Monday, 2 March 2015

Pemakanan dalam Pantang Boleh Sebabkan Ibu Sembelit

Sepanjang berpantang, kita selalu diingatkan untuk menjaga pemakanan sehingga kita kadang kala terleka tentang nutrisi penting yang sepatutnya lebih dititik beratkan. Badan ibu selepas bersalin sangat lemah kerana proses bersalin itu sendiri jadi mengapa tidak kita berikan apa yang terbaik untuk badan kita?

Sebagai ibu, kita bukan sekadar berpantang untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan kita tetapi pada masa yang sama kita perlu menyusukan bayi comel yang baru dilahirkan. Tetapi bagaimana mahu mendapatkan nutrisi yang sepatutnya sekiranya kita terlalu rigid dalam pemakanan? Nasi hanya sesenduk, ikan seekor kecil dengan hanya sedikit sayur atau kadang kala langsung tiada sayur. Ini boleh menjadi punca sembelit.



Makanan Semasa Pantang


Tahukah kita bahawa ibu-ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan untuk menambahkan pengambilan tenaga (kalori) sebanyak 500 kalori setiap hari berbanding sebelum hamil? Ini kerana kita mengeluarkan banyak tenaga semasa proses menyusukan bayi.

Ibu dalam pantang juga perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan kehilangan air dalam badan dan sembelit. Air perlu diminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minumlah air kosong, minuman bersusu dan jus buah-buahan tanpa gula.


Berpantang Secara Sihat


Pemakanan yang sihat selepas bersalin sangat penting untuk memastikan ibu terus kekal sihat dan fit untuk menjaga bayi. Oleh kerana ibu akan menyusukan bayinya, ibu perlu makanan yang sempurna untuk meningkatkan kualiti susu ibu.

Berpantang makanan terlalu lama adalah kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kekurangan sesetengah zat makanan (terutama zat besi). Oleh itu sangat biasa untuk kita melihat ibu pantang ni pucat lesi dan nampak tidak cergas.

Kekurangan air dan nutrisi lengkap juga boleh menyebabkan sembelit yang teruk semasa pantang. Ia boleh menyebabkan ibu trauma dan serik untuk hamil lagi seperti kawan dalam video ini. Pengalaman buruk semasa pantang kali pertama menyebabkan beliau trauma tetapi ia berubah untuk pantang anak kedua.



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Haa..cane ibu-ibu? Nak pantang dengan gembira atau tidak? Anda pilih okay ^_^

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin pilihan anda;

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengedar Shaklee Malaysia



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari