Wednesday, 11 March 2015

Hadiah Mengejut Daripada Suami Tercinta

Yip yip yippie.. Takde angin takde ribut tiba-tiba suamiku bagi tab ACER free. Eh, orang dah bagi takkan nak tolak kan? He he 😁😁. 




Bolehlah lepas ini diriku berbisnes dengan lebih senang. HP sebelum ini hanya boleh melakukan yang asas-asas je. InsyaAllah akan lebih cemerlang dan gemilang lepas ini 💪💪

Moga-moga takde berebut dengan Akram yang super bijak kalau bab-bab gajet ni. Kalau tak, terpaksa la Akram menangis kalau mamanya ni tak izinkan dia guna 😇😇


--------------------------------------------------------

Masih mencari-cari suplemen terbaik untuk masalah kesihatan anda? Anda sering penat letih lesu? Susu badan merudum? Takut sembelit ketika pantang?

Hubungi saya untuk penyelesaian segala masalah kesihatan anda

011-16111619
Jazilah Ilyas
SIDPro 1070931
Share:

Thursday, 5 March 2015

Kenapa Suami Tak Boleh Buat Kerja Rumah Serentak Tapi Isteri Boleh Je?

"Mama, nak berak!"

"Mama, nak susu!"

"Mama, nak nasik!"

Ini rutin seorang ibu di rumah. Melayan anak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju dan senarainya tidak pernah berhenti. Being a mom means being a multitasking person. Betul kan ibu-ibu?




Kadang-kadang rasa nak rehat. Nak cuba tinggalkan anak-anak ngan bapanya. Tapi boleh dipercayai ke? Hehehehe.. Agak-agak balik rumah nanti berselerak tak? Anak-anak makan tak?

Cam Akacan dalam video ni cakap. Jadi ibu ni memang awesome tau. Dengar sendiri la ye sis ai ni cakap apa ^_^





Bila tengok video ni confirm para ibu sengih je kan? Tapi ada je setengah-setengah ibu dalam kumpulan kami yang katanya suami lagi cekap uruskan rumah tangga. Anda bagaimana?


011-1611 1619
Jazilah Ilyas
SIDPro Malaysia
Share:

Tuesday, 3 March 2015

Berbakti Pada Ibu Bapa untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Assalamualaikum wbt..

Sungguh benar bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Dia Maha Pandai. Dia Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa hadapan yan langsung tidak terjangkau oleh fikiran kita.





Buat kesekian kalinya mama sakit lagi. Kali ini dia jatuh semasa tengah menunaikan Solat Isya'. Kelam kabut sekejap dibuatnya. Saya terus bergegas dapatkan mama dan basahkan mukanya. Tiada pergerakan! Tiada respon!

Saya jerlum kepalanya. Tuam lehernya dengan ais kerana sebelum itu dia mengadu sakit kepala. Selepas hampir 30 minit nampak kelopak matanya berkelip. Allah!! Badan langsung tidak boleh digerakkan. Ikhtiar lagi. Ambil sesudu Vivix campurkan dalam air dan bagi mama minum. Alhamdulillah terbuka sedikit matanya tapi suara langsung tak keluar.

Hampir sejam saya basahkan kepala, tuam dan jerlum tapi perkembangannya almost zero. Tiada cara lain, saya minta adik telefon ambulans. Risau sekiranya diangkat lagi teruk jadinya. Luluh rasa hati >_<

Adik ikut mama dengan ambulans. Saya, suami dan anak-anak serta aboh dan adik-adik bersiap dengan seminima mungkin untuk segera ke hospital. Sampai di sana mama berada di Zon Merah. Hanya mata yang boleh berkelip. Tiada langsung pergerakan, tiada langsung suara. Air matanya mula menitis sedikit demi sedikit..

Setelah hampir seminggu di dalam wad, alhamdulillah mama dah boleh gerakkan anggota badannnya tetapi masih tidak mampu berjalan sendiri. Lega rasa hati dengan progress ini. Tetapi doktor memaklumkan bahawa mama akan ditahan di wad untuk sedikit masa lagi bagi memantau segalanya a-z.

Bila saya termenung seorang, terasa Sangat Bijaknya Allah. Digerakkan hati ini untuk berhenti kerja 4 tahun lepas, dengan alasan kesihatan dan ingin menjaga anak. Pulang menginap di kampung bersama mama dan aboh. Rupanya inilah sebabnya. Dia mahu saya berbakti pada kedua ibu-bapa.

Walau adik-adik lain bekerja, insyaAllah saya masih boleh menjaga kedua orang tua kami. Sekurang-kurangnya ada seorang dua anak yang berada di depan mata mereka. Adik-adik pun biasanya akan terus bergegas balik sebaik sahaja saya memaklumkan apa-apa berita.

Janji Allah itu pasti. Rezeki juga tidak akan putus sekiranya kita berbakti pada orang tua kita. InsyaAllah. Ada keperluan yang lebih menuntut. Ada tanggungjawab yang masih perlu ditunaikan..





Catatan rasa;
Jazilah Ilyas @ Kak Long
011-1611 1619
Share:

Monday, 2 March 2015

Pemakanan dalam Pantang Boleh Sebabkan Ibu Sembelit

Sepanjang berpantang, kita selalu diingatkan untuk menjaga pemakanan sehingga kita kadang kala terleka tentang nutrisi penting yang sepatutnya lebih dititik beratkan. Badan ibu selepas bersalin sangat lemah kerana proses bersalin itu sendiri jadi mengapa tidak kita berikan apa yang terbaik untuk badan kita?

Sebagai ibu, kita bukan sekadar berpantang untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan kita tetapi pada masa yang sama kita perlu menyusukan bayi comel yang baru dilahirkan. Tetapi bagaimana mahu mendapatkan nutrisi yang sepatutnya sekiranya kita terlalu rigid dalam pemakanan? Nasi hanya sesenduk, ikan seekor kecil dengan hanya sedikit sayur atau kadang kala langsung tiada sayur. Ini boleh menjadi punca sembelit.



Makanan Semasa Pantang


Tahukah kita bahawa ibu-ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan untuk menambahkan pengambilan tenaga (kalori) sebanyak 500 kalori setiap hari berbanding sebelum hamil? Ini kerana kita mengeluarkan banyak tenaga semasa proses menyusukan bayi.

Ibu dalam pantang juga perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan kehilangan air dalam badan dan sembelit. Air perlu diminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minumlah air kosong, minuman bersusu dan jus buah-buahan tanpa gula.


Berpantang Secara Sihat


Pemakanan yang sihat selepas bersalin sangat penting untuk memastikan ibu terus kekal sihat dan fit untuk menjaga bayi. Oleh kerana ibu akan menyusukan bayinya, ibu perlu makanan yang sempurna untuk meningkatkan kualiti susu ibu.

Berpantang makanan terlalu lama adalah kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kekurangan sesetengah zat makanan (terutama zat besi). Oleh itu sangat biasa untuk kita melihat ibu pantang ni pucat lesi dan nampak tidak cergas.

Kekurangan air dan nutrisi lengkap juga boleh menyebabkan sembelit yang teruk semasa pantang. Ia boleh menyebabkan ibu trauma dan serik untuk hamil lagi seperti kawan dalam video ini. Pengalaman buruk semasa pantang kali pertama menyebabkan beliau trauma tetapi ia berubah untuk pantang anak kedua.



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Haa..cane ibu-ibu? Nak pantang dengan gembira atau tidak? Anda pilih okay ^_^

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin pilihan anda;

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengedar Shaklee Malaysia



Share:

Tangani Sakit Tulang Belakang Dan Lenguh Badan Akibat Bayi Meragam Di Malam Hari

Pengalaman menjaga bayi kecil memang cukup mencabar, kan? Ada sesetengah bayi yang suka berjaga malam, meragam merengek tanpa sebab. Susu dah bagi, pampers dah tukar, perut tak kembung tapi bayi masih menangis. Apa ibu nak buat?




Si kecil saya pun suka juga berjaga malam. Dah siap hisap susu pun kadang-kadang masih nampak dia tak berapa selesa. Mata mama pula kelat-kelat kepenatan. Tapi pasti kita tak akan mampu tidur selagi anak tak lena kan?


Satu cara yang paling senang ialah letakkan anak kecil ini di atas dada kita. InsyaAllah, tak sampai 2 minit anak kita akan tenang. Ritma dada ibu adalah terapi terbaik untuk si manja kita. Agak-agak anak dah lena, bolehlah kita alihkannya ke tepi atau masukkan bayi ke dalam baby's cot.


Tapi tindakan menenangkan anak kecil di atas dada ibu ada risikonya. Ibu bakal berdepan SAKIT PINGGANG tambah-tambah bagi yang masih dalam pantang. Jadi nak buat apa? Takkan nak biar je lenguh-lenguh pinggang tu berterusan kan?


Kawan saya ini dah tak tahan sakit pinggang akibat menyusukan anak secara mengiring. Ramai je ibu yang menyusukan anak secara mengiring kan? Apa yang dia buat?




Cara paling senang adalah minum 2 gelas susu sehari. Kalsium ini penting untuk tulang dan gigi kita. Tambah-tambah untuk ibu dalam pantang dan menyusukan anak, kalsium ini akan ditarik oleh bayi kecil kita. Dahlah kalsium kita ciput je, ditarik pula oleh si manja kita. Jadilah kita ibu yang sentiasa sakit lenguh badan semua.


Ada ibu yang tak minum susu? Takpe, jangan risau. Anda boleh mencuba mengambil pil kalsium Shaklee yang terbukti secara klinikal sangat elok untuk tulang dan gigi. Ostematrix Shaklee juga dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium yang penting untuk penyerapan kalsium supaya ia tidak termendap di buah pinggang kita. ^_^


Dan berita baiknya juga, kalsium ini juga boleh menambah pengeluaran kuantiti susu ibu. Best kan? Pelbagai khasiat dalam satu botol tau ibu-ibu. Tidur pun lebih lena. Ostematrix memang pilihan terbaik untuk wanita-wanita seperti kita yang mementingkan kesihatan supaya kita dapat berikan yang terbaik untuk orang-orang tersayang :).

Dengan hanya RM64.93 sebotol, anda mampu kurangkan lenguh badan dan sakit belakang. Berbaloi pelaburan nak satu ini.

Sekiranya anda berminat, anda boleh klik imej di bawah untuk terus membeli. Transaksi boleh dilakukan dengan kad debit atau kad kredit.




Atau anda boleh terus whatsapp saya untuk urusan selanjutnya





Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931
Share:

Sunday, 1 March 2015

Cara Hilangkan Stress Supaya Hidup Sentiasa Positif dan Penuh Kesyukuran

STRESS!! TEKANAN!! PRESSURE!! Baca perkataan-perkataan negatif ni pun dah boleh buat kita tertekan. Kan? Kan? Camana tak stress? Pagi-pagi nak pergi kerja kena uruskan anak-anak dahulu. Kalau anak tak meragam tenang je rasa. Kena pulak pagi tu dia tak nak bangun, tak nak mandi, kerja sekolah pula tak siap, bertambah-tambah la meragamnya. Bila drive jalan pula jammed, aishhh! Double stress jadinya. Sampai tempat kerja lambat, triple stress. Akibatnya the whole day tu stress jela memanjang.


Bagaimana nak hidup aman damai tanpa tekanan ni ek? Mustahil kan? Kalaupun stress ini tidak dapat dihapuskan, mengurangkannya pun dah cukup baik kan? Sepertimana nasihat jutawan muda ini, HARGAI APA YANG KITA ADA adalah antara cara untuk kita hidup gembira.





Kita stress sebab anak suka meragam. Cuba kita duduk sejenak dan fikir berapa ramai ibu bapa yang sedih tiada rezeki anak? (rasa terkena pulak atas batang hidung sendiri >_<). Hargai apa yang kita ada, elakkan daripada melihat apa yang orang lain ada. Anak orang lain baik, anak kita nakal, aktif. Sepatutnya kita gembira anak kita aktif walaupun kita akan sedikit penat. It's their learning proses kan?


Tip yang juga cukup terbaik ialah catatkan kesyukuran kita. Buat satu buku log untuk menyatakan kesyukuran kita. Bangun pagi-pagi, catat yang positif.

 "Alhamdulillah hari ini aku masih hidup, dapat terus beribadah dan menunaikan tanggungjawab seorang ibu@bapa"

"Alhamdulillah pagi ini aku bangun awal, boleh aku bertahajud padaMu ya Allah"


Dan senarai ini akan terus berpanjangan. Percayalah, kesyukuran ini akan menarik segala aura positif sifat positif untuk sepanjang hari. Kesannya? Hari kita akan penuh dengan perkara-perkara yang menggembirakan, insyaAllah.



011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Konsultan Shaklee Anda ^^
Share:

Ibu Bekerja Panik Nak Tambah Susu Badan

Ramai ibu menghdapi masalah susu badan merudum sebaik sahaja kembali bekerja. Jadual kerja yang padat, tekanan kerja yang meningkat, badan yang penat menjadi sebab susu badan semakin berkurangan. Hasrat hati ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun tetapi apakan daya bekalan makin berkurangan sedikit demi sedikit.


Lazimnya seorang ibu yang bertekad untuk menyusukan anak dengan susu badan akan melakukan apa sahaja untuk banyakkan susunya. Berasa terdesak, Puan Farah Wahida sanggup mengambil tindakan ini untuk banyakkan susu badannya.





Berbaloi tak apa yang diambil Puan Farah Wahida ini? Kepuasan menyusukan anak sangat tidak ternilai bagi seorang ibu, kan? Perlu kita ingat, antara sebab utama PEMBUNUH pengeluaran susu ibu ialah kepenatan dan tekanan.


Seperti yang dikongsikan dalam video di atas, pengambilan suplemen-suplemen seperti ESP, Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa secara KONSISTEN telah membantu ibu muda ini dalam merealisasikan impiannya untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.


Perlu diingatkan di sini, penghasilan susu ibu bergantung pada banyak faktor-faktor lain juga. Sekiranya ibu telah mengambil segala suplemen untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan tetapi susu badan tetap tidak bertambah maka ibu perlu memeriksa sama ada;

  • jadual mengepam dilakukan secara konsisten  atau tidak
  • pengambilan air kosong yang mencukupi

Pengeluaran susu ibu sangat berkait rapat dengan konsep PENAWARAN dan PERMINTAAN. Semakin kerap bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu akan dihasilkan dan sebaliknya juga.


Saya berdoa ibu-ibu berjaya menyusukan anak kesayangan kita sehingga 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Anak yang menyusu SUSU IBU sangat berbeza dengan anak yang menyusu SUSU FORMULA.


Ibu-ibu boleh menghubungi saya untuk pembelian SET PENYUSUAN SUSU IBU Shaklee dan seterusnya bergembira dengan pertambahan susu badan kelak. Selamat menyusu!! ^_^


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931




Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari