Saturday, 26 December 2015

Berat Badan Naik Mendadak Selepas Ambil Suntikan Perancang Keluarga

Berapa ramai ibu-ibu yang ambil suntikan perancang keluarga Depo-Provera bertambah berat badannya secara mendadak? Ada kan? Saya pun salah seorang yang mengalami kenaikan ini. Stress kan ibu-ibu? Kita nak rancang keluarga, tapi kesan sampingannya sangat mengganggu perasaan. Stress kan?




Menurut Dr Zubaidi, banyak kesan sampingan mengambil suntikan perancang ini. Antanya pertambahan berat badan dan perubahan selera makan, sama ada makin cepat lapar atau hilang selera.  


Saya sempat ambil suntikan depo ni selama 3 kali. Selepas beberapa ketika saya ambil keputusan untuk berhenti. Dah tak sanggup tengok badan makin naik dan naik dan naik >_< . Setelah berbincang dengan suami, kami ambil keputusan nak merancang sendiri. Huhuhu..

Risau dan tertekan tengok badan yang makin hilang bentuk. Saya jadi cepat penat, mudah mengah. Walaupun suami kata takpe atas alasan menyuusukan anak, diri sendiri tetap rasa tak okay. Tambahan sebelum ni badan kita fit, bila jadi makin berat kita pun makin tak selesa.

Jadi, lupakan Depo-provera dan rancang sendiri. Yang paling penting apabila kita bercadang nak merancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa perancang kehamilan, kitaran haid kita perlu stabil. Saya sendiri masih berikhtiar untuk betulkan kembali hormon badan dengan GLA Complex. Kena sabar dan konsisten untuk dapat hasil yang diingini.  

Paling penting, Set Kurus Shaklee sedang menjalankan tugasnya sekarang ^_^



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencari Peluang Untuk Menambah Pendapatan?

Mahu Meningkatkan Kualiti Kesihatan?

Mahu Mendapatkan Trip Percutian 5 6 7 Bintang Secara Percuma?

:
:
:


011-16111619 / 016-2111619
iR Jazilah Ilyas (1070931)
 
Share:

Atasi Masalah Ibu Cepat Lupa Lepas Bersalin

Selalu tak ibu-ibu lupa tempat letak barang-barang tertentu? Kadang-kadang kita masuk ke bilik nak ambil barang, tapi tercegat pula berdiri sebab tak ingat apa yang nak diambil. Pernah tak? Haaaa ^_^.. Ada kan?




Keadaan ini jadi makin kronik bila lepas lahirkan anak. Cepat sangat lupanya. Selalu orang cakap sebab masa bersalin banyak urat kita putus. Tau tak ibu-ibu statement ini sebenarnya ada betul secara saintifik?

Dalam badan kita ada kolina yang sangat penting dalam menghantar maklumat ke otak. MALANGNYA tahap kolina dalam badan kita akan menurun semasa proses kita melahirkan anak.

Ibu yang bersalin secara c-sec terutamanya sangat memerlukan kolina kerana mereka lebih banyak kehilangan kolina dalam badan. Begitu juga dengan mereka yang pernah mengambil suntikan penahan sakit epidural.

Jadinya nak tak nak memang kita sebagai ibu-ibu kena topup kolina dalam badan. Cara paling mudah nak dapatkan kolina ialah melalui LECITHIN shaklee.




Dalam setiap kapsulnya mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48g inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Antara fungsi penting lecithin ialah mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress. Ia juga menghalang alzheimer, insyaAllah.

Jadinya para ibu yang cantik menawan, cepat-cepat dapatkan lecithin untuk atasi masalah cepat lupa ni. Tak nak nanti anak pun kita lupa letak duduknya :)



011-1611 1619 / 016-211 1619
JAZILAH ILYAS
SHAKLEE ID : 1070931


 
Share:

Sunday, 5 July 2015

Bayi Yang Menyusu Susu Ibu Tidak Kenyang

Saya selalu berkerut dahi apabila baca  atau dengar ibu-ibu mengadu baby yang mereka susukan tidak kenyang dan sentiasa kelaparan. Ada juga yang mengadu baby asyik nak melekat menyusu je sampai tak boleh buat kerja lain terutama pada awal bulan kelahiran.


Benarkah kenyataan ini? Sebenarnya, ada betul aduan ibu-ibu ini. Baby yang menyusu susu ibu ada yang sentiasa kelaparan dan seolah-olah tak cukup susu. Nak tahu kenapa ini terjadi?






Pernah dengar tak orang-orang tua selalu berkata payudara sebelah kanan adalah nasi, yang kiri adalah air? Jadi kalau nak bagi baby kenyang, kena mula menyusu daripada sebelah kanan dan setrusnya kiri  ^_^.


Betul ke kata orang-orang tua ini? Haaa..kat sini kita perlu tambah ilmu. Ibu perlu tahu dalam susu ibu ini ada komponennya tersendiri. Konsepnya lebih kurang seperti nasi dan air, cuma kena perbetulkan sedikit je lagi.


Susu awalan yang terhasil daripada KEDUA-DUA payudara bersifat lebih cair kerana ia mengandungi lebih air. Ia dikenali sebagai foremilk. Baby akan hilang dahaga melalui foremilk.


2/3 susu selebihnya lebih pekat kerana ia mengandungi lemak, kalori dan nutrien. Fungsinya untuk menghilangkan kelaparan dan baby lebih kenyang apabila mendapat hindmilk ini.




Jadi bagaimana nak mengatasi baby yang kononnya asyik kelaparan ini? Senang je ibu-ibu. Susukan baby dengan lebih lama untuk sebelah-sebelah payudara supaya mereka mendapat kedua-dua foremilk dan hindmillk ini. Biasanya ia memerlukan 10-20 minit penyusuan untuk setiap belah payudara. Jangan terlalu cepat menukar payudara semasa baby tengah menyusu.


Semoga perkongsian ini memberi sejuta manfaat pada ibu-ibu. Sokonglah penyusuan susu ibu kerana ia adalah titisan emas yang tidak mungkin dapat digantikan dengan mana-mana susu sekalipun :)

Share:

Saturday, 4 July 2015

Cara Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram

Orang Melayu kita ni terkenal dengan kepelbagaian adatnya. Antara yang diamalkan adalah bersalaman ketika berjumpa ataupun ketika mahu berpisah. Sekiranya tidak bersalam kita mungkin dianggap biadab.


Namun adakah kita sedar adat ini akan menyalahi hukum agama apabila kita bersalaman dengan BUKAN MAHRAM? Siapa bukan mahram? Siapa pula mahram? Secara dasarnya mahram adalah orang yang kita tidak boleh berkahwin dengannya.


Senarai MAHRAM yang kita (wanita) dibolehkan bersalaman adalah seperti berikut;
  • Suami
  • Bapa termasuk datuk baik sebelah ibu atau ayah
  • Bapa mertua
  • Anak-anak suami (anak tiri)
  • Saudara (adik beradik) sama ada saudara kandung, saudara sebapa, saudara seibu dan seterusnya ke bawah seperti anak-anak dan cucu
  • Anak-anak saudara lelaki dan perempuan daripada adik, kakak atau abang
  • Bapa saudara daripada pihak bapa dan ibu
  • Mahram kerana penyusuan

Jadinya sangat nyata siapa yang kita boleh bersalam dan siapa yang tidak boleh. Kalau pada hari-hari biasa mungkin isu ini tidak jadi isu sangat, tapi apabila menjelang raya, isu mahram dan bukan mahram ini akan jadi besar dan susah.


Ha, meh tengok 20 cara stylo nak elakkan diri untuk bersalam dengan yang bukan mahram pada hari raya nanti 




Tak bersalam dikata tak jaga air muka, tiada adab. Bersalam pula berdosa. Jadi apa yang kita nak buat? Tepuk dada, tanya iman ^_^. Zassss




Share:

Thursday, 21 May 2015

Tips Mengawal Anak Mengamuk

Anak perempuan saya sangat suka mengamuk. Amukannya memang boleh buat mama tarik nafas panjang-panjang nak menngamuk sama. Dek kerana biasa dah tengok dia mengamuk, kami ada beberapa tips untuk mengawal anak kecil ini daripada terus mengamuk.

First and foremost biasanya saya akan pujuk je dia dulu. Tanya kenapa dia mengamuk dan apa yang dia mahukan. Kebiasaan amukannya sebab bergaduh dengan si abang. Dan abang dah awal-awal melarikan diri risau dipukul adiknya.

Tapi biasalakan, kalau dah tengah mengamuk tu takde sangat la dia nak response kat mamanya ni kan. Sama ada dia teruskan amukannya tu atau dia buat tak tau je. Berangin anak daraku ini. Hehehe




Kalau jalan pujukan tidak berjaya, biasanya saya akan bagitau suami supaya buat tak tau je tapi intai-intai la dengan ekor mata apa dia buat lepas tu. Biasanya bila di rasa orang tak layan dia, makin lama dia akan makin elok semula. Tapi ambil masa jugak la.Penat agaknaya tunjuk perasaan tapi orang buat tak tau je :P

Tips paling ekstrem ialah mandikan dia. Haa, ini kalau dah segalanya tak jalan, nak-nak pula mengamuknya waktu Maghrib memang kena la. Atuknya pernah mandikan dia dulu bila si kecil ni seperti hilang kawalan bila mengamuk. Reda la jugak nampak amukannya itu. Api lawannya air, kan?

Tapi la kan, ada jugak la masanya mamanya surender dan jadi monster balik. In fact banyak kali pun. Kena berlatih banyakkan sabar, sabar dan sabar. Hehehehe




So camana kawan-kawan di luar sana mengawal anak mengamuk? Harap-harapnya perkongsian saya ini boleh membantu bila anak asyik mengamuk atau tantrum.
Share:

Friday, 8 May 2015

Jadi Ahli Shaklee dan Dapatkan Multivitamin Terbaik Dunia Secara Percuma!!

Bulan Mei hingga Oktober 2015 banyak tawaran yang super duper menarik ditawarkan oleh Shaklee. Kalau tak ambil peluang ini memang sangat-sangat rugi. Yang lagi menarik, kebanyakan tawaran ini adalah untuk anda yang belum jadi ahli Shaklee!!


Tawaran pertama adalah pemberian multivitamin terbaik dunia iaitu Vitalea secara percuma. Vitalea ini dah 100 tahun dalam pasaran tau jadi memang takde keraguan tentang kualitinya.




Syarat nak dapat Vitalea yang berharga RM88.75 ini secara percuma adalah dengan menjadi ahli Shaklee dan beli sebarang vitamin. Automatik anda akan layak dapat sebotol Vitalea secara percuma!!


Saya sangat sarankan ibu-ibu yang merancang untuk hamil, yang tengah hamil dan ibu yang bakal melahirkan untuk dapatkan Vitalea percuma ini. Terutamanya ibu-ibu yang ada bajet tertentu tetapi mahukan vitamin asas untuk kebaikan ibu dan bayi. Kenapa perlu Vitalea? Ia adalah vitamin yang berasaskan zat besi yang sangat vital untuk ibu-ibu.


Anda cuma perlu daftar sebagai ahli Shaklee dan beli 2 vitamin asas iaitu B Complex dan Vitamin C. Vitalea pula boleh didapati secara percuma. Sangat berbaloi kan? Sangat jimat. Sangat bermanfaat.


Penjimatan yang bakal anda perolehi memang banyak. Sekiranya anda membeli 3 vitamin asas ini tanpa menjadi ahli Shaklee, ini harga yang anda perlu bayar.

Vitalea         RM88.75
B Complex  RM53.75
Vitamin C    RM92.50
Pos             RM10.60
Total :        RM245.60


Tetapi sekiranya anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membeli 2 vitamin asas ini beserta Vitalea percuma maka anda jimat hampir 20-30%.


Daftar ahli     RM69.00
B Complex   RM4*.**
Vitamin C     RM7*.**
Vitalea          PERCUMA
Pos              RM10.60
Total :         RM20*.**


Banyakkan penjimatannya? Yang bestnya lagi, bila-bila masa je anda boleh berbisnes dengan kami sekiranya anda berminat. Kalau untuk makan sendiri pun dah sangat jimat kan? Keahlian Shaklee ini untuk seumur hidup tanpa perlu diperbaharui. Rugi rugi rugi kalau tak ambil peluang ini!!


Anda boleh hubungi saya untuk pembelian dan pertanyaan tentang produk-produk shaklee. Hotline saya seperti di bawah ya




011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Share:

Thursday, 30 April 2015

Resdung Makin Teruk Selepas Makan Ayam

Saya perasan sejak bersalinkan Aesha kali ni, banyak perubahan yang berlaku. Rasanya inilah perubahan hormon. Maklumlah semasa proses bersalin tu kan banyak urat-urat yang putus sana sini.

Antara perubahan yang agak ketara ialah tentang resdung. Dah bertahun saya hidapi resdung ni. Dan penyebab utama resdung saya adalah HABUK dan DEBU. Saya tiada alahan terhadap makanan. Kebiasaannya resdung sering dikaitkan dengan makanan laut. Alhamdulillah saya bebas nak makan apa sahaja.

Tapi tapi tapinya, kebelakangan ini saya perasan lepas makan ayam banyak kali saya alami ketidakselesaan hidung. Cukup mengganggu sebenarnya. Amat ketara ayam yang dijual di pasaran sekarang banyak dicucuk ubat hormon untuk cepatkan proses tumbesarannya.

Mengikut penerangan doktor pakar kulit satu masa dulu, ayam sebenarnya jauh lebih BISA daripada seafood. Sebab tu apabila seseorang menghadapi masalah kulit yang serius, dermatologist biasanya menyarankan supaya mengurangkan pengambilan ayam, bukan seafood.

Alhamdulillah saya sentiasa konsisten dengan Alfalfa Complex dan Vitamin C. Jadi takdelah serangan resdung ni buatkan saya terus demam cam dolu-dolu. Tapi hidung memang rasa perit dan suara jadi sengau la. ^_^
Share:

Friday, 24 April 2015

Detox Hati Perokok Tegar Yang Asyik Batuk

Suami saya sangat kerap batuk. Batuk yang sampai mengganggu kami semua sampai tidur malam pun boleh tersedar akibat kuatnya batuk dia. 

Guess what? Dia memang PEROKOK TEGAR. Dah penat kot bebel suruh berhenti rokok, tapi perokok tegar ni biasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri je segala nasihat kita ni ha.. Betul tak para isteri? Kalau suami anda juga perokok tegar seperti suami saya ni, rasanya hari-hari rokok ni boleh jadi bahan gaduh kan? :(




Tapi, sebagai isteri ni marah camana pun kita pastilah tak nak suami kita sakit kan? Kasihan pula tengok dia batuk tanpa henti (walau dalam hati geramnya Allah je yang tau). The best supplement untuk berhenti rokok ni sebenarnya adalah Vivix. Tapi saya fikir nak detox dulu hatinya, yang rasanya dah semakin tenat tu. 

Nasib baiklah suami saya ni jenis tak menolak je apa-apa vitamin yang diberi padanya. Tapi dengan syarat memang kita kena ambil, sediakan air dan bagi kat tangannya barulah dia makan. Alhamdulillah hingga semalam dah masuk hari keempat saya bagi dia 3 biji DTX Complex setiap malam sebelum tidur. 




KESAN SAMPINGAN DALAM 4 HARI


Ini bukan overclaim tau. Tapi memang pengalaman yang mengujakan. Alhamdulillah batuknya dah tak 'sekeras' sebelum ini. Dengkur pun dah makin kurang. Dan yang paling saya gembira, nafasnya dah sangat kurang berbau. Biasanya perokok ni bau nafas diorang memang semacam je la kan?

Dengan kesan yang positif camni, wajiblah saya teruskan rutin "menyuapkan" vitamin untuk bantu bersihkan hatinya tu. Kalau tengok imej hati perokok ni memang menakutkan. Yang paling teruk, bukan hati mereka je camtu, kita yang perokok pasif ni pun boleh dapat kesan buruk tu :(




Besar sangat harapan saya suami akan kembali sihat, kurang batuk dan terus berhenti merokok. Kawan-kawan doakan sama ye. InsyaAllah moga dipermudahkannya. Tapi nak dapat kesan terbaik ni kena konsisten bagi dia makan DTX Complex ni. Sekurang-kurangnya 90 hari :).

Haa kalau anda yang baca ni lelaki, dan sayang hati dan KELUARGA anda, mehla detox hati tu okay? Tambah-tambah yang perokok tegar cam suami saya ini. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan okay


011-1611 1619 | JAZILAH ILYAS
Shaklee ID : 1070931

Share:

Thursday, 23 April 2015

Yahoo Messanger Masih Digunakan Lagi Ke?

Pagi ini tiba-tiba rasa nak buka yahoo mail. Dah lama sangat akaun yang satu ni terbiar. Bila buka tengok banyak juga info yang sangat-sangat berguna. Yang lama tak semestinya lapuk kan?




Masa dok menggodek-godek email tu, teringat Yahoo Messanger. Eh, orang guna lagi tak YM ni? Dolu-dolu famous je YM ni. Hehehe.

Tengok inbox yahoo mail ni ada 35000 ++ email tak berbaca. Adeh..Nak delete semua sekaligus rasa tak best pula. Jadinya skrol la laju-laju sambil perhati mana-mana email yang penting.

Sorting sorting sorting :)
Share:

Wednesday, 22 April 2015

Anak Demam Hingga Tak Mau Makan Minum

Suhu badannya dah mencecah 39°C. Panas betul badan Aamily kali ini. Surender kami dibuatnya. Terus ambil ubat demam untuk dimasukkan ke bontotnya. Menangis lagi puteri sulung ini.. Sepanjang malam tidur mama tak lena. Kejap-kejap bangun pegang dahinya. Kejap-kejap check suhunya. Kejap-kejap betulkan kain atas kepalanya.




Anak demam dan tak sihat! Keadaan yang pasti buatkan ibu bapa gelisah. Bagi saya yang sepenuh masa berada di rumah dengan ank-anak, takdelah sakit kepala fikir nak apply cuti atau apa. Risau hanya pada anak semata-mata, tidak pada perkara lain.

Semalam masuk hari kedua puteri saya ni demam. Siangnya tak tinggi sangat suhu tapi bila malam, terus panas badannya. The worst part dia tak boleh tidur. Kesian sungguh.


masa tengah rajin menulis


Amalan saya apabila anak demam, saya akan pastikan mereka tidak berbaju atau berpakaian seminima mungkin. Biasanya dengan pampers sahaja. Kepala sentiasa basah dan berjelum. Kool fever letak kat belakang badan diorang sebab kalau letak kat kepala dibuang dek bebudak ni nanti

Seboleh mungkin juga saya akan elakkan untuk bagi ubat a.k.a dadah kat anak-anak. Kerana itu saya konsisten bagi mereka vitamin setiap hari. Sekurang-kurangnya demam 5-6 bulan sekali jauh lebih baik daripada demam tiap-tiap bulan kan?

3 vitamin ini antara suplemen yang saya bagi untuk anak-anak. Yang tiada dalam gambar adalah Chewable Vita-C Plus. Ini anatara vitamin untuk anak-anak dan orang dewasa juga.  




Meal Shakes adalah antara suplemen yang diambil dengan sangat konsisten. Setiap pagi apabila buat susu mereka, saya akan masukkan sesudu kecil Meal Shakes ini sekali. Anak-anak pun sangat sukakan Meal Shakes ini kerana rasanya yang sedap dan lazat




Moga puteri sulung saya cepat recover daripada demamnya. InsyaAllah dipermudahkanNya. Yang penting tawakal dan  ikhtiar.

Sekiranya ibu-ibu juga ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak, boleh hubungi saya untuk kita bincang-bincang dan borak. InsyaAllah consultation terbaik daripada saya.





011-1611 1619 | JAZILAH ILYAS
Shaklee ID : 1070931
Facebook :  https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Monday, 20 April 2015

Bebas Demam dan Selsema Sepanjang Hamil dan Menyusukan Anak

Pejam celik pejam celik kami dah lepas 100 hari. Bebas merdeka secara total la kononnya ni. He he he.. Walaupun secara dasarnya lepas 44 hari tu dah bebas pun :P

Si kecil ini sangat jarang  meragam. Ada tak ada menangisnya hanya sebab nak susu dan nak dipeluk. Alhamdulillah sangat mudah menjaganya.




Progress si kecil Adleena Aesha ni pun nampaknya on track. dah meniarap, dah mengesot. Dan dah sangat pandai bila tengok mama pakai tudung dia pun mula la bising takut kena tinggal :)




Alhamdulillah dari hari lahirnya sampai tahap ini, permata hati ini tak pernah demam. Syukur sangat-sangat. 3 kali injection pun nampak gaya bertahan dengan jayanya. Antara amalan saya ialah konsisten dengan Vitamin C Shaklee yang terbukti berkesan untuk meningkatkan imun badan ibu dan anak yang disusukan juga.






Tak mau la makan ubat-ubat sepanjang tempoh menyusukan ini. Sebolehnya saya cuba elak sebab nanti baby pun akan dapat jugak side effect ubat tu melalui susu ibu. Jadi, beringat sebelum kena :). Vitamin C ni memang sepanjang kehamilan saya ambil. Alhamdulillah dipermudahkanNya juga tak langsung selsema atau demam sepanjang tempoh hamil baru-baru ni.



Kalau ibu-ibu yang nak sangat elakkan makan ubat disebabkan demam atau selsema, saya sangat sarankan Vitamin C ni. Bukan setakat tingkatkan antibodi kita, kulit pun insyaAllah sihat je.

Berminat boleh hubungi nombor saya seperti di bawah okay :)

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Shaklee ID : 1070931
Share:

Wednesday, 11 March 2015

Hadiah Mengejut Daripada Suami Tercinta

Yip yip yippie.. Takde angin takde ribut tiba-tiba suamiku bagi tab ACER free. Eh, orang dah bagi takkan nak tolak kan? He he 😁😁. 




Bolehlah lepas ini diriku berbisnes dengan lebih senang. HP sebelum ini hanya boleh melakukan yang asas-asas je. InsyaAllah akan lebih cemerlang dan gemilang lepas ini 💪💪

Moga-moga takde berebut dengan Akram yang super bijak kalau bab-bab gajet ni. Kalau tak, terpaksa la Akram menangis kalau mamanya ni tak izinkan dia guna 😇😇


--------------------------------------------------------

Masih mencari-cari suplemen terbaik untuk masalah kesihatan anda? Anda sering penat letih lesu? Susu badan merudum? Takut sembelit ketika pantang?

Hubungi saya untuk penyelesaian segala masalah kesihatan anda

011-16111619
Jazilah Ilyas
SIDPro 1070931
Share:

Thursday, 5 March 2015

Kenapa Suami Tak Boleh Buat Kerja Rumah Serentak Tapi Isteri Boleh Je?

"Mama, nak berak!"

"Mama, nak susu!"

"Mama, nak nasik!"

Ini rutin seorang ibu di rumah. Melayan anak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju dan senarainya tidak pernah berhenti. Being a mom means being a multitasking person. Betul kan ibu-ibu?




Kadang-kadang rasa nak rehat. Nak cuba tinggalkan anak-anak ngan bapanya. Tapi boleh dipercayai ke? Hehehehe.. Agak-agak balik rumah nanti berselerak tak? Anak-anak makan tak?

Cam Akacan dalam video ni cakap. Jadi ibu ni memang awesome tau. Dengar sendiri la ye sis ai ni cakap apa ^_^





Bila tengok video ni confirm para ibu sengih je kan? Tapi ada je setengah-setengah ibu dalam kumpulan kami yang katanya suami lagi cekap uruskan rumah tangga. Anda bagaimana?


011-1611 1619
Jazilah Ilyas
SIDPro Malaysia
Share:

Tuesday, 3 March 2015

Berbakti Pada Ibu Bapa untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Assalamualaikum wbt..

Sungguh benar bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Dia Maha Pandai. Dia Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa hadapan yan langsung tidak terjangkau oleh fikiran kita.





Buat kesekian kalinya mama sakit lagi. Kali ini dia jatuh semasa tengah menunaikan Solat Isya'. Kelam kabut sekejap dibuatnya. Saya terus bergegas dapatkan mama dan basahkan mukanya. Tiada pergerakan! Tiada respon!

Saya jerlum kepalanya. Tuam lehernya dengan ais kerana sebelum itu dia mengadu sakit kepala. Selepas hampir 30 minit nampak kelopak matanya berkelip. Allah!! Badan langsung tidak boleh digerakkan. Ikhtiar lagi. Ambil sesudu Vivix campurkan dalam air dan bagi mama minum. Alhamdulillah terbuka sedikit matanya tapi suara langsung tak keluar.

Hampir sejam saya basahkan kepala, tuam dan jerlum tapi perkembangannya almost zero. Tiada cara lain, saya minta adik telefon ambulans. Risau sekiranya diangkat lagi teruk jadinya. Luluh rasa hati >_<

Adik ikut mama dengan ambulans. Saya, suami dan anak-anak serta aboh dan adik-adik bersiap dengan seminima mungkin untuk segera ke hospital. Sampai di sana mama berada di Zon Merah. Hanya mata yang boleh berkelip. Tiada langsung pergerakan, tiada langsung suara. Air matanya mula menitis sedikit demi sedikit..

Setelah hampir seminggu di dalam wad, alhamdulillah mama dah boleh gerakkan anggota badannnya tetapi masih tidak mampu berjalan sendiri. Lega rasa hati dengan progress ini. Tetapi doktor memaklumkan bahawa mama akan ditahan di wad untuk sedikit masa lagi bagi memantau segalanya a-z.

Bila saya termenung seorang, terasa Sangat Bijaknya Allah. Digerakkan hati ini untuk berhenti kerja 4 tahun lepas, dengan alasan kesihatan dan ingin menjaga anak. Pulang menginap di kampung bersama mama dan aboh. Rupanya inilah sebabnya. Dia mahu saya berbakti pada kedua ibu-bapa.

Walau adik-adik lain bekerja, insyaAllah saya masih boleh menjaga kedua orang tua kami. Sekurang-kurangnya ada seorang dua anak yang berada di depan mata mereka. Adik-adik pun biasanya akan terus bergegas balik sebaik sahaja saya memaklumkan apa-apa berita.

Janji Allah itu pasti. Rezeki juga tidak akan putus sekiranya kita berbakti pada orang tua kita. InsyaAllah. Ada keperluan yang lebih menuntut. Ada tanggungjawab yang masih perlu ditunaikan..





Catatan rasa;
Jazilah Ilyas @ Kak Long
011-1611 1619
Share:

Monday, 2 March 2015

Pemakanan dalam Pantang Boleh Sebabkan Ibu Sembelit

Sepanjang berpantang, kita selalu diingatkan untuk menjaga pemakanan sehingga kita kadang kala terleka tentang nutrisi penting yang sepatutnya lebih dititik beratkan. Badan ibu selepas bersalin sangat lemah kerana proses bersalin itu sendiri jadi mengapa tidak kita berikan apa yang terbaik untuk badan kita?

Sebagai ibu, kita bukan sekadar berpantang untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan kita tetapi pada masa yang sama kita perlu menyusukan bayi comel yang baru dilahirkan. Tetapi bagaimana mahu mendapatkan nutrisi yang sepatutnya sekiranya kita terlalu rigid dalam pemakanan? Nasi hanya sesenduk, ikan seekor kecil dengan hanya sedikit sayur atau kadang kala langsung tiada sayur. Ini boleh menjadi punca sembelit.



Makanan Semasa Pantang


Tahukah kita bahawa ibu-ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan untuk menambahkan pengambilan tenaga (kalori) sebanyak 500 kalori setiap hari berbanding sebelum hamil? Ini kerana kita mengeluarkan banyak tenaga semasa proses menyusukan bayi.

Ibu dalam pantang juga perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan kehilangan air dalam badan dan sembelit. Air perlu diminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minumlah air kosong, minuman bersusu dan jus buah-buahan tanpa gula.


Berpantang Secara Sihat


Pemakanan yang sihat selepas bersalin sangat penting untuk memastikan ibu terus kekal sihat dan fit untuk menjaga bayi. Oleh kerana ibu akan menyusukan bayinya, ibu perlu makanan yang sempurna untuk meningkatkan kualiti susu ibu.

Berpantang makanan terlalu lama adalah kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kekurangan sesetengah zat makanan (terutama zat besi). Oleh itu sangat biasa untuk kita melihat ibu pantang ni pucat lesi dan nampak tidak cergas.

Kekurangan air dan nutrisi lengkap juga boleh menyebabkan sembelit yang teruk semasa pantang. Ia boleh menyebabkan ibu trauma dan serik untuk hamil lagi seperti kawan dalam video ini. Pengalaman buruk semasa pantang kali pertama menyebabkan beliau trauma tetapi ia berubah untuk pantang anak kedua.



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Haa..cane ibu-ibu? Nak pantang dengan gembira atau tidak? Anda pilih okay ^_^

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin pilihan anda;

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengedar Shaklee Malaysia



Share:

Tangani Sakit Tulang Belakang Dan Lenguh Badan Akibat Bayi Meragam Di Malam Hari

Pengalaman menjaga bayi kecil memang cukup mencabar, kan? Ada sesetengah bayi yang suka berjaga malam, meragam merengek tanpa sebab. Susu dah bagi, pampers dah tukar, perut tak kembung tapi bayi masih menangis. Apa ibu nak buat?




Si kecil saya pun suka juga berjaga malam. Dah siap hisap susu pun kadang-kadang masih nampak dia tak berapa selesa. Mata mama pula kelat-kelat kepenatan. Tapi pasti kita tak akan mampu tidur selagi anak tak lena kan?


Satu cara yang paling senang ialah letakkan anak kecil ini di atas dada kita. InsyaAllah, tak sampai 2 minit anak kita akan tenang. Ritma dada ibu adalah terapi terbaik untuk si manja kita. Agak-agak anak dah lena, bolehlah kita alihkannya ke tepi atau masukkan bayi ke dalam baby's cot.


Tapi tindakan menenangkan anak kecil di atas dada ibu ada risikonya. Ibu bakal berdepan SAKIT PINGGANG tambah-tambah bagi yang masih dalam pantang. Jadi nak buat apa? Takkan nak biar je lenguh-lenguh pinggang tu berterusan kan?


Kawan saya ini dah tak tahan sakit pinggang akibat menyusukan anak secara mengiring. Ramai je ibu yang menyusukan anak secara mengiring kan? Apa yang dia buat?




Cara paling senang adalah minum 2 gelas susu sehari. Kalsium ini penting untuk tulang dan gigi kita. Tambah-tambah untuk ibu dalam pantang dan menyusukan anak, kalsium ini akan ditarik oleh bayi kecil kita. Dahlah kalsium kita ciput je, ditarik pula oleh si manja kita. Jadilah kita ibu yang sentiasa sakit lenguh badan semua.


Ada ibu yang tak minum susu? Takpe, jangan risau. Anda boleh mencuba mengambil pil kalsium Shaklee yang terbukti secara klinikal sangat elok untuk tulang dan gigi. Ostematrix Shaklee juga dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium yang penting untuk penyerapan kalsium supaya ia tidak termendap di buah pinggang kita. ^_^


Dan berita baiknya juga, kalsium ini juga boleh menambah pengeluaran kuantiti susu ibu. Best kan? Pelbagai khasiat dalam satu botol tau ibu-ibu. Tidur pun lebih lena. Ostematrix memang pilihan terbaik untuk wanita-wanita seperti kita yang mementingkan kesihatan supaya kita dapat berikan yang terbaik untuk orang-orang tersayang :).

Dengan hanya RM64.93 sebotol, anda mampu kurangkan lenguh badan dan sakit belakang. Berbaloi pelaburan nak satu ini.

Sekiranya anda berminat, anda boleh klik imej di bawah untuk terus membeli. Transaksi boleh dilakukan dengan kad debit atau kad kredit.




Atau anda boleh terus whatsapp saya untuk urusan selanjutnya





Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931
Share:

Sunday, 1 March 2015

Cara Hilangkan Stress Supaya Hidup Sentiasa Positif dan Penuh Kesyukuran

STRESS!! TEKANAN!! PRESSURE!! Baca perkataan-perkataan negatif ni pun dah boleh buat kita tertekan. Kan? Kan? Camana tak stress? Pagi-pagi nak pergi kerja kena uruskan anak-anak dahulu. Kalau anak tak meragam tenang je rasa. Kena pulak pagi tu dia tak nak bangun, tak nak mandi, kerja sekolah pula tak siap, bertambah-tambah la meragamnya. Bila drive jalan pula jammed, aishhh! Double stress jadinya. Sampai tempat kerja lambat, triple stress. Akibatnya the whole day tu stress jela memanjang.


Bagaimana nak hidup aman damai tanpa tekanan ni ek? Mustahil kan? Kalaupun stress ini tidak dapat dihapuskan, mengurangkannya pun dah cukup baik kan? Sepertimana nasihat jutawan muda ini, HARGAI APA YANG KITA ADA adalah antara cara untuk kita hidup gembira.





Kita stress sebab anak suka meragam. Cuba kita duduk sejenak dan fikir berapa ramai ibu bapa yang sedih tiada rezeki anak? (rasa terkena pulak atas batang hidung sendiri >_<). Hargai apa yang kita ada, elakkan daripada melihat apa yang orang lain ada. Anak orang lain baik, anak kita nakal, aktif. Sepatutnya kita gembira anak kita aktif walaupun kita akan sedikit penat. It's their learning proses kan?


Tip yang juga cukup terbaik ialah catatkan kesyukuran kita. Buat satu buku log untuk menyatakan kesyukuran kita. Bangun pagi-pagi, catat yang positif.

 "Alhamdulillah hari ini aku masih hidup, dapat terus beribadah dan menunaikan tanggungjawab seorang ibu@bapa"

"Alhamdulillah pagi ini aku bangun awal, boleh aku bertahajud padaMu ya Allah"


Dan senarai ini akan terus berpanjangan. Percayalah, kesyukuran ini akan menarik segala aura positif sifat positif untuk sepanjang hari. Kesannya? Hari kita akan penuh dengan perkara-perkara yang menggembirakan, insyaAllah.



011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Konsultan Shaklee Anda ^^
Share:

Ibu Bekerja Panik Nak Tambah Susu Badan

Ramai ibu menghdapi masalah susu badan merudum sebaik sahaja kembali bekerja. Jadual kerja yang padat, tekanan kerja yang meningkat, badan yang penat menjadi sebab susu badan semakin berkurangan. Hasrat hati ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun tetapi apakan daya bekalan makin berkurangan sedikit demi sedikit.


Lazimnya seorang ibu yang bertekad untuk menyusukan anak dengan susu badan akan melakukan apa sahaja untuk banyakkan susunya. Berasa terdesak, Puan Farah Wahida sanggup mengambil tindakan ini untuk banyakkan susu badannya.





Berbaloi tak apa yang diambil Puan Farah Wahida ini? Kepuasan menyusukan anak sangat tidak ternilai bagi seorang ibu, kan? Perlu kita ingat, antara sebab utama PEMBUNUH pengeluaran susu ibu ialah kepenatan dan tekanan.


Seperti yang dikongsikan dalam video di atas, pengambilan suplemen-suplemen seperti ESP, Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa secara KONSISTEN telah membantu ibu muda ini dalam merealisasikan impiannya untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.


Perlu diingatkan di sini, penghasilan susu ibu bergantung pada banyak faktor-faktor lain juga. Sekiranya ibu telah mengambil segala suplemen untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan tetapi susu badan tetap tidak bertambah maka ibu perlu memeriksa sama ada;

  • jadual mengepam dilakukan secara konsisten  atau tidak
  • pengambilan air kosong yang mencukupi

Pengeluaran susu ibu sangat berkait rapat dengan konsep PENAWARAN dan PERMINTAAN. Semakin kerap bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu akan dihasilkan dan sebaliknya juga.


Saya berdoa ibu-ibu berjaya menyusukan anak kesayangan kita sehingga 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Anak yang menyusu SUSU IBU sangat berbeza dengan anak yang menyusu SUSU FORMULA.


Ibu-ibu boleh menghubungi saya untuk pembelian SET PENYUSUAN SUSU IBU Shaklee dan seterusnya bergembira dengan pertambahan susu badan kelak. Selamat menyusu!! ^_^


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931




Share:

Tuesday, 24 February 2015

Tumit Kaki Kasar Merekah Hingga Malu Nak Silang Atas Kaki Suami

Tumit kaki kasar! Makin lama makin merekah! Nak gesel antara kaki pun rasa sangat tak selesa seperti digesel dengan kertas pasir! Nak silang atas kaki suami pun malu sangat! Sampai bila nak ada kulit kasar merekah camni?






Kena pula ada kencing manis! Adulahai. Makin berganda risau di hati. Pesakit kencing manis sangat perlu menjaga kesihatan kulit, tambah-tambah di kaki. Kulit yang hanya pecah atau merekah sedikit pun boleh menjadi punca luka yang besar!






Percaya atau tidak krim yang nampak ringkas ini mampu melegakan kulit merekah kita?


Herbal Blend Shaklee ini telah diuji secara klinikal dan berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar dan keras termasuk pada lutut, siku dan kaki.


Sifatnya yang sejuk dan tidak melekit amat menyelesakan kita. Ia dirumus daripada ekstrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan. Yang paling penting, ia bebas steroid dan paraben!


Hubungi saya untuk mendapatkan krim ajaib ini ya. Hanya RM27.50. Murah sangat murah!




011-1611 1619

JAZILAH ILYAS

Konsultan Shaklee Anda





Share:

Langsing Selepas Bersalin Impian Semua Wanita!

Wanita mana yang tak nak langsing selepas bersalin? Betul atau betul? Seminggu selepas bersalin badan masih kembang okay lagi. Masuk sebulan masih takde shape mula la rasa tertekan. Kan? Kan? Nak tak kalau saya cadangkan produk yang boleh melangsingkan badan selepas bersalin?



Cinch Mix Shaklee terbukti secara klinikal dalam melangsingkan badan


Cinch Mix Shaklee adalah minuman yang padat protein agar kita sentiasa berasa kenyang dan selesa. Didatangkan dengan 3 perisa yang sedap iaitu Coklat, Caffe Latte dan Vanilla. Ia tinggi serat iaitu sebanyak 6 gram bagi setiap sajian.

Menariknya Cinch Mix Shaklee ini, ia mengekalkan kepejalan otot kita. Dalam menurunkan berat badan, kita sangat perlu menjaga keanjalan otot supaya metabolisma kita sentiasa dilindungi. Ini untuk mengelakkan kesan diet yoyo. Yang mahu kita hilangkan adalah lemak, bukannya otot. 

Kebanyakan produk menguruskan badan akan menghilangkan lemak dan otot. Apabila otot kita hilang atau kendur, metabolisma badan akan menurun. Sekiranya kita berhenti mengambil produk tersebut, berat badan kita akan kembali naik mendadak. Inilah yang dipanggil diet yoyo.






Ibu dalam pantang biasanya akan sentiasa kepenatan. Cinch Energy Tea Mix adalah minuman yang bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semulajadi disamping meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Ia sedap diminum secara panas atau sejuk dan merupakan alternatif terbaik pada snek manis dan kopi. Sekali cuba Energy Tea Mix ini, saya jamin ibu-ibu akan sentiasa teringatkan rasanya ^_^

Jadi tunggu apa lagi kan? Takkan nak tunggu suami komplen dulu baru nak ikhtiar kan? Tindakan yang cepat akan menghasilkan keputusan yang cepat kan?

Fast action fast result. 


011-1611 1619
JAZILAH ILYAS
Konsultan Shaklee Anda

#ShakleeKotaBharu
#ShakleePengkalanChepa
#ShakleeKubangKerian
#ShakleeKelantan




Share:

Monday, 23 February 2015

Fogging Aedes Tanpa Notis

Tak ada notis tak ada pemberitahuan tiba-tiba petang tadi ada semburan kabus (fogging) di kampung saya. Mula-mula ingatkan semburan biasa sebab awalnya tengok foggingnya nipis je. Selang 2 minit mama keluar ke beranda dan tengok kabus tebal dah memenuhi jalan!





Oh tidak!! Mama terus cepat-cepat suruh masuk kereta bersama si kecil Adleena Aesha yang baru berumur 46 hari. Laju je tarik tudung dan masuk kereta. Cuak wehh! Nasib baik si abang dan kakaknya dah keluar awal-awal dengan papa diorang.

Agaknya serangan nyamuk aedes kembali mengganas. Dengan cuaca panas begini, memang cepat dan senang untuk nyamuk aedes ini menetas. Mudah-mudahan kami sekeluarga terlindung daripada serangan denggi ini.





Dalam kita beringat dan berwaspada, tak mustahil juga kita boleh menjadi pesakit denggi. Kalau dah kena apa boleh buat? Sehingga saat ini masih tiada ubat yang boleh menyembuhkan serangan denggi ini tetapi kita boleh mengurangkannya.

Antara cara yang popular adalah dengan minum sup ketam nipah. Dan baru-baru ini air rebusan daun betik dikatakan mampu menaikkan platlet darah dengan cepat. Tapi, memang pahit sangat la rebusan daun ini.

Saya pernah kongsi cara mencegah denggi dengan suplemen daripada Shaklee. Kawan-kawan boleh rujuk entry ini untuk bacaan lanjut.

Suami saya pernah disahkan pesakit denggi tahun lepas. Disamping 3 pilihan suplemen yang dicadangkan dalam entry tersebut, saya tambah lagi dengan Vivix dan buah kiwi. Alhamdulillah platletnya meningkat hari demi hari.

Kunci utama untuk pesakit denggi adalah BANYAKKAN MINUM AIR. Ia untuk mengelakkan badan kita terhidrat. Semoga kita sentiasa sihat, dijauhkan daripada serangan ini, insyaAllah.

Sampai sekarang tiada ubat untuk merawat denggi ini. Tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengurangkan simptonnya. Nutritionist Shaklee berkongsi dengan kita bagaimana pemakanan boleh membantu mengawal serangan denggi ni




011-1611 1619 @ Jazilah Ilyas
SIDPro : 1070931
Share:

Thursday, 19 February 2015

Penapis Air Berkualiti Tinggi Boleh Gerak Sana Sini

Kalau kita dapat bawa penapis air ke hulu ke hilir seronok kan? Tapi ada ke penapis air yang boleh bergerak? Biasa kan penapis air ni besar, kena guna elektrik lagi.


Jangan tak tau ada je penapis air boleh gerak sana sini tau. Boleh dibawa ke mana-mana. Haaa..Yang senang dan berkualiti tentulah penapis air Shaklee @ Water Pitcher Shaklee.






Kualiti memang tip top. Air yang ditapis sangat halus rasanya. Nak guna pun senang sangat-sangat. 

Untuk penggunaan kali pertama, kita perlu rendam karbon yang disediakan. Contoh seperti kat rumah saya, since dah 80 gelen air ditapis so karbon kena tukar. Mula2 rendam karbon tu dalam sejam gitu.






Bila dah rendam karbon dalam sejam tu, boleh alirkan karbon ni bawah air lagi sekali dan pasang pada sarangnya.









Pastu set meter airnya dan tadaaa.. Terus boleh guna. Tunggu dalam 3 4 minit dah siap tapis boleh terus minum.









Tak perlu elektrik. Boleh angkut ke sana sini. Harga pulak murah sgt untuk satu unit penapis air berkualiti.


Berapa harganya? RM1,000? RM800? Tidak, tidak sama sekali.


Harga runcit hanya RM460. Harga ahli pula jaaaauh lebih murah. Maka pilihan bijak wajiblah jadi ahli kan?


Hubungi saya seperti nombor di bawah untuk tempahan dan pembelian ya :)



011-1611 1619 Jazilah Ilyas


Shaklee ID : 1070931
Share:

Testimoni Set Hamil Shaklee Untuk Ibu Hamil dengan Cervical Cerlage

Hamil sehingga 40 minggu mungkin perkara normal bagi ramai ibu. Tetapi tahukah ibu, ada ramai juga ibu di luar sana yang sentiasa berisiko untuk melahirkan anak pramatang?





Apabila seorang ibu pernah melahirkan anak pramatang, risiko untuk kelahiran pramatang yang seterusnya adalah tinggi. 


Pengambilan vitamin asas, protein dan mineral banyak membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas justeru kandungannya juga lebih kuat.


Ini adalah testimoni saya sendiri yang didiagnose cervical incompetence selepas kelahiran anak pramatang serta keguguran anak kedua. Dan ini membuktikan pengambilan vitamin yang konsisten membantu sepanjang kehamilan saya. Ibu kekal cergas dan rasa sangat sihat.





Berhabis untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan tiada ruginya kan? Sekiranya anda pernah berpengalaman melahirkan anak pramatang, saya percaya anda akan sangat menghargai setiap saat minggu sepanjang kandungan anda.


Sepatutnya kalau mengikut nasihat doktor dengan kondisi cervical cerclage ini saya memang tidak disarankan buat kerja-kerja lasak. Banyakkan bedrest. Tetapi mana mungkin boleh duduk diam dengan 2 lagi anak yang tengah malasak.


Kita kena juga buang stigma ibu hamil ni lembik je. Tidak dinafikan kita perlu banyak rehat, tetapi kadang kala ada masa-masanya ia seperti sedikit mustahil.


Akak cantik dalam video ini membuktikan wanita hamil tak semestinya kena lembik-lembik. Kena tidur je sepanjang hari. Dia siap boleh panjat Candi Borobudur lagi. Haaa..acu try tengok ^_^





Teruja kan tengok tahap keaktifan kakak cantik ni? Untuk kekal cergas begini kita sangat perlu menjaga PEMAKANAN kita. Perlu pastikan nutrisi lengkap diambil bagi menampung mana-mana lompong yang mungkin sengaja atau tidak yang telah kita tinggalkan.


Nak kekal cergas seperti saya dan akak ni? Nak cergas walau dalam kondisi cervical cerclage? Perlu uruskan hal-hal rumahtangga walau masih hamil memboyot? Hubungi saya untuk membantu anda kekal sihat dan cergas semasa hamil.


Hotline saya;
011-1611 1619
Jazilah Ilyas
SID Pro Malaysia
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari