Wednesday, 5 November 2014

My Real Small Fighter ~ Extreme Premature Baby Ahmad Akram

“Papa, baby dari semalam tak gerak. Saya risau sangat. Jom pegi hospital”. Pagi Isnin itu, setelah bersiap hendak ke tempat kerja, dalam hati yang berbolak –balik saya ajak suami ke hospital kerana berasakan pergerakan anak di dalam kandungan seolah-olah sifar sepanjang malam.




Cuak, sangat cuak kerana sepanjang pemeriksaan bulanan, saya sering diingatkan risiko-risiko yang boleh terjadi pada anak dlam kandungan apabila dikesan ada GDM (kencing manis) pada kandungan kali ini. Antara risiko yang paling ketara ialah anak boleh meninggal di dalam kandungan.

Baca juga : Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

Jadinya pagi Isnin yang hala tujuannya patut ke ofis, dihalakan ke Hopsital Putrajaya. Saya ditahan di Dewan Bersalin dan diminta baring serta dijalankan pemeriksaan. Mesin untuk memeriksa jantung baby (CTG scan) dipasang di perut. Pengalaman pertama melahirkan anak, memang mendebarkan dan menakutkan.


ctg kesan jantung baby
Mesin CTG yag dipasang untuk memeriksa jantung bayi dalam kandungan


Sepanjang hari saya ditahan, seingatnya hari itu juga air ketuban saya pecah. Menambahkan takut dan risau hati. Air mata yang keluar memang tidak boleh disekat-sekat lagi. Terbayang seribu macam kemungkinan. Hanya suami yang dibenarkan keluar masuk ketika itu. Takut, cuak, bimbang semua bercampur baur.

Hari yang panjang terpaksa saya lalui di katil hospital. Tepat jam 8.37 pagi, 29 Jun 2010 lahir Ahmad Akram bin Aidi. Dengan hanya berat 805 gram, anak kecil sepanjang 29 cm yang baru mencecah 27 minggu ini (26 minggu 5 hari) segera dikejarkan ke NICU Hospital Putrajaya.  Doktor bertugas pada masa itu mengatakan anak kecil ini tiada harapan untuk hidup.


anak pramatang
Ahmad Akram bin Aidi - 10 hari


Saya hanya dibenarkan melihat anak kecil ini keesokan paginya. Dengan hati yang dicekalkan, terasa lembik kaki melihat kecilnya anak ini. Rasanya kalau tiada sokongan suami ketika itu, mungkin saya rebah di situ tetapi tanpa disangka, rupanya hati ini sangat kuat. Mengikut doctor, kelahiran awal ini disebabkan jangkitan kulat pada vagina iaitu Group B Streptococus.

Pertama kali melihatnya, seribu satu rasa dalam dada ini. Kecilnya dia.. Sangat-sangat kecil. Wayar-wayar penuh bersimpang-siur pada badan kecilnya. Kami tak dapat pegang, hanya dapat melihat di sebalik cermin kaca incubator. Tak tau berapa lebat air mata yang keluar ketika itu. Rasa ingin didakap sekemasnya.


anak pramatang
Ahmad Akram bin Aidi - 24 hari

HE IS A REAL FIGHTER


Mama perlu kuat demi anak ini! Itu yang ditanam dalam hati dan kepala apabila melihatnya. Saban hari tanpa gagal kami hadir ke NICU untuk melawatnya. Polisi hospital hanya membenarkan ibu bapa melawat anak pada waktu melawat sahaja. Jadi setiap kali waktu melawat, seawal-awal masa kami dah menunggu untuk masuk.
Banyak kali dia lupa bernafas. Sangat banyak kali hingga saya sangat takut. Ini adalah kebiasaan anak pramatang. Berapa banyak juga jangkitan yang terpaksa dia hadapi. Kalau lah boleh mama gantikan tempatmu sayang.. Sanggup mama gadaikan nyawa ini..


extreme premature baby
Ahmad Akram bin Aidi - 38 hari


Saat pertama dibenarkan pegang jarinya, masa seolah-olah terhenti. Dunia seolah-olah berhenti berpusing. Saat pertama kami dibenarkan angkat dan keluarkan dia dari incubator itu terasa sangat berharga. Allah, sungguh saya sayang anak ini! Allah, sungguh saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak ini!

CABARAN IBU YANG MEMPUNYAI ANAK PRAMATANG


Antara cabaran yang cukup genting untuk kami para ibubapa yang mempunyai anak pramatang adalah SUSU IBU. Memang kalau dikira hospital akan mewajibkan ibu untuk menyediakan sebanyak-banyak bekalan susu ibu. Pada bulan pertama dan kedua saya berjaya memenuhi keperluannya.

Memang jerih, dengan anak yang tiada untuk menghasilkan dorongan menghasilkan susu, saya kuatkan tekad untuk pam, pam dan pam sampai satu ketika berdarah-darah dibuatnya. Tetapi usaha tetap usaha, walau sakit walau getir bagaimana sekalipun.

Saya kira saya tidak bersendirian dalam kesusahan ini. Kalau melihatkan pengalaman ibu-ibu ini, memang rasa kerdil je diri. Alangkah malangnya saya kerana pada masa itu saya belum kenal Set Pantang dan Menyusu Shaklee :(



Namun seribu kesyukuran dipanjatkan pada Allah. Alhamdulillah, satu fasa demi satu fasa dilepasi Ahmad Akram dengan sangat cemerlang. Kini dia semakin membesar. Menjadi baby mama selamanya. Sangat lembut hatinya, cengeng, suka tersenyum, mudah menangis tapi dialah penguat hati mama.


bayi pramatang
Senyuman menceriakan mama


Selalu diusik papanya bahawa dia anak kesayangan mama. Tidur masih mahu dipeluk mama, segalanya mesti ada mama. Teringat saat membesarkannya, saya ke tandas pun dia tunggu depan pintu tandas tu. Kenangan demi kenangan yang tercipta sangat membahagiakan. Walaupun kadang-kala air mata ini masih mengalir apabila teringat cerita-cerita lalu, tetapi saya sangat bangga dengan semangatnya yang cukup kuat.








3 beranak di hari raya - rumah nenek Bukit Kuching

Kini kenakalannya menguji hati. Tetapi tiada dia sehari di rumah perasaannya serasa sangat kosong. Dialah nyawa, dialah racun. Mama sayang awak demi Allah selama-lamanya Ahmad Akram. Kerana awaklah cinta jantung hati mama!

Concern mama sekarang, selain daripada beri yang terbaik untuk awak, mama masih terfikir sama ada awak perlu dibedah lebih awal atau tidak. Moga rezeki mama murah-semurahnya, dan diberikan petunjuk sejelas-jelasnya.

Baca juga : Hidung Akram terkoyak kerana CPAP







******************************************************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari