Sunday, 21 December 2014

8 Sebab Berat Badan Bertambah Ketika Hamil

Ramai wanita yang ingin kekal langsing dan cantik walaupun ketika kehamilan. Ini adalah mustahil kerana wanita hamil WAJIB bertambah berat badannya sepanjang kehamilannya. Jadual di bawah menunjukkan komposisi berat yang bakal dialami oleh ibu hamil.


KOMPOSISI PERTAMBAHAN BERAT BADAN IBU HAMIL


berat badan meningkat ketika hamil
Pertambahan berat badan ibu sepanjang kehamilan
Sumber : Blog Dr Zubaidi


Saya pernah ditanya sama ada terdapat produk yang boleh menurunkan berat badan ketika hamil. Terkejut pula dapat soalan camni. Bila diselidiki, rupanya bakal ibu ini telah mengalami penambahan berat badan secara mendadak. Berat tak naik pun risau, terlebih naik pun risau la kan?

Persepsi makan untuk 2 orang menyebabkan ramai bakal-bakal ibu yang makan tanpa mengambil kira kesannya. Selain itu ramai juga yang berpendapat "Alah, masa mengandung ni la nak makan semua, lepas ni dah kena pantang". Betul kan? Kita pun kadang-kadang terbawa dengan emosi begini.

Jom tengok jadual berat badan sebelum dan semasa kehamilan. Pada pendapat saya sendiri, sangat sukar untuk mendapat berat yang agak ideal mengikut jadual ini kerana logiknya bakal ibu yang berbadan besar sebelum hamil akan naik lebih banyak berat badannya berbanding mereka yang kurus (secara peratusnya)




BAGAIMANA NAK KAWAL BERAT BADAN KETIKA HAMIL?


Boleh ke nak kawal kenaikan berat badan ketika hamil? Jawapannya BOLEH, sangat BOLEH. Ia bergantung pada pola pemakanan dan disiplin kita semasa hamil. Yang penting jangan terlalu ikut hati nak makan itu ini. Bak kata pepatah Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kan?

Sebenarnya berat badan senang bertambah apabila kita banyak makan dan minum benda-benda manis. Karbohidrat seperti nasi dan roti memang menyumbang ke arah kenaikan berat badan tetapi yang lebih BISA adalah makanan dan minuman manis. Jadi kurangkan jenis makanan begini, contohnya seperti kek, coklat dan minuman-minuman manis. Banyakkan minum air kosong supaya kita cepat rasa lebih kenyang.

Hingga 36 minggu kehamilan saya pada kali ini, berat yang naik hanyalah 8kg. Banyak kali juga beratnya statik tetapi alhamdulillah bayi dalam kandungan sihat-sihat sahaja. Apa yang saya makan? Berpantang? Tidak sama sekali. Apa yang saya nak, saya makan sahaja tetapi ia bukan dalam kuantiti yang banyak. Ia terkawal secara automatik. Bagaimana?

Saya mengamalkan Set Hamil Shaklee daripada awal kehamilan lagi. Dan alhamdulillah, ia sangat banyak membantu saya terutama daripada segi tenaga, pengawalan nafsu makan dan kenaikan berat badan. Sebagai contoh, saya hanya minum ESP sebagai sarapan. Ia mengenyangkan dan mengelakkan saya daripada makan secara berlebihan pada waktu pagi.

Sekiranya anda adalah ibu hamil yang mementingkan kesihatan dan risau akan pertambahan berat badan yang mendadak, saya sangat sarankan anda mencuba set lengkap ini. Anda akan rasa kelainan yang sangat ketara dengan kehamilan sebelum ini. Inilah yang saya alami. Kesihatan, tenaga dan kenaikan berat badan yang sangat berbeza untuk 3 kehamilan sebelum ini.




Anda berminat? Hubungi saya 011-1611 1619 untuk pembelian dan saya akan bimbing ibu-ibu cara makan yang betul untuk SET HAMIL ini. Anda pasti menyesal sekiranya berlengah-lengah lagi


JAZILAH ILYAS
011-1611 1619
SIDPro 1070931


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari