Tuesday, 24 February 2015

Tumit Kaki Kasar Merekah Hingga Malu Nak Silang Atas Kaki Suami

Tumit kaki kasar! Makin lama makin merekah! Nak gesel antara kaki pun rasa sangat tak selesa seperti digesel dengan kertas pasir! Nak silang atas kaki suami pun malu sangat! Sampai bila nak ada kulit kasar merekah camni?






Kena pula ada kencing manis! Adulahai. Makin berganda risau di hati. Pesakit kencing manis sangat perlu menjaga kesihatan kulit, tambah-tambah di kaki. Kulit yang hanya pecah atau merekah sedikit pun boleh menjadi punca luka yang besar!






Percaya atau tidak krim yang nampak ringkas ini mampu melegakan kulit merekah kita?


Herbal Blend Shaklee ini telah diuji secara klinikal dan berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar dan keras termasuk pada lutut, siku dan kaki.


Sifatnya yang sejuk dan tidak melekit amat menyelesakan kita. Ia dirumus daripada ekstrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan. Yang paling penting, ia bebas steroid dan paraben!


Hubungi saya untuk mendapatkan krim ajaib ini ya. Hanya RM27.50. Murah sangat murah!




011-1611 1619

JAZILAH ILYAS

Konsultan Shaklee Anda





Share:

Langsing Selepas Bersalin Impian Semua Wanita!

Wanita mana yang tak nak langsing selepas bersalin? Betul atau betul? Seminggu selepas bersalin badan masih kembang okay lagi. Masuk sebulan masih takde shape mula la rasa tertekan. Kan? Kan? Nak tak kalau saya cadangkan produk yang boleh melangsingkan badan selepas bersalin?



Cinch Mix Shaklee terbukti secara klinikal dalam melangsingkan badan


Cinch Mix Shaklee adalah minuman yang padat protein agar kita sentiasa berasa kenyang dan selesa. Didatangkan dengan 3 perisa yang sedap iaitu Coklat, Caffe Latte dan Vanilla. Ia tinggi serat iaitu sebanyak 6 gram bagi setiap sajian.

Menariknya Cinch Mix Shaklee ini, ia mengekalkan kepejalan otot kita. Dalam menurunkan berat badan, kita sangat perlu menjaga keanjalan otot supaya metabolisma kita sentiasa dilindungi. Ini untuk mengelakkan kesan diet yoyo. Yang mahu kita hilangkan adalah lemak, bukannya otot. 

Kebanyakan produk menguruskan badan akan menghilangkan lemak dan otot. Apabila otot kita hilang atau kendur, metabolisma badan akan menurun. Sekiranya kita berhenti mengambil produk tersebut, berat badan kita akan kembali naik mendadak. Inilah yang dipanggil diet yoyo.






Ibu dalam pantang biasanya akan sentiasa kepenatan. Cinch Energy Tea Mix adalah minuman yang bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semulajadi disamping meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Ia sedap diminum secara panas atau sejuk dan merupakan alternatif terbaik pada snek manis dan kopi. Sekali cuba Energy Tea Mix ini, saya jamin ibu-ibu akan sentiasa teringatkan rasanya ^_^

Jadi tunggu apa lagi kan? Takkan nak tunggu suami komplen dulu baru nak ikhtiar kan? Tindakan yang cepat akan menghasilkan keputusan yang cepat kan?

Fast action fast result. 


011-1611 1619
JAZILAH ILYAS
Konsultan Shaklee Anda

#ShakleeKotaBharu
#ShakleePengkalanChepa
#ShakleeKubangKerian
#ShakleeKelantan




Share:

Monday, 23 February 2015

Fogging Aedes Tanpa Notis

Tak ada notis tak ada pemberitahuan tiba-tiba petang tadi ada semburan kabus (fogging) di kampung saya. Mula-mula ingatkan semburan biasa sebab awalnya tengok foggingnya nipis je. Selang 2 minit mama keluar ke beranda dan tengok kabus tebal dah memenuhi jalan!





Oh tidak!! Mama terus cepat-cepat suruh masuk kereta bersama si kecil Adleena Aesha yang baru berumur 46 hari. Laju je tarik tudung dan masuk kereta. Cuak wehh! Nasib baik si abang dan kakaknya dah keluar awal-awal dengan papa diorang.

Agaknya serangan nyamuk aedes kembali mengganas. Dengan cuaca panas begini, memang cepat dan senang untuk nyamuk aedes ini menetas. Mudah-mudahan kami sekeluarga terlindung daripada serangan denggi ini.





Dalam kita beringat dan berwaspada, tak mustahil juga kita boleh menjadi pesakit denggi. Kalau dah kena apa boleh buat? Sehingga saat ini masih tiada ubat yang boleh menyembuhkan serangan denggi ini tetapi kita boleh mengurangkannya.

Antara cara yang popular adalah dengan minum sup ketam nipah. Dan baru-baru ini air rebusan daun betik dikatakan mampu menaikkan platlet darah dengan cepat. Tapi, memang pahit sangat la rebusan daun ini.

Saya pernah kongsi cara mencegah denggi dengan suplemen daripada Shaklee. Kawan-kawan boleh rujuk entry ini untuk bacaan lanjut.

Suami saya pernah disahkan pesakit denggi tahun lepas. Disamping 3 pilihan suplemen yang dicadangkan dalam entry tersebut, saya tambah lagi dengan Vivix dan buah kiwi. Alhamdulillah platletnya meningkat hari demi hari.

Kunci utama untuk pesakit denggi adalah BANYAKKAN MINUM AIR. Ia untuk mengelakkan badan kita terhidrat. Semoga kita sentiasa sihat, dijauhkan daripada serangan ini, insyaAllah.

Sampai sekarang tiada ubat untuk merawat denggi ini. Tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengurangkan simptonnya. Nutritionist Shaklee berkongsi dengan kita bagaimana pemakanan boleh membantu mengawal serangan denggi ni




011-1611 1619 @ Jazilah Ilyas
SIDPro : 1070931
Share:

Thursday, 19 February 2015

Penapis Air Berkualiti Tinggi Boleh Gerak Sana Sini

Kalau kita dapat bawa penapis air ke hulu ke hilir seronok kan? Tapi ada ke penapis air yang boleh bergerak? Biasa kan penapis air ni besar, kena guna elektrik lagi.


Jangan tak tau ada je penapis air boleh gerak sana sini tau. Boleh dibawa ke mana-mana. Haaa..Yang senang dan berkualiti tentulah penapis air Shaklee @ Water Pitcher Shaklee.






Kualiti memang tip top. Air yang ditapis sangat halus rasanya. Nak guna pun senang sangat-sangat. 

Untuk penggunaan kali pertama, kita perlu rendam karbon yang disediakan. Contoh seperti kat rumah saya, since dah 80 gelen air ditapis so karbon kena tukar. Mula2 rendam karbon tu dalam sejam gitu.






Bila dah rendam karbon dalam sejam tu, boleh alirkan karbon ni bawah air lagi sekali dan pasang pada sarangnya.









Pastu set meter airnya dan tadaaa.. Terus boleh guna. Tunggu dalam 3 4 minit dah siap tapis boleh terus minum.









Tak perlu elektrik. Boleh angkut ke sana sini. Harga pulak murah sgt untuk satu unit penapis air berkualiti.


Berapa harganya? RM1,000? RM800? Tidak, tidak sama sekali.


Harga runcit hanya RM460. Harga ahli pula jaaaauh lebih murah. Maka pilihan bijak wajiblah jadi ahli kan?


Hubungi saya seperti nombor di bawah untuk tempahan dan pembelian ya :)



011-1611 1619 Jazilah Ilyas


Shaklee ID : 1070931
Share:

Testimoni Set Hamil Shaklee Untuk Ibu Hamil dengan Cervical Cerlage

Hamil sehingga 40 minggu mungkin perkara normal bagi ramai ibu. Tetapi tahukah ibu, ada ramai juga ibu di luar sana yang sentiasa berisiko untuk melahirkan anak pramatang?





Apabila seorang ibu pernah melahirkan anak pramatang, risiko untuk kelahiran pramatang yang seterusnya adalah tinggi. 


Pengambilan vitamin asas, protein dan mineral banyak membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas justeru kandungannya juga lebih kuat.


Ini adalah testimoni saya sendiri yang didiagnose cervical incompetence selepas kelahiran anak pramatang serta keguguran anak kedua. Dan ini membuktikan pengambilan vitamin yang konsisten membantu sepanjang kehamilan saya. Ibu kekal cergas dan rasa sangat sihat.





Berhabis untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan tiada ruginya kan? Sekiranya anda pernah berpengalaman melahirkan anak pramatang, saya percaya anda akan sangat menghargai setiap saat minggu sepanjang kandungan anda.


Sepatutnya kalau mengikut nasihat doktor dengan kondisi cervical cerclage ini saya memang tidak disarankan buat kerja-kerja lasak. Banyakkan bedrest. Tetapi mana mungkin boleh duduk diam dengan 2 lagi anak yang tengah malasak.


Kita kena juga buang stigma ibu hamil ni lembik je. Tidak dinafikan kita perlu banyak rehat, tetapi kadang kala ada masa-masanya ia seperti sedikit mustahil.


Akak cantik dalam video ini membuktikan wanita hamil tak semestinya kena lembik-lembik. Kena tidur je sepanjang hari. Dia siap boleh panjat Candi Borobudur lagi. Haaa..acu try tengok ^_^





Teruja kan tengok tahap keaktifan kakak cantik ni? Untuk kekal cergas begini kita sangat perlu menjaga PEMAKANAN kita. Perlu pastikan nutrisi lengkap diambil bagi menampung mana-mana lompong yang mungkin sengaja atau tidak yang telah kita tinggalkan.


Nak kekal cergas seperti saya dan akak ni? Nak cergas walau dalam kondisi cervical cerclage? Perlu uruskan hal-hal rumahtangga walau masih hamil memboyot? Hubungi saya untuk membantu anda kekal sihat dan cergas semasa hamil.


Hotline saya;
011-1611 1619
Jazilah Ilyas
SID Pro Malaysia
Share:

Friday, 6 February 2015

Impian GILA Seorang Pengedar Bebas Shaklee

Cam tak logik je, cam gila je tengok impian-impian di Vision Board ini. Bolehkah semua ini dicapai dalam masa setahun? Cam GILA je..


Tapi..bermimpilah, berimpianlah, berangan-anganlah untuk mencapai kejayaan kerana ia adalah langkah pertama untuk berjaya! Nampak seperti mustahil kan? Yang mustahil adalah apabila kita hanya bermimpi tapi tidak berusaha untuk mencapainya.




Takut? Memang takut kalau melihat Vision Board saya untuk 2015/2016 ini. Semasa melakar Vision Board ini pun hati rasa takut. Takut melihat nombor yang besar, takut melihat target yang tinggi tapi saya perlu cabar diri sendiri! Mustahilkah impian ini dicapai? TIDAK! TIDAK SAMA SEKALI!


Para leader kami telah membuktikan tiada yang mustahil dengan usaha yang berterusan, konsisten dan tanpa jemu. Minta petunjuk daripadaNya, lakar impian dan usaha ke arahnya. Bagaimana? Ikut jalan dan cara yang telah dilakar oleh para leader kami, insyaAllah kami boleh mencapai kejayaan yang sama malah boleh lebih hebat daripada mereka!.InsyaAllah ^__^.


Antara yang paling saya inginkan adalah menghantar kedua ibu bapa saya ke Mekah lagi sekali. Dalam doa, dalam usaha impian ini sentiasa terbayang-bayang. Impian yang lebih besar ialah saya mahu menghantar mereka ke Mekah dengan trip tajaan Shaklee, trip 6 bintang yang sangat istimewa. Pada kawan-kawan yang membaca entry ini, saya pohon doakan impian saya yang satu ini tercapai. InsyaAllah!!


Saya BERANI BERIMPIAN! Anda bagaimana? Mahu berimpian bersama saya? Mahu melakar impan yang lebih hebat daripada saya? Mulakan dengan langkah pertama; hubungi saya seperti nombor di bawah ya *__*



011-1611 1619 | Jazilah Ilyas | Shaklee ID 1070931


Share:

Tuesday, 3 February 2015

Pengalaman Bertungku Dalam Pantang ~ Mak Bidanku Tertidur

Kemodenan banyak menenggelamkan amalan tradisional yang terbukti baik untuk badan dan kesihatan. Antara amalan yang mungkin diambil ringan ialah bertungku. Betulkah ada kebaikannya apabila bertungku? Atau hanya sekadar amalan orang-orang tua kita yang cukup rumit penjagaannya untuk ibu dalam pantang?


Bertungku secara tradisional

Bertungku boleh jadi momen yang menyakitkan kalau tak betul caranya. Ia juga boleh jadi pengalaman yang memeritkan sehingga kita jadi serik untuk bertungku lagi. Anda ada pengalaman buruk bertungku tak?


Masa saya berpantang anak ke2 akibat keguguran pada minggu ke20, mama panggil bidan kampung untuk mengurut badan dan bertungku. Memandangkan untuk anak pertama saya boleh kata tidak berurut dan bertungku secara teratur, nutrisi pun ke laut, badan memang sakit-sakit. Hari-hari ke NICU melawat anak dan bawa bekalan susu untuk anak prem saya, memang pantang saya dulu kelam kabut.



Tungku moden 


Mengurut dengan bidan ini memang buatkan badan rasa sedikit berbeza, tetapi apabila tiba masa bertungku, serik!! Sangat serik!! Sebabnya makcik ini kerap tertidur semasa bertungku. Boleh bayangkan bagaimana panasnya tungku tersebut apabila ia tak diangkat? Hehehehe.. Bila saya gerak-gerak sebab kepanasan, baru perasan rupanya mak bidanku tertidur. Alahai >__<


Untuk anak ke3, saya diurut oleh tukang urut lain. Sangat berbeza. Bertungku dengannya pun memang seronok. Pengalaman yang berbeza ini buatkan saya tetap dengan kakak ini. Dari awal pantang hingga hari ke40 saya diurut dan ditungku olehnya. Untuk pantang anak ke4 kali ini pun saya tetap berurut dengan dengannya.


Apa pentingnya bertungku? Tak cukupkah dengan hanya diurut? Sebenarnya bertungku sangat elok untuk keluarkan darah-darah beku semasa berpantang. Selepas setiap sesi bertungku, memang badan rasa sangat selesa dan darah keluar dengan lebih lancar. Badan pula jadi lebih ringan.


Sekiranya darah nifas tidak keluar dengan lancar, ibu berpantang akan mengalami sakit-sakit di bahagian peranakan. Maka kaedah bertungku ini memang sangat-sangat membantu. InsyaAllah. Jadinya, bagi ibu-ibu yang berpantang, cari tukang urut atau bidan yang menyediakan khidmat bertungku ini. Ia sangat membantu badan lebih 'segar' selepas darah-darah ini keluar dengan lancar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah berurut, dah bertungku tetapi bagaimana dengan pemakanan untuk kesihatan luaran dan dalaman? Saya cadangkan Set Pantang Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan badan kita. Badan pun jadi kuat dan sihat dengan lebih cepat. Tak percaya? Tonton video testimoni ini..




Jadi tunggu apa lagi kan? Meh dapatkan Set Pantang Shaklee yang awesome dan telah banyak membantu ibu-ibu untuk kembali sihat dan cergas dengan lebih cepat. Percayalah, ia akan jadi detik pantang yang sangat berbeza dengan pantang-pantang sebelum ini *___*


Hubungi saya untuk Set Pantang Shaklee ya. Hotline saya ada kat bawah hokay :)


011-1611 1619 


Jazilah Ilyas


Shaklee ID : 1070931
Share:

Set Resdung Semulajadi Terbaik

“Hachuuum!! Hachuuum!!” Situasi biasa setiap pagi bila bangun tidur. “Srot sret..srot sret”.  Cari pula tisu nak sapu air hidung yang dah meleleh keluar. Muka pun gatal-gatal, mata rasa cam nak korek keluar je!


Orang yang pernah kena resdung pasti rasa semua ini kan? Letih bila hampir setiap pagi keadaan begini berterusan. Kena pantang makan itu ini pula. Leceh, memang leceh. Kena pula yang alahan habuk dan debu, lagi la stress. Berhabuk sket bersin, berdebu sket gatal mata hidung telinga semua.


Sampai bila nak hadapi keadaan yang sama begini kan? Resdung boleh jadi sesuatu yang sangat merbahaya. Saat yang paling kritikal untuk penghidap resdung apabila mereka perlu dibedah.



SET RESDUNG/ALAHAN SHAKLEE


Shaklee menawarkan pelbagai pilihan suplemen untuk membantu penghidap resdung mengurangkan simpton-simpton yang mengganggu dan membebankan ini. InsyaAllah, dengan pengambilan yang konsisten, simpton-simpton ini akan semakin berkurangan dan tidak mustahil anda akan terus bebas daripada alahan ini.



3 suplemen paling banyak diambil untuk meredakan alahan resdung adalah Alfalfa Complex, Vitamin C dan B Complex. 




ALFALFA COMPLEX
-Membanntu memgurangkan alahan/keradangan akibat resdung
-RM53.75 untuk 330 biji
-RM97.50 untuk 700 biji


VITAMIN C
-Antioksida yang diperlukan bagi meningkatkan antibodi badan
-Bertindak sebagai anti-histamin
-Membantu penyembuhan tisu badan
-RM92.50 untuk 180 biji


B COMPLEX
-B6 membantu pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan pengeluaran antibodi badan
-Sangat baaik untuk saraf dan anti-stress
-RM53.75 untuk 120 biji


*********************************************************************


Hubungi saya secepat mungkin untuk mendapatka Set Resdung Semulajadi ini



011-1611 1619 ❤ Jazilah Ilyas

Shaklee ID ❤ 1070931


Share:

Sunday, 1 February 2015

Aku Dipaksa Bersalin ~ Part 2

Berdebar tak hilang lagi, tiba-tiba doktor dok sibuk tanya pasal GBS yang ada tertera di buku merah. Dok terangkan kat doktor bahawa GBS tu ada masa kandungan pertama dulu. Dan lepas tu memang dah takde. Untuk kandungan kali ni pun dah 2 kali buat vaginal swap sebab nak pastikan ada jangkitan atau tak. Dan keputusannya memang negative, tiada GBS.

Tapi doktor sorang ni tak puas hati. Katanya kena  bagi antibiotic, dan kena pecahkan ketuban juga. Saya dah rasa makin cemas, apa pula halnya baru 3cm dah nak dipecahkan ketuban ni? Biar betul?? Tapi memang betul. Bahagian hujung katil terus diubah dan saya diminta sedikit ke bawah. Dalam hati berdoa tak putus moga tak sakit. Dok baca pengalaman orang bahawasanya tak sakit pun bila air ketuban dipecahkan.

But mine was DAMN TERRIBLE. Selepas dicucuk kantung air ketuban, doktor terus korek untuk cuba buka jalan. And yes I cried. Allahurabbi.. Kenapa camni jadinya. Apa yang sebabnya diorang tak boleh tunggu hingga bukaan sedikit besar sebelum pecahkan air ketuban? Dan bila air ketuban dah dipecahkan, confirmla nak jalan cepat-cepat buka risau anak lemas. Tengah sakit tahan akibat dibuka jalan secara paksa, nurse datang pula untuk inject antibiotic ke paha. Dan pada masa yang sama juga drip terus dipasang untuk masukkan ubat Pitocin untuk cepatkan contraction.

Jam kat dinding baru pukul 9.00 pagi. CTG juga terus dipasang untuk monitor jantung bayi dalam kandungan.  Lepas 10 minit contraction dah mula terasa. Saya dah mula terbayang sakit masa kena induce semasa nak melahirkan Aamily dulu. Dahi dah berpeluh. Rasanya lepas 20 minit camtu suami dibenarkan masuk, dengan perasaan saya yang dah berkecamuk.

Awalnya nurse dah offer untuk saya ambil suntikan Nubain untuk kurangkan sakit, tapi saya menolak kerana tak nak bayi dalam kandungan dapat kesannya.  Tapi lepas sejam, kesakitan makin teruk, contraction naik ke 3/10. Jalan masih 3 cm. Kali ini saya dah mengalah, akhirnya saya minta Nubain tapi tidak dibenarkan kerana bacaan CTG tak menentu. Allahurabbi..

Doktor pakar masuk lebih kurang pukul 11, bertanya keadaan dan saya dah lembik menahan kesakitan. Doktor arahkan Nubain dicucuk untuk kurangkan sedikit kesakitan. Saya terlelap lebih kurang 10 minit, dan selepas itu sakit makin kuat. Dah takde apa yang boleh saya buat kecuali berzikir tanpa henti. Memang kali ini sakitnya lain macam. Nurse keluar masuk memeriksa bacaan CTG.

Beberapa kali saya terasa hendak meneran. Bila diperiksa jalan, bukaannya masih 3cm. Langsung tidak berubah. Beberapa kali juga jalan cuba dibuka oleh doktor dan kesakitan semasa dikorek itu tak terucap, tak terungkap dengan kata-kata.

Akibat sakit yang makin kuat, doktor akhirnya mengarahkan saya dipasang oksigen. Kemudian saya diberikan gas untuk disedut. Sedut je gas tu kesakitan langsung tak berkurangan, nurse minta saya sedut dalam-dalam. Saya ikut dan menyebabkan saya sedikit khayal. Gas yang disedut adalah sama kumpulan dengan morfin.

Pukul 1petang, suami minta nak keluar. Saya pun dah lembik terus masa tu. Emosi memang tak stabil. Gas terus disedut tanpa henti. Bacaan CTG jantung bayi up and down. Akhirnya saya terlelap seketika kesan gas morfin tersebut.

Lebih kurang pukul 2 petang, kesakitan makin kuat. Pada masa ini saya dah mula menangis. Nurse keluar masuk minta saya bertenang. Bukaan jalan diperiksa lagi, baru mencecah ke 4-5cm. Saya dah tak tau berapa kali saya ‘diseluk’, ‘dikorek’ untuk membuka jalan. Rasanya dah mengalah, angkat bendera putih.

Contraction dah cecah ke 6/10, bukaan jalan baru 6cm. Akhirnya doktor mengarahkan drip induce saya ditutup memandangkan contraction yang makin kuat tetapi progress bukaan jalan sangat perlahan. Azabnya hanya Allah yang tahu. Sakit, pedih, perit tak tergambar.

Tepat pukul 3 petang, doktor pakar masuk round wad. Melihatkan bacaan CTG jantung anak makin jatuh, saya diminta untuk meneran. Bukaan jalan baru 6 cm. Dengan deraian air mata, saya cuba teran. Tenaga dah banyak sangat  hilang kerana menahan kesakitan yang langsung tidak berhenti.

“ Teran, teran.. jantung anak makin perlahan!” Kata-kata doktor yang sempat terhadam di minda. Sekuat hati saya cuba teran, tapi tak Berjaya, tak berdaya.  “ Call blood bank!” “Serviks koyak ni!”.. Dua tiga ayat doktor yang masih saya fahami.  Tapi mana mungkin saya punya tenaga, kesan morfin yang masih bersisa, sakit yang makin teruk buatkan saya betul-betul hilang upaya.

4 orang MO berada di kiri kanan saya. Masing-masing menolak bayi dalam perut ke bawah, untuk membantu saya bersalin. Sakit yang sangat tak terbayang. Boleh anda bayangkan? Dalam kepala saya kemungkinan besar saya akan ditolak ke bilik pembedahan. Teringatkan kemungkinan itu, saya paksa diri untuk teran tanpa henti. Dengan kata-kata doktor yang tak berhenti jerit mengatakan jantung bayi makin lemah.

Akhirnya, 3.25 petang lahirlah puteri saya. Dengan penuh kepayahan kali ini, akhirnya saya berjaya lahirkan si kecil ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah..Besarnya kuasaMu ya Allah. Puteri ini diletakkan atas dada saya, sementara doktor memotong tali pusatnya tetapi..mengapa anakku tidak menangis? Ya Allah!!

Selesai memotong tali pusat, bayi saya terus diambil. Saya lihat doktor berlari ke bilik rawatan membawa bayi kecil saya. Dibawa terus pada doktor kanak-kanak yang menunggu daripada awal. Dengan keadaan jantung yang lemah, tangisan pun langsung tak kedengaran, suasana sedikit cemas.

Hampir sejam saya menunggu, barulah puteri kecil saya dibawa untuk disusukan. Saya usap wajahnya, saya cium berkali-kali. Alhamdulillah, kami dipinjamkan seorang lagi bayi kecil. Diamanahkan lagi seorang anak, untuk kami sayangi, didik dan pelihara. Bertali-tali air mata saya keluar bila kenangkan saya bakal kehilangan puteri ini tadi. Kata nurse “anak awak pun dah mamai kesan gas yang disedut tadi”. Kesian si kecilku.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Subhanallah, Maha Suci Engkau ya Allah. Anugerah ini akan kami sayangi sepenuh hati, sepenuh jiwa raga. Selepas ini proses pantang bakal bermula. Moga mama dan si kecil ini sama-sama sihat, sama-sama kuat. InsyaAllah



Hari kedua



Hari ketiga




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masih mencari-cari Set Hamil TERBAIK?? Shaklee menawarkan Set Vitamin Hamil Terbaik!!


Hubungi saya untuk konsultasi berdasarkan pengalaman >___<



011-1611 1619 Jazilah Ilyas
Shaklee ID : 1070931

Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari