Tuesday, 3 March 2015

Berbakti Pada Ibu Bapa untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Assalamualaikum wbt..

Sungguh benar bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Dia Maha Pandai. Dia Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa hadapan yan langsung tidak terjangkau oleh fikiran kita.





Buat kesekian kalinya mama sakit lagi. Kali ini dia jatuh semasa tengah menunaikan Solat Isya'. Kelam kabut sekejap dibuatnya. Saya terus bergegas dapatkan mama dan basahkan mukanya. Tiada pergerakan! Tiada respon!

Saya jerlum kepalanya. Tuam lehernya dengan ais kerana sebelum itu dia mengadu sakit kepala. Selepas hampir 30 minit nampak kelopak matanya berkelip. Allah!! Badan langsung tidak boleh digerakkan. Ikhtiar lagi. Ambil sesudu Vivix campurkan dalam air dan bagi mama minum. Alhamdulillah terbuka sedikit matanya tapi suara langsung tak keluar.

Hampir sejam saya basahkan kepala, tuam dan jerlum tapi perkembangannya almost zero. Tiada cara lain, saya minta adik telefon ambulans. Risau sekiranya diangkat lagi teruk jadinya. Luluh rasa hati >_<

Adik ikut mama dengan ambulans. Saya, suami dan anak-anak serta aboh dan adik-adik bersiap dengan seminima mungkin untuk segera ke hospital. Sampai di sana mama berada di Zon Merah. Hanya mata yang boleh berkelip. Tiada langsung pergerakan, tiada langsung suara. Air matanya mula menitis sedikit demi sedikit..

Setelah hampir seminggu di dalam wad, alhamdulillah mama dah boleh gerakkan anggota badannnya tetapi masih tidak mampu berjalan sendiri. Lega rasa hati dengan progress ini. Tetapi doktor memaklumkan bahawa mama akan ditahan di wad untuk sedikit masa lagi bagi memantau segalanya a-z.

Bila saya termenung seorang, terasa Sangat Bijaknya Allah. Digerakkan hati ini untuk berhenti kerja 4 tahun lepas, dengan alasan kesihatan dan ingin menjaga anak. Pulang menginap di kampung bersama mama dan aboh. Rupanya inilah sebabnya. Dia mahu saya berbakti pada kedua ibu-bapa.

Walau adik-adik lain bekerja, insyaAllah saya masih boleh menjaga kedua orang tua kami. Sekurang-kurangnya ada seorang dua anak yang berada di depan mata mereka. Adik-adik pun biasanya akan terus bergegas balik sebaik sahaja saya memaklumkan apa-apa berita.

Janji Allah itu pasti. Rezeki juga tidak akan putus sekiranya kita berbakti pada orang tua kita. InsyaAllah. Ada keperluan yang lebih menuntut. Ada tanggungjawab yang masih perlu ditunaikan..





Catatan rasa;
Jazilah Ilyas @ Kak Long
011-1611 1619
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari