Monday, 8 December 2014

Gula Dalam Darah Naik Mendadak

Sebelum-sebelum ni dok buat BSP, gula dalam darah elok je bacaannya. Ada sekali tu masa musim Raya Haji tinggi sikit tapi tak sampai 7mmol/L. Sebabnya? Kurang minum air kosong.

Minggu lepas 2/12/2014 kena buat BSP. Pre lunch bacaannya dah cecah 6.8mmol/L, pre dinner OK cun turun ke 4 lebih. Malam plak sebab misi call suruh pegi awal dalam 8.30 (patutnya 9.30-9.45) dan saya baru makan nasi, sah-sahla naik meroket ke 8 lebih bacaannya. Akibatnya? Minggu ni repeat lagi. Adehhla

So pagi ni pegila klinik buat BSP+monthly checkup. Pagi OK lagi. 4.8mmol/L, balik rumah saya makan mee goreng dan milo ais. Pre lunch tadi dah cecah 8.8mmol/L.!!!

Hati dah start cuak. Rasanya gula naik mendadak sebab minum milo sis kot. Minggu lepas pun minum milo ais juga, tinggi gak bacaannya. Husband dah mula cakap kot kena masuk wad awal. Adoiillaaa

Tunggu petang dan malam ni punya BSP plak. Sementara tu dah bergelas-gelas air kosong saya minum. Memang effect sungguh la kalo ambik mudah dengan air kosong ni. Pastu vitamin pun ambik ikut suka kebelakangan ni. Heheheh.. Menambah masalah sungguh la


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari