Wednesday, 15 October 2014

Tips Cepat Hamil - Ketahui Waktu Subur Anda

Ramai yang mengeluh sukar mendapatkan zuriat walau pelbagai cara telah dilakukan. Ada yang telah mendapat seorang anak tetapi menghadapi kesukaran untuk mengandung lagi buat kali kedua dan seterusnya. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

tips cepat hamil


Disamping pemakanan yang seimbang, setiap pasangan yang ingin mendapat zuriat harus mengetahui waktu subur si isteri. Ia antara faktor terpenting dalam usaha mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila wakt subur psangan anda. Pada ketika waktu subur, suhu badan wanita akan sedikit meningkat dan biasanya terdapat lendiran jernih akibat perubahan hormon pada hari-hari tersebut.

Salain suhu badan, antara yang terpenting adalah mengetahui kitaran haid dan bilangan hari datang bulan. Ramai antara kita kaum wanita kurang peka akan kitaran haid sendiri sehinggakan apabila ditanya tarikh hari pertama haid pun tidak pasti atau tidak ingat!

HARI PERTAMA HAID ADALAH SANGAT PENTING!


Kiraan ini valid bagi yang mengalami kitaran haid yang tetap dan normal. Apakah yang dikatakan kitaran haid yang tetap? Contoh kitaran haid yang tetap adalah anda datang haid pada tarikh yang tetap. Contohnya setiap 1@2 hb setiap bulan. Ataupun mengikut kitaran normal iaitu sekitar 28-35 hari.

Sekiranya waktu haid anda adalah pada 1hb yang mana kebiasaannya berakhir pada 7-8hb, secara dasarnya hari ke 14,15 dan 16 adalah hari-hari subur anda. Maka anda digalakkan bersama suami pada tarikh-tarikh ini. Hari subur dikira daripada hari pertama haid, bukan hari terakhir haid.

PENGIRAAN WAKTU SUBUR SECARA BERGAMBAR

Bagi yang masih keliru atau kurang faham, cuba baca perkongsian bergambar di sini. Rasanya ini memang sangat jelas dan senang difahami. Kredit pada http://viaemma.blogspot.com/


kitaran haid wanita


Posisi bersama pasangan juga sangat penting. Ini untuk memastikan sperma dan ovum bertemu dan tidak meleleh terbuang begitu sahaja. Selepas bersama suami, isteri disarankan untuk berbaring terlebih dahulu dalam beberapa ketika dan tidak terus bangun daripada posisi baring.

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan kesuburan pasangan seperti berat badan dan persekitaran. Pemilihan vitamin yang tepat dan betul juga sangat penting untuk membantu membetulkan hormon dan menambahbaik nutrien yang kurang dalam badan kita.

Baca di sini ; SUPLEMEN UNTUK KESUBURAN DAN KEHAMILA


suplemen betulkan kitaran haid


Yang paling penting, kerjasama antara pasangan sangat perlu dititik beratkan. Sekiranya anda perlu menjalani pemeriksaan, bawa pasangan bersama jalani pemeriksaan bersama. It takes 2 to tango, okay?



******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas




Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari