Thursday, 30 April 2015

Resdung Makin Teruk Selepas Makan Ayam

Saya perasan sejak bersalinkan Aesha kali ni, banyak perubahan yang berlaku. Rasanya inilah perubahan hormon. Maklumlah semasa proses bersalin tu kan banyak urat-urat yang putus sana sini.

Antara perubahan yang agak ketara ialah tentang resdung. Dah bertahun saya hidapi resdung ni. Dan penyebab utama resdung saya adalah HABUK dan DEBU. Saya tiada alahan terhadap makanan. Kebiasaannya resdung sering dikaitkan dengan makanan laut. Alhamdulillah saya bebas nak makan apa sahaja.

Tapi tapi tapinya, kebelakangan ini saya perasan lepas makan ayam banyak kali saya alami ketidakselesaan hidung. Cukup mengganggu sebenarnya. Amat ketara ayam yang dijual di pasaran sekarang banyak dicucuk ubat hormon untuk cepatkan proses tumbesarannya.

Mengikut penerangan doktor pakar kulit satu masa dulu, ayam sebenarnya jauh lebih BISA daripada seafood. Sebab tu apabila seseorang menghadapi masalah kulit yang serius, dermatologist biasanya menyarankan supaya mengurangkan pengambilan ayam, bukan seafood.

Alhamdulillah saya sentiasa konsisten dengan Alfalfa Complex dan Vitamin C. Jadi takdelah serangan resdung ni buatkan saya terus demam cam dolu-dolu. Tapi hidung memang rasa perit dan suara jadi sengau la. ^_^
Share:

Friday, 24 April 2015

Detox Hati Perokok Tegar Yang Asyik Batuk

Suami saya sangat kerap batuk. Batuk yang sampai mengganggu kami semua sampai tidur malam pun boleh tersedar akibat kuatnya batuk dia. 

Guess what? Dia memang PEROKOK TEGAR. Dah penat kot bebel suruh berhenti rokok, tapi perokok tegar ni biasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri je segala nasihat kita ni ha.. Betul tak para isteri? Kalau suami anda juga perokok tegar seperti suami saya ni, rasanya hari-hari rokok ni boleh jadi bahan gaduh kan? :(




Tapi, sebagai isteri ni marah camana pun kita pastilah tak nak suami kita sakit kan? Kasihan pula tengok dia batuk tanpa henti (walau dalam hati geramnya Allah je yang tau). The best supplement untuk berhenti rokok ni sebenarnya adalah Vivix. Tapi saya fikir nak detox dulu hatinya, yang rasanya dah semakin tenat tu. 

Nasib baiklah suami saya ni jenis tak menolak je apa-apa vitamin yang diberi padanya. Tapi dengan syarat memang kita kena ambil, sediakan air dan bagi kat tangannya barulah dia makan. Alhamdulillah hingga semalam dah masuk hari keempat saya bagi dia 3 biji DTX Complex setiap malam sebelum tidur. 




KESAN SAMPINGAN DALAM 4 HARI


Ini bukan overclaim tau. Tapi memang pengalaman yang mengujakan. Alhamdulillah batuknya dah tak 'sekeras' sebelum ini. Dengkur pun dah makin kurang. Dan yang paling saya gembira, nafasnya dah sangat kurang berbau. Biasanya perokok ni bau nafas diorang memang semacam je la kan?

Dengan kesan yang positif camni, wajiblah saya teruskan rutin "menyuapkan" vitamin untuk bantu bersihkan hatinya tu. Kalau tengok imej hati perokok ni memang menakutkan. Yang paling teruk, bukan hati mereka je camtu, kita yang perokok pasif ni pun boleh dapat kesan buruk tu :(




Besar sangat harapan saya suami akan kembali sihat, kurang batuk dan terus berhenti merokok. Kawan-kawan doakan sama ye. InsyaAllah moga dipermudahkannya. Tapi nak dapat kesan terbaik ni kena konsisten bagi dia makan DTX Complex ni. Sekurang-kurangnya 90 hari :).

Haa kalau anda yang baca ni lelaki, dan sayang hati dan KELUARGA anda, mehla detox hati tu okay? Tambah-tambah yang perokok tegar cam suami saya ini. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan okay


011-1611 1619 | JAZILAH ILYAS
Shaklee ID : 1070931

Share:

Thursday, 23 April 2015

Yahoo Messanger Masih Digunakan Lagi Ke?

Pagi ini tiba-tiba rasa nak buka yahoo mail. Dah lama sangat akaun yang satu ni terbiar. Bila buka tengok banyak juga info yang sangat-sangat berguna. Yang lama tak semestinya lapuk kan?




Masa dok menggodek-godek email tu, teringat Yahoo Messanger. Eh, orang guna lagi tak YM ni? Dolu-dolu famous je YM ni. Hehehe.

Tengok inbox yahoo mail ni ada 35000 ++ email tak berbaca. Adeh..Nak delete semua sekaligus rasa tak best pula. Jadinya skrol la laju-laju sambil perhati mana-mana email yang penting.

Sorting sorting sorting :)
Share:

Wednesday, 22 April 2015

Anak Demam Hingga Tak Mau Makan Minum

Suhu badannya dah mencecah 39°C. Panas betul badan Aamily kali ini. Surender kami dibuatnya. Terus ambil ubat demam untuk dimasukkan ke bontotnya. Menangis lagi puteri sulung ini.. Sepanjang malam tidur mama tak lena. Kejap-kejap bangun pegang dahinya. Kejap-kejap check suhunya. Kejap-kejap betulkan kain atas kepalanya.




Anak demam dan tak sihat! Keadaan yang pasti buatkan ibu bapa gelisah. Bagi saya yang sepenuh masa berada di rumah dengan ank-anak, takdelah sakit kepala fikir nak apply cuti atau apa. Risau hanya pada anak semata-mata, tidak pada perkara lain.

Semalam masuk hari kedua puteri saya ni demam. Siangnya tak tinggi sangat suhu tapi bila malam, terus panas badannya. The worst part dia tak boleh tidur. Kesian sungguh.


masa tengah rajin menulis


Amalan saya apabila anak demam, saya akan pastikan mereka tidak berbaju atau berpakaian seminima mungkin. Biasanya dengan pampers sahaja. Kepala sentiasa basah dan berjelum. Kool fever letak kat belakang badan diorang sebab kalau letak kat kepala dibuang dek bebudak ni nanti

Seboleh mungkin juga saya akan elakkan untuk bagi ubat a.k.a dadah kat anak-anak. Kerana itu saya konsisten bagi mereka vitamin setiap hari. Sekurang-kurangnya demam 5-6 bulan sekali jauh lebih baik daripada demam tiap-tiap bulan kan?

3 vitamin ini antara suplemen yang saya bagi untuk anak-anak. Yang tiada dalam gambar adalah Chewable Vita-C Plus. Ini anatara vitamin untuk anak-anak dan orang dewasa juga.  




Meal Shakes adalah antara suplemen yang diambil dengan sangat konsisten. Setiap pagi apabila buat susu mereka, saya akan masukkan sesudu kecil Meal Shakes ini sekali. Anak-anak pun sangat sukakan Meal Shakes ini kerana rasanya yang sedap dan lazat




Moga puteri sulung saya cepat recover daripada demamnya. InsyaAllah dipermudahkanNya. Yang penting tawakal dan  ikhtiar.

Sekiranya ibu-ibu juga ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak, boleh hubungi saya untuk kita bincang-bincang dan borak. InsyaAllah consultation terbaik daripada saya.





011-1611 1619 | JAZILAH ILYAS
Shaklee ID : 1070931
Facebook :  https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
Share:

Monday, 20 April 2015

Bebas Demam dan Selsema Sepanjang Hamil dan Menyusukan Anak

Pejam celik pejam celik kami dah lepas 100 hari. Bebas merdeka secara total la kononnya ni. He he he.. Walaupun secara dasarnya lepas 44 hari tu dah bebas pun :P

Si kecil ini sangat jarang  meragam. Ada tak ada menangisnya hanya sebab nak susu dan nak dipeluk. Alhamdulillah sangat mudah menjaganya.




Progress si kecil Adleena Aesha ni pun nampaknya on track. dah meniarap, dah mengesot. Dan dah sangat pandai bila tengok mama pakai tudung dia pun mula la bising takut kena tinggal :)




Alhamdulillah dari hari lahirnya sampai tahap ini, permata hati ini tak pernah demam. Syukur sangat-sangat. 3 kali injection pun nampak gaya bertahan dengan jayanya. Antara amalan saya ialah konsisten dengan Vitamin C Shaklee yang terbukti berkesan untuk meningkatkan imun badan ibu dan anak yang disusukan juga.






Tak mau la makan ubat-ubat sepanjang tempoh menyusukan ini. Sebolehnya saya cuba elak sebab nanti baby pun akan dapat jugak side effect ubat tu melalui susu ibu. Jadi, beringat sebelum kena :). Vitamin C ni memang sepanjang kehamilan saya ambil. Alhamdulillah dipermudahkanNya juga tak langsung selsema atau demam sepanjang tempoh hamil baru-baru ni.



Kalau ibu-ibu yang nak sangat elakkan makan ubat disebabkan demam atau selsema, saya sangat sarankan Vitamin C ni. Bukan setakat tingkatkan antibodi kita, kulit pun insyaAllah sihat je.

Berminat boleh hubungi nombor saya seperti di bawah okay :)

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Shaklee ID : 1070931
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari