Friday, 7 November 2014

Kenapa Susah Nak Hidupkan Lampu Kereta Ketika Hujan?

Musim tengkujuh dah mula jengukkan wajahnya kat pantai timur ni. Kami kat Kelantan ni memang dah hampir setiap hari hujan. Kalau tak petang, malam pula akan hujan. Kalau tak malam, pagi mesti hujan juga jap. Yang best masa hujan ni berselubung dalam selimut la. Hehehehe


musim hujan



MEMANDU KERETA KETIKA HUJAN

Petang semalam saya ke rumah upline Shaklee, drive dalam keadaan hujan memang kurang menyenangkan. Ditemani dua permata hati pula tu. Memang extra careful la kan. Sebab masa hujan ni kadang-kadang kita tak nampak kereta dari sisi, pandangan pun sedikit kabur sebab terhad. 

Satu yang paling saya tak gemar memandu dalam hujan ni apabila banyak pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Adulahai. Mungkin diorang fikir hari masih cerah, (walaupun gelap ketika hujan) jadi tak perlu la nak on lampu kereta tu. Lagipun 'aku boleh nampak kereta dia, takkan dia tak boleh nampak kereta aku". Memang perangai yang satu ni cukup buat saya geram. Hish. Sungguh la pemandu kita kurang kesedaran. Padahal masa nak ambil lesen dulu ada je cerita menda-menda asas ni kan?





Ada pula yang terlebih concern dengan memasang hazard light. Memang macam-macam perangai pemandu kat Malaysia ni kan? Kita pulak yang kadang konfius kot-kot dia ada kecemasan ke apa. Yang ni pun tak tau la sedar ke tak masa ambik lesen dulu. Hahahaha. Tak cerita lagi yang masuk keluar ikut suka dengan tak bagi signal. Phewww..


Tak perlu on hazard light masa hujan, cukup dengan lampu biasa je


KENAPA PERLU HIDUPKAN LAMPU KETIKA HUJAN?


Sedar tak sedar dalam keadaan hujan ni pandangan kita sangat terhad. Jadinya kalau lampu tu dihidupkan, pemandu depan belakang akan sekurang-kurangnya nampak cahaya. Kita selamat, dia pun selamat kan?

Jomla kita pakat jadi pemandu yang berhemah ye. Bukan kita sorang yang dok drive kereta atas jalan raya nu. Raaamaaai lagi pengguna jalan raya yang lain. Amalan memandu kita boleh mengurangkan kadar kemalangan. Kalau bukan kita yang berubah, siapa lagi? 


SILA NYALAKAN LAMPU KENDERAAN KETIKA HUJAN - UNTUK KESELAMATAN SEMUA  '__'









******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari