Sunday, 1 March 2015

Cara Hilangkan Stress Supaya Hidup Sentiasa Positif dan Penuh Kesyukuran

STRESS!! TEKANAN!! PRESSURE!! Baca perkataan-perkataan negatif ni pun dah boleh buat kita tertekan. Kan? Kan? Camana tak stress? Pagi-pagi nak pergi kerja kena uruskan anak-anak dahulu. Kalau anak tak meragam tenang je rasa. Kena pulak pagi tu dia tak nak bangun, tak nak mandi, kerja sekolah pula tak siap, bertambah-tambah la meragamnya. Bila drive jalan pula jammed, aishhh! Double stress jadinya. Sampai tempat kerja lambat, triple stress. Akibatnya the whole day tu stress jela memanjang.


Bagaimana nak hidup aman damai tanpa tekanan ni ek? Mustahil kan? Kalaupun stress ini tidak dapat dihapuskan, mengurangkannya pun dah cukup baik kan? Sepertimana nasihat jutawan muda ini, HARGAI APA YANG KITA ADA adalah antara cara untuk kita hidup gembira.





Kita stress sebab anak suka meragam. Cuba kita duduk sejenak dan fikir berapa ramai ibu bapa yang sedih tiada rezeki anak? (rasa terkena pulak atas batang hidung sendiri >_<). Hargai apa yang kita ada, elakkan daripada melihat apa yang orang lain ada. Anak orang lain baik, anak kita nakal, aktif. Sepatutnya kita gembira anak kita aktif walaupun kita akan sedikit penat. It's their learning proses kan?


Tip yang juga cukup terbaik ialah catatkan kesyukuran kita. Buat satu buku log untuk menyatakan kesyukuran kita. Bangun pagi-pagi, catat yang positif.

 "Alhamdulillah hari ini aku masih hidup, dapat terus beribadah dan menunaikan tanggungjawab seorang ibu@bapa"

"Alhamdulillah pagi ini aku bangun awal, boleh aku bertahajud padaMu ya Allah"


Dan senarai ini akan terus berpanjangan. Percayalah, kesyukuran ini akan menarik segala aura positif sifat positif untuk sepanjang hari. Kesannya? Hari kita akan penuh dengan perkara-perkara yang menggembirakan, insyaAllah.



011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Konsultan Shaklee Anda ^^
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari