Friday, 21 November 2014

Isteri Gemuk Punca Suami Curang

Heboh dan viral di internet seminggu dua ni apabila cerita MAH tersebar luas. Menurut kenalan saya yang bekerja di Sinar Harian, kisah ini memang betul-betul terjadi. Bukan sekadar cerita yang dibuat-buat untuk melariskan akhbar. Ada yang tak tau lagi cerita apa? Ceritanya tentang isteri gemuk punca suami curang. Terkejut? Tersentak? RASA TERHINA?


isteri selekeh punca suami curang
Suami curang dengan wanita lebih cantik


Dipetik daripada rencana Pengakuan Suami Curang, antara sebab si suami curang adalah kerana MAH si isteri tidak menjaga badan. Ramai wanita yang sangat marah bila baca pengakuan ini. Antara pengakuan suami kenapa dia curang :-


Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.



Suami curang dengan janda kerana iseri tidak menarik


Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.


Sadis kan bila kita baca? Si suami bandingkan isteri dengan perempuan simpanannya hingga ke bahagian paling sulit. Malu? Memang malu bila kita sebagai perempuan dan isteri seolah-olah direndahkan martabatnya sampai begini.

Kita berada di rumah. Jaga makan pakai suami, jaga rumah tangga, jaga anak-anak tanpa kita sedar kita abaikan keperluan badan kita sendiri. Cuba tilik balik hal ini, betul ke tak? Berapa ramai antara kita yang berubah penampilan bila jadi surirumah tangga? Berapa ramai yang berubah penampilan apabila dah ada anak?


isteri serabai
Dulu cantik, dah dapat anak geleber sana sini


Tak sungguh tak kata. Saya sendiri dulu pun camtu. Daripada seorang yang sangat mementingkan penampilan, perlahan-lahan berubah kurang pedulikan keperluan diri bila bertukar daripada wanita bekerjaya menjadi surirumah tangga.

Ini pula pengakuan seorang isteri yang curang kerana suami dok mengata dia gemuk. Gemuk juga puncanya. Jadi apa tindakan kita?


Kenapa Kita Kurang Pentingkan Penampilan Diri Sendiri?


Saya yakin, bukan sengaja para isteri terutama yang berada sepeneuhnya di rumah mengabaikan penampilan dan kecantikan diri, kan? Kita lebih fikirkan anak, lebih fikirkan rumah tangga. Cuba ingat-ingat kembali, apabila hujung bulan suami ajak membeli barang rumah, baju siapa yang kita capai dulu? Baju kita atau baju anak-anak? Amat pasti baju anak-anak yang kita dahulukan, kan kan?

Bukan tak nak melawa, tapi kita risau suami tak cukup duit. Kita risau permintaan kita lebih-lebih. Kita risau kita susahkan suami, tambah-tambah lagi bila kita tiada pendapatan sendiri. Betul? Betul?

Tapi MAH dalam pengakuan suami curang ni bertuah juga sebenarnya. Suaminya bagi duit, hingga dia mampu beli segala barang kemas, mampu beli perkakas rumah semua. Cumanya MAH sendiri yang tiada kesedaran untuk membeli yang sepatutnya. Alangkah malangnya :(


Badan makin naik lepas bersalin

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?



Adakah Ini WAKE UP CALL untuk Surirumah Tangga?





Terpulang pada diri kita sendiri sekarang. Ramai yang merendah-rendahkan keperluan penjagaan dalaman sebenarnya. Adakah kita perlu bermake-up setiap hari? Entahlah, tapi bagi saya kecantikan natural itu lebih terpancar. Sihat dalaman, insyaAllah serinya akan terpampang di luarannya.

Berapa ramai yang pucat lesi muka? Berapa ramai yang sentiasa kepenatan dan stress sehingga muka jadi kusam dan nampak lagi tua daripada usia? Berapa ramai yang kulit pecah-pecah? Berapa ramai badan dan mulut berbau?

Persoalannya, berapa banyak yang perlu dihabiskan kalau nak rawat atau nak ubah segala-galanya ni? Berapa ribu? Mana nak cekau duit banyak-banyak?

Tak perlu beribu-ribu puan-puan. Kita baiki yang asas-asas dulu. Nak? Yang paling utama untuk kita sihat, fit, cantik adalah DETOKS. Kenapa kena detoks? Kita nak nampak berseri-seri, kena makan kolagen la, kan?

Jangan terkejut ye para ibu. Untuk pengetahuan, usus adalah tempat penyerapan segala nutrisi yang diperlukan badan. Sekiranya usus kita terlalu banyak toksin, bagaimana tubuh nak menyerap segala nutrisi ini? So, DETOKS, DETOKS dan DETOKS.



Apa yang Terbaik Untuk Detoks?


Shaklee menyediakan pilihan suplemen untuk detoks. Yang paling terkenal adalah Herb Lax dan Alfalfa Complex. So nak pilih yang mana??






Secara umumnya Herb Lax adalah ejen detoks untuk membersihkan usus, manakala Alfalfa Complex adalah untuk detoks seluruh badan. Jadi nak ambil yang mana? Boleh ambil kedua-duanya, dan boleh juga ambil salah satu.

Baca; Beza Herb Lax dan Alfalfa Complex

Cukupkah dengan detoks je? Sebagai asasnya ia mencukupi. Bagi masa untuk tubuh detoks segala toksin yang tersimpan bertahun-tahun dalam tubuh kita. Lepas tu kita cerita vitamin dan suplemen lain, okay?

Harga pun sangat mampu milik kan? Sangat-sangat mampu milik hingga tak logik kita nak abaikan ejen detoks terbaik ini. Puan-puan gerenti terkejut dan kagum dengan kesannya, insyaAllah.




******************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas


COD sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, PCB dan kawasan berhampiran. Kos penghantaran berdasarkan lokasi.



Oh ya, ada tak para ibu yang nak ada pendapatan sendiri? Nak berniaga tanpa modal yang besar? Percaya tak dengan hanya RM75 anda dah boleh menjadi Pengedar Shaklee?


Perlu juga diingatkan sangat penting untuk memilih kumpulan sokongan yang betul jika ingin serius berniaga. Kenapa? Ini kerana kumpulan sokongan yang betul adalah salah satu faktor besar anda boleh gemilang dalam Shaklee.

Share:

Friday, 7 November 2014

Kenapa Susah Nak Hidupkan Lampu Kereta Ketika Hujan?

Musim tengkujuh dah mula jengukkan wajahnya kat pantai timur ni. Kami kat Kelantan ni memang dah hampir setiap hari hujan. Kalau tak petang, malam pula akan hujan. Kalau tak malam, pagi mesti hujan juga jap. Yang best masa hujan ni berselubung dalam selimut la. Hehehehe


musim hujan



MEMANDU KERETA KETIKA HUJAN

Petang semalam saya ke rumah upline Shaklee, drive dalam keadaan hujan memang kurang menyenangkan. Ditemani dua permata hati pula tu. Memang extra careful la kan. Sebab masa hujan ni kadang-kadang kita tak nampak kereta dari sisi, pandangan pun sedikit kabur sebab terhad. 

Satu yang paling saya tak gemar memandu dalam hujan ni apabila banyak pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Adulahai. Mungkin diorang fikir hari masih cerah, (walaupun gelap ketika hujan) jadi tak perlu la nak on lampu kereta tu. Lagipun 'aku boleh nampak kereta dia, takkan dia tak boleh nampak kereta aku". Memang perangai yang satu ni cukup buat saya geram. Hish. Sungguh la pemandu kita kurang kesedaran. Padahal masa nak ambil lesen dulu ada je cerita menda-menda asas ni kan?





Ada pula yang terlebih concern dengan memasang hazard light. Memang macam-macam perangai pemandu kat Malaysia ni kan? Kita pulak yang kadang konfius kot-kot dia ada kecemasan ke apa. Yang ni pun tak tau la sedar ke tak masa ambik lesen dulu. Hahahaha. Tak cerita lagi yang masuk keluar ikut suka dengan tak bagi signal. Phewww..


Tak perlu on hazard light masa hujan, cukup dengan lampu biasa je


KENAPA PERLU HIDUPKAN LAMPU KETIKA HUJAN?


Sedar tak sedar dalam keadaan hujan ni pandangan kita sangat terhad. Jadinya kalau lampu tu dihidupkan, pemandu depan belakang akan sekurang-kurangnya nampak cahaya. Kita selamat, dia pun selamat kan?

Jomla kita pakat jadi pemandu yang berhemah ye. Bukan kita sorang yang dok drive kereta atas jalan raya nu. Raaamaaai lagi pengguna jalan raya yang lain. Amalan memandu kita boleh mengurangkan kadar kemalangan. Kalau bukan kita yang berubah, siapa lagi? 


SILA NYALAKAN LAMPU KENDERAAN KETIKA HUJAN - UNTUK KESELAMATAN SEMUA  '__'









******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Thursday, 6 November 2014

Kempen Bebas Ubat dan Dadah

Selepas dibenarkan keluar dari wad, mama saya dibekalkan dengan seribu satu ubat. Belum apa-apa lagi doktor dah pesan awal-awal untuk pergi ke mana-mana klinik dalam masa dua minggu untuk cek buah pinggang ~ kesan pengambilan ubat-ubat yang dibekalkan itu. Phewww.. Belum apa-apa dah dijangka akan ada masalah buah pinggang akibat ubat-ubatan a.k,a dadah yang dibenarkan ini..


Banyaknya la hai ubat. Boleh effect buah pinggang ni

Doktor pun dah mention awal-awal pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada buah pinggang. Abis cane? Nak sembuhkan satu penyakit, penyakit lain pula yang datang. Ini dah jadi seperti konsep 'Gali lubang tutup lubang' untuk orang berhutang. Masalahnya takkan selesai sampai bila-bila.




SHAKLEE SEDIAKAN PENCEGAHAN DARIPADA AWAL


Tujuan kita mengambil suplemen dan vitamin supaya badan kita cukup nutrisi. Kebanyakan penyakit terjadi kerana kita kekurangan NUTRISI. Kekurangan nutrisi ini bukan bermaksud kita tak makan. Kita makan tapi tak lengkap. Contoh kita makan nasi lemak, apa kandungannya? Karbohidrat dah pasti, tapi mana vitaminnya? Vitamin C ada sket dalam timun tu, so memang tak cukup. Nak tak nak memang kena tampung mana yang lompong supaya kita cukup nutrisi.

Meh kita tengok testimoni daripada pengguna-pengguna Shaklee apabila mereka menggunakan vitamin dan suplemen secara konsisten.



OMEGA GUARD MENCEGAH DAN MENGURANGKAN SIMPTON ASTHMA/ LELAH










VITAMIN C PILIHAN UNTUK DEMAM DAN SELSEMA







Kita tidak pernah menafikan kepentingan ubat-ubatan yang ada. Malahan memang sesetengah penyakit kritikal sangat-sangat memerlukan ubat yang berfungsi menyembuhkan dan meredakan sakit dengan segera. Tetapi kalau kita boleh elakkan ubat, dan cegah penyakit lebih awal dengan pengambilan nutrisi yang lengkap, lebih baik kita pilih yang kedua kan?



******************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Wednesday, 5 November 2014

Group Shaklee Kami Memang Sangat Happening

Agak-agak la kan..kalo nak niaga then kena join group untuk coaching dan sebagainya group cemana yang korang nak cari eh? Yang strict je cerita pasal produk atau yang jenis gila-gila tapi sales sorang-sorang kebaboom? Hehehe.. Mesti nak yang santai, relax, ceria tapi duit masyuk je kan? Kan? Kan? 


Kumpulan yang ceria akan menceriakan kita


Haa..dalam Shaklee Malaysia ni, ada banyak kumpulan yang tumbuh. Yela, each of us ada empayar masing-masing. Cam saya ada empayar SuNShine saya yang masih tengah digilap dengan gigihnya. Group upline saya Stars, Super Upline group Cheese, super duper upline iReach, atas lagi Jutawan, super duper upline yang kebaboom Europhia dan kepalanya adalah Shaklee Malaysia. Panjang sungguh susur galurnya eh?




So, maknanya saya dan anak-anak downline saya boleh join semua aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kumpulan dalam susur galur kami ni. Memang biasanya aktivitinya santai tapi berilmiah, happening dan informatif dan yang paling penting boleh angkut anak suami isteri semua join program-program ni. Shaklee kan family business, so tak perlu tinggal-tinggal anak kalau nak join program kami hokay :)

Ini antara salah satu program yang dianjurkan oleh kumpulan Aku Sayang Bini (ASB), satu sub group dalam iReach. Meh kita tengok kemeriahan program ilmiah ini.





Best kan? Jeles sungguh kalo nengoknya. Hurrghh!! Tunggu si kecik dalam perut ni keluar dulu, dan kena cepat-cepat cukupkan entry blog ni untuk syarat kelayakan join program diorang. Yezza!! Gambate Jazilah!


******************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas



Share:

Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Sebelum Majlis Perkahwinan!

Bulan November 2014 sudah menjengukkan tirai. Bulan ini biasanya bulan persediaan kebanyakan pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mungkin Disember nanti? Dah setel persediaan adik-adik kakak-kakak abang-abang? Hantaran dah hampir selesai. Bagaimana dengan fizikal? Mesti nak tampil cantik berseri pada hari bahagia kan? Sekali seumur hidup kan?




Masih dok termenung sebab badan berisi? Kurus sangat pun tak cantik jugak kan? Tapi kita nak badan yang sihat, BMI yang stabil dan badan yang cergas dan fit. Camana nak kurangkan berat badan kalau selera makan tak pernah berkurang? Susah jugak kan? Tengok nasi rasa nak makan, tengok kuih rasa nak cuba, tengok kek eh sedap la plak. So cane ni?


Sedapnya la eh kek ni..sluurppp tapi....
 

Tah tahannya tengok puding ni..


Camana nak kurus camni?


 
Okay, okay.. Jangan risau sangat ye sayang-sayang. Ni ha ada suplemen yang insyaAllah dapat mengawal selera makan yang tak pernah putus-putus tu. Produk apa? Omega Guard Shaklee ni ha!! Boleh percaya ke suplemen ni boleh kawal selera makan? Tak cuba takkan percaya. Kalo dok tunggu dan tengok je pun takkan dapat hasilnya. So? Cepat le dapatkannya. Kata nak cantik di hari bahagia kan? Act fast, result pun cepat nanti..


omega guard shaklee membakar lemak
 
Bagaimana Omega Guard ni dapat control rasa lapar? Camni cantik-cantik semua. Dengan pengambilan Omega Guard yang konsisten, hormon Leptin akan diaktifkan. Ia akan hantar signal ke otak untuk maklumkan bahawa perut dah kenyang, xde lapar memanjang. So, kat situ dah selamat dah satu step. Kita still akan makan, tapi kita akan cepat kenyang. Bila otak dah dapat signal, badan akan ikut arahan kan? So automatically kita takkan makan banyak.

Selain itu juga Omega Guard sangat la bagus dalam pembakaran lemak-lemak dan kolestrol dalam badan. Jadinya selera dah terkawal , lemak pula akan dibakar secara efektif. Memang dua kali cepat la kadar penurunan berat badan kita. Seronok kan?


 

Ha..selera dah terkawal, lemak dah terbakar maka lengkapkan dengan Alfalfa Complex yang akan menjadi ejen pengangkut segala lemak ini untuk keluar. Alfalfa adalah ejen detoks terbaik selain daripada Herb Lax. Percaya tak percaya, dengan kombinasi dua produk terbaik ini anda akan dapati najis anda kemungkinan besar berminyak pada awal pengambilan. Toksin semua terflush keluar. Fuhh!!

Baca juga : Beza Alfalfa dan Herb Lax, Ejen Detoks Mana Yang Lebih Best?

Kalau badan kita dah lama berisi, kemungkinan untuk kulit menggeleber adalah sangat tinggi bila berat dah turun. Kan? Sape plak nak kulit menggeleber? Iya dok? Jangan risau ye. Shaklee sediakan Energizing Soy Product(ESP) yang sentiasa meletup untuk maintainkan otot-otot anda. Bonus lagi, ESP memberi kesan kenyang yang lebih lama. Haaa..lagi senang nak kurus kan?

Sekarang apa yang anda dapat? Berat makin turun, badan fit, kulit tak menggeleber!! Superb kan? So apa lagi? Takkan nak tunggu esok? Lusa? Minggu depan? Makin lambat anda bertindak, makin lambat anda dapat menurunkan berat badan. Ingat, sekali seumur hidup je kahwin tu.. Mesti nak tampil cantik bergaya kan? Kan?


 
Irma yang cantik.. Nak gak cam dia kan? :)
 

Harga camana? Okay, harga runcit untuk Omega Guard adalah RM136, Alfalfa Complex RM53.75 dan ESP RM150. Menjadikan set lengkap untuk kurus ini berharga RM339.75. Opppsss!! Bulan November ni adalah bulan promosi Omega Guard. Memang boleh dapat harga yang murah. So nak dapatkan harga yang murah, cepatla whatsapp saya ye. Lagi best sayang-sayang semua jadi ahli Shaklee. Lagi la super duper murah tau.



 
 
 
Tunggu apa lagi tu? Hubungi saya seperti nombor di bawah ye!!


******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

My Real Small Fighter ~ Extreme Premature Baby Ahmad Akram

“Papa, baby dari semalam tak gerak. Saya risau sangat. Jom pegi hospital”. Pagi Isnin itu, setelah bersiap hendak ke tempat kerja, dalam hati yang berbolak –balik saya ajak suami ke hospital kerana berasakan pergerakan anak di dalam kandungan seolah-olah sifar sepanjang malam.




Cuak, sangat cuak kerana sepanjang pemeriksaan bulanan, saya sering diingatkan risiko-risiko yang boleh terjadi pada anak dlam kandungan apabila dikesan ada GDM (kencing manis) pada kandungan kali ini. Antara risiko yang paling ketara ialah anak boleh meninggal di dalam kandungan.

Baca juga : Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

Jadinya pagi Isnin yang hala tujuannya patut ke ofis, dihalakan ke Hopsital Putrajaya. Saya ditahan di Dewan Bersalin dan diminta baring serta dijalankan pemeriksaan. Mesin untuk memeriksa jantung baby (CTG scan) dipasang di perut. Pengalaman pertama melahirkan anak, memang mendebarkan dan menakutkan.


ctg kesan jantung baby
Mesin CTG yag dipasang untuk memeriksa jantung bayi dalam kandungan


Sepanjang hari saya ditahan, seingatnya hari itu juga air ketuban saya pecah. Menambahkan takut dan risau hati. Air mata yang keluar memang tidak boleh disekat-sekat lagi. Terbayang seribu macam kemungkinan. Hanya suami yang dibenarkan keluar masuk ketika itu. Takut, cuak, bimbang semua bercampur baur.

Hari yang panjang terpaksa saya lalui di katil hospital. Tepat jam 8.37 pagi, 29 Jun 2010 lahir Ahmad Akram bin Aidi. Dengan hanya berat 805 gram, anak kecil sepanjang 29 cm yang baru mencecah 27 minggu ini (26 minggu 5 hari) segera dikejarkan ke NICU Hospital Putrajaya.  Doktor bertugas pada masa itu mengatakan anak kecil ini tiada harapan untuk hidup.


anak pramatang
Ahmad Akram bin Aidi - 10 hari


Saya hanya dibenarkan melihat anak kecil ini keesokan paginya. Dengan hati yang dicekalkan, terasa lembik kaki melihat kecilnya anak ini. Rasanya kalau tiada sokongan suami ketika itu, mungkin saya rebah di situ tetapi tanpa disangka, rupanya hati ini sangat kuat. Mengikut doctor, kelahiran awal ini disebabkan jangkitan kulat pada vagina iaitu Group B Streptococus.

Pertama kali melihatnya, seribu satu rasa dalam dada ini. Kecilnya dia.. Sangat-sangat kecil. Wayar-wayar penuh bersimpang-siur pada badan kecilnya. Kami tak dapat pegang, hanya dapat melihat di sebalik cermin kaca incubator. Tak tau berapa lebat air mata yang keluar ketika itu. Rasa ingin didakap sekemasnya.


anak pramatang
Ahmad Akram bin Aidi - 24 hari

HE IS A REAL FIGHTER


Mama perlu kuat demi anak ini! Itu yang ditanam dalam hati dan kepala apabila melihatnya. Saban hari tanpa gagal kami hadir ke NICU untuk melawatnya. Polisi hospital hanya membenarkan ibu bapa melawat anak pada waktu melawat sahaja. Jadi setiap kali waktu melawat, seawal-awal masa kami dah menunggu untuk masuk.
Banyak kali dia lupa bernafas. Sangat banyak kali hingga saya sangat takut. Ini adalah kebiasaan anak pramatang. Berapa banyak juga jangkitan yang terpaksa dia hadapi. Kalau lah boleh mama gantikan tempatmu sayang.. Sanggup mama gadaikan nyawa ini..


extreme premature baby
Ahmad Akram bin Aidi - 38 hari


Saat pertama dibenarkan pegang jarinya, masa seolah-olah terhenti. Dunia seolah-olah berhenti berpusing. Saat pertama kami dibenarkan angkat dan keluarkan dia dari incubator itu terasa sangat berharga. Allah, sungguh saya sayang anak ini! Allah, sungguh saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak ini!

CABARAN IBU YANG MEMPUNYAI ANAK PRAMATANG


Antara cabaran yang cukup genting untuk kami para ibubapa yang mempunyai anak pramatang adalah SUSU IBU. Memang kalau dikira hospital akan mewajibkan ibu untuk menyediakan sebanyak-banyak bekalan susu ibu. Pada bulan pertama dan kedua saya berjaya memenuhi keperluannya.

Memang jerih, dengan anak yang tiada untuk menghasilkan dorongan menghasilkan susu, saya kuatkan tekad untuk pam, pam dan pam sampai satu ketika berdarah-darah dibuatnya. Tetapi usaha tetap usaha, walau sakit walau getir bagaimana sekalipun.

Saya kira saya tidak bersendirian dalam kesusahan ini. Kalau melihatkan pengalaman ibu-ibu ini, memang rasa kerdil je diri. Alangkah malangnya saya kerana pada masa itu saya belum kenal Set Pantang dan Menyusu Shaklee :(



Namun seribu kesyukuran dipanjatkan pada Allah. Alhamdulillah, satu fasa demi satu fasa dilepasi Ahmad Akram dengan sangat cemerlang. Kini dia semakin membesar. Menjadi baby mama selamanya. Sangat lembut hatinya, cengeng, suka tersenyum, mudah menangis tapi dialah penguat hati mama.


bayi pramatang
Senyuman menceriakan mama


Selalu diusik papanya bahawa dia anak kesayangan mama. Tidur masih mahu dipeluk mama, segalanya mesti ada mama. Teringat saat membesarkannya, saya ke tandas pun dia tunggu depan pintu tandas tu. Kenangan demi kenangan yang tercipta sangat membahagiakan. Walaupun kadang-kala air mata ini masih mengalir apabila teringat cerita-cerita lalu, tetapi saya sangat bangga dengan semangatnya yang cukup kuat.








3 beranak di hari raya - rumah nenek Bukit Kuching

Kini kenakalannya menguji hati. Tetapi tiada dia sehari di rumah perasaannya serasa sangat kosong. Dialah nyawa, dialah racun. Mama sayang awak demi Allah selama-lamanya Ahmad Akram. Kerana awaklah cinta jantung hati mama!

Concern mama sekarang, selain daripada beri yang terbaik untuk awak, mama masih terfikir sama ada awak perlu dibedah lebih awal atau tidak. Moga rezeki mama murah-semurahnya, dan diberikan petunjuk sejelas-jelasnya.

Baca juga : Hidung Akram terkoyak kerana CPAP







******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari