Tuesday, 9 December 2014

Menunggu Hari untuk Membuka Cervical Cerclage

Diam tak diam kandungan kali ni dah nak masuk 36 minggu. Maknanya dah makin hampir nak remove cerclage ni. Cuak, risau, takut still ada walau dah ada pengalaman.

Cervical cerlage biasanya dibuka pada minggu ke 36 kandungan. Saya sekarang dah 35 minggu 4 hari. Walau dah pernah ada pengalaman sebelum ini, hati tetap cuak, tetap gusar. Setiap kelahiran ada risiko dan ceritanya tersendiri kan? Biarpun kita dah 7 8 kali beranak :P

Teringat pula masa mengandungkan Aamily dulu. Situasinya pun sama, cervical cerclage juga. Tetapi awal-awl lagi dah ditahan di wad kerana preterm contraction. Almost sebulan juga dok dalam wad sebelum bersalin. Kandungan kali ni baru 3 kali masuk wad. Baru? Heheeheh




Pertama kali masa nak pasang cerclage. Kali kedua masa rasa anak dalam kandungan kurang bergerak. Dan kali ketiga beberapa minggu lepas kerana preterm contraction. Dah almost nak dibuka cerclagenya bila contraction dah 2/10. Alhamdulillah selepas seminggu dengan injection by injection, contraction makin kurang.

So sekarang memang tahap bersedia jela. Sakit pun dah makin kerap cuma tak konsisten je. Moga-moga kali ni tak perlu diinduce cam masa nak bersalinkan Aamily dulu. Sakit!!! Dah la tak silapnya 2 kali induce. Induce plak yang paling sakit, masuk ubat ikut air. Kata doktor itu yang paling cepat tapi paling menyakitkan. Dan yes, memang menyakitkan!

Beg baby dah sedia dari minggu lepas, tapi baju tak beli banyak lagi since tak tau jantina. Heheheh..So pasni papanya kena la pegi shopping baju baby sorang-sorang. Wish me luck ya :)




Anda mungkin nak tau cerita ini;

1. Pengalaman Pada Minggu Cerclage Dipasang

2. Risiko-risko Semasa Dalam Tempoh Cervical Cerclage

3. Kenapa Kena Cervical Cerclage?


Nak kuatkan rahim semasa mengandung? Anda boleh cuba ESP yang telah banyak membantu saya dan para ibu di luar sana. Jom baca bagaimana ESP menguatkan rahim?. InsyaAllah ia akan banyak membantu anda :)


Nak order ESP? Set Hamil Shaklee? Set Pantang Shaklee? Hubungi saya seperti nombor di bawah ye. Walau tengah sedia nak masuk wad, order masuk saya terus proceed je sebab buat Shaklee ni mudah je :)



011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Ibu Hamil Cervical Cerclage yang Energetic :)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari