Monday, 6 October 2014

Ibadah Korban Hanya untuk Orang-orang Tua

Selamat Hari Raya Haji! Dah nak masuk hari ketiga tetapi rasanya masih belum terlambat nak mengucapkannya. Ibadah korban pun masih boleh dijalankan sehari lagi. :)




Bagaimana dengan kawan-kawan tahun ini? Ada melakukan ibadah korban? Atau diri sendiri yang "terkorban"? Heheheh.. Banyak maknanya kan?

Berat tak rasa tangan, hati dan poket dan hulur RM500-RM600 untuk ibadah korban? Bagi yang tak biasa menyertai ibadah korban. amaun ini sangat besar, dan rasa sangat banyak untuk dikeluarkan. Tambah-tambah lagi ianya untuk tujuan ibadat! Cuba bawa RM500 ini ke kedai, tak terasa habisnya, kan?

Ada yang berkata sekiranya kita masih ada hutang, sempurnakan dahulu hutang yang ada sebelum join ibadah korban ini. Anologi begini, pada saya seolah-olah kita tidak boleh mengerjakan yang sunat selagi tidak menyempurnakan yang wajib. Well, masing-masing ada pendapat. terserah pada pandangan masing-masing.




Adakah ibadah korban ini hanya perlu dilakukan oleh orang tua? Kebanyakannya memang begitu kan?Jarang kita nak tengok anak-anak muda dengan senang hati berkorban (kecuali yang memang ada kesedaran). Adakah kerana mentaliti kita atau kita rasa sangat mahal untuk berkorban ini? Tepuk dada, tanya iman :)

Ketika saya mula bekerja selepas menamatkan degree 5-6 tahun dahulu, antara perkara pertama yang diWAJIBKAN oleh mama ialah ibadah korban. Katanya kalau tak dipaksa, memang takkan buat yang mana kata-katanya sangat betul. Ikhlas itu juga perlu diajar dan dipaksa, lama-kelamaan kita akan terbiasa dan rasa kosong sekiranya tidak melakukan sesuatu ibadah itu.

Tahun ini saya sekeluarga juga tak join ibadah korban. Kami dah merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat. Dimasukkan ke wad dan sedikit masalah kesihatan merencatkan perancangan kami. InsyaAllah tahun hadapan sekiranya usia ini masih panjang kami akan turut serta dalam ibadah korban ini. Satu bahagian daripada saya, dan satu bahagian daripada suami. Anda pula bagaimana?

Jom mula menabung RM50 sebulan. Tahun depan boleh ambil satu bahagian korban ni :).  Selamat Hari Raya Eid Adha!!


******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari