Tuesday, 21 October 2014

Pegang Anjing - Dibolehkan atau Tidak Dalam Islam?

Masyarakat Islam Malaysia tersentak apabila tanpa disangka-sangka satu NGO telah menganjurkan satu event " I want to touch a dog ". Pelbagai reaksi timbul semasa dan selepas acara tersebut. Alasan penaja untuk mengadakan event tersebut adalah untuk "membiasakan masyarakat terutama Muslim di Malaysia dengan anjing". Persoalannya ; untuk apa dan adakah Islam membenarkan penyentuhan haiwan ini? Adakah penganjur tahu dan sedar masyarakat Islam Malaysia majoritinya berpegang pada mazhab Syafi'e yang sangat tegas berhubung hukum memegang anjing?



hukum menyentuh haram
Anak kecil yang ketakutan semasa ibunya menyentuh anjing ` atau anak kecil ini teruja?

Saya kongsikan di sini pandangan daripada para ulama' dan ahli agama di Malaysia. Apabila timbul isu-isu seperti ini, jalan terbaik adalah kembali pada yang ahli - iaiatu mereka yang pakar dalam hukum hakam dan ahli agama.


Pandangan pertama saya petik daripada penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias. Diterangkan bahawa diharuskan untuk membela anjing untuk menjaga harta benda (rumah, kebun), berburu dan mengesan jenayah (anjing pengesan polis)





i want to toch a dog


Dalam Islam, selain daripada hukum-hakam yang digunakan dalam kehidupan, 'uruf juga diambil kira. Apakah 'ururf? 'Uruf adalah kebiasaan atau amalan masyarakat setempat. Selagi mana 'uruf tersebut tidak bercanggah dengan hukum Islam maka ia dibenarkan. Adakah 'uruf di Malaysia ini memegang anjing sesuka hati?


Pandangan kedua saya petik daripada Ustaz Azhar Idrus, yang telah menerangkan hukum membela anjing dengan jelas dalam satu ceramah di masjid. Penerangan ini telah dibuat sebelum adanya acara ini lagi. Membuktikan hukum ini memang sudah termaktub daripada awal, bukan timbul hanya kerana isu I want to touch a dog ini.





Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), mereka akan melakukan penyiasatan terperinci berkenaan acara ini. Seperti mana disebut oleh Ketu Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha acara sebegini tidak patut dianjurkan pada awal lagi, mengambil kira sensitiviti Muslim di negara kita


" Datuk Othman Mustapha said the programme should not have taken place and Jakim regretted the irresponsible attitude of the organisers who were not concerned with the sensitivities of Muslims in the country. " Sumber ~ http://www.themalaymailonline.com


Hukum memagang anjing tanpa darurat (suka-suka) ini juga telah diterangkan secara jelas oleh Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Agama Islam Malaysia.


"Menyentuh anjing atau babi tanpa keperluan yang mendesak adalah haram. Perbuatan ini dinamakan 'Al-Tadhammukh Bi Al-Najasah dan dinyatakan sebagai perbuatan yang dilarang jika dilakukan tanpa keperluan". Baca info lengkap daripada JAKIM mengenai Kedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya.


Penerangan yang sejelas-jelasnya telah diberikan oleh beberapa ulama' kita. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah, tapi jangan kita menjadikannya terlalu mudah dan mengambil mudah atas sesuatu isu. Daripada kita sibuk menganjurkan acara sebegini, jom kita anjurkan kempen #jompegangAl-Quran dan #jomkemasjid. Lagi banyak faedah dan fadhilatnya kan?





************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari