Friday, 3 October 2014

Sakit Bawah Perut Semasa Hamil - Normal atau Tidak?

“ Rasa tak sedap hati, kena pergi hospital jugak ni”. Setelah hampir seminggu sakit bawah perut (lower abdomen pain) akhirnya saya mengalah untuk ke hospital. Sedikit risau kerana sakit seperti masa mengandungkan Aamily dulu dah mula rasa balik. Dengan keadaan cervical cerclage ni memang kena beringat sedikit.



sakit bawah perut semasa hamil


APAKAH CERVICAL CERCLAGE?


Secara mudahnya cervical cerclage atau juga dikenali sebagai cervical stitch adalah 'ikatan yang dilakukan di pangkal serviks seorang wanita". Tujuan utama adalah untuk meminimakan kelahiran pramatang berdasarkan sejarah kelahiran terdahulu. Ia bukan dilakukan pada kandungan kali pertama. Kebiasaannya cervical cerclage ini dilakukan pada kandungan ke3 dan seterusnya.

Baca juga : Pengalaman Menakutkan Cervical Cerclage


ikatan pangkal rahim


BAHAYA ATAU TIDAK SAKIT BAWAH PERUT?


Sebenarnya tiada jawapan pasti untuk soalan ini. Jawapannya "puzzle". Ada sesetengah ibu berpendapat ia adalah sakit biasa kerana tekanan bayi yang tengah membesar. Kalau ikut pengalaman saya yang dulu, doktor tidak dapat memastikan dengan tepat kenapa sakit bawah perut ini terjadi. Ia mungkin disebabkan jangkitan kulat. Mungkin juga disebabkan faktor-faktor lain. Anatara faktor-faktor tersebut ada disebut di sini. Yang menggusarkan saya ialah kemungkinan untuk mendapat kelahiran pramatang lagi sekali. Saya cuba mengurangkan risiko kelahiran pramatang ini kerana pengalaman dahulu dah banyak mengajar.. 

Mengikut web baby yang terkenal http://www.babycenter.com.my, antara faktor lain yang menyumbang kepada sakit bawah perut yang kerap adalah jangkitan dalam air kencing. Kita biasa mendengar kencing kotor dan berapa ramai antara kita yang mengambil ringan tentang kencing kotor ini? Ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan kelahiran pramatang sekiranya tidak dirawat daripada awal!  

27/9/2014 saya ke Emergency Department, tapi diarahkan terus ke Dewan Bersalin kerana kandungan sudah mencecah 24 minggu. Nak tak nak terpaksa ke sana, walaupun sangat berat hati kerana biasanya kalau ke Dewan Bersalin ni memang kena tahan wad.

Checkup, ambil sample keputihan dan ultrasound. Doktor suspect ada jangkitan yang mungkin menyebabkan sakit bawah perut ni. Akhirnya confirm masuk wad. Redha dalam terpaksa. Terus terfikir Akram dan Aamily, tetapi perlu juga fikir anak kecil dalam perut sekarang. Dalam keadaan sehelai sepinggang masuk ke wad dan diarahkan rehat.

Bekalan pada masa itu adalah paracetamol. Dan jam-jam yang lain adalah bed rest. Kualiti bed rest sebenar hanya dapat dinikmati di hospital. Hehehe.. Pahit tapi terpaksa akui kan?  Hanya pada pukul 2 pagi saya dikejutkan daripada tidur untuk dimasukkan antibiotik ke dalam vagina.

3 hari 2 malam di hospital, kesakitan memang berkurangan kerana kualiti rehat yang dinikmati. Alhamdulillah. Akhirnya pada hari ketiga dibenarkan pulang ke rumah dengan diagnosis vaginal candidiasis.

APAKAH VAGINAL CANDIDIASIS?


Mengikut pengalaman saya, ia adalah cecair kekuningan yang keluar dari vagina. Berwarna seperti teh susu dan agak berbau atau boleh jadi sangat berbau busuk. Untuk saya, pada awalnya cecair kekuningan ini hanya keluar semasa membuang air kecil dan tiada pada masa-masa biasa. Tetapi kerana kekerapan adanya cecair kekuningan ini semasa membuang air kecil sedikit menggusarkan saya, tambahan pula ia mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Mengikut laman web ini, vaginal candidiasis boleh terjadi pada 3 dalam 4 wanita sama ada anda hamil atau tidak. 

Seminggu sebelum saya dimasukkan ke wad, saya telah mengadu pada doktor pakar dan telah diberikan antibiotik (dimakan 3 kali sehari selama seminggu) untuk mengurangkan dan menghilangkan cecair yang tidak menyenangkan ini tetapi ia tetap ada. Doktor agak risau kerana mengikut sejarah kelahiran pertama saya disahkan GBS positif dan ia telah menyebabkan kelahiran pramatang anak sulung saya. 


Semasa di alam wad, hanya satu dos antibiotik yang dimasukkan ke dalam vagina dan mengikut doktor ianya cukup kerana dos yang tinggi telah diberikan. Sepanjang malam selepas dimasukkan antibiotik ini saya diperhatikan kerana ada risiko untuk berlaku kontraksi awal akibat antibiotik ini.

Pada hari terakhir saya dibenarkan pulang, cairan kekuningan masih ada tetapi doktor memaklumkan supaya saya minum air yang banyak dan jaga pemakanan. Antibiotik yang terlebih juga tidak elok untuk bayi dalam kandungan.


GARLIC COMPLEX ANTIBIOTIK SEMULAJADI


Cecair keputihan ini masih ada sampai ke hari saya menaip entry ini. (walaupun keluarnya hanya dua tiga kali sehari). Saya buat keputusan untuk konsisten dengan Garlic Complex Shaklee, antibiotik semulajadi yang berkesan untuk menghalang kulat, kuman, virus dan yis candida ini. Penggunaan bawang putih sebagai antibiotik semulajadi juga disebut dalam laman web di atas tetapi siapa yang mampu telan bawang putih mentah-mentah? Nasib baik Shaklee ada pil bawang putih ini, senang dan efektif insyaAllah :)



******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari