Monday, 19 January 2015

Terima Kasih Suamiku Sayang!

Tanggal 9 Januari 2015 lahirlah puteri kedua yang mungkin merupakan anak bongsu kami. Alhamdulillah segala keperitan dan kesakitan semasa melahirkannya hilang apabila si kecil ini diletakkan atas dada saya. Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan ini.


Puteri bongsi kami


Pada mulanya apabila kami kembali ke rumah, mama dan aboh minta saya berehat di rumah mereka dahulu. Senang untuk berpantang. Tapi sehari je saya stay rumah diorang, sebab tak larat nak jaga abg dan kakak si kecil ni memandangkan rumah keluarga ni luas. Jadinya pagi tu saya buat keputusan untuk dok rumah sendiri. Alah, rumah kami belakang rumah mama aboh je pun. 10 langkah dah sampai.. Hehehehe :P


Kembali ke rumah sendiri, semuanya diuruskan oleh suami. Daripada air mandian si kecil, air mandian saya, masak hidangan pantang, kemas rumah dan sebagainya. Satu je yang dia tak berapa berani nak buat, mandikan si kecli. Maka tugas yang satu ni saya lakukan sendiri.





Rasanya tak ramai suami yang boleh lakukan sepertimana yang dia lakukan. Di sebalik sifat garangnya yang memang diketahui semua, dia seorang suami yang boleh diharap untuk uruskan rumahtangga. Walau lipatan kainnya tidak sekemas mana, level sabar yang sangat rendah tetapi Alhamdulillah saya tidak perlu menyusahkan mama dalam tempoh berpantang ini. Hehehe


  


Aidi bin Rusly, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian ini. Kami sangat hargai apa yang papa dah lakukan pada kami. Terima kasih suami, terima kasih papa anak-anakku.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda masih mencari-cari cara terbaik untuk mendapatkan side income? Jom sertai kami sebagai pengedar Shaklee. Hanya bermodalkan RM65 dan anda sudah layak menjadi business partner kami!


Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian produk-produk suplemen bermutu tinggi daripada Shaklee. Anda pasti rugi jika lepaskan peluang keemasaan ini. 

Oh ya! Promosi besar-besaran Januari masih berjalan. Jom grab peluang untuk mendapatkan VIVIX, ALFALFA COMPLEX dan VITALEA For CHILDREN dengan harga menarik!



011-16111619
JAZILAH ILYAS
SIDPro 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari