Wednesday, 8 October 2014

Amalan yang Dibawa Ketika Meninggal Dunia

Pagi ini terbaca satu post di Facebook berkenaan seorang anak kecil meningggal. Si ayah mengundurkan kereta tanpa menyedari anak berusia 2 tahun berada di belakang. Allahu Rabbi.. Si anak berbaju Melayu.. Luluh hati seorang ibu ini.. 2 tahun seusia Aamily.. :(

Maut..kematian tidak akan terlewat walau sedetik. Tidak akan terlewat walau sesaat. Asbabnya mungkin sangat melukakan hati kita, tapi takkan mampu kita halang bila saat kedatangannya telah tiba. Adakah kita telah bersedia? Cukupkah amalan kita untuk menghadapi alam kekal di sana? Menggigil rasa badan, takut. Sesungguhnya kita perlu sentiasa ingat akan kematian, supaya kita sentiasa berusaha mencukupkan amalan kita.




Harta yang dikumpul bertahun-tahun sudah tiada nilai apabila kita meninggal dunia. Apatah lagi jika hasil usaha kita itu bakal membuatkan kita diazab, nauzubillah.

Sabda Rasulullah S.A.W ~

"apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa anak yang soleh"

Marilah kita bersama-sama perbanyakkan sedekah dan sampaikan serta kongsikan ilmu bermanfaat yang kita ada. InsyaAllah ia adalah saham kita di sana kelak.






******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari