Monday, 26 January 2015

Aku Dipaksa Bersalin! ~ Part 1

8 Januari 2015, tarikh wajib saya perlu masuk wad sekiranya masih tiada tanda-tanda untuk melahirkan.  Sehingga ke tarikh tersebut, memang tiada tanda-tanda nyata untuk proses kelahiran kali ini. Setakat contraction yang tidak sekata, hanya ada lenguh-lenguh sahaja. Nak tak nak terpaksa saya serahkan diri petang Khamis tersebut. Semuanya kerana GDM on diet control untuk kandungan kali ini.




Bila dah disahkan GDM, memang banyak yang perlu diambil berat. Antara yang terakhir yang perlu diambil berat ialah ibu hamil yang ada GDM tidak boleh bersalin melebihi tarikh yang ditetapkan. Betul-betul kena ikut tarikh EDD yang diberi. Itu kalau GDM on diet control, kalau GDM on insulin lagi la seawall 38 minggu dah diwajibkan bersalin. Antara sebabnya ialah untuk mengelakkan bayi dalam kandungan terlampau besar.

Makanya petang 8 Januari 2015 saya ke Dewan Bersalin untuk diperiksa. Doktor bertugas mula memeriksa jalan kelahiran dan menurutnya jalan baru terbuka 2 cm. Masa tu saya dah “eh..baru 2cm? Ari tu balik lepas remove cerclage tu dah 3cm doc”. Menurut doktor bila tiada contraction, jalan akan tertutup balik. Hmmm..begitu rupanya .




Jadi lepas scan dan segala proses, saya diminta ke wad terlebih dahulu. Masuk wad pun jalan kaki je memandangkan takde sakit-sakit lagi. So rehat jela malam tu. Menurut doctor, kalau tiada perkembangan, pagi esoknya saya akan diinduce dengan cara memasukkan ubat ke dalam faraj.

Selepas solat Subuh, doctor mula memeriksa jalan kelahiran dan menurutnya jalan baru terbuka 3cm. Serviks pun masih tebal. Baby sebenarnya belum ready nak keluar. Saya tarik nafas lega sebab ingatkan induce kali ini hanya dengan masukkan ubat melalui faraj tapi tidak! Doktor suruh saya bersiap untuk terus ke Labour Room. Aik, baru 3 cm kan? Perasaan dah mula bercelaru dan risau..





Bersambung..   
Share:

Saturday, 24 January 2015

Tips Mengurangkan Sembelit dan Buasir Selepas Bersalin

Sembelit!! 

Kalau dalam keadaan biasa pun sembelit sangat menyakitkan, bayangkan apabila ia berlaku pada ibu dalam pantang, atau lebih khusus pada ibu yang baru melahirkan anak. 

Trauma melahirkan belum lagi hilang, kini terpaksa pula berhempas pulas dengan sakit yang satu ini. Risikonya? Meneran terlalu kuat akibat sembelit boleh menyebabkan jahitan selepas kehamilan terbuka!!

Kebanyakan ibu yang baru lepas melahirkan akan mengalami situasi ini. Worst case scenario bukan setakat sembelit, ibu juga berpotensi untuk terkena buasir apabila terpaksa meneran untuk berak! Rasa tak terbayang kan? Ngeri dan ngilu je perasaan ni.. Ouchh!!


Dahla baru lepas bersalin, kena buasir akibat meneran dan sekarang jahitan pula terbuka hingga terpaksa dijahit semula! Allhurabbi!! Sakitnya..sakitnya.. Bersediakah kita untuk menghadap doktor dan dijahit kembali? Bersediakah?



Apa Yang Perlu Dilakukan untuk Mengelakkan Sembelit Selepas Bersalin?


1. Minum banyak air. Pengambilan air sebanyak 2-3 liter dipercayai mampu mengelakkan sembelit dan melembutkan najis.

2. Banyakkan makan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

3. Berjalan dekat dengan katil selepas proses kelahiran. Baring yang terlalu lama boleh mengakibatkan sembelit menjadi lebih teruk. Sumber

4. Sekiranya sembelit masih teruk, rujuk doktor. Doktor akan memberikan/mencadangkan ubat yang perlu diambil oleh ibu-ibu.


Elakkan Sembelit Dengan Ostematrix Shaklee

Secara peribadi, berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan, pengambilan Ostematrix secara konsisten sangat-sangat membantu kami selepas bersalin. Ia membantu melawaskan proses perkumuhan secara semualajadi dengan selamat! Bonusnya juga susu bertambah kerana kalsium mnenggalakkan penghasilan susu badan.




Ada kawan saya ni sampai tak nak hamil dan bersalin lagi akibat trauma sembelit semasa berpantang pada kelahiran pertama. Tetapi amazingly segalanya berubah untuk pantang kali ke2.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



So ibu-ibu, cepat dapatkan Ostematrix sebelum anda kena sembelit selepas bersalin nanti. Opps, Ostematrix saaangat sesuai diamalkan sepanjang masa, terutama oleh wanita seperti kita. 

Maklumlah, dengan haid setiap bulan, badan sangat memerlukan kalsium yang cukup. Waktu hamil pula keperluannya bertambah kerana anak dalam kandungan akan menyerap kalsium daripada badan ibu. 

Bagi anda yang mementingkan kesihatan itu, boleh hubungi saya untuk mendapatkan bekalan Ostematrix anda. Hanya RM64.93 untuk 120 biji. Sangatlah murah dan berbaloi berbanding manfaatnya. Ke ada ibu-ibu yang bakal sembelit nak dijahit semula selepas bersalin?

Jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan Ostematrix, boleh terus klik imej di bawah untuk urusan pembelian atau boleh wassap saya untuk urusan selanjutnya.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931
Share:

Friday, 23 January 2015

Kelantan Menangis ~ Banjir Terburuk Dalam Sejarah

Sedih! Sebak! Hilang kata-kata apabila menatap gambar-gambar tentang banjir di Kelantan akhir tahun lepas. Disember 2014 cukup memberi seribu satu pengajaran pada kita, bahawasanya apabila Dia mahukan sesuatu, sekelip mata sesuatu itu boleh terjadi. Tanpa boleh dijangka, tanpa diduga.


10 tapak rumah berada dalam air yang masih mengalir 


Perit apabila melihat gambar-gambar di Facebook dan media sosial yang lain. Tetapi apabila kami turun sendiri ke tempat bencana, hati rasa begitu terpukul. Kelu seribu bahasa. Air mata serasa di kelopak mata. Kita yang hanya melihat kesannya sudah begitu terkesan, bagaimana dengan mereka yang mengalaminya secara langsung?


Rumah-rumah yang musnah di Kuala Krai


Tinggalkan rumah sehelai sepinggang. Lari ke tempat-tempat-tempat tinggi untuk selamatkan diri masing-masing. Tidak terbayang bagaimana mereka dengan anak-anak kecil, ibu bapa yang sudah uzur, tanggungan yang sakit. Sedih!


Kesan air banjir di tingkat 2 rumah


Khabar demi khabar kami terima. Antara yang cukup meninggalkan bekas di hati saya apabila mengetahui terdapat bayi kecil yang terlepas daripada pegangan ibu. Air mata terus keluar. Terpandang anak-anak kecil saya. Bagaimana rasanya apabila kehilangan mereka ini. Allah..Tidak sanggup dibayangkan. Benarlah, Allah menguji hambaNya yang mampu menerima segala ujianNya.




Dalam pada kami kesedihan dan risau yang amat, kumpulan-kumpulan Shaklee kami mula bertindak proaktif. Apabila bencana ini terjadi, kutipan demi kutipan wang dijalankan di kalangan para pengedar Shaklee dalam kumpulan kami. Dalam masa kurang 5 jam wang yang terkumpul sudah mencecah hampir RM700.


Antara sumbangan daripada kutipan pertama yang dihantar ke pusat pemindahan banjir


Jumlah pertama yang kami kumpulkan disalurkan pada akaun besar untuk kegunaan yang lebih adhoc untuk mangsa-mangsa banjir Kelantan. Dalam pada itu kutipan masih tidak putus-putus masuk ke akaun saya. Dan kebanyakannya adalah daripada pengedar Shaklee sendiri. Serta di topup oleh kaum keluarga saya yang juga turut terlibat secara langsung dalam misi bantuan ini.



Susu untuk anak-anak kecil


Bekalan beras, air minuman dan gula 


Barang-barang keperluan rumah


Antara orang-orang kuat saya :)


Alhamdulillah saya ditemukan dan berada dalam perniagaan yang sangat mementingkan kebajikan. Inilah antara sebab hati cukup tertambat untuk terus kekal dalam jemaah ini. Datanglah apa sahaja kesukaran, akan terus ada sumbangan dana daripada para pengedar yang telah diterapkan unsur kebajikan dan keberkatan dalam rezeki. Pada kali ini, sumbangan yang disalurkan pada saya mencecah RM5000.00, tidak termasuk sumbangan daripada kumpulan Shaklee yang lain.

Memandangkan saya sendiri berada di Kelantan, maka duit sumbangan yang disalurkan digunakan untuk membeli barangan makanan dan keperluan mangsa banjir. Pada mulanya kami menghantar ke pusat-pusat pemindahan banjir. Itupun banyak yang terhad kerana kami hanya bergerak dengan kereta dan van.





Setelah banjir mulai surut, kami mula merancang untuk menghantar bantuan dari rumah ke rumah. Dengan duit yang diamanahkan, kami risau sekiranya kami tidak melakukan sedemikian, bantuan tidak akan sampai pada penerima.


Barang-barang makanan dan keperluan yang telah dibungkus kembali

Pada masa menghantar sumbangan-sumbangan inilah hati kami cukup hiba. Apabila kenderaan kami berhenti di satu-satu kawasan, ramai yang berkerumun. Air minuman bersih adalah antara yang paling diminta. Menurut mangsa-mangsa banjir ini, mereka terpaksa menadah air dalam longkang! Alangkah sayunya hati. Allahurabbi.. Besarnya dugaan dan ujian mereka.

Buat penyumbang-penyumbang sama ada daripada pengedar Shaklee secara langsung atau tidak, kami rakyat Kelantan sangat berterima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan. Ia memberi seribu erti, seribu makna untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita.


Coretan perjalanan,

Jazilah Ilyas
SIDPro Kelantan
Share:

Monday, 19 January 2015

Terima Kasih Suamiku Sayang!

Tanggal 9 Januari 2015 lahirlah puteri kedua yang mungkin merupakan anak bongsu kami. Alhamdulillah segala keperitan dan kesakitan semasa melahirkannya hilang apabila si kecil ini diletakkan atas dada saya. Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan ini.


Puteri bongsi kami


Pada mulanya apabila kami kembali ke rumah, mama dan aboh minta saya berehat di rumah mereka dahulu. Senang untuk berpantang. Tapi sehari je saya stay rumah diorang, sebab tak larat nak jaga abg dan kakak si kecil ni memandangkan rumah keluarga ni luas. Jadinya pagi tu saya buat keputusan untuk dok rumah sendiri. Alah, rumah kami belakang rumah mama aboh je pun. 10 langkah dah sampai.. Hehehehe :P


Kembali ke rumah sendiri, semuanya diuruskan oleh suami. Daripada air mandian si kecil, air mandian saya, masak hidangan pantang, kemas rumah dan sebagainya. Satu je yang dia tak berapa berani nak buat, mandikan si kecli. Maka tugas yang satu ni saya lakukan sendiri.





Rasanya tak ramai suami yang boleh lakukan sepertimana yang dia lakukan. Di sebalik sifat garangnya yang memang diketahui semua, dia seorang suami yang boleh diharap untuk uruskan rumahtangga. Walau lipatan kainnya tidak sekemas mana, level sabar yang sangat rendah tetapi Alhamdulillah saya tidak perlu menyusahkan mama dalam tempoh berpantang ini. Hehehe


  


Aidi bin Rusly, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian ini. Kami sangat hargai apa yang papa dah lakukan pada kami. Terima kasih suami, terima kasih papa anak-anakku.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda masih mencari-cari cara terbaik untuk mendapatkan side income? Jom sertai kami sebagai pengedar Shaklee. Hanya bermodalkan RM65 dan anda sudah layak menjadi business partner kami!


Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian produk-produk suplemen bermutu tinggi daripada Shaklee. Anda pasti rugi jika lepaskan peluang keemasaan ini. 

Oh ya! Promosi besar-besaran Januari masih berjalan. Jom grab peluang untuk mendapatkan VIVIX, ALFALFA COMPLEX dan VITALEA For CHILDREN dengan harga menarik!



011-16111619
JAZILAH ILYAS
SIDPro 1070931
Share:

Friday, 2 January 2015

Tiga Promosi Terbaik Pembuka Tahun 2015

Assalamualaikum wbt

Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru pada kawan-kawan semua. Moga tahun baru 2015 ini menjadi permulaan untuk kita lebih berjaya, beriman, kaya, berharta dan dermawan. 

Permulaan tahun yang cukup cemerlang dengan Shaklee menawarkan 3 produk untuk promosi bagi bulan Januari 2015 ini. Vivix suplemen anti penuaan, Alfalfa Complex perapat kegemaran wanita dan Vitalea multivitamin untuk kanak-kanak.





Vivix adalah suplemen termahal Shaklee. Kenapa? Kerana ia satu-satunya suplemen yang memperbaiki DNA dan melambatkan penuaan sel. Dengan harga RM475 (harga runcit), sebotol Vivix boleh bertahan selama sebulan hingga sebulan setengah. Sekiranya anda menjadi ahli Shaklee, harga yang bakal anda perolehi jauh lebih murah. Tambah-tambah sekarang adalah bulan promosi Vivix :)

Suplemen kedua yang berpromosi sepanjang Januari 2015 ialah Alfalfa Complex yang merupakan kegilaan para wanita! Mana mungkin ia tidak menjadi kegilaan wanita apabila ia bukan sekadar berfungsi untuk detoks, malahan sangat elok untuk menghilangkan keputihan dan bau badan, membantu dalam menambah susu ibu dan menjadi perapat semulajadi wanita. Suami gerenti tersenyum lebar :)

Last but not least promosi multivitamin terbaik untuk anak-anak kita. Vitalea for Children! Dah agak lama multivitamin ini tiada dalam pasaran kerana proses penambahbaikannya. Ia boleh dikemam dengan perasa anggur. Sesuai untuk tingkatkan imun badan anak-anak. 

Haaa..tunggu apa lagi? Jom tempah produk-produk terbaik ini, dengan harga terbaik sepanjang bulan Januari ini. Untuk respon yang lebih cepat, anda boleh terus whatsapp saya seperti nombor di bawah ya


SMS/Whatsapp : 011-1611 1619
Jazilah Ilyas SIDPro 1070931


Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari