediakan penyelesaian pada masalah yang ada, jadi kena tahu apa masalah-masalah dalam masyarakat kita ni.

Contoh yang sperma ni, kalau pasangan masih sukar hamil, antara salah satu sebab sperma suami yang kurang berkualiti, bentuk pun abnormal jadi cane nak jumpa ovum untuk disenyawakan? Camana cara nak mengurangkan keabnormalan sperma ni? Kenapa jadi abnormal? Haa..ini kerana kurangnya zinc dalam badan si suami yang sangat penting untuk meningkatkan ciri-ciri fizikal normal sperma lelaki. Maka, suami akan disarankan ambik Zinc Complex yang terbukti berkesan secara klinikal ni :)


Baca di sini : Mengapa Lelaki Tidak Subur



Bentuk sperma norml dan abnormal


Jadinya sangat la penting bagi kami para pengedar Shaklee ni terutama yang aktif berbisnes menyertai segala kelas yang dianjurkan oleh Shaklee. Untuk sape jugak kan? Mesti la untuk customer-customer istimewa kami. InsyaAllah kami akan cadangkan yang terbaik untuk anda, bukan semata-mata offer suplemen ikut suka je tau.

So, apa masalah kesihatan anda? Atau anda sekarang sihat segar bugar tapi nak beringat sebelum kena? Meh whatsapp saya borak-borak, insyaAllah ada vitamin yang perlu anda ambil walau anda rasa anda sihat :). Tak percaya? Mehla borak ngan saya :)



******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas


Share:

Thursday, 16 October 2014

Kesan CPAP - Perlu Atau Tidak Pembedahan Awal?

Saya dalam dilema lagi. Petang semalam mama berbicara pasal hidung Akram. Seorang guru di sekolahnya willing nak tolong dan dah bercakap dengan doktor pakar surgeri mengenai hidungnya. Kata doktor tersebut tak perlu tunggu sampai 17-18 tahun untuk betulkan hidungnya.


CPAP's effect
Akram sewaktu kecil ~ sangat ketara kelainan hidungnya


Kerosakan hidungnya bermula pada minggu awal penggunaan CPAP. Boleh dikatakan hidungnya terkoyak terus. Kami komplen, buat surat ke hospital sampai ke Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi nasib mentimun seperti kami hanya dipandang sebelah mata. For them the injury is nothing.

Baca kisah awalnya di sini ; Kecuaian Mereka Ditanggung Si Kecilku

Kes Akram ni memang dah dirujuk ke HKL, juga pernah dirujuk ke Hospital Serdang. Doktor surgeri sarankan pembedahan pada umur  17-18 tahun memandangkan ketika itu sudah sampai waktu pertumbuhan matangnya.

Apabila isu ini kembali disebut, saya gelisah. Siapa yang tak nak dia sempurna. Memang boleh untuk melakukan pembedahan awal membetulkan hidungnya tetapi kemungkinan hidung ini terpaksa dibaiki semula adalah amat tinggi!. Saya cuba untuk mengelakkan dia sakit berkali-kali tapi...



AKRAM TAK NAK KE SEKOLAH!


Isu ini kembali disebut suami saya. Pada awal tahun ini kami telah menghantar Akram ke taska berhampiran rumah. Dua minggu ke sekolah walau setiap pagi menangis - saya anggap ia biasa sebagai permulaan kerana apabila balik dari taska dia gembira je. Selepas dua minggu ditakdirkan dia demam dan terus tak nak ke taska. Kami tidak mahu memaksa kerana berpendapat dia masih kecil. Fine di situ.



kesan penggunaan CPAP
Moment happy bersama si adik


Setelah berbulan, ibu dan bapa saudaranya cuba korek-korek rahsia kenapa dia tak nak ke taska. Jawapannya memeranjatkan saya "ORANG MAIN HIDUNG ABANG!" Allahurabbi.. Langsung tidak terfikir mengenai isu ini. Saya cuba diam lagi sehingga saya sendiri bertanya padanya dan katanya "ORANG PEGANG MUKA ABANG!". Anak kecil ini rupanya telah mengalami perasaan low self esteem. 

Adakah patut saya marah kawan-kawannya di sekolah? Mereka hanya anak-anak kecil yang berusia dalam lingkungan 4-6 tahun, juga masih tidak mengerti apa-apa. Sungguh, sangat dalam dilema yang saya hadapi. Bukan alang-alang lukanya perasaan ini. Luaran saya nampak kuat, tapi setiap kali keluarga membangkitkan isu ini, saya serasa mahu mengamuk!

Papanya berkata keadaan ini akan menjadi salah satu sebab dia tak nak ke sekolah. Memang Akram sangat sensitif terutama apabila orang bertanya mengenai keadaan hidungnya. Dia akan tunduk dan diam. Dia hanya berumur 4 tahun, dan sudah mengerti perasaan malu. Sekiranya terjatuh atau ada sedikit luka di mukanya (akibat bermain dengan si adik) dia akan berlari cepat-cepat ke cermin dan melihat mukanya. Sungguh, hati ini sangat risau dan menangis tengok dia begitu.


KENAPA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LEPAS TANGAN?


Walaupun kecacatan hidungnya adalah kecacatan kekal, menurut KKM dan Hospital Putrajaya ia tidak memberi kesan pada pertumbuhan organ lain. Mungkin ada yang berkata saya patut bersyukur. Yes I am! Saya bersyukur dikurniakan anak yang hebat ini. Tetapi bersyukur bukan bererti kita hanya duduk diam dan berpeluk tubuh.

Mungkin saya patut gunakan analogi yang lebih jelas. Kereta kita dalam keadaan elok, dihantar ke bengkel untuk dibaiki kerana kerosakan di bahagian tertentu, tetapi hasil akhir yang kita dapat adalah berlainan daripada yang kita jangkakan. Bahagian yang patut dibaiki telah dibaiki tetapi bahagian lain pula yang telah rosak. Adakah kita hanya redha dan bersyukur? Berpeluk tubuh dan terima sahaja keadaan itu? Tentu tidak kan?


kecuaian pihak hospital
Patutkah si kecil ini menanggung kesalahan pihak lain?

PERLU ATAU TIDAK PEMBEDAHAN AWAL INI?


Buntu! Memang saya buntu. Antara perasaan si kecil ini dengan kesakitan yang mungkin terpaksa dihadapinya sekiranya kami bersetuju untuk melakukan pembedahan awal ini. Bagaimana sekiranya dia terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi apabila usianya mencecah 17-18 tahun kelak? Yang pasti, mengikut pakar surgeri memang hidungnya tidak akan elok seperti asal.

Apa yang perlu saya lakukan wahai para ibu? Apa yang perlu saya lakukan? Suami seolah bersetuju untuk melakukan pembedahan awal ini tetapi saya masih dalam dilema. Mama serahkan pada saya untuk membuat keputusan. Apakah yang perlu saya lakukan?



******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Wednesday, 15 October 2014

Tips Cepat Hamil - Ketahui Waktu Subur Anda

Ramai yang mengeluh sukar mendapatkan zuriat walau pelbagai cara telah dilakukan. Ada yang telah mendapat seorang anak tetapi menghadapi kesukaran untuk mengandung lagi buat kali kedua dan seterusnya. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

tips cepat hamil


Disamping pemakanan yang seimbang, setiap pasangan yang ingin mendapat zuriat harus mengetahui waktu subur si isteri. Ia antara faktor terpenting dalam usaha mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila wakt subur psangan anda. Pada ketika waktu subur, suhu badan wanita akan sedikit meningkat dan biasanya terdapat lendiran jernih akibat perubahan hormon pada hari-hari tersebut.

Salain suhu badan, antara yang terpenting adalah mengetahui kitaran haid dan bilangan hari datang bulan. Ramai antara kita kaum wanita kurang peka akan kitaran haid sendiri sehinggakan apabila ditanya tarikh hari pertama haid pun tidak pasti atau tidak ingat!

HARI PERTAMA HAID ADALAH SANGAT PENTING!


Kiraan ini valid bagi yang mengalami kitaran haid yang tetap dan normal. Apakah yang dikatakan kitaran haid yang tetap? Contoh kitaran haid yang tetap adalah anda datang haid pada tarikh yang tetap. Contohnya setiap 1@2 hb setiap bulan. Ataupun mengikut kitaran normal iaitu sekitar 28-35 hari.

Sekiranya waktu haid anda adalah pada 1hb yang mana kebiasaannya berakhir pada 7-8hb, secara dasarnya hari ke 14,15 dan 16 adalah hari-hari subur anda. Maka anda digalakkan bersama suami pada tarikh-tarikh ini. Hari subur dikira daripada hari pertama haid, bukan hari terakhir haid.

PENGIRAAN WAKTU SUBUR SECARA BERGAMBAR

Bagi yang masih keliru atau kurang faham, cuba baca perkongsian bergambar di sini. Rasanya ini memang sangat jelas dan senang difahami. Kredit pada http://viaemma.blogspot.com/


kitaran haid wanita


Posisi bersama pasangan juga sangat penting. Ini untuk memastikan sperma dan ovum bertemu dan tidak meleleh terbuang begitu sahaja. Selepas bersama suami, isteri disarankan untuk berbaring terlebih dahulu dalam beberapa ketika dan tidak terus bangun daripada posisi baring.

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan kesuburan pasangan seperti berat badan dan persekitaran. Pemilihan vitamin yang tepat dan betul juga sangat penting untuk membantu membetulkan hormon dan menambahbaik nutrien yang kurang dalam badan kita.

Baca di sini ; SUPLEMEN UNTUK KESUBURAN DAN KEHAMILA


suplemen betulkan kitaran haid


Yang paling penting, kerjasama antara pasangan sangat perlu dititik beratkan. Sekiranya anda perlu menjalani pemeriksaan, bawa pasangan bersama jalani pemeriksaan bersama. It takes 2 to tango, okay?



******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas




Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari