Thursday, 30 April 2015

Resdung Makin Teruk Selepas Makan Ayam

Saya perasan sejak bersalinkan Aesha kali ni, banyak perubahan yang berlaku. Rasanya inilah perubahan hormon. Maklumlah semasa proses bersalin tu kan banyak urat-urat yang putus sana sini.

Antara perubahan yang agak ketara ialah tentang resdung. Dah bertahun saya hidapi resdung ni. Dan penyebab utama resdung saya adalah HABUK dan DEBU. Saya tiada alahan terhadap makanan. Kebiasaannya resdung sering dikaitkan dengan makanan laut. Alhamdulillah saya bebas nak makan apa sahaja.

Tapi tapi tapinya, kebelakangan ini saya perasan lepas makan ayam banyak kali saya alami ketidakselesaan hidung. Cukup mengganggu sebenarnya. Amat ketara ayam yang dijual di pasaran sekarang banyak dicucuk ubat hormon untuk cepatkan proses tumbesarannya.

Mengikut penerangan doktor pakar kulit satu masa dulu, ayam sebenarnya jauh lebih BISA daripada seafood. Sebab tu apabila seseorang menghadapi masalah kulit yang serius, dermatologist biasanya menyarankan supaya mengurangkan pengambilan ayam, bukan seafood.

Alhamdulillah saya sentiasa konsisten dengan Alfalfa Complex dan Vitamin C. Jadi takdelah serangan resdung ni buatkan saya terus demam cam dolu-dolu. Tapi hidung memang rasa perit dan suara jadi sengau la. ^_^
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari