Wednesday, 22 October 2014

Anak-anak! Mama Rindu Kamu!

Baru 2 hari dua beradik ni takde kat rumah, mama dah macam ayam berak kapur. Tak dengar rengekan, tangisan, jerit pekik dan ketawa mengekek diorang memang buatkan hati rasa sangat sunyi.. rasa sangat kosong..


kerinduan mama
Ni gambar masa kat master celebration..huhu


Awalnya mama teringin juga untuk ikut serta ke Kajang bersama dua beradik ni. Tambah-tambah lagi masa nak masuk kereta pagi semalam Akram asyik pujuk-pujuk suruh ikut sama. Tetapi memandangkan hari ni 22 Oktober 2014 ada appointment untuk  check perut kat klinik desa, mama terpaksa kuatkan hati untuk lepaskan mereka je bersama tok boh dan tokma.



Kenangan di Cameron Highland


KLINIK DESA RUPA-RUPANYA TUTUP HARI NI!


Pagi tadi masa nak ke klinik husband dah cam pelik, katanya hari ni kan cuti umum. Kenapa ada appointment hari ni? Dalam ketidakpastian kami pergi jugak klinik tapi sampai je ke gate tu, klinik berkunci rapat! Adoila misi! Dah 2 kali camni tau. Dulu sekali bagi date untuk buat BSP, juga masa cuti. Kalendar diorang ni tak bertanda ke bila sekian-sekian date adalah cuti umum.


padlock


Termenung la kami laki bini kat dalam kereta. Jalan pun lengang je. Nak ke KL dan-dan tu macam tak berapa nak munasabah. Baby dalam perut ni pun dok main-main kejap mengeras kejap tak. Ada jugak mintak izin ngan husband nak ke KL dengan bas. Hehehehe.. Husband warning jangan ngada-ngada. Kang terberanak tengah jalan.. Hohohoho


APA YANG DIORANG TENGAH BUAT KAT SANA YE?


Tadi bila dah xde arah tujuan, kami singgah la breakfast kat kedai. Makan pun tak semangat. Huhuhu.. Call anak-anak kat Kajang, tak dilayan mana mamanya ni. Haihla anak. Bila dah boleh keluar jalan-jalan, mama papa ni pun dah tak ingat ye?


Penawar jantung hati papa


si hensem mama


Si cantik mama



Lepas sembahyang Zohor tadi, mama keluar bilik dengan muka cam blur. Papanya ketawa plak tengok mama bebudak ni camni. Tadi katanya nak berjalan pun xe semangat anak-anak takde kat rumah. Hadehla.. Termenung la mama kat sini. Apa yang bebudak 2 beradik ni tengah buat ye?


**********************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari