Friday, 23 January 2015

Kelantan Menangis ~ Banjir Terburuk Dalam Sejarah

Sedih! Sebak! Hilang kata-kata apabila menatap gambar-gambar tentang banjir di Kelantan akhir tahun lepas. Disember 2014 cukup memberi seribu satu pengajaran pada kita, bahawasanya apabila Dia mahukan sesuatu, sekelip mata sesuatu itu boleh terjadi. Tanpa boleh dijangka, tanpa diduga.


10 tapak rumah berada dalam air yang masih mengalir 


Perit apabila melihat gambar-gambar di Facebook dan media sosial yang lain. Tetapi apabila kami turun sendiri ke tempat bencana, hati rasa begitu terpukul. Kelu seribu bahasa. Air mata serasa di kelopak mata. Kita yang hanya melihat kesannya sudah begitu terkesan, bagaimana dengan mereka yang mengalaminya secara langsung?


Rumah-rumah yang musnah di Kuala Krai


Tinggalkan rumah sehelai sepinggang. Lari ke tempat-tempat-tempat tinggi untuk selamatkan diri masing-masing. Tidak terbayang bagaimana mereka dengan anak-anak kecil, ibu bapa yang sudah uzur, tanggungan yang sakit. Sedih!


Kesan air banjir di tingkat 2 rumah


Khabar demi khabar kami terima. Antara yang cukup meninggalkan bekas di hati saya apabila mengetahui terdapat bayi kecil yang terlepas daripada pegangan ibu. Air mata terus keluar. Terpandang anak-anak kecil saya. Bagaimana rasanya apabila kehilangan mereka ini. Allah..Tidak sanggup dibayangkan. Benarlah, Allah menguji hambaNya yang mampu menerima segala ujianNya.




Dalam pada kami kesedihan dan risau yang amat, kumpulan-kumpulan Shaklee kami mula bertindak proaktif. Apabila bencana ini terjadi, kutipan demi kutipan wang dijalankan di kalangan para pengedar Shaklee dalam kumpulan kami. Dalam masa kurang 5 jam wang yang terkumpul sudah mencecah hampir RM700.


Antara sumbangan daripada kutipan pertama yang dihantar ke pusat pemindahan banjir


Jumlah pertama yang kami kumpulkan disalurkan pada akaun besar untuk kegunaan yang lebih adhoc untuk mangsa-mangsa banjir Kelantan. Dalam pada itu kutipan masih tidak putus-putus masuk ke akaun saya. Dan kebanyakannya adalah daripada pengedar Shaklee sendiri. Serta di topup oleh kaum keluarga saya yang juga turut terlibat secara langsung dalam misi bantuan ini.



Susu untuk anak-anak kecil


Bekalan beras, air minuman dan gula 


Barang-barang keperluan rumah


Antara orang-orang kuat saya :)


Alhamdulillah saya ditemukan dan berada dalam perniagaan yang sangat mementingkan kebajikan. Inilah antara sebab hati cukup tertambat untuk terus kekal dalam jemaah ini. Datanglah apa sahaja kesukaran, akan terus ada sumbangan dana daripada para pengedar yang telah diterapkan unsur kebajikan dan keberkatan dalam rezeki. Pada kali ini, sumbangan yang disalurkan pada saya mencecah RM5000.00, tidak termasuk sumbangan daripada kumpulan Shaklee yang lain.

Memandangkan saya sendiri berada di Kelantan, maka duit sumbangan yang disalurkan digunakan untuk membeli barangan makanan dan keperluan mangsa banjir. Pada mulanya kami menghantar ke pusat-pusat pemindahan banjir. Itupun banyak yang terhad kerana kami hanya bergerak dengan kereta dan van.





Setelah banjir mulai surut, kami mula merancang untuk menghantar bantuan dari rumah ke rumah. Dengan duit yang diamanahkan, kami risau sekiranya kami tidak melakukan sedemikian, bantuan tidak akan sampai pada penerima.


Barang-barang makanan dan keperluan yang telah dibungkus kembali

Pada masa menghantar sumbangan-sumbangan inilah hati kami cukup hiba. Apabila kenderaan kami berhenti di satu-satu kawasan, ramai yang berkerumun. Air minuman bersih adalah antara yang paling diminta. Menurut mangsa-mangsa banjir ini, mereka terpaksa menadah air dalam longkang! Alangkah sayunya hati. Allahurabbi.. Besarnya dugaan dan ujian mereka.

Buat penyumbang-penyumbang sama ada daripada pengedar Shaklee secara langsung atau tidak, kami rakyat Kelantan sangat berterima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan. Ia memberi seribu erti, seribu makna untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita.


Coretan perjalanan,

Jazilah Ilyas
SIDPro Kelantan
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari