Monday, 23 February 2015

Fogging Aedes Tanpa Notis

Tak ada notis tak ada pemberitahuan tiba-tiba petang tadi ada semburan kabus (fogging) di kampung saya. Mula-mula ingatkan semburan biasa sebab awalnya tengok foggingnya nipis je. Selang 2 minit mama keluar ke beranda dan tengok kabus tebal dah memenuhi jalan!





Oh tidak!! Mama terus cepat-cepat suruh masuk kereta bersama si kecil Adleena Aesha yang baru berumur 46 hari. Laju je tarik tudung dan masuk kereta. Cuak wehh! Nasib baik si abang dan kakaknya dah keluar awal-awal dengan papa diorang.

Agaknya serangan nyamuk aedes kembali mengganas. Dengan cuaca panas begini, memang cepat dan senang untuk nyamuk aedes ini menetas. Mudah-mudahan kami sekeluarga terlindung daripada serangan denggi ini.





Dalam kita beringat dan berwaspada, tak mustahil juga kita boleh menjadi pesakit denggi. Kalau dah kena apa boleh buat? Sehingga saat ini masih tiada ubat yang boleh menyembuhkan serangan denggi ini tetapi kita boleh mengurangkannya.

Antara cara yang popular adalah dengan minum sup ketam nipah. Dan baru-baru ini air rebusan daun betik dikatakan mampu menaikkan platlet darah dengan cepat. Tapi, memang pahit sangat la rebusan daun ini.

Saya pernah kongsi cara mencegah denggi dengan suplemen daripada Shaklee. Kawan-kawan boleh rujuk entry ini untuk bacaan lanjut.

Suami saya pernah disahkan pesakit denggi tahun lepas. Disamping 3 pilihan suplemen yang dicadangkan dalam entry tersebut, saya tambah lagi dengan Vivix dan buah kiwi. Alhamdulillah platletnya meningkat hari demi hari.

Kunci utama untuk pesakit denggi adalah BANYAKKAN MINUM AIR. Ia untuk mengelakkan badan kita terhidrat. Semoga kita sentiasa sihat, dijauhkan daripada serangan ini, insyaAllah.

Sampai sekarang tiada ubat untuk merawat denggi ini. Tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengurangkan simptonnya. Nutritionist Shaklee berkongsi dengan kita bagaimana pemakanan boleh membantu mengawal serangan denggi ni




011-1611 1619 @ Jazilah Ilyas
SIDPro : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari