Tuesday, 14 October 2014

Jangan Hamilkan Isteri Anda Wahai Suami!

Berapa ramai suami yang tahu keadaan kesihatan seorang isteri? Berapa ramai suami yang boleh explain pada pegawai perubatan status kesihatan isteri jika ditakdirkan isteri dirujuk ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri?


suami bertanggungjawab



Semasa saya dirujuk ke wad bersalin 2-3 minggu lepas, di sebelah katil saya adalah seorang bakal ibu yang tengah kerisauan. Setelah diperiksa oleh doktor, ibu ini perlu dibedah segera kerana bayi berada dalam keadaan songsang dan doktor dah rasa sebelah kaki bayi!

Waris dipanggil dan diberitahu ibu ini datang bersama kakaknya. Okay, situasi ini masih okay. Biasa je pesakit datang dengan ahli keluarga selain suami. Maka doktor membuat panggilan pada suami supaya datang menandatangani kebenaran untuk emergency ceaseran.

20-30 minit berselang si isteri kembali menelefon suami yang masih tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya si suami yang gagah perkasa masih berada di kedainya! Terjerit si isteri minta si suami meninggalkan seketika kedainya dan terus datang ke hospital. Saya yang berada di katil sebelah terkesima. Sampai beginikah tahap 'ambil tahu' seorang suami terhadap isteri yang bersabung nyawa mahu melahirkan zuriatnya??


hak isteri



Akhirnya si kakak datang memberitahu bahawa si suami (adik ipar) telah mewakilkannya untuk menandatangani borang kebenaran. Doktor memaklumkan tidak boleh menunggu lagi kerana si ibu sudah kesakitan dan asyik mahu meneran. Kesian..sangat kesian.

Saya yang di katil sebelah mengalirkan air mata. Terfikir untung nasib seorang wanita yang terpaksa bertarung nyawa tetapi diambil mudah oleh sang suami yang kononnya gagah perkasa.

PARA SUAMI! KALAU TIADA RASA TANGGUNGJAWAB, JANGAN HAMILKAN ISTERI ANDA!!




******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari